Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Fourth Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, August 24, 2016

birthday surprise for me!

As Salam Readers,

OK ini entry thrawback berbulan-bulan yek. Moh la kita lontar belakang ke bulan May yang lepas hahaha!

19 May yang lepas birthday mak yang ke 33 tahun. 33 tahun tau bukan 12 bukan 23 ngeeee!
boleh bayangkan tak betapa tuanya mak ni. lagi 7 tahun nak cecah 40 tahun. glupsss! OK abaikan tak nak fikir lolssss T__________*

Tahun ni mak off birthday notification dari fb so memang takde lah teman-teman fb yang wish melainkan teman-teman rapat mak je hihi! saja nak bertukar selera bertukar angin :D

Malam tu hubby ajak dinner kat luar. Tanya nak makan apa, dia nak belanja. Ku cakap apa-apa jelah tak kesah. So dia ajak gi Pizzahut Bukit Kemuning. Kat situ kami order macam biasa jelah kan. Pastu aku order brownies. Husband dok beria cakap tak yah tak yah tapi aku tetap nak order gak. haha! So dia cakap order jela lohhhhhh ape daaaaa

Sementara nak tunggu makanan sampai, sempat ler mak berselfie dengan alisha. Tengah dok godek hp tetiba dengar org nyanyi lagu happy birthday. Mak is tanjat plus malu-malu meoww tau!!! rasa macam gugur jantung ni kejap sebab kemaluan kakakaka! Part tiup lilin tu comel je bebudak ni. si kakak n si adik sibuk nauu nak tiup lilin gak :D

layankan anak, mak pun jadi weng haha!

video
 meow meoww kucing haha!


Hubby cakap sebelum jemput kitaorang kat rumah, dia dah singgah siap-siap kat sini n dah pass kek sesiap kat bebudak pizzahut ni. Pandai ye bang! So we all enjoy tiup and makan the cake. Then pizza sampai ngap pizza pulak. Walaupun hubby just beli 2 slice SR cake, tapi mak tetap bangga dengan effort dia nak surprisekan mak. Ade la kan dari takde putih mata!haha! Part mintak hadiah ni memang mak tak pandai mintak. Yang mak tau ada kek, belanja makan pun dah cukup. Paling penting dia tak lupa birthday daku bila. Kalau lupa, mau aku moody sebulan kot haha!

btw bulan 9 ni birthday hubby. dah buntu kepala tak tau nak buat apa. lollsssss!! tak mau dah masak-masak macam tahun lepas. kali ni nak makan kat luar je. korang ada idea tak???

 
 

Wednesday, August 17, 2016

Happy Birthday yang ke 4 tahun Alisha!

Copy and paste dari IG mak :D

Selamat ulang tahun kelahiran yg ke 4 tahun Nur Alisha Kaisara binti Muhammad Hamzah.

17 Aug 2012- 17 Aug 2016:
4 tahun yang lalu, awak lahir ke dunia ini secara normal pada pukul 3.31am dengan berat 2.75kg. Ibu ingat lagi betapa senang dan mudahnya bersalinkan awak. Apa yg ibu minta pada Allah semuanya didengar dan dipermudahkan. Terima kasih Allah atas kurniaanMu yang tidak ternilai ini.

Ibu doakan awak menjadi anak yang solehah, panjang umur, sihat selalu, baik budi pekerti dan tingkah laku, bijak pandai, dan yang paling penting bila dah besar nanti pandai jaga solat, jaga agama, jaga maruah dan jaga adik2 yang lain.

Alisha 4 tahun :D

Dari semalam lagi mek licha request itu ini. So mak layan kan aje permintaan dia tu. Bukan kena redah hutan belukar ape pun haha! 

  • makan roti canai DONE
  • main kat playground DONE
  • nak berus gigi baru DONE
  • nak sandle baru kat pasar malam ➡ sat lagi kita cari kat pasar malam na. comel sangat mintak sandle selipar malam T______T
  • main kinetic sand DONE
  • nak kek bola ➡ balik pasar malam kena cari kek bola mek ni. harap-harap ler ada kek bola yang sesat ngeeee!
happy nauuu dapat apa yang dia nak
Bagi ibu, setiap senyuman yang kakak berikan itu adalah satu rahmat dan percayalah, sejak hari kakak dilahirkan, you've added something amazing to my life. Ibu sayang kakak dunia dan akhirat. Happy 4th birthday sayang Alisha
pagi-pagi suruh amikkan gambar tempek flower kat kepala haha! layan!
Hari ni hari touching setaman
Cepatnya masa berlalu sobs sobs sobssss
 
 

Friday, August 12, 2016

Nombor 3

As Salam Readers,

Mak is rajin update blog dari kelmarin ni =) Actually just nak update pasal diri mak je. Alhamdulillah, tahun depan mak naik pangkat pegang title mak anak 3. Wahhhhh naik pangkat gitu yek T___________T

Alhamdulillah, macam tak dijangka yang nombor tiga ni secepat ni. Amboiii cepat la sangat yek!hahhaa!. Niat kat hati ni nak tunggu bulan 10 nanti ler baru ngandung semula, tup-tup eh eh cik P tak mai mai. Ingatkan cik P mai lambat sebab dok makan transgluta tu ka, rupa-rupanya ada si comel dalam rahim mak ni. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas rezeki ini. 


Penangan yang ketiga ni memang lain maciamm wehh! Mabuk, muntah, pening, lesu, tak lalu makan sepanjang masa tak kira siang malam. Lagi-lagi bulan puasa lepas, macam tak sanggup nak laluinya dah. Siap cakap kat mayumie lagi, ok ni last pregnant. Lain macam pulak penangan dia! hahaha! Berat dari 46kg turun jadi 43kg. Doctor dah membebel-bebel soh makan vitamin lain. Hurmm tak kosa la mak nak makan itu ini dengan takde seleranya. telan folic asid pun kalau ingat jek. lolssss! teruk betul memori bila dah semakin kertu ni hishhhhh!!


Mak buka buku pink bila kandungan dah masuk 14weeks. hahah! Nasib baiklah tak kena bebel ngan nurse. Masa buka buku pink tu, bila timbang berat dah 46kg! wowww!!! Raya sebulan pun tak habis, ko dah naik 3kg kan tmah! Punyalah melantak makan macam hapee hahaha! Next appointment dah kena minum air gula. ayayyayaiii! part ni yang tak gemar ni :( tak sukanya air gula KK. cawan besar habaq hang! huarghhhhh!

Alhamdulillah hari ni genap 16w. Dalam erti kata lain dah masuk 4 bulan, dah masuk 2nd trimester. Tapi muntah setiap pagi tu memang ada je. Setiap pagi Alisha tengok ibu dia muntah-muntah. Bila muntah depan Alisha, dia senyum jek. Memang dia senyum je tak kata apa. hihi! 

Edd In Shaa Allah 28 Jan 2017. CNY ok!!! Mak tak bagitau boss lagi ni. Kalau bagitau boss, surely dia gelabah mak enon sebab junior mak dedua Cina. hahaha! Sapa nak backup kat department mak kalau mak pun cuti gak!lalalalala malas fikir malas fikir :D 

Yang penting mak nak enjoy-enjoy je pregnant kali ni. Semoga dipermudahkan dah disenangkan semua urusan kali ni. Hopefully adik baby duk sihat dalam perut ibu yek. Love u sayang :-*


Wednesday, August 10, 2016

Thrawback Raya Aidilfitri 2016

Salam Readers. Hurmmm rasanya topik raya tahun ni masih tak basi lagi kan. Ramai je kot blogger lain yang still lagi update pasal raya aidilfitri 2016 even open house pun still ada lagi minggu lepas haha! Raya tahun ni lain maciam sikit sambutannya. Sana sini penuh dengan open house sampai tak menyempat-nyempat la nak pergi T______T Tahun ni mak tak sempat nak buat open house sebab keadaan badan mak tak mengizinkan. ecewahhh badan la sangat yek :D

Aidilfitri 2016 sambut belah hubby dulu, bermakna belah Shah Alam dulu la kita yek. Mak cakap raya kali ni best sebab semua cucu-cucu dah besar. Mak ajak buat ketupat anyam la itu la ini la. Aku suka je sebab dah biasa ketupat anyam tu. Belah johor memang buat ketupat anyam ni hihi

Tema raya kami caca marba acah-acah warna pelangi gitu. Mak abah n adik beradik yg single color orange liplap, kak ipar color royal blue n kami color yellow. Ok le nampak meriah gitu kan :D Alkisahnya Asyraf tak sihat, pagi-pagi raya lagi dah muntah selambak. Habis baju raya ko dik. Pastu bila tak sihat tu, mood dia memang kelaut ler. Lagi pulak si bujang ni tak suka baju cekak musang! Bila pakai je mengamuk dok tarik-tarik kolar baju tu. haishhh mak is redha jela! ngeeee. Next raya kena ingat Asyraf tak suka baju cekak musang, Asyraf tak suka baju cekak musang!haha

ni sebelum bad mood sebelum muntah berlambak-lambak. hensem je kan kalau pakai lengkap sepasang!
ni dah muntah selambak! n mata mak kelaut yek!
mengamuk tak mau pakai baju dah! waktu nak ambil gambar ni, MIL cakap "takpe, kita letak je baju sebelah dia. Nanti dah besar boleh tunjuk kat dia" haha!

Raya kedua pagi-pagi dah cabut balik Melaka, kampung abah. Penat tak hengat beraya sana sini. Adik beradik n sedara mara abah banyak kat Melaka. Rumah paling last pergi kat Jasin n time tu mak memang flat habis la. Anak-anak pun dah melepek kepenatan n perut mak tak yah katalahkan. Boncit tak hengat! Mana tak nya, setiap rumah yang mak pi, semua mak makan. Sana sini asam pedas kot. Rare betol raya kat Melaka ni. Jamu tetamu ngan asam pedas is woww sangat! :D :D :D

Lepas tu kami terus pecut balik Kahang. Bila ingat kampung mak, hati memang berbunga-bunga la suka :D Rindu kat mak abah, tak sabar nak salam peluk cium mak abah, rasa makanan raya mak. ehhh macam-macamlah dah fikir hihi

Raya ketiga petang tu macam biasalah, sesi bermaaf-maafan n bergambar berselfie bagai. Asyraf macam biasalah, reject baju melayu dia. Seluar nak pakai, baju je tak mau. Terpaksalah mak pakaikan tshirt color kuning. Untung ada tshirt color kuning dik oii T__________T

see! pakai tshirt OK! mata kebawah semuanya!
family kahang kecuali akak sulung and abang je takde

with mak abah. tengok dak asyraf tu sengih! amboiii sangat haaa
Ok la dik non. Tamat cerita raya yang dah basi tak basi ni. daaaaa :D 
Harap-harap lepas ni mak rajin update blog :D :D


Thursday, May 12, 2016

10.05.2016 Happy 2nd birthday Asyraf!

10.05.2016 lepas genap ler 2 tahun usia Muhammad Asyraf Haikal aka adik. haha! adik ke tu? Buat masa sekarang ni still adik lagi la yek. Tak tau la pulak tahun tahun depan camne. Ehh takde la pelik mana kot if panggil adik sebab sebelah husband yang nom 2 memang panggil adik. Mak mertua anak no 2. So kalau borak-borak ngan family belah Perlis memang bahasakan diri dia adik or kak dik. Pastu kakak ipar yang nom 2 pun bahasakan diri dia adik. Anak dia yang nom 2 pun bahasakan diri adik. Ni menurun pulak ke Asyraf. haha! Aci aci bukak pintu la kiranya ni kan :D Kita tengoklah ye panggilan adik tu bertahan ke tak :D

Plan nak buat birthday party tu memang ada tapi rasa macam kosong kosong kosong. So bila rasa kosong tu memang tak la kan aku survey itu ini. Tak tau la pasal pa. Husband cakap ala takpe, Asyraf lelaki. Lelaki simple sempoi aja. Owh ok fine :D

2 hari sebelum birthday Asyraf aku tanya lagi husband nak buat ke tak. Husband cakap nak buat kat rumah mak dia. Nanti panggilah kak su anak beranak and adik beradik dia yang lain. Owh ok fine. Sehari sebelum birthday Asyraf tanya lagi, nak buat ke tak. Husband balas nak, nanti abg beli kfc kita panggil yang lain. Pastu pagi 10.05.2016 tu aku tanya lagi husband, nak buat ke tak. Husband just balas nak. Pastu senyap sepi. Ngeee!

Petang tu aku call dia tanya kat mana, dia cakap kat laksa. So otak berfikir and mulut terus cakap abg bungkus laksa jelah. Syg nak makan laksa. Husband cakap tengoklah kalau rajin. Ngeee OK fine

Lepas maghrib pi cari kek birthday. Husband habaq tak mau ikut sebab nanti dia susah nak buat pilihan. Aku lagi suka sebab dia boleh jaga anak-anak. Senang dan aman pergi sorang-sorang T__________T Setengah jam jugaklah kat kedai kek tu sebab aku tak tau nak amek yang mana satu. Tu memang peel timah yek. Susah nak buat pilihan miahahaha!

Tepat 8.40pm kami celebrate birthday Asyraf. Just simple and santai aje. Takpolah dik, nanti masa kamu bersunat, ibu buat grand grand yer haha!

theme boboy foot ball. Alisha dah kepochi nak kek foot ball gak..parokk!
Adik dah pandai tiup lilin!
ni la dia si mat sengih ibu!

Selamat hari lahir yang ke 2 sayang!
Ibu doakan awak panjang usia, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik2, menjadi anak yang soleh dan bijak selalu. Every smile you give to us is a blessing we receive everyday. You make our life complete. We love you so much!!!