Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Sunday, November 20, 2011

lintang pukang

Assalam Dear,

Lamanya x update blog.seriously gila busy :( plus2 tired :(

* kerja semakin menggunung sbb 2 seniors dh resigned
* kena guide n observe 2 juniors
* kena kua site n at the same time terpaksa balik lambat :(
* kena macam2 lg laaa...

emosi sentiasa terganggu
hormon selalu x stabil

nextweek kena kuat!apa nak jadi jadilah.
yg penting surat cinta akan ku layangkan pd sv!

Saturday, October 08, 2011

bila hubby rajin

Assalamualaikum Readers,

Terasa lambat lak nak update entry kali nih :D
lately busy sgt2 dgn training la, knowledge transfer la..sob sob
makin lama makin busy..tapi gaji tetap ciput gak..sob sob

Entry kali ni nak share story about my hubby :)
Rabu lepas hubby MC. Around 1.30pm hubby called
hubby "syg, tepung jagung ada?sos plum tu camne?"
syg "tpg jagung ada kot.abg carila dlm kotak tepung kek tu. sos plum tu syg xtau la rupenya cmne. tgkla kt kedai ek. abg nak watpe?"
hubby "adalah.k bubuy.luv u"
syg "k luv u 2" -->terfikir abg nak wat kek ape plak la ni ek

2.30pm hubby kol lagi
abg "syg,camne nk siang ikan kerapu ni"
syg "alamak!abg buang sisik, ptg n buang perut ikan kat bahagian bwh tu n tarik ingsang ikan 2."
abg "kalau xbuang sisik xleh ke?"
syg "mane boleh.kang tercekik sapa yg susah"
abg "iyalah..."
syg "abg nak masak ikan kerapu tu ke?masak ape?
abg "adalah. k luv u"
syg "iyalah. luv u 2"

wah...time tu xsabar gile nak sampai umah!6.30pm saya dah terpacak dpn rumah :)
masuk2 je hubby tunjuk ikan tu..walawehhh!abg masak kerapu 3 rasa!
yummy2!rasa xsabar nak makan :D
tqvm B!luv u s0 much!!!

penuh dgn tomato but i really like it!

Tuesday, October 04, 2011

110% strong!

Ya Allah, hati ini rasa gelisah sangat.
This month hubby last kerja.
Kilang down n semua pekerja contract xdpt continue contract depa.
Feel sympathy for them, especially hubby.
lately nampak sangat wajah dia depressed, kadang2 termenung sorang2.
sorry B, i cant help u, but I always pray to God 2 protect us.

he cried when he told me that he could not continue his contract.
saya pun rasa nak nangis but dalam hati I said NO!plish CTMAH. jangan tambah kesedihan dia.
YES!Alhamdulillah, berjaya gak control my emotion.
saya kena sokong hubby 110%. If can, I want to look good in front of him.

hopefully hubby dapat cari kerja yang sesuai dengan jiwa hubby.
as his wife, im always support & backup him.
hope we can live in peace and happiness always.
May Allah bless our life journey .. amin
luv u B

Tuesday, September 20, 2011

Jalan2 ke PERAK

Assalamualaikum Readers,

Alhamdulillah, aritu sempat jugaklah ke majlis pertunangan my x-housemate cik shima.
just me,hubby n huda..pn yumie xdpt attended coz en khai kerja.kesian kt kamu kan :p
time nak kluar dr KL terserempaklah dgn menda alah nih...
so kami pun just follow dr belakang..syok semacam je rase..hikhik

Malaysia Day: sector Swasta

Perjalanan ke beruas mengambil masa hampir 3jam 30mins. nasib baik map yg cik shima bagi tu betul..fuhhh sampai2 je terus jumpa shima n cari toilet..huhu! bila dah lalu kawasan perkampungan dah xjumpa pam minyak, so saya n huda terpaksa menahan sampailah ke rumah shima.hohooo

pelamin tunang cik shima sgt cantik hokay..tp maaflah yerk.lupa nak snap gambar.huhuhu
macam pelamin kahwin pun ade.hikhik


shima n black: congrats!

dah macam kawen kan :)

Around 5.00pm kami chinchawww ke teluk batik..
cik shima cakap dlm 1jam je dah sampai ctu.
so dgn riang ria nya kami meneruskan perjalanan ke sana.
sampai2 je ujan renyai2, ramai gak yg mandi n naik banana boat.
selagi xde amaran yg dikeluarkn,selagi tu la boleh mandi puas2 hokay :D
rasa rugi plak xbwk baju lebih..huhuhu
xpelah,next time masa shima kawin nak tidur TB lah..dh plan2 ngn hubby n huda..hihi
so far, pantai TB masih cantik n terpelihara lagi tauuu


dpt rasa pun jadilah kannn

hubby beria elak air pantai :D

posing lebih2 sket :D

dalam pukul 7.00pm we all meneruskan perjalanan pulang ke KL.
cik shima said, just follow KL signboard. so we all dgn confident follow KL signboard.
suku perjalanan rasa macam pelik.
setengah perjalanan lg tambah pelik sbb lalu jerat cina.glups!
terus patah balik n time tu jugak hubby guna GPS.huhuhu
so we all terpaksa masuk bidor n dr bidor cari exit ke highway..
perjalanan dr jam jd 5 jam lebih..huhuh
really tired, but enjoyed!

Thursday, September 15, 2011

sakit lagi... :(

hari x hangat :(


semalam seharian suntuk hujan kan..
time balik kerja motor plak buat hal.
bila stat hidup,tapi bila nak pulas je mati.
banyak kali stat sampai rasa sakit betis ni.

pastu abg mujahid pun datang tolong.
cabut plug,pasang semula still sama gak.
tengok jam dah 6.30pm, confirm tak sempat nak buka puasa kat umah.huhu
saya cakap kat abg mu, "takpelah.saya g kedai je".
nasibla uda nak teman saya. kalau x, mau meleleh air mata nih.huhu

lucky kedai motor tu dekat aja ngn opis.
kt kawasan turun bukit,saya naik motor.tolak pelan2 pakai kaki. :(
tp bila sampai kawasan yg mendatar,motor taknak bergerak dh.
so terpaksalah saya turun n tolak pelan2.2x gak berhenti rehat.penat tau..
abes segala lopak air saya langgar.time tu rasa busuk sgt2.huhuhu

nasib baik kedai motor still lg bukak.
time tu ramai gak la yg motor rosak.
org kedai tu ckp motor saya kna servis kaberator (kuarkan air jek) n tukar plug.
bila tanya harga, tokey ckp RM32. mak aiii..mahal bebenor."tibe2 ada sorang pakcik ni ckp murah la tu dik.hujan2 camni kenalah tuka". adeh...saya pun OK jelah...

pastu inform kat hubby, dia cakap "mahal betul.mai abg ckp ngn tokey kedai tu"

so saya pun bg la phone kat tokey kedai tu..
depa tot tet tot tet n lastly tokey tanya mau tukar ke xmau --->macam dah bengang.blekkk

saya pun angguk je lah...kalu ada 2 3 kedai motor takpelah jugak.ni ada 1 jek.huhu


lagi 5 minit nak 7.15pm. time tu motor dah siap repair.
so ajak huda beli air dutch lady n berbukalah kami dgn sebotol air. OK la tu wat alas perut drpd minum air hujan kan..ahaks
should be kitaorg plan nk buat spaghetti. dah beli pun barang2..tp bila dah lambat camni,dah rasa malas nk masak.rasa nk delivery pape jek.huhu

around 7.25pm kitaorg pun berpecah balik umah masing2.
saya menghala ke port klang, n huda menghala ke jinjang.
hujan still lg lebat. rasa sakit sangat muka bile kena air hujan.huhuhu
bawak slow2 jek, singgah tempat keje hubby amek kunci rumah n terus balik.
around 9.00pm baru sampai umah. terasa jauh sgt perjalanan hari ni! :(
cepat2 mandi n makan kek yg hubby buat tuh..
pastu around 10pm terasa lapar. nak makan meggi mcm malas sbb tekak teringin nak makan spagetti. so dgn automatiknya rajin nak buat spaghetti. lucky proses nk wat spaghetti tu simple n kejap...hihi
bahan dah ditumis n bila nk bukak penutup sos spagetti tu rasa susah sgt2..
haduiiiii!hangin gila rasa...cuba sampai lenguh tangan tp still lg xbukak!
time tu gak hubby sampai.wat muke 2sen n mintak tolong hubby bukak.huhu
once dah bukak cepat2 saya continue masak..
Alhamdulillah, finally dapat gak makan spagetti :D

suap2: thanks to huda.u r my friend 4 eve n 4 :)

Tuesday, September 13, 2011

semalam yang hangat

Assalamualaikum Readers,

Starting this week, shift hubby dah berubah. No more shift malam becoz dah takde OT.huhu!
Nasib baik la after married.if b4 married, mau tekapai2 we all :(
Now hubby shift petang from 3.00pm - 11.00pm, next week pagi from 7.00am - 3.00pm n begitulah seterusnya.. 0_0
Hubby cakap pasni dah xpayahla nk berangkut2 ke umah mak lg (in law).
Saya senyum jek. dalam hati rasa lega sket coz xpyh susah2 berangkut kain baju ke sana dah.
b4 this, if hubby keje malam we all akn angkut kain baju tuk 1minggu.2 org dh jd 2 3 beg.
pastu g uma in law naik motor jek.

so boleh bygkn beg penuh dpn belakang.macam aci jual kain pun ada.hahahahaa!

Balik kerja ptg smlm terserempak dgn jiran2, kak salmah, kak hasnah n kak gee.
Macam2 la soalan yg depa tanya.maklumlah nak nampak batang hidung saya ni susah.
pegi kerja subuh, balik kerja malam..hoho
borak punya borak dah nak azan maghrib. saya mintak undur diri dulu coz saya puasa.
lastly kak salmah ckp, dtgla ke umah,kenal2.if ada pape, boleh la tolong2.
pasni cari la kerja kat west port.dkt sikit dgn uma.glups!glups!terkena sudah.huhu

masuk uma je terus berkumandang azan maghrib.
saya minum segelas air masak n terus solat.
nak masak cpt2 coz my x housemates nk dtg!!!kire dh lambat gile nie.huhu
menu saya tomyam campur n telur dadar jek.simple sudah.hihi
tgh dok ralit prepare bahan tbe2 rasa mcm nak intai luar sbb rasa mcm they all dh sampai.
intai kali pertama nampak kereta viva,so abaikan jelah.
pastu intai kali ke 2 nampak huda.haa..dah sah2 depa dah sampai.

jemput they all masuk n soh makan kueh mueh dulu.
lucky la hubby wat kek special tuk depa berdua.hoho!
hubby ni dah addict buat kek..xtaula apa kuasa yg merasuk dia.btw luv u b!!!

semua suka kek hubby sampai ada sorang kakak tu soh hubby berniaga.ahaks!

dah siap masak, saya prepare tempat n invited depa makan.
rasa excited semacam dpt dinner dgn kamu2.mcm dh lame gila tak jumpe.huhu
they all balik around 11.00pm n 11.30pm hubby sampai umah.
teman hubby makan n 12.30am saya pun ZzzzzzZZZZZzzz..

rasa penat tp at the same time puas sangat2 sampai sahur pun tak bangun..hihihihi

suap2: jumaat ni shima tunang, Insya Allah we all akn pegi perak..see u there dear :D

Friday, September 09, 2011

Review: Happy Birthday Abg!

07 Sept 11 baru2 ni birthday my hubby.
saya buat simple chocolate kek special for him :D
n also masak yg simple2 coz hubby requested nak celebrate at our house.
hubby nk invited kengkawan kt tempat kerja dia.
pendek kata celebrate birthday also beraya sekali.

iyalah en hubby.syg kamu ni menurut perintah saja :)

mula2 hubby cakap around 6 / 7 org jek tp tetibe je jadi ramai.
dalam 15 org gak la temasuk budak2 kecik..hoho
dalam hati ni dah gelabi gak takut makanan x cukup.
tp saya buat2 cool. cpt2 goreng nuggets n buat air lg.hihi
lucky la td terdetik nak beli nuggets.fuhhh

Alhamdulillah...
semuanya berjalan dgn lancar.
saya rasa puas hati sgt2 coz dpt buat semua tu...
anything 4 u abg!!!


simple cake 4 him


hubby dh malu2 kucing :D


tafsir Al-Quran for him

TO ABG:
HAPPY BIRTHDAY YER...
PANJANG UMUR N MURAH REZEKI SELALU...
MOGA MENJADI SEORANG ANAK, SUAMI, N INSAN YG BERGUNA DI DUNIA N DI AKHIRAT...
MOGA KITA BAHAGIA SAMPAI SYURGA...
AMIN...

Wednesday, September 07, 2011

Perkara yang paling sengal dalam hidup saya.kamu2 ada?

Assalamualaikum Readers,

pagi2 lagi saya dah buat perkara yang paling2 memalukan.huhu

masa sampai tempat kerja hubby, saya tengok minyak moto dah nak sampai E.

saya siap cakap kat hubby lg, "pasni sayang nak isi minyak motor la".


masa otw g tempat kerja, saya dokla kalut fikir birthday hubby nak wat ape.

fikir punya fikir tibe2 saya terkedu bila pandang emergency public phone tu.
act ada cite disebalik public tu.huhu

haritu, masa otw balik shah alam, tayar kereta mengelembung.

so kitaorang pun menggunakanlah kemudahan yg sedia ada..

Alhamdulillah, servis yg sangat2 pantas dr pihak Ronda Plus.

bila dah pandang public tu terusla saya teringat minyak motor x isi lg.

masa tu minyak memang dah lebih paras merah.

dalam hati tawakal jelah.huhu!

sambil tu dok fikir, kalau guna phone ni depa nak datang tolong ke ek?adehhh


masa exit jalan motor nak masuk ke jalan besar saya pun tuka gear 1 n dgn automatiknya motor mati sendiri.
adeh!!!
rasa dah gelabi..rileks…coollll
cuba start motor, hidup. Bila masuk gear 1 je mati smula.huhu
disebabkn saya jalan motor jd jem kejap n sume org dok hon2..

malu yg amat2 malu…adehhh


time tu jugak slumber parking tepi n kol hubby.

hubby dah tergelak2 bila dgr suara saya gelabah semacam.huhu

rasa seksanya tunggu hubby.10minit tu rasa macam 1hari.huhuhu

bila dah xtau nak buat apa, saya pun dokla ralit turun naik atas divider.

tibe2 terpelecok n terus terduduk.HAHA!

malunyeee!ape ke sengallah saya ni..2 x malu dah..huhuhu


bila hubby sampai, cepat2 dia isi minyak motor.

hubby cakap "nasib baik lah bini, kalau org lain xnak dia tolong"

saya balas lak "kalau abg x datang,syg guna jek emergency call tu"

hubby cakap "takdenya depa nak tolong semata2 minyak rm 2 3 ringgit" ---> gelak besar
huhuhu!siot la hubby nih :(
24 jam perli saya :(


Moral of da story: jangan mengelamun enon bila drive or tunggang motor!!!

tp saya mmg suka mengelamun sbb rasa syok plus2 ditiup dek hembusan angin.hehe ---> sila abaikan ye kawan2


suap2: HAPPY BIRTHDAY TO ABG!!!

Sunday, September 04, 2011

Salam Aildifitri 1432H

Assalamualaikum Readers,

Dikesempatan ni saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H.
Maaf banyak2 kalau ada terkasar bahasa ke, tersinggung ke, terngumpat ke dll.
Biasalah, saya hanya manusia biasa yang tak lepas dr buat silap..
Kira 0 - 0 la yek :D


x lupa jugak,
Selamat Hari Merdeka yg ke 54!

Wednesday, August 24, 2011

cornflakes chocolate mariii

target 300 pcs
100 saya
100 mommy
100 MIL

Monday, August 22, 2011

Biskut Oat and Kek Rasa Sayang

Assalamualaikum Readers,

Hai..ape khabar?u ollsss sehat ke?
mood berkerja?ke semangat raya or merdeka?hoho!
but i can guess mesti semua dah malas nk kerja kan..iye dok?hihi

bile dengar lagu raya, lagila bertambah malas nak kerja..
rasa nak balik rumah continue buat biskut raya, kemas rumah etc.
biskut raya baru je siap 1 jenis..OMG!sempat ke?huhu
last night my hubby and saya bersemangat buat kueh raya.
saya buat biskut oat paling simple n senang hokay.
hubby plak dok buat kek coklat wholenut bla2..xingat nama kek tuh.
bila tanya hubby ape nama kek
?
spontan je jawapan dia "kek rasa sayang" grrrr
saya ckp kt hubby npe buat dlu, nk raya nntla baru buat.
hubby replied ni testing dulu.sedap baru buat lagi..
grrrr.ape2 jelah hubby nih :o

disebabkan ada 1 je oven, so terpaksalah berkongsi kasih ngn hubby.hoho
ting tong2 kol 12.30am baru siap..
sigh 0_o
macamla esoknya xkerja.huhu
xkesahlakn..yang penting kami happy sokmo :D
malam ni leh continue lg.. @_@

biskut oat
resource: tqvm to brother hairul. really sedap n rangup seh

bahan2
150gm oat segera
200gm tepung gandum
200gm minyak sapi / merjerin - ikut citerasa u ollsss
100gm gula halus

cara2
  1. Timbang keempat-empat bahan diatas dan gaul sehingga adunan oat sebati. Sekiranya adunan kurang mengancam,tambahkan minyak sapi / marjerin kerana kualitinya berbeza-beza.
  2. Setelah adunan sebati, gelek doh biskut oat dan tekap menggunakan acuan yang u ollsss suka. Kalau nk senang follow aja cara si brother hairul ni. ambil sedikit adunan dan letakkan di atas tapak tangan. Pastu bulatkannya dengan memusing-musingkan kedua-dua tapak tangan.
  3. Then sapukan marjerin pada dulang pembakar dan susun biskut oat di atas dulang pembakar. Sapukan kuning telur di atas biskut oat menggunakan brush or kalau xde brush, guna belakang sudu pun boleh. Kalau nak nampak cantik, u ollsss boleh hiaskan dgn color bubble, color rice etc.
  4. Lastly panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 170 / 180c dan bakar biskut oat selama 10-15 minit. Kalau warna bahagian bawah biskut oat dah kelihatan coklat, maknenya biskut dah masak. Biskut oat ini agak rapuh sedikit so u ollsss kena tunggu sehingga ia sejuk barulah boleh dimakan or simpan di dalam bekas kuih raya.
simple right?
saya dapat around 120 pieces. tp ada gak yg dpt dalam 50 / 60 pieces. depends on ur bentuk acuan kot.


hubby sgt sukakn biskut ni!mlm td dok kunyah je :o


kek hubby "rasa sayang"

resource: buku kek chef wan

bahan2 and cara2 tuk buat kek ni saya x ingat. buku ada kat umah.hehehe
tempek gambar kek sudah la ek..
btw macam x caya jek hubby nak buat kek ni.
hari tu mase jln2 kat popular, hubby beria2 nak beli buku kek.rupa2nya mmg dia nk buat kek.hoho!
really love u la B :D


buka nnt nk rasa sesama ngn mertua :o


Tuesday, August 16, 2011

16 Ramadhan

Assalamualaikum Readers

16 days...
Alhamdulillah...sedar x sedar dah 16 hari kita berpuasa...
Lagu raya pun dah berkumandang dicorong2 radio since semalam lg..wheeee
haishhh...kan besh kalau kt opis ni leh dgr radio or mp3 or wut eve la 0_o

Actually malam tadi dah masuk malam ke-16 Ramadhan dan kita digalakkan membaca Doa Qunut pada rakaat terakhir solat witir.
Ianya merupakan sunnah Rasulullah dan dilakukan hingga akhir bulan Ramadhan.

Maksudnya:

"Ya Allah, berikanlah aku petunjuk sebgaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk. Sejahterakanlah aku (daripada penyakit) sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untuk ku apa yang telah Engkau berikan kepada ku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya engkau sahajalah yang menetapkan, dan tiada siapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinan Mu. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. Engkau telah memberi berkat, Maha suci Engkau, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau." (Riwayat Abu Daud).


Semoga Allah S.W.T memberi pengampunan & keberkatan kepada kita semua di dalam bulan yang penuh kemuliaan ini. Amin...

Saturday, August 13, 2011

Riang ria dibalik tirai

Assalamualaikum Readers,

Hari ni hari sabtu.

Yes2!dapat jugakla merehatkan diri n otak dr alam kerja..huhu

agak bosan sebab hubby kerja :( ..xde teman berbicara buat beberapa jam.huhu


so sesi pagi dimulakan dgn kemas mengemas.

yes!saya suka berkemas..
berkemas menjadikan saya bertambah sihat.
sebab ape bertambah sihat kwn2?

sebabnya bila berkemas, badan kita akan mengeluarkan peluh.
Insya Allah badan menjadi sihat coz toksin2 dalam badan kita ni akan keluar :)

settle mengemas, saya merilekskan minda dgn memasang lagu2 raya sa
mbil menggodek2 laman 'muka buku' n BW...haha!baru 13 hari berpuasa dah kepochi dgr lagu raya :D
argh..xperlu kata ape2lah..senyum saja hokay :D

tup2 hubby kol soh masak dulu coz blk keje nnt nak ajak jenjalan kat JJ Bukit Tinggi.
horayy..cooking n jalan2 time!
dalam hati dah berkira2 nak buat telur bungkus, sayur taugeh goreng n pencuci mulut kuih popia grg..


so tepat 1.00pm saya dah terkinja
2 kat dapur.haha
mcm nk makan tengahari lak rasenyee :o

campak sane campak sini, gulung sana gulung sini,maka siaplah menu berbuka.
owh..sayur n popia akan di goreng time balik nnt =)

tgk jam dah pukul 3.10pm. yeah!hubby dah otw balik..
ambil wudhu, solat zuhur, mengaji n siapkan diri seberapa pantas. :D

sampai kat JJ just jalan2 cuci mata..
sane sini sales sampai naik juling gak la biji mata kami ni haa...haha!
fikirkan tgh bulan je nih..kalau x,dah lama rembat 1 2 helai..

hubby ckp, xpe sayang.hujung bln ni kita shopping ek..
saya pun senyum dgn segedik2nya..haha!

masa tuk berbuka!
tepat 7.00pm sampai umah.
tugas saya prepare juadah berbuka n hubby buat air
.
saya request air ribena n mix oren+pineaple natadecoco :)

nasi+telur bungkus+taugeh grg+salad+popia grg+ribena+mix oren n natadecoco

Alhamdulillah...
inilah rezeki kami tuk hari ni..makan dengan hati yang gembira...
tata...

suap2: seronok dpt berkhidmat tuk hubby. sumtimes rase menyesal gak la kawin lambat.apa pun jodoh semua di tangan DIA...

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday: manisnya coklat itu

Assalamualaikum Readers,

setahun yg lalu...
requested coklat kasih sayang gara2 merajuk ngan hubby.gedix!haha!
hubby xckp panjang, trus agree.
dalam hati terdetik,msti dpt coklat ferrero rocher @_@

then hubby pn bg choc yg dimaksudkan tu.
bile belek2 rasa nak tergelak pun ade.
tak sangka lak dia leh pk camtu skali @_@




sumtime rasa rindu sgt2 kat kenangan yg lalu...

Monday, August 08, 2011

Review: Pameran Pedang Rasulullah S.A.W & Sahabat R.A

Assalamualaikum Readers,

Alhamdulillah..arini dah masuk hari ke-8 kita berpuasa.

hopefully u all semua sihat n ceria selalu... :)


Petang semalam kami sempatla jenjalan kt Pameran Pedang Rasulullah S.A.W & Sahabat R.A
yang bertempat di Selangor Islamic Arts Garden Complex.

Bayaran masuk ialah RM10.00

Pameran ni berakhir pada hari ni 08.08.2011


Okla..jom tengok replika pedang2 nih :)
Setiap pedang ada jalan ceritanya...


Pedang Al-Ma'tsur
Kepunyaan Nabi Muhammad
sejak muda lg sebelum Baginda menerima wahyu pertama di Mekah.


Pedang Al-Qadib


Pedang Al-Battar
Sebuah pedang Nabi, hasil rampasan drpd Bani Qainuqa ketika baginda mengusir mereka disebabkan pengkhianatan yg tlh mereka lakukan t'hadap perjanjian bersama Rasulullah S.A.W. di Madinah


Pedang Al-Ja'far Ath-Thayyar


Pedang Utsman Bin Affan


Pedang Abu Bakar As-Sidiq


Pedang Khalid Bin Walid


Pedang para Sahabat



Pedang Al-Qal'i
dikenali sbg Qal'i atau Qu'la yg bermaksud mencabut atau melepaskan. Merupakan salah satu dripd tiga pedang Rasulullah S.A.W. yg diperolehi sbg rampasan drpd Bani Qainuqa


Paling saya kagum selain pedang Nabi adalah pedang Sayyidina Ja'far Bin Abi Thalib (Ath-Thayyar).

Sedikit info mengenai Sayyidina Ja'far:
Beliau adalah abg kepada Khalifah Ali Bin Abi Thalib dan sepupu kpd Rasulullah S.A.W.
Sayyidina Ja'far merupakan salah seorang pahlawan yang gugur syahid dan diberi keistimewaan oleh Allah S.w.T di syurga.
Ketika beliau mengikuti peperangan Mu'tah di tanah Syam (Syria) beliau menyambut bendera Islam sebelum sempat bendera tersebut jatuh ke tanah
apabila Zahid yg terlebih dahulu membawanya gugur syahid.
Beliau melawan musuh dengan tangan kanannya. Bendera Islam terus berkibar menggunakan tangan kirinya, namun tangan kirinya itu terputus dipenggal. Akan tetapi Ja'far tetap tidak membiarkan bendera Islam gugur ke tanah, beliau menekankan bendera Islam ke dada dengan lengan atasnya supaya tidak terlepas jatuh sehingga akhirnya beliau gugur syahid.
Pemimpin ke-3 Abdullah Rawaha dgn segera mengibarkan kembali bendera Islam dgn gagah berani utk menghentikan serangan pasukan Romawi. Dikatakan bahawa tubuh Ja'far dipenuhi dgn 90 tikaman serta tusukan pedang dan panah.

sayyidina Ja'far Bin Abi Thalib tlh dianugerahkan dua sayap oleh Allah S.W.T sbg ganti kepadanya kedua tangannya yg di potong ketika peperangan utk terbang di syurga bersama malaikat Jibril dan Mika'il dan beliau di gelar dgn nama Ja'far Ath-Thayyar(seorang yg boleh terbang).

Selain daripada replika pedang2 tersebut, turut dipamerkan adalah replika tongkat Nabi, tapak kaki Nabi, selipar Nabi, busur Nabi, Al-Quran, seni khat, dan kediaman Rasulullah S.A.W.


Tongkat Nabi


Busur Nabi


Selipar dan tapak kaki Nabi









Pelan rumah Nabi
pd sesiapa yg nak design rumah, boleh la follow rumah Rasulullah S.A.W. =)



Khat


*****
tiada apa yang dapat saya lafazkan selain Alhamdulillah.
rasa bersyukur sangat2 dapat jadi umat mu wahai Muhammad.
sungguh besar pengorbanan beliau kepada kita semua...



Tuesday, August 02, 2011

raya di rumah mertua, sanggup ke?

Assalamualaikum Readers,

hari ni dah masuk hari ke 2 kita berpuasa n double meaning nye saya terpaksa balik shah alam smula..urghhh sekejap jek cuti..esok dah kena kerja..aduhaii..malasnye la nak ngadap semua2 tuh.huhuhu!takpelah CTMAH!hidup mesti diteruskan HOKAY!--> motivate diri sendiri :o

after this mesti rindu kat mummy daddy.tak dapat nak sahur n berbuka dgn they all.huhu

hubby dh buat decision.this year raya rumah shah alam meleleh dah air mata
mula2 rase OK jek tapi bila fikir2 mcm tak sanggup nk hadap.huhu
1st time beraya di perantauan orang...camne la rasanye yek!

mummy tanya "raya ni balik ke?"
saya "mestila balik,tp xtau balik raya ke berapa :( "
adik ckp "1st raya baik kau raya kat kahang.nanti mak nangis ko xde"
saya "aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...nanti lagi kuat aku nanges!"

***** baru 2 hari puasa aku dah fikir pasal raya..hoho!TBB la ctmah nih :(

apa yang korang rasa bila raya di rumah orang lain ek?
camne nk hadapi that situation ek?

Monday, August 01, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum Readers,

Hari ni merupakan hari pertama kita berpuasa di bulan Ramadhan.
Puasa kali ni amat bermakna sekali buat saya.
saya dapat bersahur dan berbuka bersama hubby.
saya juga dapat sambut puasa di kampung bersama family tercinta.

Akhir kata
Selamat menjalani ibadah puasa.

sama2lah kita mensucikan diri dan semoga amal ibadah kite diterima olehNYA. Amin

Friday, July 29, 2011

bangga yang ORIGINAL

Assalamualaikum Readers,

Mlm tadi saya tengok bola secara live kt BJ.
peh...excited! plus2 jakun skit sbb ramai gile rakyat
Malaysia yg dtg support team kita..hoho

Otw pergi, jalan moto yg selalunye x jem jd jem.
siap ada excident lagi.
camnela tak excident,kalau bawak moto semua rapat2..huhu
sangat scarry tau...

bila naik je flyover kt BJ, lg la jem.
ya ampun..nak tersentap2 jantung saya bila hubby cilok sane cilok sini.
kiri kanan depan belakang penuh dgn kereta.macam sardin pun ada.hoho
incik2 moto pun dok la menyilok sane menyilok sane sambil bunyikan hon.huhu
yg beshnya incik /cik kereta park kereta sampai nak dekat simpang tol.
huhu!mayb depa fikir senang nak keluar n terlepas dr jem kot.wallahualam


kereta penuh di kiri kanan jln


bila nak masuk stadium,lgla crowded.
hubby dh get ready peluk saya dr belakang.huhu
tangan saya dh get ready peluk tubuh, takutla ade yg ambil kesempatan ke :D
semua jln laju2 sbb nk cari port baik.
pegi sane penuh, pegi sini penuh.
last2 dpt duduk kt bwh n belakang goal..
aish...manyak x syokkk wohh..


duduk dekat area screen besar


dah penuh


bila dah duduk, saya rasa mcm super duper jakun.HAHA!
rasa seperti duduk di lautan manusia..hoho
bila semua jerit, saya turut jerit.
paling terharu sewaktu menyanyikan lagu NEGARAKU.
aura..berhantu...
meremang segala bulu yang ada :o





hubby really excited!

bila tengok depa beraksi, serasa nak tercabut jantung nih.
time safee sali jaringkan gol, macam nk pecah stadium org jerit.
saya, hubby n semua turut melompat kegirangan...
peluang utk menang ada!lg 1 gol je kite boleh menang.

tapi..
akhirnya,singapore menyamakan kedudukan dgn 1-1.
Jia Yi Shi free.xde sape jage dia.huhu


1st gol dr safee sali


we r so happy!


apa yg boleh saya ulaskan:

HARIMAU MALAYA
yg besh
apek SUPER DUPER HEBAT!
jaringan safee sali mmg mantap..jelmaan mokhtar dahari

yg xbesh
pertahanan still lagi rapuh lepas aidil injured.
bola banyak x sampai n senang2 jatuh kat pihak lawan.
pengganti safiq rahim tenggelam.

SINGAPORE
berlakon kuat!dlm padang injured, luar garisan boleh plak lari2 n masuk smula
suke sangat melengahkan MASA!

apa2 pun, saya TETAP SOKONG HARIMAU MALAYA!
semua asli n takde celup2!

Tuesday, July 26, 2011

World Cup 2014 Qualifying: Malaysia vs Singapore

Assalamualaikum Readers,

Yeyeyeyeahhh!
I got it!we got it!u got it???

hubby suke btol!



hubby beli kat stadium shah alam.
hubby beli only 14 keping.
ada yang beli sampai 50 keping..yawww!
tiket grandstand dah habis di jual.
org yg g bukit jalil pun dtg beli kat shah alam bcoz kena queue yg sgt panjang
tak sabar nak teriak kuat2!yawww!
jom jom jom kita gegarkan bukit jalil!
MALAYSIA BOLEH!!!
baham Singapore!