Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, March 08, 2011

Sharing: KEISTIMEWAAN WANITA

Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat darpada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: 
" Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh. Seorang wanita solehah adalah lebih daripada 70 orang wali. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

Barang siapa yang meggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Barang siapa yang membawa hadiah (barang  makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah bermakna segala puji  bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."  Maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah) di alam syurga.

Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh  rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

Daripada Aisyah f.ha.  "Barang siapa  yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik  kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada  api neraka."

Syurga itu di bawah telapa kaki ibu.

Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

No comments: