Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, August 16, 2011

16 Ramadhan

Assalamualaikum Readers

16 days...
Alhamdulillah...sedar x sedar dah 16 hari kita berpuasa...
Lagu raya pun dah berkumandang dicorong2 radio since semalam lg..wheeee
haishhh...kan besh kalau kt opis ni leh dgr radio or mp3 or wut eve la 0_o

Actually malam tadi dah masuk malam ke-16 Ramadhan dan kita digalakkan membaca Doa Qunut pada rakaat terakhir solat witir.
Ianya merupakan sunnah Rasulullah dan dilakukan hingga akhir bulan Ramadhan.

Maksudnya:

"Ya Allah, berikanlah aku petunjuk sebgaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk. Sejahterakanlah aku (daripada penyakit) sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untuk ku apa yang telah Engkau berikan kepada ku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya engkau sahajalah yang menetapkan, dan tiada siapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinan Mu. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. Engkau telah memberi berkat, Maha suci Engkau, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau." (Riwayat Abu Daud).


Semoga Allah S.W.T memberi pengampunan & keberkatan kepada kita semua di dalam bulan yang penuh kemuliaan ini. Amin...

No comments: