Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Monday, August 22, 2011

Biskut Oat and Kek Rasa Sayang

Assalamualaikum Readers,

Hai..ape khabar?u ollsss sehat ke?
mood berkerja?ke semangat raya or merdeka?hoho!
but i can guess mesti semua dah malas nk kerja kan..iye dok?hihi

bile dengar lagu raya, lagila bertambah malas nak kerja..
rasa nak balik rumah continue buat biskut raya, kemas rumah etc.
biskut raya baru je siap 1 jenis..OMG!sempat ke?huhu
last night my hubby and saya bersemangat buat kueh raya.
saya buat biskut oat paling simple n senang hokay.
hubby plak dok buat kek coklat wholenut bla2..xingat nama kek tuh.
bila tanya hubby ape nama kek
?
spontan je jawapan dia "kek rasa sayang" grrrr
saya ckp kt hubby npe buat dlu, nk raya nntla baru buat.
hubby replied ni testing dulu.sedap baru buat lagi..
grrrr.ape2 jelah hubby nih :o

disebabkan ada 1 je oven, so terpaksalah berkongsi kasih ngn hubby.hoho
ting tong2 kol 12.30am baru siap..
sigh 0_o
macamla esoknya xkerja.huhu
xkesahlakn..yang penting kami happy sokmo :D
malam ni leh continue lg.. @_@

biskut oat
resource: tqvm to brother hairul. really sedap n rangup seh

bahan2
150gm oat segera
200gm tepung gandum
200gm minyak sapi / merjerin - ikut citerasa u ollsss
100gm gula halus

cara2
  1. Timbang keempat-empat bahan diatas dan gaul sehingga adunan oat sebati. Sekiranya adunan kurang mengancam,tambahkan minyak sapi / marjerin kerana kualitinya berbeza-beza.
  2. Setelah adunan sebati, gelek doh biskut oat dan tekap menggunakan acuan yang u ollsss suka. Kalau nk senang follow aja cara si brother hairul ni. ambil sedikit adunan dan letakkan di atas tapak tangan. Pastu bulatkannya dengan memusing-musingkan kedua-dua tapak tangan.
  3. Then sapukan marjerin pada dulang pembakar dan susun biskut oat di atas dulang pembakar. Sapukan kuning telur di atas biskut oat menggunakan brush or kalau xde brush, guna belakang sudu pun boleh. Kalau nak nampak cantik, u ollsss boleh hiaskan dgn color bubble, color rice etc.
  4. Lastly panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 170 / 180c dan bakar biskut oat selama 10-15 minit. Kalau warna bahagian bawah biskut oat dah kelihatan coklat, maknenya biskut dah masak. Biskut oat ini agak rapuh sedikit so u ollsss kena tunggu sehingga ia sejuk barulah boleh dimakan or simpan di dalam bekas kuih raya.
simple right?
saya dapat around 120 pieces. tp ada gak yg dpt dalam 50 / 60 pieces. depends on ur bentuk acuan kot.


hubby sgt sukakn biskut ni!mlm td dok kunyah je :o


kek hubby "rasa sayang"

resource: buku kek chef wan

bahan2 and cara2 tuk buat kek ni saya x ingat. buku ada kat umah.hehehe
tempek gambar kek sudah la ek..
btw macam x caya jek hubby nak buat kek ni.
hari tu mase jln2 kat popular, hubby beria2 nak beli buku kek.rupa2nya mmg dia nk buat kek.hoho!
really love u la B :D


buka nnt nk rasa sesama ngn mertua :o


2 comments:

:.noRuL.: said...

biskut oat utk sye jgn lupe...

:)

:.noRuL.: said...

nk rase kek coklat tue...nnt sy dtg raye buatkan eh..

:)