Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Monday, August 08, 2011

Review: Pameran Pedang Rasulullah S.A.W & Sahabat R.A

Assalamualaikum Readers,

Alhamdulillah..arini dah masuk hari ke-8 kita berpuasa.

hopefully u all semua sihat n ceria selalu... :)


Petang semalam kami sempatla jenjalan kt Pameran Pedang Rasulullah S.A.W & Sahabat R.A
yang bertempat di Selangor Islamic Arts Garden Complex.

Bayaran masuk ialah RM10.00

Pameran ni berakhir pada hari ni 08.08.2011


Okla..jom tengok replika pedang2 nih :)
Setiap pedang ada jalan ceritanya...


Pedang Al-Ma'tsur
Kepunyaan Nabi Muhammad
sejak muda lg sebelum Baginda menerima wahyu pertama di Mekah.


Pedang Al-Qadib


Pedang Al-Battar
Sebuah pedang Nabi, hasil rampasan drpd Bani Qainuqa ketika baginda mengusir mereka disebabkan pengkhianatan yg tlh mereka lakukan t'hadap perjanjian bersama Rasulullah S.A.W. di Madinah


Pedang Al-Ja'far Ath-Thayyar


Pedang Utsman Bin Affan


Pedang Abu Bakar As-Sidiq


Pedang Khalid Bin Walid


Pedang para Sahabat



Pedang Al-Qal'i
dikenali sbg Qal'i atau Qu'la yg bermaksud mencabut atau melepaskan. Merupakan salah satu dripd tiga pedang Rasulullah S.A.W. yg diperolehi sbg rampasan drpd Bani Qainuqa


Paling saya kagum selain pedang Nabi adalah pedang Sayyidina Ja'far Bin Abi Thalib (Ath-Thayyar).

Sedikit info mengenai Sayyidina Ja'far:
Beliau adalah abg kepada Khalifah Ali Bin Abi Thalib dan sepupu kpd Rasulullah S.A.W.
Sayyidina Ja'far merupakan salah seorang pahlawan yang gugur syahid dan diberi keistimewaan oleh Allah S.w.T di syurga.
Ketika beliau mengikuti peperangan Mu'tah di tanah Syam (Syria) beliau menyambut bendera Islam sebelum sempat bendera tersebut jatuh ke tanah
apabila Zahid yg terlebih dahulu membawanya gugur syahid.
Beliau melawan musuh dengan tangan kanannya. Bendera Islam terus berkibar menggunakan tangan kirinya, namun tangan kirinya itu terputus dipenggal. Akan tetapi Ja'far tetap tidak membiarkan bendera Islam gugur ke tanah, beliau menekankan bendera Islam ke dada dengan lengan atasnya supaya tidak terlepas jatuh sehingga akhirnya beliau gugur syahid.
Pemimpin ke-3 Abdullah Rawaha dgn segera mengibarkan kembali bendera Islam dgn gagah berani utk menghentikan serangan pasukan Romawi. Dikatakan bahawa tubuh Ja'far dipenuhi dgn 90 tikaman serta tusukan pedang dan panah.

sayyidina Ja'far Bin Abi Thalib tlh dianugerahkan dua sayap oleh Allah S.W.T sbg ganti kepadanya kedua tangannya yg di potong ketika peperangan utk terbang di syurga bersama malaikat Jibril dan Mika'il dan beliau di gelar dgn nama Ja'far Ath-Thayyar(seorang yg boleh terbang).

Selain daripada replika pedang2 tersebut, turut dipamerkan adalah replika tongkat Nabi, tapak kaki Nabi, selipar Nabi, busur Nabi, Al-Quran, seni khat, dan kediaman Rasulullah S.A.W.


Tongkat Nabi


Busur Nabi


Selipar dan tapak kaki Nabi









Pelan rumah Nabi
pd sesiapa yg nak design rumah, boleh la follow rumah Rasulullah S.A.W. =)



Khat


*****
tiada apa yang dapat saya lafazkan selain Alhamdulillah.
rasa bersyukur sangat2 dapat jadi umat mu wahai Muhammad.
sungguh besar pengorbanan beliau kepada kita semua...



4 comments:

♥ Kasut Pink ♥ said...

Besar & cantik2 pedang2nya kan. Tak pernah pergi pameran camni.. teringin gak nak gi nnt..

ctmah said...

aah KP. yang replika pun dah cantik apatah lg yg betul2kn.ada 1 pedang tu beratnya cecah 4kg!

~ NANA ~ said...

alahai...da terlepas nk pegi :(

ctmah said...

xpe dear..next time mesti ada lg