Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, August 24, 2011

cornflakes chocolate mariii

target 300 pcs
100 saya
100 mommy
100 MIL

Monday, August 22, 2011

Biskut Oat and Kek Rasa Sayang

Assalamualaikum Readers,

Hai..ape khabar?u ollsss sehat ke?
mood berkerja?ke semangat raya or merdeka?hoho!
but i can guess mesti semua dah malas nk kerja kan..iye dok?hihi

bile dengar lagu raya, lagila bertambah malas nak kerja..
rasa nak balik rumah continue buat biskut raya, kemas rumah etc.
biskut raya baru je siap 1 jenis..OMG!sempat ke?huhu
last night my hubby and saya bersemangat buat kueh raya.
saya buat biskut oat paling simple n senang hokay.
hubby plak dok buat kek coklat wholenut bla2..xingat nama kek tuh.
bila tanya hubby ape nama kek
?
spontan je jawapan dia "kek rasa sayang" grrrr
saya ckp kt hubby npe buat dlu, nk raya nntla baru buat.
hubby replied ni testing dulu.sedap baru buat lagi..
grrrr.ape2 jelah hubby nih :o

disebabkan ada 1 je oven, so terpaksalah berkongsi kasih ngn hubby.hoho
ting tong2 kol 12.30am baru siap..
sigh 0_o
macamla esoknya xkerja.huhu
xkesahlakn..yang penting kami happy sokmo :D
malam ni leh continue lg.. @_@

biskut oat
resource: tqvm to brother hairul. really sedap n rangup seh

bahan2
150gm oat segera
200gm tepung gandum
200gm minyak sapi / merjerin - ikut citerasa u ollsss
100gm gula halus

cara2
  1. Timbang keempat-empat bahan diatas dan gaul sehingga adunan oat sebati. Sekiranya adunan kurang mengancam,tambahkan minyak sapi / marjerin kerana kualitinya berbeza-beza.
  2. Setelah adunan sebati, gelek doh biskut oat dan tekap menggunakan acuan yang u ollsss suka. Kalau nk senang follow aja cara si brother hairul ni. ambil sedikit adunan dan letakkan di atas tapak tangan. Pastu bulatkannya dengan memusing-musingkan kedua-dua tapak tangan.
  3. Then sapukan marjerin pada dulang pembakar dan susun biskut oat di atas dulang pembakar. Sapukan kuning telur di atas biskut oat menggunakan brush or kalau xde brush, guna belakang sudu pun boleh. Kalau nak nampak cantik, u ollsss boleh hiaskan dgn color bubble, color rice etc.
  4. Lastly panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 170 / 180c dan bakar biskut oat selama 10-15 minit. Kalau warna bahagian bawah biskut oat dah kelihatan coklat, maknenya biskut dah masak. Biskut oat ini agak rapuh sedikit so u ollsss kena tunggu sehingga ia sejuk barulah boleh dimakan or simpan di dalam bekas kuih raya.
simple right?
saya dapat around 120 pieces. tp ada gak yg dpt dalam 50 / 60 pieces. depends on ur bentuk acuan kot.


hubby sgt sukakn biskut ni!mlm td dok kunyah je :o


kek hubby "rasa sayang"

resource: buku kek chef wan

bahan2 and cara2 tuk buat kek ni saya x ingat. buku ada kat umah.hehehe
tempek gambar kek sudah la ek..
btw macam x caya jek hubby nak buat kek ni.
hari tu mase jln2 kat popular, hubby beria2 nak beli buku kek.rupa2nya mmg dia nk buat kek.hoho!
really love u la B :D


buka nnt nk rasa sesama ngn mertua :o


Tuesday, August 16, 2011

16 Ramadhan

Assalamualaikum Readers

16 days...
Alhamdulillah...sedar x sedar dah 16 hari kita berpuasa...
Lagu raya pun dah berkumandang dicorong2 radio since semalam lg..wheeee
haishhh...kan besh kalau kt opis ni leh dgr radio or mp3 or wut eve la 0_o

Actually malam tadi dah masuk malam ke-16 Ramadhan dan kita digalakkan membaca Doa Qunut pada rakaat terakhir solat witir.
Ianya merupakan sunnah Rasulullah dan dilakukan hingga akhir bulan Ramadhan.

Maksudnya:

"Ya Allah, berikanlah aku petunjuk sebgaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk. Sejahterakanlah aku (daripada penyakit) sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untuk ku apa yang telah Engkau berikan kepada ku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya engkau sahajalah yang menetapkan, dan tiada siapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinan Mu. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. Engkau telah memberi berkat, Maha suci Engkau, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau." (Riwayat Abu Daud).


Semoga Allah S.W.T memberi pengampunan & keberkatan kepada kita semua di dalam bulan yang penuh kemuliaan ini. Amin...

Saturday, August 13, 2011

Riang ria dibalik tirai

Assalamualaikum Readers,

Hari ni hari sabtu.

Yes2!dapat jugakla merehatkan diri n otak dr alam kerja..huhu

agak bosan sebab hubby kerja :( ..xde teman berbicara buat beberapa jam.huhu


so sesi pagi dimulakan dgn kemas mengemas.

yes!saya suka berkemas..
berkemas menjadikan saya bertambah sihat.
sebab ape bertambah sihat kwn2?

sebabnya bila berkemas, badan kita akan mengeluarkan peluh.
Insya Allah badan menjadi sihat coz toksin2 dalam badan kita ni akan keluar :)

settle mengemas, saya merilekskan minda dgn memasang lagu2 raya sa
mbil menggodek2 laman 'muka buku' n BW...haha!baru 13 hari berpuasa dah kepochi dgr lagu raya :D
argh..xperlu kata ape2lah..senyum saja hokay :D

tup2 hubby kol soh masak dulu coz blk keje nnt nak ajak jenjalan kat JJ Bukit Tinggi.
horayy..cooking n jalan2 time!
dalam hati dah berkira2 nak buat telur bungkus, sayur taugeh goreng n pencuci mulut kuih popia grg..


so tepat 1.00pm saya dah terkinja
2 kat dapur.haha
mcm nk makan tengahari lak rasenyee :o

campak sane campak sini, gulung sana gulung sini,maka siaplah menu berbuka.
owh..sayur n popia akan di goreng time balik nnt =)

tgk jam dah pukul 3.10pm. yeah!hubby dah otw balik..
ambil wudhu, solat zuhur, mengaji n siapkan diri seberapa pantas. :D

sampai kat JJ just jalan2 cuci mata..
sane sini sales sampai naik juling gak la biji mata kami ni haa...haha!
fikirkan tgh bulan je nih..kalau x,dah lama rembat 1 2 helai..

hubby ckp, xpe sayang.hujung bln ni kita shopping ek..
saya pun senyum dgn segedik2nya..haha!

masa tuk berbuka!
tepat 7.00pm sampai umah.
tugas saya prepare juadah berbuka n hubby buat air
.
saya request air ribena n mix oren+pineaple natadecoco :)

nasi+telur bungkus+taugeh grg+salad+popia grg+ribena+mix oren n natadecoco

Alhamdulillah...
inilah rezeki kami tuk hari ni..makan dengan hati yang gembira...
tata...

suap2: seronok dpt berkhidmat tuk hubby. sumtimes rase menyesal gak la kawin lambat.apa pun jodoh semua di tangan DIA...

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday: manisnya coklat itu

Assalamualaikum Readers,

setahun yg lalu...
requested coklat kasih sayang gara2 merajuk ngan hubby.gedix!haha!
hubby xckp panjang, trus agree.
dalam hati terdetik,msti dpt coklat ferrero rocher @_@

then hubby pn bg choc yg dimaksudkan tu.
bile belek2 rasa nak tergelak pun ade.
tak sangka lak dia leh pk camtu skali @_@




sumtime rasa rindu sgt2 kat kenangan yg lalu...

Monday, August 08, 2011

Review: Pameran Pedang Rasulullah S.A.W & Sahabat R.A

Assalamualaikum Readers,

Alhamdulillah..arini dah masuk hari ke-8 kita berpuasa.

hopefully u all semua sihat n ceria selalu... :)


Petang semalam kami sempatla jenjalan kt Pameran Pedang Rasulullah S.A.W & Sahabat R.A
yang bertempat di Selangor Islamic Arts Garden Complex.

Bayaran masuk ialah RM10.00

Pameran ni berakhir pada hari ni 08.08.2011


Okla..jom tengok replika pedang2 nih :)
Setiap pedang ada jalan ceritanya...


Pedang Al-Ma'tsur
Kepunyaan Nabi Muhammad
sejak muda lg sebelum Baginda menerima wahyu pertama di Mekah.


Pedang Al-Qadib


Pedang Al-Battar
Sebuah pedang Nabi, hasil rampasan drpd Bani Qainuqa ketika baginda mengusir mereka disebabkan pengkhianatan yg tlh mereka lakukan t'hadap perjanjian bersama Rasulullah S.A.W. di Madinah


Pedang Al-Ja'far Ath-Thayyar


Pedang Utsman Bin Affan


Pedang Abu Bakar As-Sidiq


Pedang Khalid Bin Walid


Pedang para Sahabat



Pedang Al-Qal'i
dikenali sbg Qal'i atau Qu'la yg bermaksud mencabut atau melepaskan. Merupakan salah satu dripd tiga pedang Rasulullah S.A.W. yg diperolehi sbg rampasan drpd Bani Qainuqa


Paling saya kagum selain pedang Nabi adalah pedang Sayyidina Ja'far Bin Abi Thalib (Ath-Thayyar).

Sedikit info mengenai Sayyidina Ja'far:
Beliau adalah abg kepada Khalifah Ali Bin Abi Thalib dan sepupu kpd Rasulullah S.A.W.
Sayyidina Ja'far merupakan salah seorang pahlawan yang gugur syahid dan diberi keistimewaan oleh Allah S.w.T di syurga.
Ketika beliau mengikuti peperangan Mu'tah di tanah Syam (Syria) beliau menyambut bendera Islam sebelum sempat bendera tersebut jatuh ke tanah
apabila Zahid yg terlebih dahulu membawanya gugur syahid.
Beliau melawan musuh dengan tangan kanannya. Bendera Islam terus berkibar menggunakan tangan kirinya, namun tangan kirinya itu terputus dipenggal. Akan tetapi Ja'far tetap tidak membiarkan bendera Islam gugur ke tanah, beliau menekankan bendera Islam ke dada dengan lengan atasnya supaya tidak terlepas jatuh sehingga akhirnya beliau gugur syahid.
Pemimpin ke-3 Abdullah Rawaha dgn segera mengibarkan kembali bendera Islam dgn gagah berani utk menghentikan serangan pasukan Romawi. Dikatakan bahawa tubuh Ja'far dipenuhi dgn 90 tikaman serta tusukan pedang dan panah.

sayyidina Ja'far Bin Abi Thalib tlh dianugerahkan dua sayap oleh Allah S.W.T sbg ganti kepadanya kedua tangannya yg di potong ketika peperangan utk terbang di syurga bersama malaikat Jibril dan Mika'il dan beliau di gelar dgn nama Ja'far Ath-Thayyar(seorang yg boleh terbang).

Selain daripada replika pedang2 tersebut, turut dipamerkan adalah replika tongkat Nabi, tapak kaki Nabi, selipar Nabi, busur Nabi, Al-Quran, seni khat, dan kediaman Rasulullah S.A.W.


Tongkat Nabi


Busur Nabi


Selipar dan tapak kaki Nabi









Pelan rumah Nabi
pd sesiapa yg nak design rumah, boleh la follow rumah Rasulullah S.A.W. =)



Khat


*****
tiada apa yang dapat saya lafazkan selain Alhamdulillah.
rasa bersyukur sangat2 dapat jadi umat mu wahai Muhammad.
sungguh besar pengorbanan beliau kepada kita semua...



Tuesday, August 02, 2011

raya di rumah mertua, sanggup ke?

Assalamualaikum Readers,

hari ni dah masuk hari ke 2 kita berpuasa n double meaning nye saya terpaksa balik shah alam smula..urghhh sekejap jek cuti..esok dah kena kerja..aduhaii..malasnye la nak ngadap semua2 tuh.huhuhu!takpelah CTMAH!hidup mesti diteruskan HOKAY!--> motivate diri sendiri :o

after this mesti rindu kat mummy daddy.tak dapat nak sahur n berbuka dgn they all.huhu

hubby dh buat decision.this year raya rumah shah alam meleleh dah air mata
mula2 rase OK jek tapi bila fikir2 mcm tak sanggup nk hadap.huhu
1st time beraya di perantauan orang...camne la rasanye yek!

mummy tanya "raya ni balik ke?"
saya "mestila balik,tp xtau balik raya ke berapa :( "
adik ckp "1st raya baik kau raya kat kahang.nanti mak nangis ko xde"
saya "aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...nanti lagi kuat aku nanges!"

***** baru 2 hari puasa aku dah fikir pasal raya..hoho!TBB la ctmah nih :(

apa yang korang rasa bila raya di rumah orang lain ek?
camne nk hadapi that situation ek?

Monday, August 01, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum Readers,

Hari ni merupakan hari pertama kita berpuasa di bulan Ramadhan.
Puasa kali ni amat bermakna sekali buat saya.
saya dapat bersahur dan berbuka bersama hubby.
saya juga dapat sambut puasa di kampung bersama family tercinta.

Akhir kata
Selamat menjalani ibadah puasa.

sama2lah kita mensucikan diri dan semoga amal ibadah kite diterima olehNYA. Amin