Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Monday, March 05, 2012

kolostrum

Assalam Readers,

Pernah dengar kolostrum?
saya pun baru je tau pasal kolostrum ni..tu pun masa buat check up aritu.

time tu nurse tanya, awk tau apa tu susu basi?
saya dgn confident ckp tau, susu yg dah tercemar.hahah!LOL

and apa lg..nurse pn explained la pasal khasiat susu ibu dan susu basi or bahasa saintifiknya kolostrum.

khasiat susu ibu tu saya xyh la terangkan lg ek coz sudah pasti semua ibu2 diluar sana tau kan :)
ok.kita berbalik pd kolostrum.
nurse ckp kolostrum ni adalah susu yang paling diidamkan oleh semua ibu2 coz xsemua org dpt memilikinya.
biasanya susu ni dihasilkan beberapa jam selepas bersalin dan susu ni mengandungi sumber nutrien yang tersangat2 tinggi.
susu ni berwarna kuning cair dan rata2 orang panggil susu tu sebagai susu basi disebabkan warna susu tersebut.

pastu secara tak sengaja saya meraba2 breast saya.hahah!

nurse tanya kenapa pegang breast?
saya jwb ntahla nurse.saya rasa breast saya kecil jek.
nurse balas tak kira la breast awk tu kecil ke besar ke.tu semua xde effect kat susu.
kadang2 breast kecil tapi susu banyak.kadang2 breast besar tapi xde susu langsung.
so sepatutnye dari sekarang lg awk dah set kt minda yang awk akn menyusukan ank awk dr susu awk.
saya pun terpinga2 kejap.tak sempat nak mencelah nurse dah berhujah lg.

awk ingat senang ke nak keluarkan susu tu?kadang2 ada yang tak keluar susu.
macam saya dulu, seawal pregnant lg saya dh ckp nak susukan ank sendiri.air susu saya dah keluar seawal kandungan 4 bulan awk tau.
automatik saya ckp wahhh!cepatnye nurse.
iyalah. tu saya cakap awk kena set dari sekarang.
sambil tersenyum saya pun menjwb owh..ok nurse.saya set dari sekarang :)

pastu dia ckp psl berat badan saya plak..uuu
awk ni masih lagi muntah2kan.so awk kena makan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
jgn banyak2 sebab tu lg nak muntah..jgn makan pedas, berkarin herba
saya pun angguk jek tanda faham.rata2 semua nurse / doctor ckp benda yang sama :o
oklah..next checkup 29 mac ni ek.
ok nurse.terima kasih byk2..chow!

tu la serba sedikit cerita yg saya nak share :)

jum sama2 set kat minda
"SAYA NAK SUSUKAN BABY SAYA DR SUSU SAYA SENDIRI"

Insya Allah..harap2 Allah permudahkan semuanya...


*************************************************************
masuk ofis je saya pun mgunakan perkhidmatan en GOOGLE...
mestila nak tau lebih lanjut pasal kolostrum ni kan :)

sumber: http://www.susu.my

Kolostrum adalah makanan pertama anugerah Allah kepada setiap anak mamalia apabila ianya dilahirkan ke dunia. Ianya merupakan cairan yang amat kaya dengan nutrien sebaik sahaja ibu mamalia melahirkan anaknya dan sebelum ibunya menghasilkan susu yang normal.

Kolostrum mengandungi zat yang diperlukan untuk memulakan kehidupan baru: immunoglobulins, agen pembesaran, antibodi, vitamin, mineral, enzim, asid amino dan lain-lain unsur istimewa khas untuk menentang pelbagai serangan mikro organisma dan unsur yang memudaratkan dari persekitaran.
Ianya ternyata adalah makanan dan diet pelengkap yang sempurna dalam meneruskan kesinambungan hidup kepada makhluk mamalia.

sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kolostrum

Kolostrum merupakan sejenis susu ibu yang dihasilkan pada akhir tempoh mengandung hingga beberapa jam selepas bersalin. Ia sangat bermanfaat bagi bayi, kerana:

1. mengandung banyak karbohidrat, protein, dan antibodi
2. mudah dicerna
3. memiliki efek laksatif
4. memiliki kandungan imun yang tinggi
5. melindungi saluran pencernaan bayi
6. mengandung sel darah putih

4 comments:

LisaLisut said...

thanks for the info :)

~ NANA ~ said...

i tahu psl kolostrum ni ms 4 bln pregnant sbb masa tu susu i dh stat keluar & nurse ckp tu kolostrum...hehe...until now still keluar lg

ctmah said...

welcome dear :)

ctmah said...

murah rezeki Nana kan..cepat je susu keluar