Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, November 28, 2012

3mos c/up + pap smear DONE

As Salam Readers,

Semalam checkup Alisha untuk 3 bulan.
Around pukul 3pm sampai klinik and seronok sgt2 sebab klinik lengang giler.
yang ada hanya 3 nurse saja.
nurse "saya ingatkan awak tak datang. baru je nak telefon"
saya "eh mesti datang (sambil tersengih2)"
nurse "hari ni awak amek ubat sekali kan"
saya "angguk kepala saja"

tak sempat nak duduk, terus je bukak baju, pampers Alisha.
berat = 5.8kg
panjang = 60cm

lilitan kepala = 41cm

lepas tu giliran si ibu pulak
berat = 44.8kg 1 rekod baru!mak aiii..makin mencanak naik la pulak...hahaha!

lepas tu nurse check BCG Alisha. OK, menjadi.
tetiba je nurse tanya pasal pap smear.
nurse "bila awk nak buat pap smear ni?"
saya "bila2 pun tak kisah. kena buat appointment dulu kan?"
nurse "hari ni boleh buat. nurse lg sorang ada. anak mak awk boleh pegangkan"
saya "oh yeke?dalam hati dah cuak2 sambil buat muka tak nak kat mak"
mak senyum jek
nurse "selagi awak tak buat, selagi tulah kiteorang tanya. mak awk pun boleh buat jugak tau"
saya "yeke nurse? sambil tu tanya mak.."
mak "eh mak tak nak lah.nanti jelah"
saya "mesti mak takutkan, sambil gelak2"
nurse "buatlah makcik"
mak "nantilah. lagipun makcik dah pernah buat kat johor"
nurse "owh.makcik nak buat kat johor semula la ni"
mak "gelak jek"
nurse "awk gi kencing sementara tu saya inject anak awk. mak boleh pegangkan?"
saya "ok nurse. boleh" teringat zaman mengandung la plak, dok tadah2 air kencing ni.kekeke

keluar dr toilet jek, tengok2 Alisha dah di inject.
tak nangis, tp muka mencebik jek.
cian kamu nak.huhu

pastu nurse suruh saya bukak seluar siap2 n baring macam nak beranak tu.
ayama!terus teringat moments 3 bulan lepas..
scary ooo n malu ooo nak kangkang2 depan nurse.bukan sakit kot.huhu
nurse "awk kena lembutkan peha n kaki tau. kalau tidak speculum ni melantun n boleh wat berdarah"
saya "buat muka takut sambil cakap OK" teringat pesan wawa, kena tarik nafas time benda tu dimasukkan ke tut kita
nurse "jangan tahan kaki awk. tengok menda ni nak terkeluar semula. lembutkan peha ni"
saya "ala macamana ni nurse. memang rasa benda tu nak terkeluar semula pun, rasa licin jek"
nurse " tu la saya cakap, lembutkan peha ni ni.jangan bg keras"
saya "tak tau nak buat apa n cuba kangkang luas2.huhuu"
nurse "haa..macam tula.kejap yek. ok dah. pakai seluar semula"
saya "ayak.kejap jek ameknya" sambil tercakap adoiiii
nurse "sakit ke?"
saya "sakit gak la.macam senak"
nurse "sebenarnya speculum ni ada size. yang kat klinik ni size M. kalau kat KK port klang ada size S - sambil tersengih"
saya "ada size ye nurse?patutlaa sakit" sambil rasa bengang jugak.huhu
nurse "lepas ni dalam masa 2 bulan kita akan contact n bagitau result"
saya "ok nurse" sambil sengih malu2 kucing
nurse "sesiapa je yang pernah melakukan seks kena buat pap smear ni.macam u baru lepas beranak, digalakkan buat setahun sekali. kalau tak pregnant,3 tahun sekali"
saya "owh.kalau macam kes budak kena rogol tu kan, depa pun kena buat gak la ek?" apa punya soalan daa ctmah oiii
nurse "senyum..iya..kena buat gak. kanser rahim ni bahaya. walaupun ada pesakit yang dah buang rahim, tapi still kena buat gak. sebab dia hanya buang rahim jek, tapi laluan masih ada"
saya "owh macam tu. ok terima kasih nurse"
nurse "ok. next checkup anak n amik ubat pada 26/12 ni yek"
saya "ok nurse. saya datang petang lah"

keluar2 je bilik terus ajak mak balik.
sampai2 je rumah terus sapu vicks kat tempat injection tu n bg Alisha mam ubat dlm dos yang sikit aje (0.5ml).
MIL pernah ckp masa anak2 dia dulu, lepas inject je mesti dia sapu vicks n Alhamdulillah tak pernah demam. so saya follow jelah petua MIL tu.
saya tak sure sgt la vicks tu berkesan or tidak tp sepanjang 3 bulan ni Alisha tak kena demam lg.
maybe sebab antibodi dia kuat or maybe sebab vicks tu ke..wallahualam
petang check suhu 36.5. malam suhu 36.9. pagi tadi suhu 37.0
syabas Alisha!harap2lah kamu kuat n tak demam ye nak...



12 comments:

Wawa Yusoff said...

bile ingat2 balik pasal pap smear ni, nyilu!!

Aty_Fared said...

Aty tak buat lg..huurrmm..nk kene buat dah ni...

With Julia said...

salam dear...selamat berkenalan...baby u lahir 17 ogos ye? same month with my baby lahir 31 ogos 2012...wah dah pi cucuk tiga bulan kan...sekejap je baby2 kita membesar...

P/s do follow me back ye...i dh follow u...nanti kita jd geng ye :D

Gadis said...

adoiiii...
nurse dah siap suruh buat dah..
tapi seriau kene seluk terbayang2 lagi..
tengok bila awak buat mcm sekejap jek..
mcm nak buat jugak la..
tahan skit je kan..

anak yang berat bape kilo boleh thn sakit..inikan sikit tu...hiihi

:.noRuL.: said...

jap jek check nya ea wak..
cm tue senanglah xpayah dok riso lagi kalo nurse tanya kan..

syabas alisha x nangis time kena cucuk..brave gurl..

:P

Asz Miza said...

next check up ammar pn 26/12..hehehehe

fifi tiez said...

Alah..ni yg lemah bab2 seluk ni.x sanggup rasanya..terbayang tme bsalin dulu..

mrs gold said...

x penah lagi kena..series takut..huhu

Anonymous said...

kena tukar pakaian ke buat pap smear?

Shakina Farhan said...

kite belum buat pap smear lagiii..ok, baru tau petua vicks tu..alisha sama dgn shahadah xdemam lagi..

ctmah said...

wawa: kan..redha dalam pasrah jelah..huhuhu

aty: buat la aty, jgn lmbat2.takut lg sakit.uuuuu

julia: hi dear..will follow u back =)

gadis: aah..time tu cuba fikir positive. mesti boleh punye :D

norul:nak amek sample tu mmg kejap je wak.menda alah tu je yg mcm segan silu nak masuk..h0h0!harap2la brave sampai beso =)

miza: sepatutnya 25/12.tp christmas kan,so dia bawak ke 26hb tu

fifi: kejap je dear..chaiyok2..hihi

mrs gold: mula2 tu mmg takut gak.tp nak wat camne.dah nurse suruh, redha jelah.malas nk kena bebel byk2

any: xyah tuka pakaian pun

kina: buat la kina.kina kan berani.hihi!




LisaLisut said...

lamanyaaa result smpai dua bulan.tgk2 after seminggu dua mst dia call bgtau result.haha.siap ade size eh? masa i aritu xde pulak dia ckp size2. nsb gynae pempuan.if dgn doc laki ms beranak sumpah xnk buat lol