Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Friday, November 09, 2012

DR NADER wanted!

As Salam Readers,

Malam kelmarin Alisha start batuk2 n susah nak tidur.
bila baring je macam susah nak bernafas. tercungap2 n bernafas ikut mulut.
tersentap hati n terus menangis tengok anak camtu.
bangun pagi tu DF kejap n Alisha bersin, keluar hingus pulak.
terus menangis sambil panggil mak.
mak pegang Alisha n saya sedut segala hingus yg ada kat hidung dia.
bila dah sedut tengok macam dah OK sket, senang bernafas.
time tu rasa malas nak gi kerja dah. tp mak soh gi kerja n cakap mak boleh handle.
kalau tak leh handle baru mak called.
 

so saya pun lintang pukang bersiap n keluar rumah kol 7.30am.
masa otw g kerja tu nampak lori terbalik kat kesas.
terbalik kat line kanan, so dh boleh agak org tu bawak laju kan..
siap langgar divider tgh jalan n kepala lori kat line kanan laluan sebelah.
nasib baik la bukan kemalangan jiwa.huhuhu
area kota kemuning jalan dah slow n terus decided, pusing n balik.hahaha
xlalu den nak redah jammed.confirmed sampai lambat n confirmed kena balik lambat gak...uuuuuu

sampai je rumah terus gi tau hubby nak bawak Alisha gi klinik wangsa maju (dr Nader Khan).
byk yg review kata dr ni bagus. so why not try kan.
b4 pergi called dulu klinik whether dr Nader ada ke x. Alhamdulillah, dr ada.

dalam 10.30am saya+mak+alisha keluar rumah.
sbb tak tau wangsa maju tu kat mana, so saya berpandukan GPS semata2.
harung redah segala jammed n sampai betul2 pukul 1.00pm. klinik rehat n bukak kol 2.00pm
masuk klinik sat untuk register, DF Alisha n pastu ajak mak pi makan.

tepat pukul 2.00pm dr Nader panggil nama Alisha.
kiteorg pun masuk n dr Nader start tanya sejarah kelahiran Alisha.
pastu dr beri 2 pilihan: 1) makan ubat 2) sedut kahak
sebab perjalanan nak p klinik ni sangat jauh (actually sejam je.tp sebab jammed dah jadi 2 3 jam) so saya decided wat 2nd choice.

so bermulalah sesi treatment untuk Alisha:
1) nebulizer steamer
kena buat selama 10 minit n selama tu jugaklah Alisha melalak,meronta tak hengat. tersedu2 sampai muka merah giler. tak berani nak pegang, so biar mak je yang pegang Alisha. sangat kesian sampaikan saya pun menangis jugak. mak dah risau2 suruh panggil dr, cakap lama la itu la ini lah. benda ni berwap n wap tu memang rasa masin. dr Nader cakap dia suka baby menangis terjerit2 sebab menangis tu baik, ianya akan mencairkan kahak. kahak tak keluar sangat tp yang banyak keluar lendir2 putih dr mulut. (lendir sama macam sedut lepas bersalin tu)
NOTES: nebulizer ni boleh digantikan dengan cara buat steaming (buat kat rumah). caranya guna rice cooker. pangku anak n condongkan kepala baby ke arah wap tu. buat dalam 10 minit. then tepuk belakang badan (kiri n kanan) dengan cara yg betul untuk keluarkan kahak dalam paru-paru. kalau boleh jolok sedikit mulut baby supaya baby muntah n keluarkan kahak tersebut. kena buat selalu supaya kahak tak beku. if beku boleh jd teruk, athma or radang paru2..mintak dijauhkan dr penyakit tu semua

2) sedut kahak
part ni paling takut. meleleh air mata sambil mendengar penerangan dr dr Nader.
paling ngeri bila tiub yg panjang tu dimasukkan kat lubang hidung Alisha. dr Nader jolok slumber jek. masuk keluar masuk keluar. saya tengok tak tengok sampaikan dr Nader cakap 'awk tengok muka saya, takde pape kan.OK kan. so jangan risau ye' =(
masa sedut tu tak banyak kahak, cuma banyak lendir aja.

selesai je treatment ni terus Alisha berhenti nangis n terus senyum.

tapi senyuman yang tak bemaya.huhu!
dr Nader pesan 'if dalam masa seminggu tak baik lg, bawak klinik semula and kita sedut lagi. sebenarnya ubat batuk/kahak/selsema ni hanya bersifat sementara sahaja. selagi kita tak buang, selagi tulah ia tersimpan dalam badan'.
Maafkan ibu ye sayang. ibu tau kamu sakit. ibu lagi sakit tengok keadaan kamu. kamu kena kuat ye sayang. ibu doakan kamu cepat sembuh n sihat selalu.
total treatment n ubat = RM70. murah je kot kalau nak compare p hantar kat private hospital ke ape ke. Wallahualam

Alhamdulillah, Alisha dah senang nak bernafas n dah boleh senyum gelak2 sambil borak2 manja. ibu sayang kamu sangat2
kalau anak uollssss sakit batuk/selsema better gi klinik ni..
super duper thumbs up kat doc Nader!
cara penerangannya sangat clean n clear n sangat suka stail dia bercakap: cool, confident n look stylo =)
ada amek video treatment tu tp tak sampai hati nak share kat sini.sori ye kengkawan =)

ni alamat klinik dr Nader: belakang balai polis wangsa maju, area bengkel2 kereta n motor

Klinik Wangsa Sdn Bhd
No 46 Jalan 24/27A
Seksyen 1, Bandar Wangsa Maju,
KualaLumpur
Tel : 03-41421614

DOAKAN ALISHA CEPAT SEMBUH YE KAWAN2

8 comments:

LisaLisut said...

kesiannya Alisha... i pn ni tgh risau skit.keep monitoring hannah pye breathing.tkt ade kahak ke apa.kdg2 dia breath tu mcm bunyi ade kahak. so far dia mcm bole bnafas lg.tp i tau la dada dia cm something.b4 ni jmpe paed dia ckp kdg2 mandi tu dorg kan suka isap air kt tgn dorg tu sbb tu mak i akan lap cpt2.tu kdg2 bole buat selsema batuk sbb air tu.

paed i cek ms 2bulan tu kata its normal its come and go etc.tp if rs teruk dtg jmpe dia.ni nk tgu 2 Dec for nx app cm lama.i tkt b4 nx checkup hannah ade pape kekan.so far xde.if dia susah nafas i sapu vicks je huhu.

nx checkup i nk tye doc to make sure ade kahak ke x paru2 ok ke x.

jauhnye u g jmpe doc tu.mana u jmpe?haha.anyway get well soon alisha. minum susu mama byk2 sure sihat.hehe

Asz Miza said...

Siannye Alisha..husband i ada cerita gak pasal yg sedut kahak masuk kat idung tu..ngeri je rasa kan..tp as long baik utk bby kita..terpaksa la kan..nak bby cepat ok..Ammar pun nafas kadang2 berbunyi macam ada kahak..tapi smalam g UMRA doc check tak cakap pape pun..means ok la tu..

:.noRuL.: said...

moga Alisha cpt sembuh ea..

:P

wawan said...

Ha'ah Dulu masa Hannah selesema & demam pun sy bawa dia pi jumpa Dr.Nadhir Khan jugak. Sebab ramai bloggers review beliau ni paed yg terbaik. Hehehe Lgpun memang dekat jugak dgn rumah. So why not just give a try kan?

~ NANA ~ said...

aloooo ciannya alisha....

ni paed yg blogger mimy ada review tu kn? farish pn kadang2 ada bunyi mcm tersumbat hidung tu...huhu

yUmIe said...

Jauhnye..cmne sye nk bw iman:(

get well soon alisha.pity her.iman 1st time kne selsema mse 8mos..itu pn sye tgk dh kesian.inikn plak kecik lg cm alisha..

ctmah said...

lisa: runsing kepala bila ank sakit.nak kerja pun jd malas gile.i review blog mimi. pastu i google nama doc tu..mmg dia sgt famous kot

miza: mmg ngeri sbb dia kecik lg kan :(

norul: TQ cik huda

wawan: betul2..jauh pun sanggup ku redah :)

nana: aah.btol la tu.

yumie: sgt kecian.kepala telentuk2 lg :(

cikcoklat a.k.a Haiza said...

ctmah:anak akk ilhami pon dah kene sedut gas...sian tau..memula xsampai ati tgk..tp kn cekal hati ler..