Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Saturday, March 31, 2012

ATT Injection

As salam Readers,

hari ni adalah hari ketiga selepas saya disuntik ATT (Anti Tetanus Toxoid).
sengal2 masih ada, even nak angkat tangan tinggi2 pun rasa sakit lg..gugugu
kuat gak effect suntikan ni kan...
nurse cakap rasa sengal2 ni lebih kurang 3 hari gak...haishhhh...bersabar jelah...
yang pastinya next month kena suntik ATT lg sekali..glups!
dah plan awl2, nak mintak MC ---> tbb btol!haha
act xmau p keje sebab lenguh nak handle stereng.

kalu power stereng takpelah gak :(

nurse ckp utk anak pertama kena 2 kali suntik ATT. utk ank ke 2, 3, hanya sekali suntikan sahaja.

b4 kena suntik tu, nurse buat ujian ultrasound utk pastikan kedudukan jantung si comel ni :)
haha!seriously comel jek. mana taknye, baby saya tak reti duk diam.
nurse tu cari dr bwh sampai la tgh still x jumpe gak.
bila dah jumpe, tup2 dah ilang.
so cari lg...jumpa je hilang...jumpa je hilang.
sampai kan nurse ckp "eh main lari2 pulak baby ni. malu2 ke ape ni. ntah2 baby perempuan"
saya mampu gelak jelah..hahaha
naughty gak anak ibu ni kan :D

overall checkup sangat puas hati! :D

tekanan darah: OK
air kencing: OK
berat badan: naik 0.5kg (41.8kg) - nurse membebel suh naik sampai 1kg
baby: sihat mcm ibu
next checkup: 26 April 12

oklah...skarang saya share sedikit apa yg saya tau pasal ATT ni ek ---> sempat tanya nurse dlu sbb saya ni jenis PENAKUT kena suntik.haha!

kenapa ibu mengandung kena suntik ATT ye?
ianya untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

1st ATT - bila kandungan berusia 28 weeks (tapi saya baru nak masuk 20 weeks..h0h0)
2nd ATT - 4 weeks selepas tu, meaning 32 weeks (24 weeks kena lg..hadoiiii)

kenapa suntikan ATT kali ke dua ambil masa 4 minggu?

ini kerana jarak tersebut amat penting bagi memastikan pemindahan antibodi dari ibu ke bayi berlaku dengan efektif.

itu jek utk kali ni...
btw, selamat berhujung minggu yaa....
jumpa lagi di lain entry...tataaaaaaaaaa :D

Wednesday, March 28, 2012

dah GRAB first year close n secure sleeper!

As salam Readers,

benda yg dinanti2 dah dapat..yeay!!!
only RM120
btw thanks to my friends coz baik hati tuk collect barang ni :D
sgt comel n really2 like it :D



Wednesday, March 21, 2012

penjagaan rambut ketika n selepas hamil..any tips?

As salam Readers,

after lunch tadi, i had internal discussion with my team.
chit chat chit chat, then suddenly my sv shared her experience during pregnancy.

sv cakap after melahirkan baby, rambut kita akan gugur dengan jumlah yang banyak.
so utk elakkan rambut gugur, dia advice i pakai hair tonic.
but the major problem is kebanyakkan hair tonix mengandungi alkohol.
so org islam xboleh pakaikan? ---> aku senyum n angguk saje :o


google2, tapi rata2 cakap tu semua normal. nanti rambut baru akan tumbuh balik or gunting bg rambut pendek. so rambut kurang gugur n at the same time nampak kemas.
owh...terlalu simple laa :(

u all ada tips tak camne nk jaga or rawat rambut kita ni before gugur byk?
jom share with me :D ....
thanks dear...dadaaaaa



Tuesday, March 20, 2012

Pureen Stock Clearance

As salam Readers,

utk kamu2 yg berada di luar sana... :D
let's mark the in date in ur calendar / diary / handphone dll


Monday, March 19, 2012

Weekday VS Wekend

As salam Readers,

im in blues..yeah..today is monday..sangat2 lazy utk kerja hokay :o
but weekends are the most beautiful day.


sempat la jalan2 usha brg baby.

niat dihati nak usha bath tab n baby carrier.

sabtu tgk
bath tab kat jusco, RM70.mahal gak.
then msg Yumie tanye standard price tuk
bath tab tu berapa.
Yumie cakap around 20 ke atas..
fuh..nasibla xbeli kat jusco tu..musykil gak nak cari kat mane yg murah2 ni ek.


So 1st, pegi kedai baby kat area sri kembangan.
brg limited n pekerja kedai pun xramah. tegu
r pun tidak. so xsmpi 10minit dah chow.

then terus ke SACC.
jalan2 kat kedai anakku..ada sales! tapi byk baju..

brg yg dicari ada tp dlm erti kata lain mahal sih.

bath tab RM171.00 :O gugu!takde la cun mana pun..

baby carrier pun simple jek. just ignore n xsampai 15minit dah blah.


then g kedai baby lain, nama kedai xingat

bath tab
RM70.ignore.
baby carrier RM110. interesting gak..blh masuk list :D

xsampai 15minit chow n g Alam Sentral lak.

straight ke The Store tp xsampai 10minit dah blah..hehe!xmenariklaaa


then ajak hubby g onebabyworld kat sec 13.

baru bukak, kedai pun OK gak laa.. ada sales utk selected item
pusing2, belek sana sini
n grab ape yg kami nak.. :D
as usual, hubby yg paling seronok bershopping..baju tu cantik, baju ni cantik..
owh hubby! lucky jantina baby tak tau lagi..
kalau dh tau, camne la rupe hubby bershopping ek...gagaga

bath tab baby love = RM 23.92 after disc 20%
shape bath support baby love = RM 13.52 after disc 20%
anti slip bath mat baby love = RM 12.72 after disc 20%
shield diaper bag = RM 50.31 after disc 10%
receiving blanket = RM 20 (2 pcs)
hood receiving blanket RM 28.90

so total damage = RM 149.35

seronok seronok...
we really like it :D

Tuesday, March 13, 2012

Al-Fatihah buat adik Dirang

As salam Readers,

firstly, jom ramai2 sedekahkan Al-Fatihah buat adik Dirang.
semoga arwah tenang dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...Amin

kepada si PEMBUNUH, mungkin kau lepas di dunia ini..
tapi kau jangan lupe, akhirat menanti kau..
sesungguhnya Allah tu maha mengetahui lagi adil..
semoga kau terima pembalasan yg sewajarnya kelak..Amin

malam td bila dapat tahu yg adik Dirang dibakar, hati rasa geram sangat.
kenapa kita sesama manusia tergamak buat camtu ek?
ape yang mereka dapat?
kepuasan?
kehebatan?
glamour?

saya paham perasaan si ibu camna coz saya pun bakal bergelar ibu gak..
sometime bila terlampau fikir, saya jd takut sgt..
rasanya semua tempat tak selamat dah..even taska pun tak selamat dah.

pada yg ada anak tu, jagalah mereka elok2...
jangan biarkan mereka berjalan sendirian w/pun mereka dah besar..
sesungguhnya mereka tu anugerah yang paling indah sekali yang Allah ciptakan untuk kita...

last not end, Al-Fatihah buat arwah adik Dirang...

Sunday, March 11, 2012

Mid Expo ke?

Assalam Readers,

Mesti ramai M2B yg pegi expo kt mid tu rasa kiciwa kan.
saya pun kiciwa gak..huhu
dah la x byk booth, pstu harga pun mcm mahal2 gak la..
haishhh
Bumble bee booth pn xde :(

dah la ramai org, pastu leh plak yg dtg bawak stroller..
kalu kecik ke lipat ke xpelah, ni yg gabak besar pun ada..adoyaiii...
nk menyelit pun xlepas...sudahnye kaki saya kena lenyek..geram btol :(

tp...dalam kiciwa2 pun sempat jugakla saya grab a few items :D
paling ex
cited adalah en hubby...fuh...kalah saya tauuu..
saya xnak hubby nak..saya nak hubby xnak..camtu la gayenya..kekekeke

paling byk borong kt booth pureen. hubby soh grab je since murah..
nak tunggu warehouse pureen tak tau bilekan.
memandangkan jantina baby xtau lg, so grab random color aje..tp beli 2 helai jek :) pastu grab baby wipes twin pack (RM18) for 2 x 150pcs, baby wipes small value pack (RM4) for 2 x 30pcs, baby lotion RM12,baby head to toe RM11, baby powder RM8, detergent RM17, liquid cleanser RM27, nappy rash cream RM11, disposable nursing pads RM30 for 84pcs n pillow+bolster RM15. comforter xamek..blh x?hehehe
at the end dpt free gift baby bath, maternity n kid tooth paste, cap n pureen reusable beg


yang ni plak hasil rembatan hubby exp Autumnz breast milk storage bag RM9 tu saya yg pilih.
hubby paling suka combi shoes tu..hoho!RM58 okay...
saya xnak, tapi hubby dah macam merajuk..sudahnya terpaksalah beli jugak..hoho
Avent starter kit pun hubby grab, RM128.
saya cakap kat facebook lg murah RM116, tapi dia nak gak beli yg ni...
adoyaii...amek jelah B..janji u yang bayar :O


N last not end, kiteorang grab mamy poko new born 2packs x RM28.
orang cakap murah, n Q pun panjang giler...start beratur dari booth Mum Dreams tuh..haha
naik nak patah kaki den Q...ni baru 4 months, kalau shopping time 7 8 months camne la ek...
mau jalan tanpa kaki kot..hahaha


so total damage = Rm450



balik je jenuh melumur losyen mustajab kat kaki...lenguh gile seh...
event sampai harini pun terasa lenguh2 lg..huhu

* Insya Allah next expo nak cari sterilizer, home+car warmer, breastmilk storage bottle, nursing bra dll..hopefully parents2 diluar sana xyhla bawak stroller pelbagai...gune baby carrier sudah laa...uuuuuu


Monday, March 05, 2012

kolostrum

Assalam Readers,

Pernah dengar kolostrum?
saya pun baru je tau pasal kolostrum ni..tu pun masa buat check up aritu.

time tu nurse tanya, awk tau apa tu susu basi?
saya dgn confident ckp tau, susu yg dah tercemar.hahah!LOL

and apa lg..nurse pn explained la pasal khasiat susu ibu dan susu basi or bahasa saintifiknya kolostrum.

khasiat susu ibu tu saya xyh la terangkan lg ek coz sudah pasti semua ibu2 diluar sana tau kan :)
ok.kita berbalik pd kolostrum.
nurse ckp kolostrum ni adalah susu yang paling diidamkan oleh semua ibu2 coz xsemua org dpt memilikinya.
biasanya susu ni dihasilkan beberapa jam selepas bersalin dan susu ni mengandungi sumber nutrien yang tersangat2 tinggi.
susu ni berwarna kuning cair dan rata2 orang panggil susu tu sebagai susu basi disebabkan warna susu tersebut.

pastu secara tak sengaja saya meraba2 breast saya.hahah!

nurse tanya kenapa pegang breast?
saya jwb ntahla nurse.saya rasa breast saya kecil jek.
nurse balas tak kira la breast awk tu kecil ke besar ke.tu semua xde effect kat susu.
kadang2 breast kecil tapi susu banyak.kadang2 breast besar tapi xde susu langsung.
so sepatutnye dari sekarang lg awk dah set kt minda yang awk akn menyusukan ank awk dr susu awk.
saya pun terpinga2 kejap.tak sempat nak mencelah nurse dah berhujah lg.

awk ingat senang ke nak keluarkan susu tu?kadang2 ada yang tak keluar susu.
macam saya dulu, seawal pregnant lg saya dh ckp nak susukan ank sendiri.air susu saya dah keluar seawal kandungan 4 bulan awk tau.
automatik saya ckp wahhh!cepatnye nurse.
iyalah. tu saya cakap awk kena set dari sekarang.
sambil tersenyum saya pun menjwb owh..ok nurse.saya set dari sekarang :)

pastu dia ckp psl berat badan saya plak..uuu
awk ni masih lagi muntah2kan.so awk kena makan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
jgn banyak2 sebab tu lg nak muntah..jgn makan pedas, berkarin herba
saya pun angguk jek tanda faham.rata2 semua nurse / doctor ckp benda yang sama :o
oklah..next checkup 29 mac ni ek.
ok nurse.terima kasih byk2..chow!

tu la serba sedikit cerita yg saya nak share :)

jum sama2 set kat minda
"SAYA NAK SUSUKAN BABY SAYA DR SUSU SAYA SENDIRI"

Insya Allah..harap2 Allah permudahkan semuanya...


*************************************************************
masuk ofis je saya pun mgunakan perkhidmatan en GOOGLE...
mestila nak tau lebih lanjut pasal kolostrum ni kan :)

sumber: http://www.susu.my

Kolostrum adalah makanan pertama anugerah Allah kepada setiap anak mamalia apabila ianya dilahirkan ke dunia. Ianya merupakan cairan yang amat kaya dengan nutrien sebaik sahaja ibu mamalia melahirkan anaknya dan sebelum ibunya menghasilkan susu yang normal.

Kolostrum mengandungi zat yang diperlukan untuk memulakan kehidupan baru: immunoglobulins, agen pembesaran, antibodi, vitamin, mineral, enzim, asid amino dan lain-lain unsur istimewa khas untuk menentang pelbagai serangan mikro organisma dan unsur yang memudaratkan dari persekitaran.
Ianya ternyata adalah makanan dan diet pelengkap yang sempurna dalam meneruskan kesinambungan hidup kepada makhluk mamalia.

sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kolostrum

Kolostrum merupakan sejenis susu ibu yang dihasilkan pada akhir tempoh mengandung hingga beberapa jam selepas bersalin. Ia sangat bermanfaat bagi bayi, kerana:

1. mengandung banyak karbohidrat, protein, dan antibodi
2. mudah dicerna
3. memiliki efek laksatif
4. memiliki kandungan imun yang tinggi
5. melindungi saluran pencernaan bayi
6. mengandung sel darah putih