Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Thursday, May 31, 2012

welcome 3rd trimester!

As salam Readers

Alhamdulillah.
Usia kandungan dah masuk 7 bulan.
tata 2nd trimester. pasti saya merindui saat2 itu.
saat bershopping sakan, saat melantak sakan. semua sakan la :)

so bila dah masuk 3rd trimester ni, dh rasa nervous semacam.
MIL dah pesan awal2, masuk je 7 bln prepare brg saya+baby siap2.
takut jadi apa2 kan...uuuuuu
harap2lah semuanya berjalan dgn lancar n selalu di bawah lindunganNYA ..amin

sejak 2 hari lepas, perut asyik mengeras jek.
kenapa ek?baby mengeras?x cukup makan ke?ke lebih makan?
mmg selalu macam tu ke ek?

Actually saya lbh excited pd yang ni :D
kt belakang buku pink ada tulis, masuk je 28 minggu dah kena kira pergerakan baby.
so excited nak kira tau...tp mcm tak berapa nak paham apa yg di tulis tu...kekekeke
- mula pd pukul 9 pg.
- kira gerak bayi hingga cukup 10 pergerakan.
  --> 1 pergerakan pd satu ketika dikira sbg satu pergerakan.
  --> beberapa pergerakan pd 1 ketika masih dikira sbg satu pergerakan. yg ni tak paham.camne tu ek?
- apabila genap 10 pergerakan catitkan masa pergerakan yg kesepuluh dirasai.
- lakukan yg sama pd hari keesokannya dan menggunakan baris dan tarikh yg baru.

* pergerakan bayi dikatakan bagus jika 10 pergerakan @ > dirasai dlm masa 12 jam

important: apabila < pergerakan pergi berjumpa doktor dgn segera!

so adek baby, sila aktifkan diri anda hokay.
nak bergolek ke, main bola ke ape ke buat jelah.
ibu x kesah n lg riang hati nak kira pergerakan kamu :D
miss u adek baby muahssss!

Monday, May 28, 2012

Nursing Cover DONE!

As salam Readers,

finally siap gak nursing cover ni..hehehe
gigih jahit tau demi adek baby ni.
lepas ni Insya Allah nak DIY barang lain lak...
wait n see jelah ek

100% cotton, beli kat nagoya. 1M RM belas2(lupa harga :o)

come with ba2 chak window and adjustable strap

model sampingan.hehehe

leh main cak2 ngan adek baby (siap demo ngn bantal lg tu.hahah)
daaaaa...


Sunday, May 27, 2012

2nd, 3rd: 3D / 4D Scan n Monthly Checkup

As salam Readers,

2 hari ni memerap je kat rumah sbb hubby g mancing.
malas nak follow coz xde apa nak buat. baik dok umah sambil kemas2 apa yang patut.
next wekend mmmy n akak dr kampung nak datang cni..yippi!
dah kirim rojak pecal kt mummy.hehehe.
depa nk p jalan2 ke genting n harusla kami follow skali :D
okla...jum kita putar cite :)

2nd: 3D / 4D Scan at Vission College
Time: 2.15pm 

otw ke vission college, sempat gak saya borak2 ngan si kecil ni 'adek baby, plz show ur face. We want to see you darling'. Start je scan terus nampak muka adek baby. We r so excited n saya pun berbisik kat si kecik ni 'baby, you listened my voice and always turned ur face into us. good n pretty girl'.
then the girl said, 'waahhh..good baby. no more kerenah and always show her face.tak payah i nak tunggang terbalik alat ini. Normally baby suka letak muka ke bawah, tapi your baby very different'. We all just gelak jelah.hehehe

You know darling, masa ni kamu tidur dengan lena sekali. Time tu the girl ketuk2 my belly, 'kita kejut baby ye'. So ayah pun pegang my belly and cuba bercakap dengan baby 'hei adek baby, bangun2. Ayah nak tengok kamu gerak'. You listened again n start kicking me n never stop kicking. So sweet dear. 
Sometime you smiled
Sometime put your little fingers up and near your ear
Sometime you stick out your tongue
N sometime you pull a face at us
It's really cute and I don't know how to describe that feeling

senyum manis

tangan yang comel

heartbeat yang cun

Then, the girl continued scanning in other parts. 
Checked your heart - ada 4 injap, berfungsi dengan baik
Checked your heartbeat - it's 150 and normal
Checked your nose, mouth, little fingers and toes - cantik dan cukup sifat
Checked your gender - confirm GIRL
Checkup your weight - 859gm 

My precious girl! you gave the best position for us to see you darling. This is one of our miracle moments and TQ Allah!

Berbaloi2 RM90 ayah ibu. Photos sangat clear n they burn all photo in one CD.
Thanks Allah!
Thanks Baby!
Thanks Vission College!

3rd: Monthly checkup at KK KJ
Time: 2.45pm

Masya Allah...ramai la pulak. ingatkan macam last week, xde orang sangat.huhu
4.00pm baru start timbang berat, 2.2kg..pang!telebey 200gm lg.atoiiii!dalam hati dah ckp, sah bln dpn minum air gula!hoho
Pastu checked tekanan darah 98/57. glups!rendah hokay. maybe penat kot coz dr pg berjalan jek.huhu
Then continued checkup Alb (N), Gula (B), Hb% (12.4) Alhamdulillah normal.

Pukul 5.00pm baru dapat jumpe doctor!sgt geram hokay coz nom saya awal, tp mesin tu dok sebut nom selepas nom saya. hangin 1 badan!
Time ni semua pun dah caca marba nak balik cepat sebab dah pukul 5..huhu
Checked jantung baby, OK. Obimin x mintak coz still byk lagi.
Pastu depa xde pun explained or tanya sbb apa tekanan darah kurang, x tgk pn berat yg terlebih tu selamat aku, n tak explained pun pasal cara mengira pergerakan baby (sepatutnya starting 7 months kita dah kena kira kan?) 

saya sempat tanya pasal nak check plasenta masa 28weeks tu jek. ingatkan scan kat ctu, rupa2nya kena scan kat vission college.ceh!macam berpusing2 la plak..huhuh
Next monday baru nak set appointment ngan vission college.
hadoii!cuti dah la tinggal 5.5days jek..harus cari alternatif lain ni!

adeh...sakit pinggang mak nak..panjang sgt entry kali ni..hihi!sapa nak bace, silakan. xnak bace, sila X ok :D

OPs! Nak promote sat! macam dpt gaji je kan kekeke
during registration at VC, they offer us to join 'A Journey Towards Parenthood':
Date: 23rd June 12
Time: 12.30 - 5.15pm
Venue: Dewan Perak 2, Level 4, Tower 1, Menara PGRM Cheras

Event:
registration + photo shooting session
labour + childbirth
nutrition in pregnancy and it's myths
tea break
the wonder of stemcell
breastfeeding advantages + techniques
lucky draw + prize giving

free: *photo scanning + portrait that capture the journey of both or you towards parenthood*free make up session by mark kay*free goodies bag*free prenatal comfort soothing message/postnatal massage(30 mins)*6 lucky draw grand prizes

free registration!limited seats!more details, please call Shanice 012-9067068 / Vission College 03-78038300

So mommy2 di luar tu, kalau free  bolehla join event ni. it's free and x rugi apa2 kot :)

Friday, May 25, 2012

All in 1 - 1st: Antenatal Class

As salam Readers,

Alhamdulillah.
semuanya berjalan dgn lancar.
semalam kitaorg sempat siapkan ketiga2nya.
antenatal class, 3d/4d scan n monthly checkup.
walaupun penat, tp rasa puas sgt2..adek baby pun ok, xbyk ragam :)
kla. saya update pasal antenatal class dulu. lain2 tunggu next entry ek

time: 10.00am - 12.15pm
venue: Unit Fisioterapi, Hospital Serdang
presenter: Pn Misnah

Agenda:

1) senaman ante-natal semasa hamil dan selepas melahirkan anak
Pn explained n demo simple senaman yg kita boleh buat. sgt teruja coz dpt buat sama2 n time ni adek baby sgt aktif hokay.maybe adek baby pun ikut bersenam kot.hehee

a) semasa hamil 
  • kedudukan posture badan semasa berdiri, duduk, baring mestilah betul.
  • paling penting breathing and relaxation. breath in, flow out (tarik nafas dlm2, n hembus kuat2.lg kuat lg bagus).paling bagus bernafas sambil bayangkan tempat2 menarik n sambil tu massage baby.
  • urut breast n sentiasa bersihkan nipple dgn menggunakan cutton buds(basahkan sedikit).
  • duduk n kangkang besar2 (start belajar mengangkang yek.lg besar kangkang, lg bagus.haha!). hujung tangan pegang hujung kaki.if x sampai, guna tuala utk tarik kaki u ollsss. kira n release. ulang 5x. tukar kaki sebelah n follow step yg sama.
  • duduk n temukan kedua tapak kaki (jarak tapak kaki + miss V dalam 1 jengkal). letak tapak tangan atas lutut n tekan.ulang 5x.
  • duduk atas kerusi dlm keadaan tegak n pusing ankle. ulang 5x. tukar kaki sebelah --> mcm budak sekolah slalu buat tu
  • duduk atas kerusi dlm keadaan tegak, angkat kaki n turun kaki. ulang 5x. tukar kaki sebelah.

b) selepas melahirkan anak
  • senaman kemutan. purpose utk merapatkan vagina.xdpt nk snap gambar sbb kitaorg sibuk buat sama2.hehehe!apa yg boleh saya gambarkan ambil 1 kerusi n pastikan kedudukan Miss V kita selari dgn hujung kerusi. straddle n put elbow on ur knee.pastu sebut sama2 KEMUT, ANGKAT, TAHAN, LEPAS.ulang 5x n buat setiap hari. seriously part time saya gelak besar sbb mcm2 ragam yg kitaorg tunjuk.hehe
  • senaman perut. purpose utk kempiskan perut. ambil kerusi, duduk tegak, kempiskan perut, breath n relax. ulang 5x.
  • senaman breast. purpose utk menegangkan payudara. ambil kerusi, duduk tegak, kepakkan lengan paras dara, tolak belakang and release.

2) Contraction. Apa yang perlu dilakukan semasa menghadapi contraction? 
  • contraction berlaku antara 6 - 18 jam.
  • contraction ni terjadi coz baby dah push ke bawah. that's why la sakit. utk 1st baby, 1st contraction to 2nd contraction ambil masa 2 3 jam.so jgn la kelam kabut terus p hospital.
  • sebaik2nya remark / catit waktu contraction tu berlaku, start dr 1st contraction (pukul berapa, berapa jam, berapa minit). hip2 horay siap2 utk ke hospital bila makin kerap contraction.   
  • bila contraction datang sewaktu dalam wad or labour room, baring posisi mengiring, bernafas dgn betul, and mintak tolong husband massage tulang pinggul dengan menggunakan belakang tapak tangan (as usual gambar xde coz masing2 tgh praktis :) harap2 paham la ek).hehee

3) Proses bersalin

a) baby
  • kangkang besar2 n kedua2 tangan genggam ke dua2 buku lali
  • tarik nafas dalam2, release shoudler and dagu ke bawah
  • teran ke bawah sambil keluarkan bunyi. INGAT!JANGAN ANGKAT PUNGGUNG!
  • if x berjaya, relax, tunggu constractions seterusnya n ulang step yang sama

b) placenta/uri/tembuni
  • nurse akan urut perut kita
  • tarik nafas dalam2 n berdehem - not meneran hokay
time ni macam malu gila nak buat.haha!tp buat olok2 jela coz puan tak bagi teran betol2..kang terberanak, susah la pulak.kekekeke
fuh...sebenarnya banyak je lg nak ckp..tp rasa cam dah penat nk menaip :D
Apa yang boleh saya summaries kan:
  • sangat puas hati!semua mommy patut g antenatal class ni.
  • ringkas dan padat walaupun 2 jam je.
  • each couples nampak happy sebab dapat buat sama2. pihak hospital provides bantal, alas baring, n towel untuk practise bersenam n bersalin.
  • macam2 kerenah jawapan yg we all jawab bila Pn Misnah tanya soalan. paling kelakar bila si husband jawab soalan.haaa!macam2 la jawapan yg keluar.haha!

contoh 1
Q: bila agak2 isteri awk nak bersalin?
A: bila isteri menjerit kuat

contoh 2
Q: masa dalam labour room, apa tugas suami?
A: duduk sebelah wife n pegang tangan wife

contoh 3
Q: boleh tak Puan suggest tilam apa yang sesuai utk kami? ---> di tanya oleh para husband
A: Pn tergelak "itu ikut citarasa masing2.pastikan tilam tu tak empuk sgt coz sebenarnya tilam empuk x sesuai utk tulang sbb bila u baring, ia akan terbenam.

Nota kaki: after p antenatal class ni, rasa confident semacam n hopefully semuanya dipermudahkan. Amin :)

ingat tau! belajar mengangkang luas2 dari sekarang..hahaha

daaaa.selamat berhujung minggu
 

Tuesday, May 22, 2012

Bulan Allah

As salam Readers,

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.

Dalam bulan ini, kita digalakkan untuk berpuasa dan bersedekah (bagi yang kurang mampu)
 
Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

awal2 pagi lagi dah bangun dengan niat nak bersahur n puasa.
harap2la dapat tahan. if tak tahan, halfday saya buka puasa laa :)

adek baby support ibu yek.kalau adek baby lapar, adek baby kick ibu selalu tau.
so ibu boleh buka puasa :)

Monday, May 21, 2012

Invitation from Mamil Mama Dumex

As salam Readers,

Yes!finally I managed to get this...
x sia2 minum susu mamil mama ni.hahaha
macam best je kalau tgk agenda yg depa list kan..hihihi
 
7.00pm Arrival n registration
7.35pm Buffet dinner
8.00pm Relax (a pampering hand and shoulder message) n Radiate (step into the timelight and snap pose for the camera)
8.45pm Depart to Premier Class 1
9.00pm Movie "What 2 expect when you're expecting"


















mommy2 di luar sana tu ada dapat x?
kalau ada, leh la kita berkenalan :)





Saturday, May 19, 2012

19th of May

As salam Readers


Today is my birthday :)
no celebration, no present. only prepare a simple dinner with hubby n adek baby.
yang penting kami sihat2 selalu n ikatan kasih sayang yg dibina berkekalan hingga ke syurga...amin


even thought ibu x dapat hadiah, tapi ibu ada hadiah utk adek baby ni :)
a simple DIY for u dear...

headband :)

daaaaaa


Wednesday, May 16, 2012

wordless wednesday 0_o

As salam Readers,

i'm so sleepy. tdo x lena, asyik terjage je..
lately adik baby aktif time tgh malam.asyik kick ibu jek...
maybe ajak main kot..huhu

laci doraemon!semua pun ada.hahaa

miss tauhu bakar at muara ikan bakar tanjung harapan..gugugu

finally i got this!tetiba last friday mengidam nak mamam kuew tiaw mak huda..atooi!ke laut kau mengidam ek ctmah!T_o thanks huda!

Tuesday, May 15, 2012

stop shopping!

As salam Readers,

rasanya cukup saat n ketika ini saya wajib stop shopping.hihi
setiap bulan duit mesti lebur. lebur utk si adik baby ni.
tp ibu tak kesah la..yang penting kita semua happy kan :D

btw, last friday g mom & baby expo kat mid valley.
seriously banyak gile booth n cam lisa ckp, mostly booth baju baby.
rasa tersgt puas la kot sbb dpt grab apa yg dihajati n pasni leh suka suki update checklist =)
dh abes shopping kt mid, suddenly terpesong lak ke jusco.
act 19th of May ni ada jusco sales. tp tak sure la semua jusco or jusco kat mid aje.
ikutkn hati nak je tunggu sales tu. nak2 kebetulan date tu sama ngn birthday saya.
tp en hubby dah malas nk tunggu. so paksakn diri grab aje ape yg x complete lg sambil kecikkan mata.hahaa

tadaaaa....hasil rembatan kami. 
tgk cam tak seberapa jek, tapi total damage is RM 598.60..gile kau kan ctmah..uuuu

Been sterilizer + warmer RM150 --> ada free bottle n mosquito patch
thermometer = RM11 (jusco RM14.9)




 thermos + bag = RM118 (jusco RM170)
towel (RM15) + nursing bra (RM28) + washable breast pad (RM11) + legging (RM5) + apparel (RM7) + stoking (RM5)
 

jusco = RM220.60
napkin = RM28.90 (dpt free gift 3 pampers)
mitten n bootees + jumpsuit + safety pin + mosquito net + hanger + mamy poko size S n M


k chow!jumpe next entry yaa

Thursday, May 10, 2012

bikin spoiled laaa

As salam Readers,

saya cukup pantang betolla dengan kereta yang bertanda ni!















pagi2 la dah buat saya bengang!
dahla kau bawak lembab macam siput sedut.
gap dgn kereta depan bukan main jauh lg sampai kereta line sebelah pun boleh mencelah depan kereta kau
haishh...bikin panas btol!
nak je berdiri depan kereta kau sambil angkat KCUF
tak kira la kau girl sama cam aku ke ape ke
tp agak2 laa bawak kereta tu..
kalau jalan x jammed takpe la kau nak berdondang sayang ke bergolek2 ke
ni jalan jammed nak mampus. sakit kaki aku dok main brek + clutch

haish...spoiled laaaa

Tuesday, May 08, 2012

Jom g GM Klang!

As salam Readers,

u olssss dah pernah sampai GM Klang?
its really syiok hokay. surely mata uolss jadi bulat besar2.
nak2 kat area barangan baby.hihii

4 ur information, kat ctu ada 6 pavilion.
yg confirm 1 ingat pavilion 1 tuk baby n each pavilion mmg ada barangan baby.
surely mata akan jadi semak n nafsu jadi membuak2 bila lalu sana sini.
i pun tak habis lagi tawau semua pavilion tu tau.hihi

btw, last sunday g ctu jalan2 bawak MIL.
bile lalu kat kedai baby, surely kiteorg akan singgah masuk n paling seronok sekali is my MIL. tunjuk baju tu, tunjuk baju ni..si hubby plak bila mummy dia dah tunjuk itu ini, sure lah follow sekali.hihi. dok turun baju tu, dok turun baju ni...saya yang tengok pun asyik tergelak jelah..

i tell u, kalau nak g GM, better beli barang secara borong. kalau beli 1 mahal.
cth mcm apparel tuk baby.
harga 1 baju RM 39.90.
tapi bila beli 3 helai ke ats, 1 helai jatuh RM15, ada yang RM10, ada yang RM5.
tgk pada baju n brand pun not to bad tau.
and yg bestnya sbb u olsss leh campur2 baju. sangat mengujakan hokay :D

meh nak tempek baju yang MIL n kiteorg dah grab :D

skirt n seluar adik baby..mek size yg besar sket

rompers + t-shirt pun size besar sket

MIL yang pilih

saya yang pilih :)

hubby yang pilih
tiba2 MIL cakap, confident je kan baby girl..
kiterog terus speechless kejap..hahahaa
xpelah mak, rezeki tak kemana :)

Monday, May 07, 2012

25 weeks!


As salam Readers,

Alhamdulillah…this week genap 25 weeks saya carry adik baby ni.
Semuanya baik2 belaka aje. Rindunya nak tinggalkan 2nd trimester ni.
Mana taknye, 2nd trimester nie la saya dapat bedal segala jenis makanan.h0h0
Tu pun 5 months ke atas baru la saya boleh telan segala bentuk makanan. Sebelum tu vomit tak hingat.uuuuu
Haishhh…Makan je la yg ko ingatkan ctmah!haha!
Byk sgt makan sampai berat pun naik 2.4KG! OMG! Next checkup kena observe! urghhhh

6 months ++ .. abaikan muncung en hubby tuu

Btw, tinggal lagi beberapa minggu je nak masuk 3rd trimester.
Macam caya tak caya je kan J
Skarang ni symptom sakit kaki, betis dah datang. Kalau berdiri lama je mesti lenguh.
My SV advised ambil kalsium bila kandungan cecah 7 months.
Tapi saya rasa cam malas semacam jek.
Ada yang ckp kalau terlampau byk sgt mkn pill, kemungkinan dpt baby besar tu tinggi.uuu…
Hurm…Minum susu + obimin sudah la kot. Harap2la menda tu dapat menampung saya n baby.
Should i take any calcium or supplement pill? U ollssss amek ke?

Thursday, May 03, 2012

baby tersepit

As salam Readers

sejak kebelakangan ni asyik sakit jek kat bahagian kiri perut n sakit tu automatic effect kat my butt. bila balik kampung je ngadu kat mak. pastu mak suggest g urut ngan bidan.
mula2 tu macam nak tak nak je sebab takut effect kat baby.
tapi, tawakal je la..lagipun akak2 memang selalu urut perut ngan bidan.

so before balik cni, saya ngan mak pun g la rumah bidan.
chitchat2 n makcik tu gelak je sbb sakit tang punggung.
makcik tu pun dok pegang2 perut n terus cakap Insya Allah perempuan ni.
saya senyum sambil angguk2 jek.
makcik bidan cakap, kuasa Tuhan kita tak tahu. mana la tahu tetiba berubah ke.
saya pun senyum jek.

bila makcik pegang bahagian kiri, terus dia cakap budak ni tersepit.
patutla sakit sebelah kiri. kuat menekan sebelah kiri ni.
then makcik tu tekan sebelah kanan plak. seriously x sakit.langsung x rasa pape.
makcik ckp sebelah kanan kosong sbb budak ni dah terselit kt sebelah kiri. baby takleh gerak ke kanan.tu yang kosong.
uuu!seriously masa makcik tu explained, saya dah cuak2 gak.mcm2 saya fikir.
baby ok ke..baby sihat ke.. hopefully adik baby ibu ni sihat selalu...

then makcik mula sapu minyak, baca ayat2 suci, sebut nama saya n tolak ke bahagian bawah.. time sapu minyak,saya macam cuak2 gak sbb org ckp xleh sapu sembarangan minyak kan. tp takpela, saya tawakal n berserah kat DIA je.
makcik tu tolak, pusing, urut  5, 6 kali gak la..
masa dia tolak tu, sakit jugak la.rasa nak terkencing pun ada..huhu
sambil tahan sakit, sambil tu la mulut saya dok terkumat kamit baca Al-Fatihah, 3 kul, doa Nabi Yunus.
harap sangat2 adik baby baik2 aje dalam tummy ibu ni.

at the end saya rasa sebelah kiri ni macam dah tak sakit. 
even my butt pun dah tak rasa sakit sejak 2-3 hari ni.
hopefully semuanya baik2 aja.

Doakan kami sihat selalu yek

daaaaaaa