Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, August 29, 2012

bersalin versi ctmah

As Salam Readers,

(mati kutu xtau nak mulakan dr mana.lama tol xupdate blog. entry kali ni agak panjang sket, so kalau xnk bace tu sila click tanda X ok. tq :D )

Arini genap 13 hari Alisha lahir n genap 13 hari saya berpantang.
cerita pasal pantang?next entry la ek.

1stly saya nak ucapkan Selamat Hari Raya 2012.
Maaf zahir batin n halalkan terlebih terkurang tu ek.
Raya kali ni amat2 bermakna buat saya coz adek baby keluar b4 raya!cepat 5 hari :)
ramai yg cakap bb nk soh byr fitrah gak..ahaha!layan jela. yang penting semuanya selamat

OK.straight to the point la ek.
rabu, khamis (15,16/8) saya MC sbb rasa malas gile nak kerja.
so ptg khamis tu saya ajak hubby g aeon bukit raja sbb rasa nk berbuka kt luar plus jalan2 cari baju raya.
lepas makan, kitaorg cari baju hubby n adek baby kat aeon n reject shop. baju saya je xde (cerewet!)h0h0
then ajak la hubby p beli aiskrim BS. bila dah dpt apa yg di cari, kiteorang pun terus balik rumah.
time tu dah pukul 10 lebih. sampai je rumah, rileks2 n terus tido.

12.30am bangun sbb rasa nk shi shi.masa shi shi tu tiba2 keluar darah.
terus kejutkan hubby. hubby soh baring rehat2 dulu.
then tiba2 rasa sakit sgt2 kt bahagian perut.dalam hati dah cakap maybe contraction kot.
pastu kol MIL n akak,tanye apa yg patut kami buat.
selang 5 minit contraction dtg lg n hubby dah jd huru hara.
capai apa yg patut then terus pikap MIL n akak kt shah alam.time tu dah pukul 1.00am.
hubby speed selaju yg boleh ke hospital serdang n saya plak dok gigil2 tahan contraction yg dtg.

sampai hospital pukul 1.++am n terus masuk kat bilik ape nth. nak sebut xtau.kekeke
tukar kain batik n depa pun psg ctg machine. bila contraction dtg saya jadi xmenentu.
dok guling2 atas katil. pegang ctg machine la, palang katil la..huhu
sakit yang amat2 OK.

pastu doc datang nak check bukaan. doc india lelaki OK.
tawakal jelah.uuu!godek cam ape jek kan..nasibla tgh sakit.kalau tak,mau saya terajang doc tu.huhu!
then doc ckp nak pecahkan air ketuban sbb jalan dh bukak 6cm.
h0h!macam x percaya OK.cepat gile kot.
tup2 dtg lg sorang doc melayu lelaki n terus tnye 'u ada minum air selusuh ke?'
saya ckp 'tak sempat nak minum'.huhu
masa doc pecahkan air ketuban tu rasa panas semacam jek..sempatlah feel sekejap.ahaks

lps pecah air ketuban tu lgla sakit yg amat2.
sumpah rasa tak tahan.rasa nak meneran semacam jek.
bila nurse dtg saya ckp 'nurse, saya rasa nak meneran jek.macam ada sumthing nak keluar.' then dia checked n informed kawan dia soh tolak siap2 ke labour room.
time tu dah pukul 3.00am.

time tgh tahan contraction kat labour room, tiba2 hubby masuk.
terus menangis n jerit panggil hubby.
bila contraction dtg, dia yg jd mangsa. segala tangan,tengkuk,badan semua saya pegang.huhu!
bidan (nurse perempuan) dtg n psg alat itu ini n tepat 3.15am dia soh saya push.
push dalam 5x n sumpah rasa tak bermaya after push tu.
setiap kali lepas push je saya cakap haus. 'abg haus, nak air'.
pastu push lg.pstu mintak air lg.
hubby xleh tlg sbb bidan x bg minum.huhu!
bila diingat semula mcm lawak pun ada gak.leh plak sambil sakit tu mintak air kan.kekeke

masa push kali ke 4 tu, dapat rasa yg bidan tu gunting kat tut.
tp tak rasa sakit pun sbb tgh layan sakit beranak kan.
lastly, bidan soh push kuat2 n time tu saya rasa ada something keluar laju n rasa panas semacam.

Alhamdulillah, tepat 3.31am dengar suara adek baby menangis n bidan ckp Assalamualaikum kat si kecil ni.
dia angkat n tanya saya anak apa.
saya cakap perempuan n kitaorg terus menangis tersedu2.
then bidan letak atas perut saya n sempat gak la budak kecik ni p0o p0o atas perut saya.
pastu bidan soh teran sket utk keluarkn uri. feelnya pun sama.rasa panas jek bila uri tu keluar.

pastu nurse amek adek baby tuk dibersihkan n hubby pun follow.
bidan bagi oxygen n ckp dia nak jahit. bila rasa sakit cuba sedut oxygen tu.
2nd n 1st layer tu mmg sakit kot. rasa terangkat2 punggung ni bila dia jahit.haduyai!
pas abes jahit dia panggil doc utk checked jahitan.
masuk doc chinese lelaki. dia ckp nk checked jahitan n checked lubang punggung.
lubang punggung?saya cam confius kejap.hubby pun tak pernah sentuh kot.huhu!
arghh..layan jela...
pas dah settle semuanya doc panggil hubby n ajar cara nak bersihkan najis n pakaikan diapers baby.

sbb wad semua penuh, saya ditempatkan kat bilik transit jek.
bedal jela labu!huhu!janji berkatil.
bila nurse suruh tuka katil, OMG!punggung cam xleh gerak OK.
bapak la sakitnyeee..berpeluh ketiak nak angkat punggung ni.

time nak g toilet, menggigil2 kaki n punggung nak jalan.
hubby terpaksa papah pelan2 n belum pun sampai toilet, saya dah shi shi sambil berjalan.
haha!seriously rasa lawak semacam. tp apa leh buat. dah sakit kot. suka hati saya la nak shi shi kat mana2 pun.kekeke
2x kot saya shi shi time otw g toilet tu.2nd time, nurse yang tolong amekkan kain baru tuk saya.haha!selekeh gila kan ctmah ni.haha!

tghari tu doc dtg lg nak checked laluan n checked baby samada dah kencing n berak.
kali ni doc melayu lelaki.hoho!rasa dah macam 1 Malaysia plak. mula2 indian, pastu chinese n lastly malay.huhu!
baby ok.berak banyak kali n kencing sekali jek.tu pun sye suap adek baby ngn air zam2.
time tu air susu xkua pun.huhu!
then doc soh follow dia tuk checked laluan. time nak checked tu ada ke doc tu tanya pasal parut kat lutut.
mongek gile!rasa nak lekuk je kepala doc tu.xde menda lain ke ko nk tengok! :(

waktu yang ditunggu2 dah tiba...
4.30pm saya dah boleh angkat kaki cabut..yippi!
xtertahan nak balik, rasa seksa semacam je dok kat hospital ni.

Alhamdulillah...semuanya dah settle.
sekejap je masa berlalu.
proses bersalin pun amat mudah.
selama 39weeks saya mengusung si kecik ni ke sana ke mari n sedar tak sedar dia dah keluar lihat dunia ni.
semoga Nur Alisha Kaisara tabah n cekal hati menghadapi liku2 kehidupan ni.
membesar dengan sihat ye anak.

p/s: time kangkang nak bersalin tu sila pegang kuat2 kaki korang n jgn sesekali angkat punggung tau. sila ingat segala teknik yg uollss belajar dlm antenal class tu coz semuanya mmg berguna time nak bersalin tu.

pd m2b yg tgh tunggu due tu, good luck eh.amalkan doa nabi yunus byk.harap2 semuanya dipermudahkan.amin :)

Wednesday, August 22, 2012

fresh n white

As Salam Readers,

6 hari sudah...
Nama: Nur Alisha Kaisara Binti Muhammad Hamzah
Tarikh kelahiran: 17 Aug 12 / 27 Ramadhan 1433H
Berat: 2.75kg
Waktu kelahiran: 3.31am
Tempat kelahiran: Hopital Serdang
Cara kelahiran: Normal Birth
Panjang: 46cm



Wednesday, August 15, 2012

WW

I'm still fine :D

Tuesday, August 14, 2012

gifts

As Salam Readers,

Yes..hari ni saya tak puasa. pukul 11.02am saya dah berbuka.huhu
pagi tadi ujan.tido semacam syiokk jek n sudahnya 5.40am baru terjaga.
lintang pukang kejut hubby.
masak meggi guna induction cooker, pilih yg paling highest skali.2mins dah siap.
sambil makan megi, sambil jamah kurma 2 biji n nestum.
lastly masa hubby minum air, tup2 dgr azan.
rasa nak menangis sebab tak sempat nak minum air..uuuuuu
tekak manis je rase kurmaa....uuuuu
tapi puasa gak la...dalam kepala otak fikir, harap2 baby tak lapar.
P/S: jgn tiru gaya saya yek!tp hari ni jek yg terbabasnya. sebelum2 ni ok jek, 4.50am dah bangun :)

well xde ape nak update pun..
just nak ucapkan jutaan terima kasih kat my cliques coz bg gifts kat adek baby.
depa takut saya bersalin awal, so bagi siap2.hehehe

gift dari Cik Da. ada gaun 2 helai, prewalker shoes, legging n mitten booties

gift dari Kak Ida. ada romper + seluar, bibs n mainan gelang kt tgn baby tu(panggil ape nth).keke
n last not least duit raya dari Untie Farah :)

baby tak bagi signal nak keluar pun..
shima dah bersalin..congrats dear!baby aisya sgt comel n nmpk bam2 w/pun berat baru 2.7kg


Friday, August 10, 2012

telur sudah pecah

As Salam Readers,

Salam 21 Ramadhan kawan2.
Sayangnyaaa.. pukul 9.30am saya dah berbuka puasa.s0bs0b
Perut rasa lain macam n xleh jalan laju. rasa sakit sangat2 :(
Risau akan keadaan adek baby, so better saya buka puasa je kan.
Pastu leh je slumber makan n minum depan staff yang lain gile kejam kau ctmah.haha! 
depa pun tak cakap apa..xpe, mak buyung..so sendiri faham jela kan :)

Bila puasa = adek baby always bergendang sana sini ---> mungkin kelaparan kot
Bila x puasa = adek baby senyap, tidur dengan nyenyak ---> mungkin kekenyangan kot 

tak sabarnya nak tunggu weekend ni..
nak scan adek baby..bak kata shima, nak check whether dah engaged ke belum :D

Thursday, August 09, 2012

38 weeks

As Salam Readers,

Pagi tadi continue weekly checkup kat KK KJ.
Alhamdulillah..semuanya OK.

Berat = Maintain 50.3kg
Tekanan darah = 100 / 67
Alb | Gula = N | B
Tinggi rahim = 37
Kedudukan = CEPH
Jantung janin = 140
cume tang scan baby je tak dapat. bukan ape pun,just nak check air ketuban je kot. tp nurse ckp xpayah scan..sedih je rse. :(

Insya Allah, hari ni merupakan hari yg ke 20 saya berpuasa..Alhamdulillah
berharap jugaklah supaya dapat bertahan sampai puasa yang terakhir.
Tp if adek baby nak keluar awal, saya lagi tak kesah n super duper suke.
dulu selalu gak borak ngn adek baby keluar lepas raya ye sayang.at least ibu dapat makan puas2 masa 1st raya tu..
now dah terbalik lak.selalu borak2 ngn adek baby keluar awal ye sayang sbb dah tak sabar nak hug kamu n ibu nak sambut 1st raya kat kampung.. dah tak heran sangat dengan makanan raya tu. silap hb ada gak yang excuse pantang 1 hari.kekeke

perubahan diri?
  • sekarang ni dah tak leh control kencing. setiap kali bersin je mesti terkeluar skit.la ni mmg dah pakai pad pun.uuuuu.rasa cam berpenyakit pun ada..wahaha
  • kerap sakit kat bahagian tuttt n jalan pun mcm susah sket..seolah2 mcm ada benda menolak ke bwh. nurse cakap kepala baby dh bawah sgt2
  • adek baby mmg kerap mengeras
  • pinggang tak sakit, tp punggung lak yg sakit.ada kaitan ke punggung sakit ngn beranak awal ek?nth..saya kurang arif.hehehe
td dapat kupon pizza, kfc, n McDonald from my office mate..tengah kelabu mata nak pilih yang mana 1 ni...hihihi

mlm tadi gigih ajak MIL n adik ipar cari Baskin Robbins kat giant sec 13. akak confident je ckp ada kat ctu..
pergi2 dah takde..terkesima kejap.sudahnya beli aiskrim mcdonald jek...uuuuu!
MIL cakap kena beli gak ni.nanti kang mengidam!



Tuesday, August 07, 2012

sikit je lagi

As Salam Readers,

Pagi tadi masa otw p kerja, time tu tengah redah jammed area hitech kesas.
tetiba ternampak seekor anak kucing dok lari ke kiri ke kanan. 
sikit je lagi nak kena langgar ngan kereta lorong tepi.
tetiba time saya nak lalu, anak kucing tu dah ada kat dpn n dok senyap je kat tengah2 jln tu. saya pun lalu pelan2 n tengok2 anak kucing tu dah ada kat bwh kereta depan saya.
aduhhh..meruntun jiwa betol..rasa nak je bentikan kereta n selamatkan anak kucing tu.
tapi tak berani sebab tgh2 jammed..surely orang akan hon n maki2.huhuhu
dalam hati saya berdoa supaya Allah selamatkan anak kucing tu :(
harap2la kucing tu dapat bertahan..Wallahualam

Then called la hubby cite pasal anak kucing tu.
sambil cite sambil nangis...uuuuu!pagi2 lagi dah beremosi.
tp seriously rasa kesian sgt2 tgk kucing tu lari lintang pukang ke kanan n ke kiri.
Hubby cakap Insya Allah, pandailah dia selamatkan diri dia... :(
 
Kebetulan lak pagi tadi dengar hot chat di hot.fm n title nya sikit je lagi.so just copy n paste jela title entry tu :o

Monday, August 06, 2012

bila bosan

As Salam Readers,


3 hari cuti, dok umah jek..xde g memana pun.
hubby requested nak makan tu nak makan ni..so buat jelah selagi termampu.. :)
puding caramel je x buat sebab pengukus takde..
sorry ye B. kita wat kat uma mak jela ek.hehe


sabtu
agar2 milo


ahad
kek batik

isnin
cheese tart (dah lama ngidam nak wat sendiri).sorilah crust x cantek, still blaja.haha!


btw semalam punggah hospital beg n basuh semua yg ada dalam beg tu..
nape basuh semula ek?
SEBAB minyak yuyi tumpah!!!
arghhh..camnela leh tumpah ni.. :(
geram btol rasa..uuuu
xmau letak minyak tu dah..huhuhu





Friday, August 03, 2012

percuma baskin robbins!

As Salam Readers,

Malam tadi tengok berita TV3 tak?
According to Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, pihak baskin robbins akan memberikan ais krim percuma kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya Malaysia dapat merangkul emas yang pertama pada Olimpik kali ni..
Interesting right?

Hari: Rabu (8 august)
Time: 8.00pm - 10.00pm
Location: 61 cawangan (except kiosk kat hospital pantai, bangsar n tmn tema genting)

So harap2la Malaysia dapat pingat emas yek!



dalam kepala ni dah ligat nak terjah baskin robbins kat jusco bukit raja!yeahhh!fuh...amin

Thursday, August 02, 2012

checkup - 37weeks

As Salam Readers,

Kali ni appointment amek kol 8.00am.
6.20am keluar rumah n sampai KK KJ around 6.45am.
tengok2 dah ramai yang tunggu dpn pintu klinik. time tu pintu klinik pun tak bukak lg..
h0h0!gigihnya depa ni tunggu seawal yang mungkin.
nasib baiklah yang menunggunya golongan orang tua jek. pregnant woman ada la dalam 2 org.

semua dok usha nurse ni..tunggu masa nak serbu jek :D

7.15am nurse bukak pintu n kami pun berderu macam kambing masuk kandang.
hahahah!seriously rasa cam kelakar jek.

my lucky number

Alhamdulillah, saya dapat nom 4 n gedebak gedebuk gedebak 8.30am dah siap..
fuhh..rasa cam kagum kejap.selalunya 1-2jam gak menunggu.
Alhamdulillah, c/up kali ni semuanya OK.

Berat = 50.3kg
Tekanan darah = 104/70
Tinggi rahim = 36
Kedudukan = CEPH - good adek baby!
Jantung / gerak baby = normal
Kencing kotor = YES!bebas dr kencing kotor sahur pg td bedal minum air 0 byk2
 
then terus berdesup laju menghala ke opis. tp unlucky sbb ldp sgt jammed.
aduyaiiii...ni yang kurang kering ni..sampai office kol 9.00am n kol 10.00am baru dapat masuk office. sebab pe lewat?sebab parking full! lebih dari 10x tau dok tawaf2 kawasan office ni.sgt2 x suka!!! :(

Alhamdulillah, kaki tangan langsung tak bengkak. sakit pinggang pun takde lagi. rasa apa2 pun xde lagi. rasa cam beranak lambat jek...xkesahlah..janji adek baby sihat,sudahlah kan :)
 

Wednesday, August 01, 2012

.....

As Salam Readers,

Alhamdulillah, saya masih lg berpuasa hingga ke saat ini.
Malam tadi g tarawikh macam biasa.
Sampai agak lewat sikit, time tu dah selesai azan isyak.
So tempat solat wanita dah penuh n MIL soh tunggu jek kat pintu masuk tu.
Bila dah rapatkan saf, ada la ruang tuk kami berdua n saya dok kat tepi pintu masuk tu.
Tiba2 ada sorang kakak ni dok lambai2 soh duduk sebelah dia, so saya pun p la ctu sambil sengih2.

Kakak "Bahaya dik dok tepi pintu ni, nanti org tolak2 pintu terkena perut"
Saya "owh, org tak terfikir la pulak, sambil sengih"
Kakak "amek berkat, amek berkat" - sambil pegang perut saya
Saya "sengih jek"

Selesai solat isyak, duduk kejap n borak2 ngan kakak tu.

Kakak "Akak dah 4 tahun kahwin, tapi takde rezeki lg" - sambil pegang perut saya
Saya "owh yeke(tetiba rasa sedih)akak tak berubat, jumpa doktor?"
Kakak "macam2 akak buat dik, berubat dah 2 x.jumpa doktor pun dah"
Saya "owh..takpelah kak, Insya Allah ada rezeki akak nnt"
n macam2 la yg kami borakkan n stop bila nak sembahyang tarawikh.

Saya buat tarawikh 8x jek. then bila jemaah wanita dah ramai yg balik, saya duduk saf paling belakang n continue buat witir.
bila selesai witir, saya tengok akak tu x balik lg.rupa2nya dia tunggu hubby datang pikap.
masa nak balik, saya salam,peluk n bg kata2 semangat kat dia...

Aku berterima kasih padaMu Ya Allah atas rezekiMu yang paling indah ini...
Kau lindungilah anak yang berada di dalam kandunganku ini...
Biarlah ia menjadi anak yang soleh dan solehah...

saya mengerti perasaan mereka yang inginkan anak sbb saya pun begitu jua.
saya harap Allah makbulkan permintaan setiap ibu2 yang inginkan zuriat dari benih mereka sendiri..amin