Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Monday, September 24, 2012

pap smear!

As Salam Readers,

39 hari berpantang!super duper tak tertahan2 tekak ni nak mamam mcm2.YES!!!

Salam Monday blues semua.
last time mase kat hospital serdang, depa suruh buat pap smear kat mana2 KK, dalam minggu ke-6 berpantang. meaning, this week la gamaknya minggu ke-6 tu.
kamu2 semua mesti tau apa tu pap smear kan?
mesti dah pernah buat pap smear kan?
camne rasanya ek?
sama rasa kena seluk gune tangan ke?
aduyai...rasa trauma la plak nak buat. Miss V baru je sembuh kot.still lagi ngilu2.
apa rasa ek bila depa masukkan speculum tu?tengok gambar je rasa ngeri semacam!
lama x proses tu?
better buat time pantang ni ke or dah abis pantang ek?
pls share with me.
huhuhu!

pada sesiapa yg nak tau lebih lanjut mengenai speculum dll, click SINI ye

Thursday, September 20, 2012

Alisha n checkup

As Salam Readers,

35 hari berpantang. YES!
hari ni bawak Alisha g checkup. 
Saya bawak kereta n mak pegang Alisha. dah ligat katekan, semua pun belasah jek.hihi
Appointment pukul 8.00am tapi mak cakap selalunya tak ramai orang. 
So saya pun lengah2kan lah masa. Dalam pukul 9 lebih baru gi. 
Memang betul kata mak, sorang pun xde lg. 
Nurse n Sister tersengih je tengok kitaorang. 
depa cakap selalunya pukul 10 ke atas baru ramai. nak makan dulu la, mandi la itu la ini la..
owh..barulah saya tau..bapaklah bestnya kalau kat bandar pun camni.huhu!
xpayah la jenuh menunggu no giliran yang bapak berjela tu..aisshhhh

mula2 nurse checked ibu dulu. 
lama gak sebab 1st time checkup n terus buka kad perancang keluarga:

air kencing: Blue (xtau ape maksud tu)
berat badan: 43.4kg (before pregnant 41kg..terlebih 2.4kg plak!h0h0)
tekanan darah: 110/70
hb :  13.4
suhu badan: 37 celcius
buah dada: soft
tinggi rahim: contracted
kemaluan: baik (malu!haha)

pastu nurse explained pasal family planning. 
saya cakap nak try noriday since masa kat hospital hari tu doctor ada sebut pasal noriday.
noriday ni sesuai utk ibu yg menyusu badan coz dos nya rendah.
kalau dah datang piyed,depa suggest amek pil lain coz noriday xkuat.
tp ada sesetengah pil tu leh buat susu jadi kering.
pastu dia pun cite la lagi pasal pil itu pil ini,suntik itu suntik ini.
next wednesday kena g klinik kesihatan lagi 1 untuk jumpa doctor n ambil pil noriday.
pastu untuk next c/up saya ckp nak buat kat klang. 
so nurse kira2 n c/up seterusnya pd 17 oct ni. 18hb tu dah start keje!arghhhhh
itu saja. part ibu DONE.

sekarang part si bam2 Alisha:
time letak kat alat penimbang tu, Alisha bukan main ligat lg.mata meliar dok tengok sana sini, tangan kaki dok sibuk tendang sana sini. nak snap gambar pun xsempat sebab saya pun dok ralit tengok Alisha.hehe!

berat: 3.9kg
panjang: 53cm (nurse cakap Alisha ni rendang jek, ikut ibu.erks!)
BMI: 13.88
lilitan kepala: 37cm
pemeriksaan fizikal: baik
tindakbalas: aktif
warna bayi: normal
jaundis: NIL
penilaian penyusuan: BFOD

time nak pakai kn baju, Alisha merengek2 manja. So terus jek df si bam2 ni.
lepas dah nenen, nurse panggil untuk inject hep dos 2. 
time tu jantung saya yang berdegup kencang. seriously rasa cuak semacam coz takut Alisha mengamuk. kalau la dia mengamuk, mau caca marba saya.kekeke!
then nurse suruh saya duduk n pegang peha (sebelah kanan) Alisha.
menggigil OK!n cepat2 toleh lain.
nurse pun terus inject n automatik Alisha nangis. tapi kejap jek.bila nurse tarik jarum tu, terus dia senyap,mamai2 n terus tido semula. maybe sebab saya dah df dia awal2 kot.
haha!lucky to me!good girl Alisha :D
pastu nurse cakap untuk next injections bagi kaki kiri pulak. selang seli kan kaki baby supaya 2-2 aktif. OK nurse. perintah diterima :D
jumpa doctor rabu hadapan n c/up seterusnya sama ngan saya 17 oct 12.


ok. tu saja cerita si bam2 Alisha ni. daaa untie2

Alhamdulillah, our blogger friend Asz miza dah selamat melahirkan baby boy tadi secara czer. semoga miza n baby sihat selalu. take care dear

Saturday, September 15, 2012

1 months

As Salam Readers,

Alhamdulillah..hari ni genap 1 bulan usia Alisha.
Kejap je masa berlalu.
Seronok tengok Alisha membesar dgn sihat.
Macam2 ragam si anak ni..paling menguji kesabaran bila tengah malam menjelma..
setiap jam mesti terjaga.kalau tak nanges xpe gak, ni mau pecah 1 rumah. mcm kena dera pun ada..atoii
apa boleh buat, tabahkan hati jelah.it's normal utk permulaan ni kan :D

sweet memories about Alisha:

Day 1 (17 Aug 12) = welcome to the world
Day 2 (18 Aug 12) = Alisha berehat kat umah atok nenek (SA)
Day 3 (19 Aug 12) = siang beriang ria raya with Alisha, malam gerak balik johor
Day 4 (20 Aug 12) = sampai kampung 2.30am and nenek tido with Alisha
Day 5 (21 Aug 12) = 1st day berurut
Day 6 (22 Aug 12) = tali pusat Alisha dah gugur, Surat Beranak Alisha DONE, 2nd day berurut
Day 7 (23 Aug 12) = bawak Alisha g KK sbb jaundice, 12mg
Day 8 (24 Aug 12) = nurse datang rumah checked ibu,jaundice Alisha naik 12.1mg
Day 10 (26 Aug 12) =  berat Alisha dah 3kg n jaundice naik to 12.8mg
Day 12 (27 Aug 12) = jaundice Alisha dah turun 10.7mg thanks GOD
Day 14 (30 Aug 12) = Ayah balik visit Alisha
Day 15 (31 Aug 12) = bawak Alisha p mersing
Day 16 (1 Sept 12) = bawak Alisha p klinik kluang, ada flu
Day 21 (6 Sept 12) = akikah n potong jambul
Day 22 (7 Sept 12) = berat Alisha 3.6kg n happy birthday to Ayah
Day 28 (13 Sept 12) = Ayah balik lagi
Day 29 (14 Sept 12) = celebrate birthday with Ayah
Day 30 (15 Sept 12) = 1months n dah botak!

1bulan: berkerut2 merenung masa depan 0_o

Thursday, September 13, 2012

pantang ala ala ctmah

As Salam Readers,

28 hari berpantang
owh...another 12 days nak cukupkan 40 hari.
seronok ke berpantang?
hurm..bagi saya biasa suam2 aje kot.
sebab saya bukan berpantang sgt pun.huhu!

air mandian
yang ni serahkan bulat2 kat mak.mak yang sediakan semuanya.
daun apa pun saya xtau.yg saya tau, lepas mandi badan rasa segar n ringan sangat2 :)

makanan
bab makan2 ni saya tak kesah sgt. masa mula2 raya tu, langsung tak kecur pun.
kecur tang kuih raya jek.h0h0!
apa yang mak and kak su masak, saya layan jek.
favourite foods ikan bakar cicah air asam.sedap w0ooo!
lain2 tu macam biasa lah quaker oat, nestum, biskut jacob's, bread n koko krunch.
yang ni boleh dikatakan makanan wajib coz setiap jam mesti rasa lapa.
mulut pun tak berhenti dok nak mengunyah jek.
nak masuk minggu ke-3 jek, saya dah start mamam coklat,apollo layer cake, tat nenas,jemput2 dll.
kalau ngan mak, kena berpujuk sket..kalau tanya hubby, laju je dia bg makan tp nyorok2la.haha

minuman
org cakap kena minum air sikit2, nnt perut menggeleber.
saya?manalah puas kalau minum sikit2.huhu
pendek cite memang slumber minum banyak2.
1st day after Alisha keluar jek, saya dah sebat susu dutch lady strawberi. akak yang belikan, so saya layan jela.
pastu en hubby belikan oren juice, saya bedal gak.h0h0
lg pun saya fikir, kalau minum sikit2 camne susu nak keluar dgn banyak.nth ye ke tidak firasat saya ni.haha
sekarang ni saya masih continue minum susu dumil mama instead of minum milo, air suam, dutch lady, soya, n vitagen.
semuanya untuk banyakkan lg air susu ni. tang air milo tu sengsara sket la coz sembelit!tp layan jelah

bengkung
yang ni kadang2 je pakai.huhu
bila pakai bengkung, ada la tahan 2 3 jam.
pastu mesti rasa gatal2 n dan2 tu jugaklah timbul kesan gatal sekeliling pinggang. macam gegata OK.
seriously xtahan n mulalah tak keruan nak menggaru jek.huhu!
bila tanya mak, mak ckp yg lain2 x macam tu pun.kulit saya je yg lain bebenor :(

bertungku
yang ni pun sama, kadang2 jek..
kalau rajin saya buat, kalau malas saya buat2 x nampak je tungku tu..
sgt2 MALAS ok :D

limau nipis+kapur
ha...yang ni lagi la malas nk pakai.
seriously baru 3 kali pakai.raya pertama n 2 hari yang lepas.
nak kata panas, tak de rasa pun. tp ntahla..malas nk melecakkan perut ni ha.haha

confinement set
segala kapsul jamu saya x makan lg sebab jaundice Alisha ada lg sikit2.
Insya Allah, hari ke 30 baru start makan kot.
pilis pun sama.rajin pakai, malas abaikan.huhu
Mak cakap "yelah tu nak makan.silap2 bila dah sihat, semua biar kat tepi"
haha!hebatlah mak ni.macam tau2 jek..tp mak jgn risau. Insya Allah saya makan sampai abis ek. hubby yang beli, so kenalah makan :D

stoking
yang ni mmg pakai dr 1st day pantang sampailah sekarang. mula2 je rasa rimas,lama2 ok la.

baju sejuk
mmg xpernah pakai sama sekali OK.

berkipas
org cakap jgn bukak kipas laju2, nanti masuk angin.
ohw...mintak maaf la yek..jgn cakap dpn saya coz saya mmg xreti bahasa.
panas sih..sapa tahan oiii.lagi laju kipas, lagi la saya suka.hehehe

buah2an
setiap hari makan sunquick 3-4 biji supaya senang p0op0o.hazab OK bila sembelit.
betik and pisang pun saya makan gak.
paling tak tahan buah mata kucing. 1 family suka buah ni.so bila depa beli, saya pun ngap jugakla. tapi dalam kuantiti yang sikit sbb mak cakap buat tu berair.huhu

x boleh keluar rumah
hari ke-15 berpantang saya dah beriang ria jalan2 kat mersing ngan family.
Actually nak cari klinik coz Alisha ada flue sikit n kebetulan adik nak bawak anak2 buah p borong mainan kat kedai RM2.
So we all berpecah n sadis btol coz klinik semua tutup disebabkan hari merdeka.huhu
last2 pergi kedai RM2 n semua pakat serbu kedai tu. Saya n Alisha dok terperuk dalam kereta jek.
Bila hubby n mak masuk dlm kereta, depa cite itu rm2, ini rm2, saya jadi panas punggung.
mintak izin hubby n mak nk pegi usha.haha!seriously besar n semua brg rm2 OK.
hasilnya saya berjaya habiskan duit dalam rm40 n adik plak habis sampai rm288.
lepas2 tu mmg lagi rajin la keluar rumah.pergi hantar en hubby kat station bus la, shopping kat econsave la, p pej pos la.
semua pun saya lanyak jek.bila terserempak ngn kawan mak, mulalah depa bebel2 cakap nnt masuk angin 1 badan,nnt meroyan boleh mati n mcm2 la.
saya pekakkan telinga jelah. malas nak fikir macam2. be positive sudah lah kan :)

hurm..apa2 pun,harap2 saya sentiasa sihat n yang penting be positive :D

Friday, September 07, 2012

Alisha+kambing+aqiqah

As Salam Readers,

Alhamdulillah. semalam genap usia Alisha 21 hari.
Semalam gak atok n neneknya buat kenduri aqiqah n ptg jambul tuk Alisha bukan main lg si kecik ni ek.cucu manja atok n nenek katakan.hoho

Nak dijadikan cerita, dari hari tu lg abah berhajat nak buat masa Alisha umur 21 hari. 
Ikut sunnah nabi katanya, samada hari ke-7/ke-14/ke-21.
uollss boleh refer SINI
Ikut hati saya cam berat je sebab time tu hubby kerja. 
Cuti hubby dah xde n kesian la pulak kat Alisha kalau buat tanpa ayah dia kan.huhu

so abah pun beria2 la cari kambing ke sana ke mari, tapi still tak dapat.
Sehari sebelum umur Alisha 21 hari, abah n mak keluar cari kambing dr pagi sampai la petang.
Dalam pukul 3.30pm depa balik n cakap dah dapat kambing tuk Alisha.
waaaaa...maknanya jd gak wat keesokkan harinya.
dan2 tu gak sye called hubby n informed mcm2. hubby ckp 'proceeded jek.nak gondol pun gondollah. ikut sunnah apa salahnya kalau itu baik tuk Alisha' tetiba saya plak yg rase sadis.h0h0!

kambing Alisha!
abah tukang sembelih kambing tu
start jam tu kelam kelibut kami dibuatnya. 
barang2 baik brg dapur ke goodies ke satu hape pun x beli.
ptg n mlm tu gak pergi jemput sedara mara, beli brg dapur n goodies. sudahnya saya n Alisha tinggal berdua jek kat umah. nak tolong apa pun xboleh.huhu!

keesokan harinya, bangun pg2 n siapkan Alisha 1st.
pang pung pang saya gak yg lambat bersiap n makan sbb makcik2 dah sampai awal.
so bila dah lambat tu, banyak jelah mulut yg potpet2.
xbaik mandi lambat la, 
xelok makan berkuah la, 
xelok makan nasi sejukla,
yg bawah tu tak baik lagi,dok la jalan laju2,
n yg paling tbb tu xelok tgk kambing tu takut kena badi kambing.
erks!!!xpernah la plak saya dgr pantang larang tu kn.
arghhh!peduli apa saya, abah pun xde cakap pape. siap panggil n soh saya bacakan nama Alisha lagi.
huh!bikin gua hot je makcik2 ni :(   

malas nak layan makcik2 ni, saya terus laju2 masuk bilik.
siapkan bunga rampai n barang2 tuk ptg jambul.
barang nak deko2 takde, so capai jelah apa yg nampak depan @_@ ni haa
simple miple sudah..janji ada, dr takde kan :)

merah menyala sket

Alhamdulillah, dalam kol 3 tetamu sampai n depa mulakan dgn tahlil dulu coz mak requested buat tahlil 1st, then br majlis Alisha. 
semuanya berjalan dengan lancar n Alisha langsung tak buat hal..
good girl.hebat la anak ibu ni..nasib baik kamu tak nger2 kan. kalaulah nger2, mau tercabut kebaya ibu ni kot.hahaha
tidur jekkk..w/pun dah pakai serba merah, tp ada gak yg tanya lelaki ke.grrrr
ibu pun sibuk nak amek berkat gak
cinta hati ibu
selesai je majlis, cepat2 bersih kan Alisha. mana taknya, badan dia penuh kot dengan bunga rampai. termasuk dalam baju n sampai termasuk dalam mulut dia kot.cian Alisha!kalau lambat bersihkan, jawabnya naik ruam la badan budak kecik ni.kulit sensitif,panas sket je naik ruam.huhu!

Malam tu abah wat tahlil tuk kaum adam lak.saya ngan Alisha dok melepek dalam bilik jek, sambil2 kira duit majlis Alisha. Alhamdulillah, Alisha dpt RM91.55. Duit raya tak campur lg sebab raya belum abes lagikan.hihi!

Seriously rasa penat sgt2 walaupun takde tolong sgt pun.mungkin sbb fully bf dia, makan minum pun xmenentu.tu yg energy kurang kot.Wallahualam
Apa2 pun terima kasih mak aka nenek, terima kasih abah aka atok. Moga rezeki mak abah melimpah ruah lg.sayang kamu bangat!
 
happy weekends uolssss 

Monday, September 03, 2012

encik hubby dan puan mak

Hubby
  • seminggu bersalin, hubby yang tolong mandi+sabun+gosok seluruh anggota badan saya
  • cucikan luka kat tut saya
  • pakaikan maternity pad n spender
  • bancuh air tuk saya
  • buang pad saya n diapers Alisha
  • pakaikan bengkung, pilis n urut kaki saya
  • bila saya xleh nak p0o p0oo n menangis dalam bilik air, hubby n adik kalut p carikan ubat n sunquick
  • every weekend balik ke johor tuk lihat familynya
anak ayah

Mak
  • mandikan Alisha MIL, kak ni, kak no, kak su n mak ucu pun riang hati gilir2 mandikan Alisha
  • jaga makan n minum saya cuci pinggan pun tak bagi
  • sibuk cari ikan untuk saya, kirim kat orang tue la, kirim kat orang nie la, tempah kat kedai la
  • sediakan air daun rebusan utk mandi
  • basuh baju saya n Alisha
  • setiap kali saya tertidur, mak la yang tukang alaskan kepala saya ngan bantal n selimutkan saya
  • 1st day sampai kampung, mak sanggup tidur kat karpet bawah sbb nak pantau Alisha n kami tidur kat katil
  • setiap kali Alisha menangis, mak sebuk skodeng Alisha OK ke x
  • bila encik hubby balik ke shah alam, mak la peneman tidur saya n Alisha
  • tolong check kan breast n luka kat tut saya slumber bogel depan mak, anak mak pun kan
  • bila Alisha kena jaundice, mak la yang sibuk dok carikan ubat tuk Alisha, jemur Alisha
  • bila Alisha kembung perut, mak la yang paling susah hati. sediakan minyak bawang la, urut perut Alisha la
  • bila Alisha selesai hisap susu, mak la yang sibuk nak burpkan Alisha sbb Alisha rajin muntah
  • bila Alisha tidur, mak pun sama2 tidur ngan Alisha
nenek n Alisha sama2 guring

saya terharu sangat2 melihat kesungguhan si hubby n ketabahan mak menjaga saya.
sesungguhnya kasih ibu n hubby itulah yang paling termahal di dunia n tiada tandingan.

abang,
maafkan sayang ek sbb sayang banyak buat abang serba salah, buat abang menangis. dalam pantang ni, emo sayang rasa lain mcm jek.asyik2 nak menangis tak tentu hala. sampaikan mak risau, kot2la kena bentan. ampunkan sayang ea abang.

mak,
maafkan kak tie ek sebab ada terguriskan hati mak.
kak tie tau, haritu masa nak gi mersing, kak tie ada guriskan hati mak. masa mak tegur jaundice Alisha ada lg, kak tie tertinggikan suara ckp "janganlah tegur2 lagi". nampak kelopak mata mak bergenang air mata. bersalah sgt2 n terus ajak mak ikut g mersing. mak xnak, tapi kak tie pujuk2 gak sampailah mak beralah. maafkan kak tie ea mak.  

harap2 saya dapat mencontohi sifat mak saya n harap2 Alisha faham jasa n pengorbanan seorang ibu