Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, October 31, 2012

TQ!

TQ everyone :D
Alisha suka..ibu Alisha lagi suka

from kak no
from fatin + uyi
fatin again
from SIL
from yumie
from pika + awek
from BIL
from BIL
from zul + fiancee
from wan + wife
from ayin + wife
from abg Naz + wife
from BIL
from huda


hari ni sesi mengepos barang.lama terperuk bwh meja..atoii

 

Tuesday, October 30, 2012

alkisah NIP

As Salam Readers,

of coz la saya pun nak update gak pasal NIP ni.lalalalala

aritu lepas abes pantang terus balik Klang.
another weeks tu bawak la Alisha+mak jenjalan kat Alam Sentral.
b4 keluar tu dah prepared siap2 EBM n air panas.
otw tu DF Alisha dulu dgn harapan dia tidur n senang kami nak berjalan.
sampai2 je Alam Sentral, Alisha mmg tidur n cepat2 letak dalam stroller.

tido2 ayam jek
belum pun sempat naik lift, mata dah terbukak luas n dok melilau tgk sana sini.
aduh.. dalam hati dah cuak sket. janganlah dia nangis dalam lift. mau hari biru kang.
fuh!selamat tak nangis. keluar je dr lift n jalan tak sampai 30mins Alisha dah merengek2.
laju je sumbat botol n masa tu bwk 4oz jek.
tibe2 Alisha boleh habiskan 4oz tu selalunya 2oz pun susah n merengek2 lg macam nak susu..
omg!cepat2 dukung dia. dan2 aja senyap..atoii!xmau dok dalam stroller ke hape.

pastu rasa mengidam nak makan kfc n cepat2 ajak depa p mam kat ctu.
betul2 aje duduk dlm kfc, Alisha bangun n merengek nak susu lg..
atoii...pangku Alisha, pandang kiri kanan, pakai nursing cover n gigih sumbat miss N dlm mulut dia.
owh..serius menggelabah OK. takut sgt2 kalu la miss B terkeluar ke.
kejap2 usha Alisha, kejap2 usha miss B sambil pandang kiri kanan.huhuhu
hubby dah bantai gelak jek tengok saya serabut semacam. hampes
nasib baiklah Alisha tak buat hal. 

risau sgt2 if dia mengamuk tak nak berselubung dlm kain tu.
mungkin dia kecik lagi kan...
kalau dah besar nnt camne ek?mau tercampak nursing cover tu kalau dpt Alisha mengamuk.hahaha

 
dok melilau sana sini sambil betolkan NC

3 generations!saya susu Alisha, mak suap saya :D

second time keluar dah kurang kekok skit.
if bekalan susu habis n Alisha start merengek, i pun cepat2 je ajak hubby duduk kat memana yg sempat.

teringin gak nak try DF sambil berjalan tp tak berani woooooooooo
kang bukan setakat miss B je yg tersembul, silap haribulan belakang badan pun tersembul gak.
hari tu jalan2 kat sunway piramid, nampakla sorang mommy ni DF sambil berjalan.

tak pakai nursing cover, just beralaskan tudung semata2.
yg tak bestnya belakang badan nampak n paling2 tak best tulang spender pun ternampak gak ok. spender cawat tinggi ke girdle ke saya pun tak tau la..
serius rasa malu sgt2...huhu!

as a new mommy, sometime rasa seronok dpt NIP and at the same time rasa worried sgt2!
mahu tapi malu...malu tapi mahu..macam tu la rasanya..


hahahaha!

Thursday, October 25, 2012

raya lagii

As Salam Readers,

Hi!!!
malam ni Insya Allah after maghrib, bertolak balik ke kluang.
doakan perjalanan kami selamat n dilindungi DIA selalu..amin
 
Wish uollsss Selamat Hari Raya Aidiladha..
Selamat ber korban..
Selamat ber akikah..
Selamat menjamu juadah raya owhhh!tak sabarnya nak makan ketupat,lemang,sambal kacang,rendang,kuah lodeh!balas dendam time...hahaha!

Maaf zahir n batin yerk!

x sempat nak beli baju raya tuk bam2 ibu ni!

Friday, October 19, 2012

just enjoy

As Salam Readers,

bila dah bekerja, baru la rajin nak update blog.huhu
kat rumah memang tak sempat n tak terkejar2.
kalau ada pun curi masa time Alisha tido. tu pun sempat tak sempat jek.
time Alisha tido la sibuk nak kemas rumah, basuh+lipat segala kain baju, memasak dll.
nak join Alisha tido?haishh...jangan pernah bermimpi n mmg xpernah pun tumpang tido.huhu

so entry kali ni just nak share about my BF journey.
Alhamdulillah, i love my BF journey.
masih lagi berpeluang BF Alisha.
suke sebab setiap kali Alisha hisap, mesti dia buat bunyi crooott crottt.seronok je dengar..hihi
harap2 la dapat BF Alisha sampai umurnya 6 bulan n seterusnya hingga 2 tahun.
Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.

Hari tu masa Alisha kena jaundice, saya memang xlokek bg dia minum FM sebab time tu pengeluaran susu kurang memberangsangkan.
bagi saya, FM ke susu badan ke, semua pun sama je. yang penting anak dapat membesar dengan sihat...
time tu tak tau nak beli FM ape n apek kedai sensei tu sibuk soh beli FRISO.'susu paling baik ma.dari oversea' katenya..
yolah baik.harganya pun baik!disebabkan en hubby yang bayar, so amek jela susu tu.hehe!
Alisha minum sekali jek. pastu terus refuse. buat 2 3 kali tp membazir gitu jelah.langsung x diusiknya.huhu

start dari tu saya dah main pam2 susu.
tapi tak selalu pun. kalau sempat saya pam la .selalunya mmg tak sempat pun.huhu!
mula2 pam, kuantiti susu tak menentu. kadang2 4oz, kadang2 2oz n kadang2 3oz.
terus terfikir, eh sikitnya susu aku.
tanya mak, kenapa sikit. mak cakap sebab kurang minum air.
so start hari tu memang minum air bergelen2.
lantaklah time pantang ke apa ke..
janji air susu banyak.huhu!

sebulan lg nak start kerja saya dah buat stok EBM.
tapi tu lah, tak ikut time, takde proper schedule.
semuanya main ikut sempat tak sempat jek.hehe!
mula2 terfikir gak nak ambil shaklee, tp dok postpone2 lagi.
malas nak order la itu la ini la.
pastu baca blog lisa, entry supplement & penyusuan
so terus set kat mind tak perlu makan any supplement.
just ambil makanan yg berkhasiat n minum air bergelen2 sudah.

so bile dah buat stok EBM, slowly ajar Alisha minum guna botol.
puting avent dia reject OK.huhu!
puting fiffy kaler kuning tu gak la yang dia minat.
DF bunyi crottt crooott, bagi puting pun wat bunyi crottt crooot gak..hehe
pastu yumie bg barang n bg sekali puting NUK n dr brown.
sekali tgk, Alisha suka sgt ngan puting NUK. 2 kali tgk, dah tak suka pulak.haishh
puting dr brown mmg dia auto reject. maybe sebab puting tu besar kot. ntahla.hahaha!

DF Alisha :)

baru blaja isap puting tiruan.ngeh2

ouwhh..tak sedap betol puting ni.berkerut2 saya nak telan susu ni

sedaya upaya hubby jolok gak puting avent.huahua

fiffy tetap idaman hati di mana saja berada

bercakap pasal teknik menyusu plak.
dari pantang lg dah belajar buat tandem. now tak kekok dah la.
lepas tu slowly buat power pumping n marmet.
tapi power pumping tu buat 2 kali jek sbb malas nak tunggu sampai 1 jam.melangok semacam je rasa.haha!
nak dijadikan cerita, hari tu swing problem, xnk suck.
breast dah bengkak gile n terpaksa wat marmet. sakit hokay sbb bengkak.huhu
sedikit tension n terus sms lisa sbb dia pun pakai swing gak.
lisa informed maybe sebab membrane or tiub tak ketat. really thanks babe
fuh..nasib baik la dah balik klang. petang tu gak p OBW kat shah alam n terus beli membrane+valve (RM69.00).
ikutkan ada je jual 1-1, tapi better beli banyak terus. kan lisa? :D
ternyata mmg betol pun. membrane dah rosak. bila pakai yang baru, sedang elok je dia suck.
haduii..mahal pun mahal.. tp nak wat camne..beli aje lah..
teringin gak nak beli avent manul pump mcm lisa pakai tu, tapi tunggu dulu la.hihi

semalam dah start kerja n masa pam pun tak menentu gak.
tak tau nak mulakan schedule n tak nak la stress sgt2 fikir pasal ni.
saya sempat pam 3 kali jek. 10.00am dapat 7oz, 2.00pm dapat 5oz n 5.00pm dapat 5oz.
kuantiti yang tak menentu n masa pam pun tak menentu.hahaha!
akan di improved lg dari semasa ke semasa. Insya Allah :)

now mengepam time!jom rilex kan diri :D

malam ni nak balik kg.atok dah rindu sangat2 kat Alisha!setiap kali called mesti tanya pasal cucu dia ni. last time masa nak balik klang, atok nangis bersungguh2.siap tak bagi balik tu.
seriously tak pernah tengok abah menangis coz dia memang susah nak nangis.
sekali je time my niece meninggal dunia bcoz of accident

Thursday, October 18, 2012

:(

As Salam Readers,

Hari ni dah start KERJA!
Perasaan yang sangat menyeksa jiwa kalbu.
almost 13 hours tinggalkan Alisha OK.
masuk kerja 8.30am, tapi pukul 6.40am dah rushing keluar rumah.
sebab ape? sebab nak elak jem area hitech kesas n ldp! tsk :(
kalau lewat sket jek,confirm jem gile2 n confirm2 tak dapat parking :(
balik kerja 5.30pm.kalau jalan clear kol 6.30-6.50pm dah sampai rumah.
selalunya saya tak kan ikut ldp sebab xlalu nak redah jem. 
so saya akan ikut federal exit shah alam n masuk semula lksa..
rumah jauh apa boleh buat :( :(

dulu takde la terasa sangat sebab baby dalam perut lg.
tp bila Alisha dah ada depan mata sumpah rasa tak sanggup nak tinggalkan dia walau sesaat :(
i really miss my daughter.
belum pun tengahari, tapi dah 4-5x tepon mak pantau keadaan Alisha.
mak pun naik rimas nak pikap my phone.hahaha! sorry mak! but i miss my daughter n worried kalau mak xlarat nak layan kerenah Alisha.

5.30am dah bangun mandi solat n bersiap.
6.10am tukar diapers Alisha, kejutkan Alisha , checked suhu badan Alisha n DF Alisha. 
Sekarang ni Alisha dah pandai berborak n ketawa manja. So sambil DF sambil agah Alisha.
tersentuh hati n terus menitik air mata. mak tengok pun jadi sayu.huhu
Alhamdulillah, suhu badan Alisha still lg maintain 35.8 Celcius.(typo error!nasib baik Nad perasan.haha!) 36.8 darjah C
Harap2la Alisha tak demam n antibodi dia kekal kuat.
Before keluar, tunjuk kat mak stock EBM tuk Alisha. Ibu dah pam banyak2 tuk kamu. harap kamu minum puas2 ye nak

nak kerja pun rasa tak best. tak tau nak mulakan dari mana.
dari tadi dok housekeeping email n bergosip jek.huhu!

tengah taip ni pun bergenang je air mata.

Wednesday, October 17, 2012

Alisha 2 bulan

As Salam Readers,

Hari ni Alisha genap 2 bulan.. Alhamdulillah :)
pagi tadi g bawak Alisha checkup kat klinik desa pendamar.
sangat ramai OK! no giliran kami ke 39.
fuh..panas punggung tunggu. Alisha plak merengek2 tendang sana sini.
Kepala, muka berpeluh habis. kesian punya pasal, saya ajak mak balik dulu.
lagi sejam baru datang semula. at least boleh continue sidai kain.hehe!

sejam kemudian, gi klinik semula.
tak sampai 5 minit duduk, nama dah di panggil.
tapi rupa2nya berjanggut gak tunggu. 2 3/4 jam OK!
pas panggil tu, buku nurse letak kat tepi n dia panggil nama org lain lak.
pas abis panggil, dia gi tempat atas n checked ibu pregnant plak.
pas abis checked ibu pregnant, dia turun bawah n gitau "sesapa yang nak timbang anak 1 tahun ke bawah,sila buka baju pampers n letak anak kat penimbang"
saya sedikit blurr n tengok ibu2 sebelah kiri kanan sibuk bukak cepat2 n laju je ke penimbang.
saya ckp kat mak "xpelah, kita paling last pun xpe"
pastu ukur ketinggian baby lak. tu pun sama, semua laju je serbu nurse.huhu!
pastu duduk sementara tunggu nurse fill up buku n dan2 tu gak nama Alisha di sebut. rupa2nya nom giliran Alisha dulu dari yang lain2 tu..dalam hati saya ckp "padan muka korang. terkejar2,last2 tak kemana pun" kekeke!

perkembangan Alisha:
berat: 5 kg
panjang: 59 cm
BMI: 17 kg
lilitan kepala: 39 cm
amek buku n kena naik atas lak. another nurse checked baby n saya plak continue amek noriday (padahal tak start makan pun lg..saja buat stock!)haha!
pastu bawak Alisha pi cucuk..dah ada pengalaman kan, so takdelah cuak dah.hehe!
as usual, Alisha nangis masa kena cucuk n pastu terus senyap terlena (dah bagi pekena susu siap2) h00h0!

terus ajak mak balik cepat2 n sampai je rumah terus bg Alisha ubat.
harap2la antibodi Alisha kuat n tak demam...



esok dah start kerja!sumpah hati memBENGKAK nak tinggalkan Alisha :( :( :(
 

Wednesday, October 10, 2012

rindu ini

As Salam Readers,

owh..i miss that moments





|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

ayah massage saya!yay

lagi 8 hari nak kerja..arghhhhh tak sukaaa!