Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, November 28, 2012

3mos c/up + pap smear DONE

As Salam Readers,

Semalam checkup Alisha untuk 3 bulan.
Around pukul 3pm sampai klinik and seronok sgt2 sebab klinik lengang giler.
yang ada hanya 3 nurse saja.
nurse "saya ingatkan awak tak datang. baru je nak telefon"
saya "eh mesti datang (sambil tersengih2)"
nurse "hari ni awak amek ubat sekali kan"
saya "angguk kepala saja"

tak sempat nak duduk, terus je bukak baju, pampers Alisha.
berat = 5.8kg
panjang = 60cm

lilitan kepala = 41cm

lepas tu giliran si ibu pulak
berat = 44.8kg 1 rekod baru!mak aiii..makin mencanak naik la pulak...hahaha!

lepas tu nurse check BCG Alisha. OK, menjadi.
tetiba je nurse tanya pasal pap smear.
nurse "bila awk nak buat pap smear ni?"
saya "bila2 pun tak kisah. kena buat appointment dulu kan?"
nurse "hari ni boleh buat. nurse lg sorang ada. anak mak awk boleh pegangkan"
saya "oh yeke?dalam hati dah cuak2 sambil buat muka tak nak kat mak"
mak senyum jek
nurse "selagi awak tak buat, selagi tulah kiteorang tanya. mak awk pun boleh buat jugak tau"
saya "yeke nurse? sambil tu tanya mak.."
mak "eh mak tak nak lah.nanti jelah"
saya "mesti mak takutkan, sambil gelak2"
nurse "buatlah makcik"
mak "nantilah. lagipun makcik dah pernah buat kat johor"
nurse "owh.makcik nak buat kat johor semula la ni"
mak "gelak jek"
nurse "awk gi kencing sementara tu saya inject anak awk. mak boleh pegangkan?"
saya "ok nurse. boleh" teringat zaman mengandung la plak, dok tadah2 air kencing ni.kekeke

keluar dr toilet jek, tengok2 Alisha dah di inject.
tak nangis, tp muka mencebik jek.
cian kamu nak.huhu

pastu nurse suruh saya bukak seluar siap2 n baring macam nak beranak tu.
ayama!terus teringat moments 3 bulan lepas..
scary ooo n malu ooo nak kangkang2 depan nurse.bukan sakit kot.huhu
nurse "awk kena lembutkan peha n kaki tau. kalau tidak speculum ni melantun n boleh wat berdarah"
saya "buat muka takut sambil cakap OK" teringat pesan wawa, kena tarik nafas time benda tu dimasukkan ke tut kita
nurse "jangan tahan kaki awk. tengok menda ni nak terkeluar semula. lembutkan peha ni"
saya "ala macamana ni nurse. memang rasa benda tu nak terkeluar semula pun, rasa licin jek"
nurse " tu la saya cakap, lembutkan peha ni ni.jangan bg keras"
saya "tak tau nak buat apa n cuba kangkang luas2.huhuu"
nurse "haa..macam tula.kejap yek. ok dah. pakai seluar semula"
saya "ayak.kejap jek ameknya" sambil tercakap adoiiii
nurse "sakit ke?"
saya "sakit gak la.macam senak"
nurse "sebenarnya speculum ni ada size. yang kat klinik ni size M. kalau kat KK port klang ada size S - sambil tersengih"
saya "ada size ye nurse?patutlaa sakit" sambil rasa bengang jugak.huhu
nurse "lepas ni dalam masa 2 bulan kita akan contact n bagitau result"
saya "ok nurse" sambil sengih malu2 kucing
nurse "sesiapa je yang pernah melakukan seks kena buat pap smear ni.macam u baru lepas beranak, digalakkan buat setahun sekali. kalau tak pregnant,3 tahun sekali"
saya "owh.kalau macam kes budak kena rogol tu kan, depa pun kena buat gak la ek?" apa punya soalan daa ctmah oiii
nurse "senyum..iya..kena buat gak. kanser rahim ni bahaya. walaupun ada pesakit yang dah buang rahim, tapi still kena buat gak. sebab dia hanya buang rahim jek, tapi laluan masih ada"
saya "owh macam tu. ok terima kasih nurse"
nurse "ok. next checkup anak n amik ubat pada 26/12 ni yek"
saya "ok nurse. saya datang petang lah"

keluar2 je bilik terus ajak mak balik.
sampai2 je rumah terus sapu vicks kat tempat injection tu n bg Alisha mam ubat dlm dos yang sikit aje (0.5ml).
MIL pernah ckp masa anak2 dia dulu, lepas inject je mesti dia sapu vicks n Alhamdulillah tak pernah demam. so saya follow jelah petua MIL tu.
saya tak sure sgt la vicks tu berkesan or tidak tp sepanjang 3 bulan ni Alisha tak kena demam lg.
maybe sebab antibodi dia kuat or maybe sebab vicks tu ke..wallahualam
petang check suhu 36.5. malam suhu 36.9. pagi tadi suhu 37.0
syabas Alisha!harap2lah kamu kuat n tak demam ye nak...



Monday, November 26, 2012

review pureen sales

As Salam Readers,

tengahari sabtu berjaya gak meloloskan diri ke pureen warehouse sales tu.
gagah pergi bertiga jek (saya,alisha n mak) sebab en hubby kena kerja.
macam biasalah, mmg tersaaaangat happening lagi2 area baju, wipes tissue n detergent.

masuk2 je terus amek nappy rash cream 2 (1pcs RM10).
tetiba boleh pulak teramek feeding set (RM7). 3 bulan lg kot Alisha nak makan. ni namanya gatai tangan.hahaha

tapi
betolla kata wawa, MEMANG terjebak beli baju OK..
takde lah memilih sangat, just mix n match n terus blah tempat lain.
x kose nak lama2 kat situ. bau pun dah satu macam.hehehe
Alisha pun pandai, time ni dia tidur je. agaknya dia tau kot, ibu nak pilih baju untuk dia.h0h0



sehelai RM3, total RM30

lepas tu beralih ke wipes tissue.
belum pun sempat pekerja tu buka kotak, masing2 dah hulur tangan.hahah!
tunggu semua amik, pastu baru la saya amik balance yg pekerja tu letak kat tempat tisu tu.
amek pek yang besar,tu pun amek 1 (RM9) jek sebab mmg tak leh amek byk2.
bukannya ada org nak tolong angkat pun. mana nak carry Alisha lg, mana nak bawak barang lg.h0h0
ujung minggu ni ada baby expo kat MID. so kalau p situ, boleh la grab tissue tu lg kot. pureen mesti join punya kan.

lepas tu terus ke bahagian detergant n liquid cleanser.
amek detergant 2 (1pcs RM16) n cleanser 2 (1pcs RM11).
yang bestnya, saya tengok si amoi cina beli wipes tissue n detergant berkotak2 tu.

gila lah. nak berniaga ke hapeee

berat! tapi mau!
beratur, bayar n terus blah.
berat JUGAK nak bawak barang yg dibeli tuuuu.
otw p kereta, singgah sat beli milo ais 1 n roti kebab 2. total RM10. MAHAL kau!

betol2 je masuk dalam kereta Alisha pun bangun.
wah..lena betol kamu tidur kan..good girl.
maybe dia best dok menyembamkan mukanya ke miss B saya ni kot.hahahaa



baju ni untie Nana bagi.tq untie.muahs!

miza, sorry dear. i tak sempat nak review comment u. 2 hari x on lappy, busy berjalan ke sana sini =)


Friday, November 23, 2012

celaru

As Salam Readers,

This week tersangatlah busy.
nak post 1 entry pun susah btol.haishhh
nak reply comment pun tak menyempat2..haishh

c/up Alisha terpaksa di postponed ke selasa depan sebab makcik hubby meninggal hari selasa lepas.
lepas tu tak pasal2 khamis kena p klinik plak untuk check tuan empunya badan.

bila dah pergi tu, ingat nak check apa la.
rupa2nya check degupan jantung jek. normal ke x normal. 

tak sampai 2 minit, pastu boleh balik. 
nak menunggunya bukan main lama lg..haishhh
khamis depan kena datang lagi utk buat pap smear plak..haishhh
time ni saya fikir2 better wat kat private clinic jek. 

checkup Alisha pun nak wat kat klinik biasa jek.
bukannye ape, lotih bebenor nak menunggu and paling worst cuti dah tinggal 0.5days aje. lucky la dah hujung tahun.haishhh
tengok la camne kan. belum di usul kat si hubby lg.


lepas tu internet n email down. huru hara gak la 2 hari.
lepas tu mam suruh upload new employee guide n yang paling tak bestnyaaaaaa
sesapa yang kena attend training, kos between 3k-5k akan di bond selama 3 tahun!
omak aiii!aku la salah sorang tu...lama bebenor ekau nak bond aku!
oracle training??huh! ada ku kesah...kena cepat2 cari kerja lain!
@#Q@%$&

lepas tu tadi ada sorang hamba Allah tu tanya
dia = malam ko masak ke ti?
saya = masak (dalam hati kadang2 jek)
dia = baguslah. jangan nak susahkan mak lagi. mak dah penat jaga anak.takkan lah mak ko nak masak jugakkan.
saya = aah. kesian dia penat jaga seharian
dia = ko tak jumpa orang nak jaga anak ko lagi ke?
saya = bla bla bla blaaaa
!@!$@#^$#%^

owh..sungguh kepochi engkau ni..
mak aku tak kesah, tapi kau kesah kesah kesah


daaaaaaa..happy weekend! esok jum borong di pureen warehouse sales!

Monday, November 19, 2012

3 months

As Salam Readers,

Alhamdulillah..arini Alisha genap 3bulan 2hari.

perkembangan Alisha sehingga hari ini:
  • kuat berborak n dah pandai gelak sakan 
  • berat tak timbang lagi, esok baru c/up 3mos
  • sukakan perhatian. kalau org tak layan, mulalah mencebek n tak lama lepas tu confirm melalak
  • suka menghisap tangan sendiri. kalau dukung, habis basah baju kita kena hisap
  • suka buat buih liur, naik geram tgk..makin kita lap, makin dia buat.
  • cuba golekkan badan tp tak berjaya. pipi berat kot.kekeke
  • dah pandai meluncur laju dr bantal.tengok2 je bantal kat atas,tuan empunya badan dah ke bawah
  • kaki dah tegap. kuat menendang n kalau kite dirikan dia, bukan main suka tu
  • kalau menendang mesti terkentut. menangis pun mesti terkentut. suka dgr dia kentut. stim je rasa.haha
  • sekarang ni pakai diapers size S. mamy poko cun muat, pet2 muat2, whopee ketat sgt2.haritu gatal p beli whopee.size S, ada 72pcs.kecian dia
  • bila DF,suka ketap miss N kite. sakit tau..tu belum ada gigi, kalau dah ada gigi, camne la rupenya kan..mau kite melalak kot.huhu
  • prefer mandikan Alisha dengan cara berlunjur (mak ckp, org dulu2 buat macam tu jek) n dia pun suka. sambil mandi sambil tersengih2 sambil kaki menendang2
  • tangan dah kuat menggenggam. kalau cabut mittens, laju je genggam rantai kite, baju kite, n apa2 jela yang dia boleh rasa
  • suka tidur berpelukan. lagi peluk, lagi lena dia tidur 
  • rambut masih cipot lagiii 
say hi!

Wednesday, November 14, 2012

refused!

As Salam Readers,

batuk n selsema alisha dah takde.
cuma kadang2 tu ada bunyi sangkut2. sedut sedaya upaya tapi tak keluar apa2 pun.
dr isnin lepas alisha refused puting!
sebab apa pun saya tak tau.ke sebab tekak or lidah dia rasa tak best?huhu!
time tu around 2.30pm mak called cakap Alisha mengamuk2 tak nak minum susu.
saya dah jadi caca marba n tak tau nak balik ke tak sbb dah lewat kot nak balik.
pastu soh mak cuba bagi guna sudu or picagari.
mak cakap OK n pesan kalau mak tak called tu, tak yah balik.
so far mak takde called n tepat 5.30pm saya blah n sampai2 rumah tgk mak tengah melayan Alisha.
mak cakap mmg dia tak nak minum. susu banyak terbuang =(
sadis sungguh n terus DF alisha. laju pulak dia minum...uwaaa
lagi la saya sadis..tak kan la nak menempel je kot :(

semalam cuti deepavali n saya amek kesempatan utk try test segala puting yang ada.
so far saya dah try 4 jenis puting.
fiffy tak mau, avent tak mau, nuk tak mau, little bean pun tak mau.
bila disua kemulutnya, alisha luekkan semula. kadang2 tu dia tolak ke kiri, ke kanan :(
sudahnya bagi minum pakai picagari. tp selalu tumpah n kuantiti alisha minum pun sikit jek.
kadang2 tak sampai 1oz. sangat worried :( :( :(
n sudahnya DF again..

sebak!

aduyaiii..nak cuba puting apa lg ek?any idea friends?



miss my bam2

I'm shocked ibu!


jangan lupa baca doa akhir tahun 1433H dan doa awal tahun 1434H

 

Friday, November 09, 2012

DR NADER wanted!

As Salam Readers,

Malam kelmarin Alisha start batuk2 n susah nak tidur.
bila baring je macam susah nak bernafas. tercungap2 n bernafas ikut mulut.
tersentap hati n terus menangis tengok anak camtu.
bangun pagi tu DF kejap n Alisha bersin, keluar hingus pulak.
terus menangis sambil panggil mak.
mak pegang Alisha n saya sedut segala hingus yg ada kat hidung dia.
bila dah sedut tengok macam dah OK sket, senang bernafas.
time tu rasa malas nak gi kerja dah. tp mak soh gi kerja n cakap mak boleh handle.
kalau tak leh handle baru mak called.
 

so saya pun lintang pukang bersiap n keluar rumah kol 7.30am.
masa otw g kerja tu nampak lori terbalik kat kesas.
terbalik kat line kanan, so dh boleh agak org tu bawak laju kan..
siap langgar divider tgh jalan n kepala lori kat line kanan laluan sebelah.
nasib baik la bukan kemalangan jiwa.huhuhu
area kota kemuning jalan dah slow n terus decided, pusing n balik.hahaha
xlalu den nak redah jammed.confirmed sampai lambat n confirmed kena balik lambat gak...uuuuuu

sampai je rumah terus gi tau hubby nak bawak Alisha gi klinik wangsa maju (dr Nader Khan).
byk yg review kata dr ni bagus. so why not try kan.
b4 pergi called dulu klinik whether dr Nader ada ke x. Alhamdulillah, dr ada.

dalam 10.30am saya+mak+alisha keluar rumah.
sbb tak tau wangsa maju tu kat mana, so saya berpandukan GPS semata2.
harung redah segala jammed n sampai betul2 pukul 1.00pm. klinik rehat n bukak kol 2.00pm
masuk klinik sat untuk register, DF Alisha n pastu ajak mak pi makan.

tepat pukul 2.00pm dr Nader panggil nama Alisha.
kiteorg pun masuk n dr Nader start tanya sejarah kelahiran Alisha.
pastu dr beri 2 pilihan: 1) makan ubat 2) sedut kahak
sebab perjalanan nak p klinik ni sangat jauh (actually sejam je.tp sebab jammed dah jadi 2 3 jam) so saya decided wat 2nd choice.

so bermulalah sesi treatment untuk Alisha:
1) nebulizer steamer
kena buat selama 10 minit n selama tu jugaklah Alisha melalak,meronta tak hengat. tersedu2 sampai muka merah giler. tak berani nak pegang, so biar mak je yang pegang Alisha. sangat kesian sampaikan saya pun menangis jugak. mak dah risau2 suruh panggil dr, cakap lama la itu la ini lah. benda ni berwap n wap tu memang rasa masin. dr Nader cakap dia suka baby menangis terjerit2 sebab menangis tu baik, ianya akan mencairkan kahak. kahak tak keluar sangat tp yang banyak keluar lendir2 putih dr mulut. (lendir sama macam sedut lepas bersalin tu)
NOTES: nebulizer ni boleh digantikan dengan cara buat steaming (buat kat rumah). caranya guna rice cooker. pangku anak n condongkan kepala baby ke arah wap tu. buat dalam 10 minit. then tepuk belakang badan (kiri n kanan) dengan cara yg betul untuk keluarkan kahak dalam paru-paru. kalau boleh jolok sedikit mulut baby supaya baby muntah n keluarkan kahak tersebut. kena buat selalu supaya kahak tak beku. if beku boleh jd teruk, athma or radang paru2..mintak dijauhkan dr penyakit tu semua

2) sedut kahak
part ni paling takut. meleleh air mata sambil mendengar penerangan dr dr Nader.
paling ngeri bila tiub yg panjang tu dimasukkan kat lubang hidung Alisha. dr Nader jolok slumber jek. masuk keluar masuk keluar. saya tengok tak tengok sampaikan dr Nader cakap 'awk tengok muka saya, takde pape kan.OK kan. so jangan risau ye' =(
masa sedut tu tak banyak kahak, cuma banyak lendir aja.

selesai je treatment ni terus Alisha berhenti nangis n terus senyum.

tapi senyuman yang tak bemaya.huhu!
dr Nader pesan 'if dalam masa seminggu tak baik lg, bawak klinik semula and kita sedut lagi. sebenarnya ubat batuk/kahak/selsema ni hanya bersifat sementara sahaja. selagi kita tak buang, selagi tulah ia tersimpan dalam badan'.
Maafkan ibu ye sayang. ibu tau kamu sakit. ibu lagi sakit tengok keadaan kamu. kamu kena kuat ye sayang. ibu doakan kamu cepat sembuh n sihat selalu.
total treatment n ubat = RM70. murah je kot kalau nak compare p hantar kat private hospital ke ape ke. Wallahualam

Alhamdulillah, Alisha dah senang nak bernafas n dah boleh senyum gelak2 sambil borak2 manja. ibu sayang kamu sangat2
kalau anak uollssss sakit batuk/selsema better gi klinik ni..
super duper thumbs up kat doc Nader!
cara penerangannya sangat clean n clear n sangat suka stail dia bercakap: cool, confident n look stylo =)
ada amek video treatment tu tp tak sampai hati nak share kat sini.sori ye kengkawan =)

ni alamat klinik dr Nader: belakang balai polis wangsa maju, area bengkel2 kereta n motor

Klinik Wangsa Sdn Bhd
No 46 Jalan 24/27A
Seksyen 1, Bandar Wangsa Maju,
KualaLumpur
Tel : 03-41421614

DOAKAN ALISHA CEPAT SEMBUH YE KAWAN2

Wednesday, November 07, 2012

pureen sales!

As Salam Readers


YES!!! yang ditunggu dah tiba..
nak pergi! tak sabar nak grab banyak2 
laundry detergent
liquid cleanser 
pakaian Alisha????? (optional kot)
buat masa ni yang terfikir 2 tu jek.hehehee

 
 

Tuesday, November 06, 2012

office mate

As Salam Readers,

semalam office mate bagi baby gifts.
last time masa pantang, huda tanya nak apa.
so saya pun requested nak carrier.

siap mention brand babybjorn kat website littlewhiz.HAHA!

kenapa saya nak yang tu?
sebab saya dah jatuh chenta ngan carrier tu.
setiap kali p baby expo mesti singgah booth yg ada jual babybjorn carrier.
alang2 dah singgah, cuba terus la jawabnya.hehehe
tp masa tu tak beli pun. plan nak beli lepas bersalin nnt.


tup2 depa tanya plak..

fuhhh...
pucuk dicita ulam mendatang la kan..kekekee

babybjorn carrier+2 pcs of headband+congratulation card+angpow

bila dah bukak tu, apa lg..

laju je capai Alisha n mulalah sesi berlintang pukang.hihihi

I'm happy ibu
ibu pun sebok!  

ayah pun nak sebok gak!
Anyway, thank you so much for the wonderful baby gifts, wishes and really appreciated it.

Monday, November 05, 2012

Alisha dah sunat =)

As Salam Readers,

Salam monday bluessss
sabtu ahad terasa kejap jek.. tak puas nak borak2 main2 ngan Alisha :(

sabtu (03/11/12) yang lepas bawak Alisha gi bersunat. 
reason kenapa saya sunatkan Alisha awal2?
coz time ni dia tak kenal orang lg. so takdela meragam sgt. takut bila dah kenal nnt, lg susah. mau menangis melalak2. so better wat sekarang kan :)

Mula2 tu gi klinik famili area Kota Kemuning sebab Poliklinik Shaik suggested buat kat situ.
cas yg dikenakan tersangatlah murah, rm20 jek but unfortunately doc perempuan takde. 
doc perempuan ada masa weekdays aja. so terpaksalah cari klinik lain.fikir punya fikir,lastly decided p klinik noor hajar kat sec 18.
klinik tu pun OK gak sbb time pregnant dulu pernah g scan kat situ.
cas rm30 and doc Hajar tu tersangatlah polite.
semuanya berlaku dengan pantas sampaikan nak capture gambar pun tak sempat.huhu!
tak sempat nervous n ckp pape OK.
pembantunya pegang kaki Alisha, doc Hajar pegang gunting n terus zasss.
Alisha baru je bunyi eeekkk, doc Hajar dah cakap siap.
dukung Alisha and elok jek bambam ni sengih..
fuhhhh..agak berani jugaklah anak ibu ni..bangga kejap.hehehe
pastu saya tanya doc
tak demam ke doc? takde ubat ke doc?
doc Hajar senyum n cakap alah, sikit je tu. saya dah letak ubat tadi
saya mati kutu tak tau nak tanya apa dah. bagi salam n terus chow T_________T 


mamai sebelum di sunat
ahad malam adik ajak gi mancing udang kat cheras..kitaorang pun laju jelah pi.
super duper seronok sbb saya dah lama tak mancing kot sejak pregnant dulu.hahaha!


Alisha pun sibuk nak mancing! erks 0_o


yeah udang mariii
layan udang tak rasa mengantuk. bila cukup time, terus je mengantuk.
nak2 tengok jam dah pukul 12.00am. terus menguap tak hengat.kekeke
terus gerak balik n sampai rumah je dah pukul 1 lebih.
budget macam isnin tak kerja jekan..atoiii!
sudahnya saya tersangat mengantuk hari niiii

Friday, November 02, 2012

keperluan or kehendak

As Salam Readers,

Salam pagi jumaat semua..
tak sabarnya nak tunggu 5.30pm. 
tp hari ni terlambat 12mins sbb kat kesas ada kemalangan maut. 
hazab OK nak redah jammed yg semput2 ayam tu.. :(

sekarang ni tengah ligat fikir samada nak beli ke tak benda alah bawah ni..
penting x?
perlu x?
lena ke baby tidur dalam rocker ni?

sumber en Google

siang hari Alisha tidur n main dalam bouncer ni jek.
risau tang kaki bouncer tu jek. kadang2 boleh loose plak.uuu


pattern apa daa tido