Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Monday, December 31, 2012

ByeBye 2012 n say HaiHai 2013

As Salam Readers,

Hujung2 tahun ni la segala penyakit nak datang.huhu!
Flu tak hilang lagi, tetiba pagi tadi rasa sakit mata pulak.
dah la Alisha pun kena flu gak. Cian sgt2 tengok dia. tidur malam macam tak tidur. nak bernafas susah. 
saya n hubby dok la sedut segala hingusnya. demi anak, apa jua sanggup buat kot =)
seriously hati mmg gundah gulana takut jangkit kat Alisha. mintak dijauhkan la Ya Allah

tadi before p kerja, DF Alisha sambil ber spek mata hitam.haha!
lawak sih tapi nak wat camno. mak pun tergelak aje tgk gelagat saya.huhu!
pastu mak suh titiskan ngan air susu. lepas dah titis tu rasa sejuk aja n tak gatal dah.
copat la sembuh mata yek.huhu!

btw, hari ni merupakan hari terakhir untuk tahun 2012. 
Alhamdulillah, dgn izin Tuhan Alisha lahir tahun ni bg melengkapkan lagi hidup saya n hubby.
Maha suci Allah. KAU tahu apa yang terbaik untuk kami. Amin YA ALLAH

LOVE LOVE ini Budak COMEL

Insya Allah, untuk tahun 2013 saya berazam utk menjadi seorang anak, isteri n ibu yang terbaik untuk org2 yang saya sayang..Amin
yang lain2 tu tak fikir lg.just follow the flows sudah laa..
maybe tambah anak lg kot.baby boy! erks! T______T

eh eh..nak selit gak sikit menda ni..haha!
i really love my hubby Muhammad Hamzah Bin Zainal Abidin! 
sempat jugak abg wat surprise kat sayang kan (bermonolog seorang diri coz husband xpernah kot baca blog aku!wakaka). padahal p outing sekali. time syg p beli barang basahan, time tu jugak abg menghilang p beli purse ni kan =)

TQ Abg! Hadiah new year katenya!

To all friend!
Selamat tinggal 2012
N Happy new year 2013
Semoga kita bertambah sihat, happy n cun2 selalu k






 

Thursday, December 27, 2012

2 in 1

As Salam Readers, 

entry ni sengaja dirojak2kan. hehe! 

4mos c/up 
  semalam ptg off bwk Alisha g c/up. 
4mos xkena cucuk, so tunggu 5mos ye Alisha.hehe!
Alhamdulillah,semua cun 
berat: 6.2kg 
tinggi: 59cm 
bmi: 18 
lilitan kepala: 42cm 
n Alhamdulillah masih fully bf si kecik ni.. 


Received
by Lisa: tersaaangat TQVM dear
by Miza: TQVM dear. canteeek sgt

Wednesday, December 19, 2012

damn cute!

As Salam Readers,

4M (isnin)
4M 1D (selasa)
4M 2D (rabu): pagi tadi, i keluar dr toilet (mandi) n tengok2 si kecik ni dah meniarap.suke tau!
call mak tanye perkembangan Alisha n mak cakap kalau letak bawah je mesti nak bergolek meniarap..Syabas Alisha! ibu proud of u gegurl!

MODE: MALAS KERJA


Monday, December 17, 2012

happy 4 months

As Salam Readers,
 
Alhamdulillah...
Harini umur Alisha genap 4 bulan. 

kejap je masa berlalu kan.. sedar tak sedar lagi 2 bulan dah start mamam.
  • x pandai meniarap lg, just pusing2 badan tu ade lah.haha 
  • suka menjerit2, tu tanda nak susu or tidur
  • suka berborak dgn mainannya
  • pukul 8 / 9pm dah tidur, tapi pukul 10 ke atas akan bangun semula n ajak main sampai ler pukul 1 / 2am ^_^
  • Oz minum susu tak tetap lg. kadang2 2Oz, kadang2 2.5Oz, kadang2 3Oz n kadang2 4Oz
  • paling suka tersengih T_____T membuatkan untie2, makcik pakcik geram aje
  • yes! dah mesra alam dengan semua teats, but make sure susu mesti panas. sejuk sikit jek x nak.kemain lg si kecik ni =)
  • xsuke duduk. kejap je dah nak berdiri T_____T
  • kagum dengan jari jemari, tangan sendiri. suka angkat tgn tinggi2,pastu goyang tangan ke kiri ke kanan sambil mata dok perhatikan tangan tu 
Happy 4 months sayang..moga sayang ibu ni di beri kesihatan n ceria selalu yek. semua sayang kamu tau

Aritu bawak Alisha jalan2 kat funfair shah alam. singgahla kat satu kedai ni haa..
makcik besarnya dia ni. besarnya
saya sengih aja sambil tengok2 barang
makcik berapa bulan ni
saya 3 bulan lebih cik
makcik iya?besarnya anak kamu
dan dan tu jugak Alisha nangis
makcik eh taklah..kecik..kecik lg ni
dan dan pulak Alisha stop crying
saya n hubby pandang sesama n tergelak kejap

tu bukan besar la makcik oiii..tu namanya sihat, gebu T___T
Alisha alisha, ibu sayang kamu la nak

Thursday, December 13, 2012

Kenali Perihal Tangisan Bayi

Sumber : Majalah Pa&Ma edisi Disember 2012

Bagi yang pertama kali bergelar ibu pastinya pelbagai perkara mengenai perihal bayi mesti diketahui termasuk perihal tangisan bayi. Tahukah anda setiap tangisan bayi mempunyai pengertian yang berbeza. NORHASLIZA YUSOFF mendapatkan jawapannya daripada Perunding Dunstan Baby Language Malaysia, Uswatun Hasanah bt Mohd Habib mengenai rahsia tangisan bayi anda.

“Saat hamil kali pertama dahulu, seringkali saya menerima pelbagai nasihat percuma daripada “pakar-pakar” tidak bertauliah tentang 1001 perkara berkaitan bayi. Antaranya: “ Kalau anak kau menangis nanti jangan asyik nak angkat dukung saja. Nanti budak tu jadi mengada-ngada nak di dukung selalu”.

Saya yakin ramai juga di luar sana pernah menerima nasihat yang serupa.

Soalnya: Perbuatan kerap mengangkat atau mendukung bayi yang menangis akan menjadikan bayi kuat menangis dan mengada-ngada, mitos atau fakta?” - Uswatun Hasnanah

Respons Vs Cry it out
Tahukah anda secara amnya, terdapat dua pendekatan popular yang di guna pakai di dunia apabila berhadapan dengan tangisan bayi?

Kumpulan Pertama:
Ibubapa yang akan memberi respons segera setiap kali bayi menangis.

Kumpulan Kedua: 
Ibubapa yang percaya dan mengamalkan kaedah cry it out (CIO) , (juga dikenali sebagai controlled crying). Pengamal CIO membiarkan bayi menangis atau mengabaikan tangisan bayi dalam tempoh waktu tertentu sebelum memikirkan untuk memberi respons terhadap tangisan tersebut. Pengamal CIO percaya kaedah ini dapat mendidik anak supaya tidak memanipulasi tangisan sebagai alat untuk menarik perhatian, berdikari untuk menenangkan diri sendiri serta belajar untuk menangis ketika perlu atau pada waktu yang sesuai sahaja.

Adakah tangisan itu suatu perkara yang negatif?
Umum mengetahui bahawa tangisan adalah satu-satunya cara bayi berkomunikasi. Bayi tidak berfikir untuk menangis atau sebelum menangis. Menangis adalah tindakan refleks.

Tiga sebab utama bayi menangis.

Pertama:
Untuk menyatakan keperluannya seperti lapar, mengantuk atau ingin sendawa. Setiap keperluan asas ini diwakili oleh tindakan refleks yang berbeza yang berlaku secara semula jadi di dalam badan bayi. Apabila bunyi ditambah kepada tindakan refleks yang sedang mengambil tempat di dalam badan bayi, maka bunyi yang unik dan tersendiri akan dihasilkan. Ia serupa dengan fenomena sedu, sendawa, menguap, bersin atau batuk yang dialami oleh orang dewasa. Bukankan semua fenomena itu berlaku secara spontan dan datang dengan bunyi yang tersendiri?. Perbezaannya hanyalah bayi tidak pandai mengungkapkan keperluannya dan untuk itu, bayi menangis bila keperluan yang cuba disampaikannya tidak fahami atau gagal diberikan.

Kedua:
Bayi menangis untuk memberitahu ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Ia seperti bayi merasa sakit atau kerana tidak sihat.

Ketiga:
Kadang kala bayi menangis hanya kerana ingin dipegang, di dukung, di belai atau diberi perhatian. Ia mungkin bukan satu keperluan harian orang dewasa tetapi ia adalah keperluan harian penting bagi bayi. Tanyalah kepada mana-mana pakar dan mereka akan memberitahu maha pentingnya belaian dan sentuhan terhadap perkembangan emosi, sahsiah dan intelektual bayi.

Atas semua sebab yang telah dinyatakan, perlu diketahui bahawa memberi respons kepada bayi yang menangis dengan apa cara sekalipun tidak akan sekali-kali merosakkan bayi atau menjadikannya seorang yang mengada-ngada. Bayi kecil tidak tahu perkara asas seperti beza siang dan malam.  Jadi belailah bayi anda apabila dia menangis. (i like this statement!)

Tangisan berlebihan boleh memudaratkan bayi
Sama ada anda pengamal CIO atau sebenarnya tidak pernah tahu akan kewujudan istilah tersebut, satu fakta penting yang harus diketahui oleh semua orang ialah tangisan berlebihan boleh memudaratkan bayi.

Sains memberitahu kita bahawa  bayi akan merasa panik dan resah bila dibiarkan menangis tanpa diberi perhatian. Lebih daripada itu, ia amat memudaratkan bayi serta memberi impak negatif terhadap otak bayi.

Fakta di bawah adalah penerangan sains terhadap perkara ini:

1.Ketidakstabilan hormon dan bahan kimia di dalam otak
-Kajian mendapati, bayi yang sering dibiarkan bersendirian dalam suasana yang tertekan mempunyai tahap lambakan hormon Kortisol (stress related hormone) yang abnormal. Dr. Allan Schore dari UCLA School of Medicine menjelaskan lambakan hormon ini memusnahkan hubungan antara saraf di bahagian penting otak bayi yang sedang berkembang.
-Kajian lanjutan berkaitan impak negatif tangisan terhadap otak menunjukkan bayi mengalami potensi peningkatan 10X ganda menjadi kanak-kanak ADHD (Attention Deficit and Hyper Activity Disorder). Iaitu kurang tumpuan pembelajaran di sekolah dan kemahiran sosial yang lemah.

2.Kemunduran perkembangan intelektual, emosi dan kemahiran sosial
-Pasukan Dr Rao dari National Institutes of Health USA membuktikan, bayi yang mengalami episod tangisan yang berpanjangan ( tetapi bukan di sebabkan kolik) pada tiga bulan pertama hidupnya mempunyai tahap IQ rendah iaitu purata 9 mata kurang menjelang usia lima tahun berbanding kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini juga menunjukkan kelembapan perkembangan fungsi motor badan.
-Para pengkaji  di Universiti Pennsylvania dan Arizona pula mendapati, bayi yang menangis secara berlebihan di awal usianya  mempamerkan kesukaran mengawal emosi seawal usia 10 bulan dan menjadi sangat cerewet walaupun ketika cuba ditenangkan.
 
INFO 
Alat bantu anda
Terdapat banyak cara untuk membantu orang yang terlibat dalam penjagaan bayi anda dalam memahami tangisan bayi. Salah satu caranya adalah memperkenalkan sistem Dunstan Baby Language: iaitu sistem yang mengajar mentafsir maksud tangisan bayi dengan tepat berdasarkan bunyi-bunyian pra-vokal yang dihasilkan bayi sebelum memulakan tangisan. Bunyi-bunyian pra-vokal ini dihasilkan oleh tindak balas refleks dalam badan bayi dan merangkumi lima bunyi rutin bayi iaitu lapar, mengantuk, ingin sendawa, tak selesa dan kembung perut. Mereka hanya perlu menonton DVD Dunstan Baby Language yang mengandungi sampel kelima-lima tangisan bayi yang disebutkan. Berlatih mendengar berulang kali sebelum membandingkannya dengan tangisan bayi anda. Terdapat juga penerangan ringkas bagi setiap bunyi, cara-cara menenangkan bayi bagi setiap tangisan yang dilakonkan semula oleh pakar serta tip berguna. Ingat! Tangisan bayi itu tak mengapa namun membiarkan bayi menangis sendirian itu suatu masalah.

Notes: ada ke jual Dunstan Baby Language DVD ek? 

Lately Alisha sgt cranky, susah nak tidur malam. tepat pukul 10 ke atas mulalah mata jadi bolat n potpet2 sesorang diri. seriously tak larat nak layan T____T . kalau tidur pun kejap2 jek, tak sampai sejam bangun n mulalah ek ek ek. nak tidur berpeluk baru lena lama T____T ke sebab nak masuk 4 bulan? X______X

suka main jari jemari sendiri
 

Friday, December 07, 2012

kenapa ek

As Salam Readers,

Lately after pump aja mesti pening kepala.
pening pusing2 tuu. kenapa ntah.
last monday saya MC n doc cakap saya ada low blood pressure.
doc cakap bcoz of i BF and badan kurus sangat eh eh yeke ek?
doc soh minum plain water banyak2 setiap hari minum dh lebih dr 3L kot =(


kalau kite BF memang boleh jadi camtu ke?
should i take any supplement ke ape ke?

kerang / hati lembu saya mmg tak makan..huhu

btw, happy weekend uolsss

Wednesday, December 05, 2012

Jom serbuuu Trick Art Museum I-City! RM 5 sahajaaa

As Salam Readers,

hellooooo
kalau ada masa jom la ke trick act museum i-city ni..
best oooo..
lagi2 kalau yang pandai berposing n pandai amek gambar. sure sah confirm nampak real tauuu
masuk RM 5 per head. kalau ada i-city member card, dpt disc 20% so jadilah RM 4

malas membebel..jom scroll mouse kamuuuu
* sorry la..pics tak berapa cantik menarik..gune camera handphone je pun







tolong selamatkan sayaaa
kami nak ke kayangan
gataiii naaa






mak pun kena paksa buat gak T___T






cucu paling tua n cucu paling muda =)
 





Alisha pun nak mendaki gak T___T
Alisha "ikan ni nak cium saya ibu"
kami =)

lai lai laiiiii
mari mari mariiiii

Tuesday, December 04, 2012

EXPO + OBW

As Salam Readers,

Terhegeh2 nak update about weekend yg lepas..haha

jum2 layannnn

sabtu berjaya gak terjah expo kat Mid.
Cadangnya nak pergi pukul 9.00am tapi tetiba plak en hubby ajak kawan dia follow.
sudahnya pukul 12lebih baru sampai Mid n tak sempat ler nak jumpe si hannah lisa..alaaaahai

expo kali ni ada improvement sikit sebab ada nursing room. 

barulah senang nak netekkan anak ke, nak tukar diapers anak ke. 



tang goodies pulak cam tak best sgt..alahai, ciput je yg dapat.haha nampak benar kau suka barang free kan ctmah
 
pastu bak kata lisa, booths pampers pun ada 1 jek, MP. niat nak borong petpet terpaksa laa dibatalkan..alahai! so beli jelah MP size S 2 packs.
pastu pusing2 tengok stroller n car seat.
berkenan kat quinny zapp stroller sebab ada free zapp xtra recline seat ++ murah, tp ajak lg hubby ronda2 tgk stoller lain. pastu rasa mcm nak quinny tu gak, pegi situ semula n tgk2 model tu dah sold out.hadooiii.
memberontak hati tak dapat menda yang kita nak.huhu!
cakap kat hubby, takpelah..malam ni kite tgk online yek..
pastu saya berkenan kat 1 car seat tu, brand first year. tp hubby tetap taknak.
seboleh2nya dia nak sparco cam hannah lisa tu. last time pernah tgk kat OBW, tu pasallah dia berkenan sgt. ckp kat hubby saya tak sure car seat tu fix sampai bape tahun n time tu gak msg lisa. lisa cakap boleh sampai 4 tahun n bila gitau hubby, lagi la dia melonjak nak tu..haishhhh
tak tau nak beli ape dah..beli mainan Alisha 1, gaun 1 n nursing bra 1.itu ajeee
pastu melepak kat main entrance jek sementara tunggu kawan hubby habis shopping.


sempatla menyusukan si kecik nie

balik rumah, online n tgk website OBW. tup2 terpaku kat quinny stroller..
wahhh...benda yang di cari ada depan mata n harga pun sama.


RM1299

apa lg, kalut gitau kat hubby n hubby cakap "esok kite p beli ye sayang"
time tu rasa nak melonjak jek over lak si ibu ni n laju je ajak hubby tidur.

so ahad ptg kiteorg terjah OBW. 

laju je menonong ke bahagian stroller n terus requested stroller ni..saya pilih black for zapp n red for zapp xtra(seat).
then mintak budak kedai tu turunkan sparco car seat.
sambil tu cakap kat Alisha "Alisha, ibu nak letak kamu kat sini.kalau suka, senyum tau"
eh tiba2 minah ni tersenghih2 senyum..
hahah!nak la tu..tp hold dulu la ye sayang.ibu belikan kamu stroller 1st.kekeke
tgh or ujung bulan ibu sapu sparco plak.Insya Allah..amin
dah puas belek2, bayar n terus suruh depa ajar cara nak pasang stroller tu.
lepas tu terus chow balik rumah coz malamnya nak amek mak kat TBS. mak baru sampai dr kampung.weh00oo


nanti saya review pasal stroller ni yek..tp rasanya banyak je mommy2 kat luar tu dah review pasal stroller ni =)