Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, December 10, 2013

Kempen We Say YES to Pneumococcal Protection

As Salam Readers,

Hi Readers..
Hari ni aku share mengenai kempes YES to pneumococcal protection yang sempat aku and mommy gojes mommy blogger lain join pada 16hb Nov 13 yang lepas dan bertempat di Tropicana City Mall.
 


Antara sebab utama kempen YES ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memohon rayuan kepada Kementerian Kesihatan agar vaksin ini diberi secara percuma dan dimasukkan ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP).
-----------------------------------------------------------------
Ok, sebelum tu biarlah aku explained secara general mengenai penyakit pneumokokal ni:

Apa itu pneumokokal:- 

Ia merupakan sekumpulan penyakit rumit yang disebabkan oleh bakteria streptococcus pneumoniae.
Bakteria ini sering ditemui di dalam saluran pernafasan kanak-kanak dan ianya disebarkan dalam bentuk titisan air, iaitu batuk dan bersin.
 

Siapakah yang berisiko mendapat penyakit ini:-
  • kanak-kanak di bawah lima tahun ke bawah. 
  • kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian.
  • kanak-kanak yang lemah sistem daya melawan penyakit (sistem imuniti yang rendah)
  • kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik seperti diabetis, kencing manis, jantung, paru-paru, buah pinggang atau hati.
  • kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok
  • kanak-kanak yang pernah mengalami jangkitan pada telinga tengah, sebelah dalam gegendang telinga

Apakah tanda-tanda jangkitan pneumokokal:- 

Bakteria merbahaya ini boleh mengakibatkan;
  1. pneumonia (jangkitan paru-paru) - Antara simptom-simptomnya adalah demam panas, batuk, sesak nafas, pernafasan cepat, nampak lesu dan pucat. 
  2. meningitis (jangkitan selaput otak dan saraf tunjang) - Antara simptom-simptomnya ialah demam dan menggigil, lesu, sensitif pada cahaya,hilang selera makan, sering mengantuk, loya dan muntah2.Dan kepada bayi kerap menangis dengan nyaring.
  3. opitis media (jangkitan bahagian telinga tengah) - Antara simptom-simptomnya ialah sakit telinga, selsema, hilang pendengaran seketika, selalu menarik2 telinga ( menunjukkan ketidakselesaan). Kepada bayi, selalu menangis dan menarik2 telinga.
  4. bakteremia (jangkitan dalam darah) - Antara simptom-simptomnya ialah demam panas, kulit pucat, tangan dan kaki sejuk, pernafasan cepat, tekanan darah rendah.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk membantu mencegah jangkitan?
Cara terbaik mencegah penyakit pneumokokal ialah melalui vaksinasi.
Vaksin pneumokokus boleh didapati dalam dua jenis, dikenali sebagai vaksin polisakarida dan vaksin konjugat.
Vaksin polisakarida digunakan di kalangan orang dewasa manakala vaksin konjugat di kalangan kanak-kanak. Vaksin konjugat datang dalam 10 valen dan 13 valen.

Dos suntikan:-

  • kanak-kanak di bawah 1 tahun, 3 doses. 
  • kanak-kanak atas 1 tahun, 2 doses
notes: untuk info lebih lanjut, sila rujuk doctor / paed klinik atau hospital yang anda kunjung

Kos suntikan:-
Suntikan ini hanya boleh di dapati di klinik atau hospital swasta sahaja dan harganya berbeza-beza antara RM200 - RM350.


----------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, Kempes YES To Pneumococcal Protection telah berlangsung sejak dari April sehingga September 2013. Selama kempen itu berlangsung sebanyak 18,853 akujanji (pledges) telah di pamerkan di ruang legar Tropicana City Mall bermula dari 15 - 22 November 13 untuk menunjukkan sokongan dan suara-suara di seluruh Malaysia yang telah menyokong kempen tersebut.

Bersempena Hari Pneumonia Sedunia, Kempen YES To Pneumococcal Protection telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk Consultant Paediatrician & Neonatologist, Dato' Dr. Musa Mohd Nordin, Consultant Paediatrician & Cardiologist Datuk Dr. Zulkifli Ismail di mana Datuk Dr. Zulkifli juga merupakan Chairman Asean Strategic Alliance for Pneumococcal Disease Prevention, Dr. Yong Junina dan tidak lupa juga sokongan dari group gojes mommy blogger sendiri.


Dato' Dr. Musa Mohd Nordin
Datuk Dr. Zulkifli Ismail
Dr. Yong Junina
group gojes mommy blogger


Menurut Puan Chan Li Jin, Pengarah Program untuk Kempen YES To Pneumococcal Protection, "Sokongan dan galakan dari para doktor di seluruh Malaysia untuk kempen ini adalah sangat hebat. Apa yang anda lihat hari ini adalah perpaduan atau gabungan antara pengamal perubatan profesional, ibu bapa dan masyarakat untuk merayu kepada Kementerian Kesihatan supaya memasukkan vaksin ini ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP)."

Puan Chan Li Jin, Pengarah Program untuk Kempen YES To Pneumococcal Protection

Menurut Dr. Yong Junina, penyakit pneumokokal ini semakin meningkat di Malaysia.
Sebagai contoh, kes tersebut pernah berlaku di Perlis, di mana bayi di dalam pantang dijangkiti penyakit ini. Bila diselidik, bayi itu berjangkit melalui abangnya.
Abgnya pula tidak menunjukan symptom-symptom penyakit pneumokokal kerana berumur 5 tahun ke atas (di mana daya tahan dan imuniti badan adalah tinggi). 

bagi aku benda ni simple jek.
pada yang support vaksin pneumokokal, segeralah dapatkan suntikan ini di mana-mana klinik swasta yang menyediakan vaksin ini.
pada yang anti vaksin, janganlah nak meng'kondem' pada kita-kita yang vaksin anak ni.
pendek kata tepuk dada tanyalah selera.
kita tahu apa yang terbaik untuk anak-anak kita kan.
selebihnya kita berserah pada yang Maha Kuasa.
Wallahualam
 

andai kata kita dah ambil dos yang pertama dan tak cukup duit untuk dos yang kedua dan ketiga. takpe, kita boleh kumpul duit dulu sebab menurut Dr. Yong Junina, antara dos pertama kedua dan ketiga takde tempoh limit. so jangan risau ye mommy-mommy sekalian. menabung sikit-sikit pun takpe, lama-lama jadi bukit jugak.
jangan pulak menabung sampai umur anak dah lebih 5 tahun yek. tu memang melampau sangat-sangat tu.. =)

sekian, thanks =)
peace no war 

7 comments:

Mommy_Cha said...

good job ctmah!
i love u besan!

yUmiE AzuRa said...

ahhh xde idea lg nk buat ni.sobss

Umi Qi said...

Bgaus perkongsian ini ctmah...good job! Suka baca pengakhiran kesimpulan dari Dr. Yong Junina...bernas sekaliiii....Umi Qi ambil link ini untuk disatukan sekali dgn geng blogger yang lain ye :D

Dell said...

bagus info nieh ! ;)
follow kamu ya .
ceritabakalpengantin.blogspot.com
hope sudi follow and jenguk blog kite .
;)

Mimy Hamid said...

ok aku tak buat lagi..hutang enrty

fifi said...

Baju alisha cantik.
Ok jangan marah aku komen x kena mngena dgn tajuk..

LisaLisut said...

wei apsal xajak? huhu i xtau psl ni.nx time i wanna go ;p