Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, December 24, 2013

Kundang Banting, Bagan Lalang, GM, Ole-Ole

As Salam Readers,sabtu ahad yang lepas rasa best sangat-sangat tau...
sebab ape? sebab family dari kampung berkumpul ramai-ramai kat rumah aku sekejap, rumah kak su sekejap. mak datang dah seminggu awal. lepas tu kak no sampai khamis malam. jumaat petang abang pulak sampai. yang paling best sekali of coz la Alisha. seminggu tak gi nursery OK. setiap kali aku balik kerja, dengar dah suara dia terjerit-jerit gelak-ketawa ngan abang akak dia. seronok je tengok =)

tujuan semua pakat datang sini sebab nak hantar anak buah yang kawin aritu tu.
belah lelaki buat kat kundang, banting atas atas dari pantai morib.
Alhamdulillah, dah selesai pun majlis kedua-dua pihak.

renjis-renjis by belah perempuan
malam kitaorang makan ikan bakar kat bagan lalang, kedai sebelah kiri.
kak su tong tong semua. toyota bonus berbulan-bulan oooo!jeles!
seriously sedap weh! aku yang diet ni pun tambah lagi sepinggan!haha!
janganlah kau naik 2kg ye berat..h0h0!
gambar tak sempat nak amik sebab hp dah mati! banyak naaa hal!!!

malam tu pecah tido (eh bahasa apa aku guna pakai ni!watever T___T )
family kak no, nuar n mak tido umah aku. family abg tido umah kak su.
kitaorang nak rewang satu GM. abang nak rewang satu maydin =)

ahad pagi gi GM. gi ngan geng pompuan memang best ah..
semua kedai baju bajan kain tudung masuk.
yg lelaki pasrah aje dok kat tepi kedai. nasib baikla semua jenis sabar menunggu..haha!
paling banyak shopping mak ucu aka wife adik aku. tak tau la berapa helai baju dia beli. kak no, mak pulun tudung sikit baju sikit. aku pulak pulun baju 3 helai n inner ninja 3. Alishanya barang?xde..agagagaga

petang makan-makan kat umah kak su. lepas tu kak su belanja main bowling kat ole-ole pulak. main 2 rounds, tp aku main sekali jek. lagi seround pas kat kak su sebab aku xlarat nak buang bola tu (buang bola ke ek?tak tau sebut :p)
plus anak dara aku tu tak reti dok diam! kemahen sibuk nak angkat bola tu jugak. sibuk ke sana ke mari. sibuk berguling-guling atas lantai..grrrrr!
cepat-cepat letak dalam stroller and terus ajak mak jalan-jalan kat kedai luar.
tak sampai 5 minit Alisha dah ZZzzzzZzzz.. patutla cranky semacam. rupa-rupanya ngantuk.. cian anak ibu.huhu!

kami =)
balik rumah kak su betul-betul time azan maghrib.
lepak solat makan n terus gi rumah mertua pulak.
yang lain gi sungai besi, ada makan-makan kat sana. aku malas nak join sebab fikir esok nak kerja. lagi pun kesian kat Alisha plus memikirkan keadaan rumah yang macam kapal pecah sikit.haha!

seriously bila berkumpul ramai-ramai camni rasa best sangat-sangat.
hilang segala masalah yang melanda.
tapi yang tak bestnya, bila depa nak balik johor aku la orang pertama yang melalak.
yang lain maintain jek. camne nak melalaknya, laki sakat, abg ipar sakat. of coz la tumpah air mata ni. haha! jahat sih! kalo korang nak tau, aku ni hati tisu sikit. tengok drama tv pun aku dah boleh meleleh-leleh tau :p even cita kartun sedih pun aku boleh nangis..huahuahua

pakat balik johor reramai =(
perempuan-perempuan yang saya sayang

seksa jiwa raga bila cuti dah habis!!!
cepatlah datang wahai 2014!!!

5 comments:

Nor Ayuni Rosli said...

Ramai dah dengar ikan bakar bagan sedap. X merasa lagi. Huhu

By the way, nak exchange link boleh sebab I tukar URL from bnsyg-stories.blogspot.com to the new URL, ayuni-stories.blogspot.com
Let me know ye nanti?

Thank you

yUmiE AzuRa said...

waaa bestnye ramai2..family org berkumpul semua pn cmtu gak xde ramainye.hahaha

Chekgu Azrine said...

Memang seronok la ctmah..klu akk pun suka sgt reramai berkumpul camtuh..tmbhn lg sedara mara kita kan

n0ruL said...

k.yumie..kte serupalah..kalo berkumpul cmtu gak xde ramainya...hehehe

besh r wak kumpul reramai nie tp atok mne?

Cik Puan Rara said...

hahahahaha.aku tahun ni ada 4 hari lg cuti.hehe