Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Monday, February 25, 2013

sembelit!

As Salam Readers,

Perkara yang paling saya takutkan bila Alisha sembelit!
kesian sangat2 tengok dia meneran tapi at the end tak keluar apa2
menjerit2 sampai keluar air mata
harusla saya pun turut menangis gak..huhu!

bila tengok dia meneran cepat2 saya bukak pampers dia n goyangkan kaki dia cam kayuh basikal tu.
yang keluarnya seketul aja..
kadang2 tu sempat keluar kepala taik aje, tapi last2 masuk semula sebab dia taknak teran dah.nangis je tau.huhu
bila taik tu masuk semula, rasa geram gile, rasa nak korek2 jek..huhu
pastu leh plak terbayang, camtu agaknye saya meneran nak keluarkan Alisha. kejap nampak kepala, kejap masuk semula T___T

start sembelit bila dia mamam pisang n bubur carrot.
pastu dok la caca marba tanya Yumie n dia suggested bg mamam betik.
khamis, jumaat  bagi mamam betik, tapi still sembelit gak.
seketul dua ketul keluar, bau betik tuuuu huhu
pastu yumie suruh stopped and try bagi kurma laks.
etty n shima pun suggested bg puri kurma.
sabtu mamam tak sembelit or pendek kata tak berak.
semalam mamam,pg tu kua seketul, tengahari kua 2 ketul, petang after mandi, tengah lap2 dia tibe2 tengok kepala taik.
omg!tak pakai pampers lg n terus je tadah tangan.haha!banyak ok keluar. penuh 1 tangan ni haaa.
ada lampin,tp malas nak kotorkan sebab terfikir mesti susah nak sental.haha!
korang geli tak?wakakaka
langsung takde rasa geli kot, sebaliknya rasa happy sangat sebab Alisha dah tak sembelit.
taik dia keluar cam biasa.
mlm tadi pun berak 2x and subuh tadi berak sekali..
wahh!banyaknye taik kamu sayang...kesian kat kamu kan..huhu!

lagi satu, Alisha ni jenis liat nak minum air masak.
haduyai..menguji iman betul.
bagi pakai botol, di main2 puting tu.
bagi pakai sudu, di sembur2.
bagi pakai picagari, di luek semula
haduyaiii..geram je rasa..
last2 i campur sikit ngan kurma, barula dia nak minum.tu pun sikit aje.tak sampai 1oz :(
camne nak bagi baby suka minum air masak ek?
ke normal utk permulaan ni?

Wednesday, February 20, 2013

6m checkup DONE

As Salam Readers,

semalam cuti 1 hari, bawak Alisha p checkup. struggle p sorang2 (dulu mak peneman setia) coz hubby lupe nak apply cuti. bila part nak timbang tu mmg la caca sikit sbb kena tanggalkan pakaian n pampers Alisha. dulu, mak selalu tolong.haha!
bila nak pakaikan semula pun caca gak.tak reti kot nak pakaikan pampers sambil duduk.senget benget pampers Alisha.haha

berat = 7.1kg
tinggi = 64cm
ukur lilit kepala = 44cm
bmi = 17

nurse "anak awak dah makan"
saya "dah nurse.saya bagi makan puri buah"
nurse "wah..macam anak mat salleh"
saya T_________T
nurse "dah boleh bagi makan bubur+sayur+ayam"
saya "ok nurse.nanti saya try" 

Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik.
lepas ni continue checkup bila alisha dah masuk 9 bulan
phewwww...dapat la jimat cuti sikit =)
 
saya dah stop amik pil perancang coz utk 6 bulan ke atas, depa bagi pill selain noriday. 
pill selain noriday boleh buat air susu susut. 
actually, pil noriday kat umah tak terusik pun. 1st month je makan, lepas tu dah malas. pandai2 sendiri aje lah..hikhikhik

 

Monday, February 18, 2013

saya dah masuk 6 bulan

As Salam Readers,

saya dah masuk 6 bulan semalam...
Alhamdulillah, saya masih minum susu ibu
susu ibu masih banyak lagi
mungkin cukup untuk tampung sehingga saya berumur 1 tahun
n mungkin sehingga 2 tahun
 
semalam ibu bagi mamam puri pear
ibu buat stock untuk 4 hari
saya suka sangat
brupptt..tetiba aja saya sendawa sendiri
lepas tu saya dah start main2 sembur
tu tandanya saya dah kenyang

pagi tadi, ibu bekalkan saya puri pear 2 bekas n susu 4 botol (18oz)
acik nursery tanya, mana nestum saya?
ibu terus jawab "saya buat puri pear untuk Alisha. acik cairkan n bubuh susu saya sikit"
minggu lepas acik tu bagi saya mamam nestum 2 hari tanpa pengetahuan ibu
ibu tak marah tapi ibu rasa sedih sangat2 sebab niat ibu mmg nak masak sendiri untuk saya
bukannya nestum tu tak baik, tapi ibu nak yang terbaik untuk saya
mungkin satu hari nanti ibu akan bg jugak nestum kat saya sebagai makanan sampingan..mungkin

lagi buat ibu sedih bila hari jumaat tu saya minum 2 botol je susu ibu
ibu tak tau sebab apa n ibu bukannya tak nak tanya
tapi ibu tak nak acik tu rasa tak sedap
nanti acik tu jaga saya pun gitu-gitu aja
tu yang ibu tak nak
padahal, ibu saya sangat cerewet
depa tulis nama kat towel saya,lampin saya
habis turun color
ibu mengomel dekat ayah sambil clorox n rendam ngan sabun baby
masa ibu cuci teat saya, 1 teat tu berlubang besar
ibu pun mengomel kat ayah
ibu cakap kalau teat murah takpelah jugak
lepas tu ibu tukar dengan teat yang baru
tapi itu lah ibu
ibu suka mengomel kat ayah, kawan baik ibu cik da n SIS
itu je ibu mampu buat
ibu berbintang taurus
taurus ni keras kepala tapi selalu mengalah....
 

happy 6th months sayang...semoga Alisha membesar dengan sihat n itu sudah cukup membahagiakan saya...amin

Wednesday, February 13, 2013

kosong kosong kosong


As Salam Readers,

mak dah balik kampung.
jumaat lepas adalah hari terakhir mak lepak rumah kami.
sabtu selepas subuh terus cepat2 balik kampug. nak elak jammed la katakan.
Alhamdulillah, Allah memudahkan perjalanan kami anak beranak.

semalam selepas subuh gak kami balik sini.
tapi without mak la.
time nak balik tu, mak dah soksek2 sambil kesat air mata.
abah tahan menangis tapi mata dah merah.
saya pulak dah menjejeh2 air mata ni haaa
husband sedih suam2 kuku n cube cover sambil ejek2 saya..cehhh :(
rasa sedih sangat nak berpisah ngan mak
rasa sedih sangat nak pisahkan mak n Alisha
tula padahnya kalau duk lelama ngan mak kan..h0h0

kat rumah rasa sunyi sangat.nak borak2 pun terasa boring sangat2. macam takde topik nak borak.
dulu, mesti dengar suara mak pangil2 nama Alisha. suara mak kuat tapi merdu
dulu, mesti dengar suara mak gelak2. suka sgt2 tengok mak gelak.
dulu, mak selalu masak untuk kitaorg. air tangan mak sedap sgt2.
dulu, setiap kali balik kerja, mak mesti layan drama sembilu kat astro. sampaikan saya n hubby pun ketagih nak tengok gak.
bila masuk bilik yang mak tidur tu, menjejeh terus air mata. rindunya kat mak.
saya cium2 bantal n tempat tidur mak. rindunya kat mak.
tengok almari baju, kosong aje.dulu penuh ngan baju mak. rindunya kat mak.
mak ada tinggalkan kain batik sepasang untuk Alisha.
mak cakap, mak tak basuh lagi. kalau Alisha menangis or rindu kat nenek dia, balutkan aje ngan kain batik mak tu.
owh..menitik air mata k...walaupun Alisha kecik n tak tau apa2, tapi saya sure dia dapat cam bau nenek dia.

hubby "sayang tgk ni.uban mak. rindunya kat mak kan"
saya "terus meleleh2 air mata"

mak, terima kasih untuk segala-galanya =)

Wednesday, February 06, 2013

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013

As Salam Readers,

sambil berblogging tu, jom laaa join give away ni...
hadiah super banyak n best-best tau...
boleh klik SINI kalau nak tengok hadiah-hadiahnya...
mana tau rezeki i ke, rezeki you all ke... Alhamdulillah
jom scroll syarat-syarat penyertaan di bawah ni =)




Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-


1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry

 Jangan lupa!
 Tarikh tutupnya pada 28 February 2013
All the best n wish ibu Alisha luck! =)
 

Monday, February 04, 2013

barang-barang yang perlu ada bila hantar anak ke nursery

As Salam Readers,

yeahhh
monday blues =)
mood bermalas-malasan masih menguasai diri.hikhik

last week, kakak yang pick up Alisha. 
i sampai shah alam kol 6.30ptg!!mmg tak sempat nak amik.huhu
apa yang depa gitau kakak n mak, Alisha budak yang baik. rugi tak jaga awal2.
T______T

cuma nampak weird bila susu yang i bekalkan tak habis 2 botol.
now waktu siang Alisha minum 4oz x 5 botol = 20oz
so i bekalkan 6 botol, which is ada lebih 1 botol for backup.
tapi 4 botol je yang habis. 
mungkin Alisha seronok kot tidur dalam buai. 
bile ek ek depa enjut, so makin la tidur si comel tu. 
xpelah, tak baik bersangka burukkan. nanti i pantau for hari-hari berikutnya =)

pastu i sediakan 4 helai baju, which is 3 baju siang, 1 baju malam.
yang funny tuh baju malam di pakai di siang hari n baju siang di pakai di malam hari.tett!amek kau..malam pakai seluar pendek T____T
lepas tu semua baju basah n ada yang bau muntah.
seriously masa mak jaga, Alisha xde muntah2 susu pun.
maybe depa x burp kan Alisha kot.
tapi tak baik bersangka buruk lagi kan.huhu
padahal i dah prepare 1 log book utk depa refer.
bukannya tulis berjela pun. i just explained how to handle ebm n highlight BURP baby...
uuuuu..takpelah..i akan monitor from time to time lagi =)

kat sini i buat listing barang2 yang perlu kita prepare before hantar anak ke school:
  • susu - tak kisahlah ebm or fm. make sure cukup sukatan yerk
  • botol susu secukupnya. i prepared based on berapa ebm botol yang i supply.
  • baju - 4 helai: 3 siang, 1 malam
  • towel - 1 helai: bila pickup anak i akan mintak semula towel tu.tak mau tinggal situ coz i kureng selesa bila dah bercampur2
  • napkin - 2 helai
  • diapers - 5 helai
  • toiletries, minyak telon n nappy rash cream
  • plastik beg - 2 (isi kain kotor)
  • termos - for panaskan susu
  • handkerchief - 2 helai
  • stoking - 4 helai
  • tilam, bantal, blanket - yang ni boleh tinggal terus kat nursery
so i rasa tu aje kot...
kalau ada penambahan, boleh la share2 yek =)
sharing is caring, caring is loving, loving is sexy =)

daaaaaaaaaaaaaaaaa


 

Friday, February 01, 2013

her 1st day at school

As Salam Readers,

Plan hari ni nak hantar Alisha seawal 6.30pagi.
pangpungpang tup2 kol 7.00pagi baru keluar.
time nak keluar tu la teringat tilam la, bantal la, sarung la..aduyai..cacamarba seh!

bila dah keluar lambat, confirm2la jalan sesak gila.
tapi, eh apasal jalan lengang gile?
terus teringat KL kan CUTI!!
Syukurnyaaa!!!kalau hari2 camnikan best -_-

bila sampai depan nursery, mulalah jadi serba tak kena.
sumpah hati dapdipdup nak serahkan Alisha ke tangan orang lain.
tengok Alisha OK jek tersenyum simpul.
blablabla terangkan itu ini kat depa.
kiss kiss Alisha n terus blah. tak nak duk lelama kat situ. 
kang tak pasal2 menjejeh2 air mata ni.
HAHAHA!
gedik kan saya?huhu!
tapi saya tau, semua mommy camtu kan =)

7.40pagi terus pecut g office.
federal sgt clear..wow!macam bermimpi aje =)
before 8.00pagi dah sampai ofis.
8.27pagi saya dah call emy tanya Alisha itu ini.
dia cakap Alisha OK, mak tengah susukan.

Then 10.15pagi saya call lagi n tanya perkembangan Alisha.
emy cakap kak, Alisha sangat baik. suka senyum n gelak2
fuh..Alhamdulillah, leganya rasa.
permulaan yang baik cuba sedapkan hati

tengahari hubby balik sana n suruh hubby intai2 Alisha.
hubby cakap Alisha OK. senyum je tengok abang datang. makcik tu tidurkan Alisha dalam buai orang lain. bouncer kita makcik tu letak budak lain pulak.
erkss!!!!terbalik la pulak ek.
1st time kot Alisha tidur berbuai.camne la rupa gaya dia...uuuuu

and until now saya dah tak call si emy tu
hopefully Alisha baik2 aja...


Alisha tunggu ibu ye sayang..seriously ibu tak sabar nak pickup kamu nak -_-