Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Monday, April 29, 2013

siput sedut betul

As Salam Readers,

lalalala....baru nak update pasal langkawi..ahahhaampun!
coklat pun dah tinggal suku aje kot..hikhik

13,14hb aritu we all p langkawi. kejap jek. pergi sabtu petang n balik semula ahad petang.
takde niat pun nak p situ. adik je yang beria ajak..
i: motif p sana?
adik: saja nak beli coklat
i: hoh!yolah...godek2 n booking tickets for 4 adults n 1 infant

pergi last minit, so harga tiket pun mencanak la naikkan..dah adik tak kesah, so i pun balun jelah..hihohiho

kat sini i nak share sedikit tips..maybe dah ramai yang tahu, tp i share jek..kan ke sharing is caring =) 


1) xmau telinga berdengung/berdesing:  
  • anak kecil: semasa kapal terbang nak berlepas or mendarat, mommies2 boleh DF / bg botol / puting kat anak2. Alhamdulillah Alisha langsung tak meragam. sejam dalam flight, tido aja.hoho! tp Alisha kan bam2, so time nk DF tu agak sengsara sikit. terpaksa lipatkan kakinya..huhu! 
  • org tua: boleh kunyah gula2 yek    
2) rental car 
  • kalau sapa2 yang naik flight tu, better sewa kereta kat kaunter2 yang disediakan. kat luar (ulat2 ke ape ke) lebih mahal tau. we all sewa almera rm100 utk 1 hari. viva rm70 sehari...
3) hotel
  • if pergi hari biasa, tak yah booking pun takpe...dah sampai sana baru cari. boleh pilih yang budget sikit. mcm we all, stay kat langkawi budget hotel. hotel biasa aja n dekat dengan bandar, 2 double bed room RM70. tawar2 dapat RM60. tak yah la cari yang cun melecun.. budget utk tidur aja..pagi2 buta dah caucincau =)
4) shopping coklat n pinggan mangkuk
  • coklat paling murah kat langkawi saga n haji ismail group. haji ismail group bersepah2 ok. siap ada bangunan sendiri lagi kau..huhu 
  • nak cari pinggan mangkuk yg murah, boleh la cari kat idaman suri or HIG. idaman suri murah sikit la compare ngan HIG. pinggan mangkuk cap corelle memang bersepah2 n murah2 ler.. T___T
Alisha yang makan tau..ngeeeee

itu sajalah yg dpt saya share =)
langsung tak jalan ke mana2 coz 1 hari je kan..tp before balik tu sempat jugaklah singgah kat dataran lang sat..bergambar aje pun =)


kecik nauuu
daaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, April 24, 2013

apakah

As Salam Readers,

Tengok blog rasa lemau semacam aja..
banyak benda nak update, tp xtau nak mulakan dari mana.huhu!
last week is minggu paling buruk yg i pernah alami kot..
isnin MC, selasa KERJA, rabu MC, khamis MC n jumaat MC...amek ko!MC for 4 days..h0h0!
5 hari demam on off terasa seksa sangat2. makan minum semua kelaut.
mak terpaksa datang dari kampung semata2 nak jaga Alisha.
sabtu petang mak dah balik kg semula coz setiap hr ahad mak ada kursus haji.
b4 balik mak pesan kalau ahad tak OK jugak, pergi hospital check darah..dia risau2 kot2 la i kena denggi ke..huhu
menurut perintah..ahad petang menadah tangan utk di ambil darah..
haiyooo!!!sakit tau...doc tak jumpa urat n boleh pulak di godek2 jarum tu ke atas ke bawah ke tepi semata2 nak cari urat =( 
end up darah putih kurang n darah kuning still tinggi. so takde denggi.
doc suruh datang esok utk 2nd round check darah...oh nooo!malas i nak layan..huhu

akibat demam sampai 5 hari, padahnya SI merudum gila...merudum sgt2 =(
uwaaaaaa...sadis stress semua rasa ada
stock EBM pun dah takde =(
nampak gayanya terpaksa standby FM kat rumah, kot2 la Alisha kehausan
pening kepala otak i tak tau nak beli FM apa =(
rasa cuak nak try test kat Alisha =(
ahhhh...macam2 perasaan la yang ada..kecamuk gila hati ni =(

happy 8m n 1w Nur Alisha Kaisara ibu..ibu tak sempat nak wish dalam blog ni =)

Tuesday, April 16, 2013

MC

As Salam Readers,

Lama kot tak update blog..mood tak dak pi mana ntah..huhu
Semalam i terpaksa mengMCkan diri coz makcik nursery tu warded, operate buang ketumbuhan dalam perut. if status nursery mesti la ada teacher2 yang lainkan..but because it involves a family business,so if mak sakit, anak2 pun turut sama susah hati kan..ahad maghrib baru depa called cakap mak warded n requested mintak cuti for tomorrow. i hv no choice n terpaksa amek MC coz last week dah EL for 2days..sigh =(
petang semalam called anaknya tanya boleh hantar ke hari ni, depa cakap boleh aje.

so pagi tadi time hantar Alisha anak acik ni requested amik awal coz depa nak visit mak depa..mana dan nak amik awalnye..balik kerja pun 5.30pm..selalu sampai shah alam around 6.15pm =( haiyoooo!!!poning nak fikir...rasa nak resign pun ada ni haaa....malas betul nak serabutkan kepala =(

nampak gayanya macam kena suruh mak datang sini jek =(

esok Alisha genap 8 months

Tuesday, April 09, 2013

EL

As Salam Readers,

Hari ni terpaksa amek EL n maybe esok pun sama.
Suhu badan Alisha kejap tinggi kejap rendah.
kesian sgt2 tengok my bam2...tak bermaya sangat2...
dukung pun lembik aja melentuk kat bahu...
mengesot pun tak sangat =(

Nur Alisha Kaisara...
ibu sayang awak...
ibu doakan awak cepat sembuh n sihat seperti biasa ye sayang...
ibu rasa sedih sangat2 bila tengok kamu tak bermaya...
air mata memang menitik la setiap kali bg kata semangat kat kamu...
ni baru dugaan kecilkan...
ibu kena kuat untuk kamu...
ibu dah berjanji dengan DIA...ibu akan jaga amanah yang dipinjamkan ini dengan segala kudrat ibu...

senyuman kamu membuatkan ibu lebih bersemangat nak...

Monday, April 08, 2013

1st time

As Salam Readers, 1st time Alisha demam. badan mula panas sejak malam td. suhu kejap2 37.6 kejap2 38.1 merengek aje tak nak berlepas. mata i dh mcm mata kak limah kot.. xleh nak tidur sbb Alisha lena if berpangku or berpeluk je. saya just lap2 badan alisha ngan air asam jawa jek. if suhu makin tinggi br bwk p klinik. cepat sembuh ye sayang. kalian tlg doakan yek... finally, cik P dh mai!!! patutla susu makin merudum,rupa2nya ada udang di sebalik mee :-o cik p kali ni rasa lain mcm aje. perut rasa bergelodak berpusing aje. nak wat kerja pun cm xlarat.huhu

Friday, April 05, 2013

saya hanya insan kerdil

As Salam Readers,

saya si kidal..sama cam vee lara...
kalau makan pakai sudu, saya memang reti guna tangan kanan.
bila bagi anak makan, saya akan bagi guna tangan kanan tp dalam keadaan yang berjaga2 coz sudu tu kecik n si anak suka nak tarik2 sudu tu. kadang2 tak sempat masuk mulut makanan tumpah sebab menggigil2 guna tangan kanan. SIL pun pernah tegur, kak ct bagi makan sambil mengigil2 =( 

kadang2 bila si anak jadi tak sabar, automatik sudu berpindah ke tangan kiri. 
kalau keluar makan, kadang2 saya bawak makanan Alisha. tak sampai hati tengok mulut dia kunyah2 angin kosong. for the 1st time memang saya start dengan tangan kanan. tapi halfway aja mesti berpindah ke tangan kiri. buat apa nak jadi hipokrit...yang penting saya dah cuba n saya sedar akan kekurangan saya ni..

salah ke saya bagi makan guna tangan kiri =(

xde mood!

Wednesday, April 03, 2013

jom saving =)

As Salam Readers,

Tabung hijau saya dah penuh...
ibu nak masukkan dalam buku bank saya pulak...
jom menabung kawan2 =)

plastic ubat pun jadi.haha
 
TING! Alisha

Monday, April 01, 2013

nyahhh sama itu kotoran

As Salam Readers,

Last week i bekalkan Alisha puree brokoli+pumpkin+carrot+kurma - menu cuba2 sendiri =)
Alisha suka makan sampai baju pun makan sekali.huhu


dah bekalkan siap2 bib, tapi tak dipakaikan pun.huhu
sudahnya i yang stress nak sental baju2 tu haaa..
sental pakai sabun mandi lansung tak ilang...
terus aje post kat group gojes blogger supermom & baby n finally dapat banyak opinion. antaranya guna clorox, varnish pink, dynamo, pureen HAD, sabun cosway kiddie wash/oxygen bleach. 
so kita guna apa yang ada dulu kat umah ni haa..of coz la clorox!!!
sabtu pagi dah terpacak kat sinki dengan besen n sebotol clorox. i guna clorox brand dobi.
1 per 1 i rendam dengan hati2 n tengok2 tak luntur pun...
rasa fuhhhh sesangat n terus dari slow jadi laju.haha!
dress kaler pink pun tak luntur =)
kalau nak try boleh aje, tapi tak jamin tau kalau2 baju2 baby uollsss turun kaler =) 

dalam hati terus rasa nak beli bib jenis tak menyerap tu..
terus gi GM n terus tala bahagian bibs =)
i beli bibs camni..panjang n siap boleh buat kocek lagi...
so end up makanan tu akan tumpah dalam kocek tu haa (lupa nak amek gambar siap berkocek) 
1pcs RM 15, beli 2pcs dapat RM25..
kalau mommy2 nak kirim kat i pun boleh gak.. i amek kos postage aje =)

ada giraffe lagi
1st time guna kat sup utara sec 18. Alisha mamam biskut heinz je ye sayang =)    
see her face..lain bebenor senyuman kamu ni haa.. T___T

dah pesan kat pihak nursery supaya setiap kali makan, pakaikan bibs...harap2lah berkesan =)