Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Thursday, October 31, 2013

Give Away: Shawl 1st with Umi Qi

As Salam Readers,

Alhamdulillah..seperti yang dijanjikan =)
gigih ni menaip semata2 nak join GA dari umi qi.. umi qi, hang terharu dok??kekeke

syarat-syarat yang umi qi bagi memang senang sesangat. moh tengok ni:
1) Follow blog Umi Qi - DONE
2) Sila click ikuti teknik Hijab 1st: Tutorial Shawl by Umi Qi - DONE
3) Ambil (1 gambar anda sahaja) selepas memakai shawl melalui teknik Umi Qi tunjukkan - DONE
4) Buat entry di blog anda beserta dengan gambar seperti dibawah - DONE
5) Copy link entry anda dan paste di ruangan komen blog Umi Qi - DONE
6) Tarikh tutup sehingga 8 November 2013

 Saya suka berhijab shawl gaya Umi Qi kerana:
  • CEPAT!!! first time try masa nak pi wedding kat bangi. time tu dah lambat n hubby dok kalut bebel-bebel tanya dah siap ke belum. I nak pakai tudung pun jadi stress. h0h0! ting!!! tetiba teringat tutorial Ju. terus zass silang pangkah, amek peniti n pin kiri kanan. tersenyum depan cermin kejap..hihi 
  • SUKA SHAWL!!! tudung saya memang banyak pattern shawl. if pakai shawl, mesti akan berbelit2 di seluruh kepala yang comel ni. eh..bila nana open for free shawl, laju je I angkat tangan nak nak nak..so dapat 3 helai..see! I memang suka bershawl walaupun penat terbelit2..h0h0
  • JIMAT!!! dulu, setiap kali nak pakai shawl belit-belit, wajib ada 4 brooch n 1 peniti. 1 bawah dagu, 1 belakang, 1 kiri n 1 kanan. peniti semat tepi pipi. NOW, dengan cara umi qi ni, sonang ajo..2 brooch pun dah cukup tau. i ni careless sikit bab-bab brooch ni..setiap kali pakai shawl, ade je brooch yang hilang. haha! 
  • TAK BERLUBANG!!! kebanyakkan shawl i, berlubang tang dagu tu. kalau shawl jenis nipis n jarang tu, confirm berlubang besar k. dengan cara umi qi ni, boleh ler menyelamatkan shawl i. takde lubang-lubang besar dah k. umi qi, kalau i menang GA ni, confirm i jaga shawl tu cecantik (bodek) haha!
  • NEW STAIL!!! of coz la saya akan cuba gaya yang baru. lagi senang lagi la saya suka tiru =)

ok habis sudah... 
btw, tima kasih banyak-banyak ye umi qi sebab sudi share tutorial yang memang memberi kesan pada i. last minit pakai shawl pun takpe.. eh, kalau tak sempat pakai kat rumah, pakai dalam kereta pun boleh jugak..senang aje kot.. cer try cer try (i dah try) =)

umi qi!!! hopefully i menang salah satu hadiah u ni! senang nak mengkedok secara exclusive!!!kahkahkah
Hadiah Give Away :
Hadiah Pertama: 1 Exclusive Shawl + 1 Exclusive Brooch 
Hadiah Kedua: 1 Exclusive Shawl
Hadiah Ketiga: 1 Exclusive Brooch 
7 hadiah saguhati

Monday, October 14, 2013

Salam Aidiladha 1434h

As Salam  Readers,

Hi...ingat kita lagi x?
lamanya x update blog.
seriously rasa nak muntah bila menaip.
pregnant kali ni 100% lain...lain budak lain pembawakan ye dok..h0h0
usha blog korang ok lagi, setakat tinggalkan jejak tu kira boleh lagi =) 

Just to wish Selamat Hari Raya Aidiladha 1434h
Maaf banyak2 kalau ada terkasar bahasa ke, terkata yang tak elok ke dan kawasan yg sewaktu dengannya.

esok raya kat shah alam jek coz x amek cuti pun.
ni pun masih bekerja. tapi kejap2 lagi nak balik sebab Alisha demam. pity girl. dok nursery asyik demam jek. sebulan mesti 2 3 x demam batuk selsema bagai =(