Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Saturday, November 30, 2013

3rd GA pearl by Moon

As Salam Readers,


Teringin jugak nak join GA by Moon ni sebab syarat2nya simple jek..hehe! Gigih kot aku type guna hp! Gila susah kot nak link kat gambar tu haa...Huhu!

Details boleh tengok sini yek:
http://www.munirahizzan.com/2013/11/3rd-ga-pearl-by-moon.html?m=1

Antara colour putih, hitam or peach aku paling suka colour hitam sebab hitam tu simple and senang nak matching dengan apa jugak jenis pakaian or suasana or keadaan. Lagi pun colour hitam ni memang dah sebati dengan aku sebab hari2 aku guna pen dakwat hitam. Tak semak and sedap mata memandang =)

Aku dengan tudung and skirt hitam. Skirt favourite dari zaman anak dara oiii..hehe

Aku rasa aku yg paling last join kot..hehe!
Daaaaa


Friday, November 29, 2013

checkup anak beranak

As Salam Readers,

Entry throwback! hehe
lepas ni banyak lagi entry throwback OK!sila la layan ye kome kome semua..hehe

kali ni nak cite checkup minggu lepas.
as usual i amek UPL hari selasa tu. pagi nak bukak buku ibu kat KK kelana jaya. ptg checkup Alisha pulak kat klinik desa kat pendamar. i am a supermommy..berkejar ke sana sini.. without daddy ok!h0h0!

checkup ibu

2nd time buka buku pink! fuhhh..berjanggut tunggu oi..nom org lain dah di panggil tp nom aku tak panggil2 lagi. bila nom naik, cepat2 nurse tu say sorry sebab delay nom aku. katanya ada urgent kes. aku pun iye kan jelah, malas nak bunyi pape.

buku pink ni dah lain sket. column utk check gigi takde dah.. so boleh r aku skip!haha!aku takut wehh kalo bab2 check gigi ni..fuuhhhh!

pas siap buat buku, kena pi kaunter 22 n 23 utk check air kencing and darah. check darah tu pun buat aku kecut gak sebab kena inject kat lengan.. huwaa! 
ter ouchhh jugak la masa nurse inject tu..h0h0!

pas tu terus tunggu turn jumpe nurse / doctor. masa jumpe nurse, result semua cun accept pasal fibroid tu la. nurse tunjuk kat doctor n doctor nak jumpe aku esok lak. dohh! aku mana ada cuti dah.. UPL max sampai 7 hari je kot. 7-7 hari aku dah guna dgn jayanya!huhu
aku OK kan aje ngan nurse n doctor. again, appoinment kol 8.00am (ni aku cite kat entry lain k)

result checkup harini:
berat : 43kg
hb: 10.9
urin test: N / B
bmi: 19.3  
edd: 14 May 2013

next c/up: 17 dec 13(monthly)

checkup Alisha

Alhamdulillah, semuanya nampak normal. 
bagitau kat nurse Alisha selalu batuk berkahak bila masuk tengah malam.
nurse soh refer KK berdekatan sebab kat klinik desa depa takde supply ubat batuk or antibiotik..iyolah =)

result checkup Alisha:
umur: 1 tahun 3 bulan
berat: 8.9kg (ringan naaa)
panjang: 72cm (rendang macam ibu je)
bmi: 17
lilitan kepala: 47cm

next c/up: 18 feb 14

lepas siap c/up kat klinik desa, terus zass pi KK kat bandar botani sebab nak refer batuk Alisha tu. doc cakap tekak alisha dan merah. doc supply ubat cairkan kahak, antibiotik n demam. ubat batuk je doc x bagi sebab dia x galakkan budak below 2 years minum ubat batuk. 

kesian Alisha. nak kata tidur bukak air cond, tak. nak kata bukak kipas kuat2 pun tak. tp yelahkan. sekarang ni kan musim hujan. malam2 memang sejuk kot. ibu ayah kerepot dalam selimut, tapi Alisha xmau berselimut. letak je selimut kat dia confirm dia merengek2. atenya tak dapat nak mengangkang berkuak lentang bagai ye sayang..huhu!

sampai ke hari ni Alisha still batuk2.. dah macam2 aku buat, tp semua tak jalan.. kesian dia.. cepat sembuh la anak! ibu xsanggup dengar kamu batuk macam orang tua =( =(

oklah..selamat berhujung minggu uolss n selamat ber pureen warehousales yo!!!


Tuesday, November 26, 2013

Mommycha 1st Giveaway

As Salam Readers,

Hari ni tergerak hati nak join GA by mommycha aka che ta aka besanku itu..hehehe




Theme:

  • mommy&baby moments
  • tak kisah sama ada korang ade sweet, sour, pahit, kelat, sugarcandy, candycrush, scrumptious sugar moment bersama anak-anak tersayang.

How it work: - All DONE
  • JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu.
  • Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar. 
  • Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing.
  • Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini.
  • Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing. 
  • SATU gambar sahaja, okeh?
  • Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha!
  • Pastu tinggalkan jejak link entry dekat RUANGAN KOMEN sticky post ini.
  • Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)

 Winners akan dipilih berdasarkan gambar paling MENARIK.  

Hadiah akan diberi kepada winners 1st - 6th place :)

**********************************************************************
so mai nak tempek 1 gambar. sorry micha. aku tempek gambar lama je yek =)

ni la yang dinamakan Mak Borek Anak Rintik =) 
duck face sapa paling comel? 
Alisha 10months. masa ambil gambar ni weolss otw nak jumpe geng gojes kat aeon setiawangsa.. 1st time tau nak jemah ngan geng gojes! kenangan tu mmg i akan ingat sampai bila2 coz dari situlah ikatan ukhwah kita semakin tersimpul rapi. masa ni semua suka sakat Alisha sebab habits Alisha buat muncung duck face tu.. kan Alisha sayang
=)


ok siap!!!jom la join kawan2..ada masa lagi ni..nak join click SINI ok

TO MIKAYLA AEESYA...SPEEDY RECOVERY SAYANG.. AUNTY DOAKAN YANG TERBAIK UTK AWK =) AMIN

Monday, November 18, 2013

Alisha dan Adik

As Salam Readers,

owh terkial-kial tak tau nak tulis ape..huhu
takde idea, tak tau nak olah ayat dan sewaktu dengannya T______T
ampun la yek...

Alhamdulillah, semalam Alisha dah genap 15months / 1tahun 3bulan...
Alhamdulillah, dah besar anak ibu ni.

Alisha makin bijak n pandai meniru gaya orang.
Membebel nom 1. ada je benda dia nak cakap. tapi dalam bahasa dia la yerk. 1 pun tak faham kecuali nak and nanak..hihi
nak sambil angguk kepala. nanak sambil geleng2 kepala..bunyi mcm sweet kan..mmg sweet pun sbb dia masih kecikkan. tp kalo org tua yg buat, tu namanya buang tabiat kot..haha

Alisha dah pandai protes n marah orang. kalau orang jerit kat dia, confirm dia jerit semula.huhu! belajar kat nursery kot. entahlah
pastu dah pandai lokek and berebut barang. kalo kita baring kat bantal dia, laju je menjerit sambil tarik bantal...grrrr geram je tau...
telefon tak yah cakap la..ibu nak berwassap ngan geng kedok pun susah tau..kena main adegan rampas2 dulu. haha! 

Alisha kurang makan, tapi kuat susu. susu anmum 600gm xsampai seminggu kot! sekali bancuh 7 or 8oz. kadang tu tak cukup n topup 3oz pun habis ko...adoiii! kopak kocek ibu ayah nak!hihi. sebulan wajib 1200gm x 4 kotak. langkah 3 600gm(2x) = RM63.00 sekotak (selalu beli kat 99 speedmart). so 4 kotak lebih kurang RM252. fuhhhhh

Alisha macam tau2 je ada adik dalam perut ibu ni.. dia punya manja, fuhhhhhhhh tahap menguji iman la. kalau nampak ibu dia ni, asyiklah nak berdukung jek. sikit2 hulur tangan mintak di dukung.. pastu kalau kita baring, port dia memang ats perut i..haha! macam tahu je. macam tahu je =)

Yg paling sayu n sadis tu air susu memang dah xde even setitik pun. sedih sgt2 bila fikirkan susu. tapi Alisha macam faham2. i tak pernah ajar Alisha wean off. tapi dia macam tahu sendiri. kadang2 tu ada jugak dia mintak sambil tunjuk2 tetek. kadang2 tu dia isap jugak even xde susu. hisap sampai lena. mungkin dia rindu kot. sedih sgt bila tgk dia hisap kosong sampai tertidur.huhu! takpelah nak, ibu akan pastikan lepas adik lahir nanti susu ibu melimpah ruah untuk adik n alisha pun boleh tumpang sekali. kita doa sama2 ye nak..amin  

now nak cite pasal adik pulak. 
Alhamdulillah kandungan dah masuk 14minggu.
pengalaman masa mengandungkan Alishan and adik ni beza sangat2..totally different. nantilah i cite ek. dah hari ke hari nak post, tapi asyiklah hold aje..huhu
risau sebab aritu scan, fibroid dah makin besar. lebih besar dari baby..huhu
harap2 adik baby baik2 je kat dalam tu yek.

esok ibu nak bawak Alisha checkup 15mos n ibu pun ada checkup sekali. 2nd time buat buku pink! macam dah lambat je. macam dah lambat je. agak2 nurse KK marah x?haha!!!


nampak x adik baby? nampak bulatan bawah adik baby. tu la fibroid i..besar kan..hopefully fibroid tu hilang dgn sendirinya.. amin

Alisha 15months. ibu bawak mamam indulgence cake! =)