Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, December 31, 2013

Rainbow Birtday Party Sofiyya, Zain, Rayyan, Ammar, Syasya and Iman

As Salam Readers,

Fuh...rasanya arini aku banyak nak up entry before 2013 melabuhkan tirainya.
rasa macam sempat tak sempat je ni..hihi!

kali ni aku nak start dengan birthday party bertemakan Rainbow.
YES aku suka bangat sebab dapat join party ni even last minute pepagi buat kereta buat hal tak leh hidup. bateri kong oiii! mau tak aku haru biru gitau member2 gojes..huhu!
nasib baiklah kawan hubby sudi datang tolong. thanks cakoi thanks wanie =)

plan asal nak gi bertiga je ngan Alisha n adik baby sebab hubby kerja. dah sebab kereta tak leh start so hubby mmg tak gi kerja la kan. maka aku bergendang kat telinga hubby ajak pi sekali sebab before tu nak singgah umak makcik kat taman dato harun. nasib baiklah hubby sudi follow..thanks bang!

sampai dewan dah pukul 5pm. dah ramai tau. aku rase nervous tahap impak maksima tak tau nak tego sapa dulu.haha! anis tengok aku dah senyum2 kambing dah..hi anis!agagaga
pastu gi salam semua-semua and terus duduk kat meja makan. sambil makan sambil kita borak. bestnya rasa. hilang segala stress dalam kepala otak ni haaa

paling stress sebab tak dapat rasa cheesecake leleh anis, jelly kelapa creepe lyana n biskut kak my!perut time tu penuh sgt! aku makan semangkok laksa ika, sikit kek bday, sepotong puding etty, cheese tart (airen! cheesetart ko bawak tu tersangat sedap!alisha makan 3 ketui ok) and air bercawan2.time tu memang haus gila kot. yelah, sibuk na menjemah borak sana sini..hihi! kesimpulannya, makanan semua sedap-sedap tau..thanks korang =)

malas nak type dah. sila jemah gambar-gambar kat bawah ni ek =)

comel gila kek birthday ni kan!!! aku rasa 2-2 sedap
rainbow party yeahhh!
from left: lin+syasya, yumie+iman, ika+ammar, dayah+zain, liza+sofiyya n fariza+rayyan
tempat main budak-budak pun ada gak taw
gojes supermom and baby! muka baru n muka lama =)
masa ni ketua jemah tgh buat lucky draw!hehe
my best buddies!!!
gojes-gojes

Alisha pun dapat banyak gift tau..thanks mommies semua
 to anak-anak gojes
Sofiyya, Zain, Rayyan, Ammar, Syasya and Iman
happy birthday sayang-sayang aunty sekalian
moga panjang umur, diberikan kesihatan yang sempurna dan dimurahkan rezeki selalu. 
jadilah anak-anak yang soleh dan solehah dan hormatilah orang tua mu supaya kelak dikau akan berjaya baik di dunia mahupun akhirat..amin
(nanti mommy-mommy berenam ni sila baca kat telinga anak memasing k..ingatan ni!hihihi)

 

Monday, December 30, 2013

Giveaway: Saya nak hadiah dari thaqif

As Salam Readers,




Jom Follow and Join GA by Ummi Thaqif
Syarat-syarat ummi thaqif ni simple sangat. 
korang semua boleh terjah blog Ummi Thaqif sekarang ye =)

now, mai jawab soalan Ummi Thaqif ni dulu:-

bila birthday thaqif ? 
Anak bujang Thaqif ni lahir pada 4.20 pagi iaitu pada hari Jumaat bersamaan dengan 25 Januari 2013

hospital mana thaqif lahir ?
Thaqif lahir di Hospital Serdang (yay!! sama hospital dengan Alisha) 

Lepas tu saya nak tag kawan saya Liza and Kak Mimy. Liza!! Kak Mimy! sila join tau sebab korang ada gambar family yang comel bangat! lai lai cepat cepat T______T

Ok..mari kita cukupkan syarat Ummi Thaqif ni=)
meh nak tempek gambar iolss sefamily..hihi

Ayah : hiarghh!!bertahan-bertahan!ayah tengah coba melawan raksasa dino ni
Ibu : go go go ayah!
Alisha : dah kenapa ibu ayah ni? aku tak paham apa-apa pun
T______________________T
 
Seriously suka gambar ni. Masa ni mungkin dia tak faham apa-apa lagi. Tapi ibu tau, bila besar nanti, mesti gambar ni menjadi salah satu favourite Alisha. kan sayang ibu kan =) 

Nama Penuh : Nur Alisha Kaisara Binti Muhammad Hamzah
Umur : 1 tahun 4 bulan
Jantina : dah comel, mestilah girl
=)

tarikk tutup : 14 / 1 /14
ada masa lagi ni.. jom join jom

Sunday, December 29, 2013

UMIE SUE 1st Giveaway

As Salam Readers,

Weekends ni iolss melepak kat rumah je. ayah kerja.
So harini nak join GA by  

Tema: Anak Mengemas Rumah

Actually aku suka sangat tema ni. budak kecik lebih rajin tau dari budak besar. tettttt!
Kita tak suruh pun, depa sibuk gak nak tolong.
kadang-kadang tu rasa geraaaaam pun ada jugak.
Kita dah sapu siap-siap, tengok-tengok dah terbarai semuanya.
cer tengok Alisha ni. Ibu baru je gi depan sat nak amek phone (ayah call), tengok2 dah jadi gini.  Alahai anak, kamu ingat ni motor ke sayang... selipar hello kitty pun tak tanggal...agagaga!
rasa nak tergelak pun ye jugak. panjang betul akal kamu ye sayang! T_______T


Tarikh tutup: 1/1/2014
Ada masa join lagi ni..jom-jom

Tuesday, December 24, 2013

Kundang Banting, Bagan Lalang, GM, Ole-Ole

As Salam Readers,sabtu ahad yang lepas rasa best sangat-sangat tau...
sebab ape? sebab family dari kampung berkumpul ramai-ramai kat rumah aku sekejap, rumah kak su sekejap. mak datang dah seminggu awal. lepas tu kak no sampai khamis malam. jumaat petang abang pulak sampai. yang paling best sekali of coz la Alisha. seminggu tak gi nursery OK. setiap kali aku balik kerja, dengar dah suara dia terjerit-jerit gelak-ketawa ngan abang akak dia. seronok je tengok =)

tujuan semua pakat datang sini sebab nak hantar anak buah yang kawin aritu tu.
belah lelaki buat kat kundang, banting atas atas dari pantai morib.
Alhamdulillah, dah selesai pun majlis kedua-dua pihak.

renjis-renjis by belah perempuan
malam kitaorang makan ikan bakar kat bagan lalang, kedai sebelah kiri.
kak su tong tong semua. toyota bonus berbulan-bulan oooo!jeles!
seriously sedap weh! aku yang diet ni pun tambah lagi sepinggan!haha!
janganlah kau naik 2kg ye berat..h0h0!
gambar tak sempat nak amik sebab hp dah mati! banyak naaa hal!!!

malam tu pecah tido (eh bahasa apa aku guna pakai ni!watever T___T )
family kak no, nuar n mak tido umah aku. family abg tido umah kak su.
kitaorang nak rewang satu GM. abang nak rewang satu maydin =)

ahad pagi gi GM. gi ngan geng pompuan memang best ah..
semua kedai baju bajan kain tudung masuk.
yg lelaki pasrah aje dok kat tepi kedai. nasib baikla semua jenis sabar menunggu..haha!
paling banyak shopping mak ucu aka wife adik aku. tak tau la berapa helai baju dia beli. kak no, mak pulun tudung sikit baju sikit. aku pulak pulun baju 3 helai n inner ninja 3. Alishanya barang?xde..agagagaga

petang makan-makan kat umah kak su. lepas tu kak su belanja main bowling kat ole-ole pulak. main 2 rounds, tp aku main sekali jek. lagi seround pas kat kak su sebab aku xlarat nak buang bola tu (buang bola ke ek?tak tau sebut :p)
plus anak dara aku tu tak reti dok diam! kemahen sibuk nak angkat bola tu jugak. sibuk ke sana ke mari. sibuk berguling-guling atas lantai..grrrrr!
cepat-cepat letak dalam stroller and terus ajak mak jalan-jalan kat kedai luar.
tak sampai 5 minit Alisha dah ZZzzzzZzzz.. patutla cranky semacam. rupa-rupanya ngantuk.. cian anak ibu.huhu!

kami =)
balik rumah kak su betul-betul time azan maghrib.
lepak solat makan n terus gi rumah mertua pulak.
yang lain gi sungai besi, ada makan-makan kat sana. aku malas nak join sebab fikir esok nak kerja. lagi pun kesian kat Alisha plus memikirkan keadaan rumah yang macam kapal pecah sikit.haha!

seriously bila berkumpul ramai-ramai camni rasa best sangat-sangat.
hilang segala masalah yang melanda.
tapi yang tak bestnya, bila depa nak balik johor aku la orang pertama yang melalak.
yang lain maintain jek. camne nak melalaknya, laki sakat, abg ipar sakat. of coz la tumpah air mata ni. haha! jahat sih! kalo korang nak tau, aku ni hati tisu sikit. tengok drama tv pun aku dah boleh meleleh-leleh tau :p even cita kartun sedih pun aku boleh nangis..huahuahua

pakat balik johor reramai =(
perempuan-perempuan yang saya sayang

seksa jiwa raga bila cuti dah habis!!!
cepatlah datang wahai 2014!!!

Friday, December 20, 2013

Alisha dan Kereta Murah Area Jalan Raja Laut

As Salam Readers,

Happy friday uolss..
Esok dah sabtu..yippi!
i miss my daugther so much! tak sabar nak gomol for 48 hours!haha

Alisha dah ada mainan baru tau.
rasa seronok and puas sangat2 sebab dapat beli kereta ni utk Alisha.
ye aku tau benda  ni bukan penting sangat tapi bagi aku ia lebih kepada kepuasan.
tapi jangan ingat aku beli tau. ni hadiah dari pak busu Alisha!
hiphip horay! thanks pak ucu! semoga rezeki pak ucu melimpah ruah lagi lepas ni.. Amin

kereta motor ni kan dah banyak bersepah kat shopping2 complex.
setiap kali nampak, mesti ayah Alisha ajak ke situ.
so pendek kata, Alisha memang dah biasa and suka naik kereta2 camni.
tu yang terasa nak cari 1 untuk Alisha tu =)

hari tu anis pernah share pasal kereta airiell kan.
so aku pun godek2 cari lokasi kedai tu and terus inform hubby. hubby mmg ON jek. 

serious banyak gile kedai yang jual permainan kereta dll ni. 
korang kena rajin masuk n survey satu-satu kedai.
harga yang depa offer ada yang masuk akal ada yang tak masuk akal.
 
1st time kitaorg survey before puasa. masa ni just survey ajo tengok ada yang berkenan ke tidak. harga yang kedai time toybar offer tu memang murah compared dengan kedai lain. beza banyak jugak OK! so rajin2lah jalan survey 1-1 kedai tau =)

cer tengok mimik muka Alisha. nampak tak dia teruja?hihi

1st time survey je aku dah suka and teruja dengan kereta ni. sebab aku penggemar hijau!haha! time toybar offer RM270. kedai lain ada yang RM300, RM310 and paling mahal RM330. so korang pun boleh nampakkan perbezaan harga kereta setiap kedai..huhu!
jadinya kami pendamkan aje niat tu sebab duit takde lagi time tu. T_______T

kebetulan baru-baru ni pak ucu bagi duit suruh beli mainan Alisha. jadi aku dengan senang hati aka tak malu tunjuk gambar ni kat dia. dia pun kata OK jek..wah! makin berbunga-bungalah hati aku ni kan..haha!

bila pak ucu bagi duit, keesokkannya terus kitaorang terjah kedai ni lagi sekali. masih harga yang sama. xnak fikir panjang dah, xnak tengok kereta lain dah, terus je rembat kereta ni 1! lampu and music pun comel. nak cucuk ngan hp pun boleh..
Alhamdulillah =)



test drive dulu! tengok muka sengih dia tuuu
peace from Alisha!
kemahen ber pusing lagi dalam kereta tu!

so, pada sesiapa nak beli kereta mainan tuk anak2 tu boleh la terjah kedai ni yek. murah tau =)

lokasi: area jalan raja laut
nama kedai pilihan kami: time toybar (betul2 tepi cornet lot)






Thursday, December 19, 2013

Ibu Rafif first GIVEAWAY!

As Salam Readers,

GA GA GA!!!
join join GA by ibu Rafif iaitu Nurul Syamimi aka Mimi =)

Ni antara syarat2 yang mimi listkan:-
1) Follow blog mimi
2) Buat entry dengan meletakkan SEKEPING saje gambar
3) Terangkan la tentang situasi gambar tersebut
 
Once dah joint, sila tinggalkan jejak di ruangan komen blog Mimi.
 
Hadiah ada 4, 1st prize and 3 hadiah saguhati. boleh klik SINI ye kalau nak tengok hadiahnya

Tarikh tutup penyertaan: 31 December 2013 
 
tadaaaa!!!!
 

Alisha said "saya suka vroom vroom lori kontot ni! tapi selalu tersangkut tang kaki sebab kaki saya dah panjang!sebenarnya ni lori tabung, panjang sangat tapi saya suka pisahkan tabung tu sebab dah berat! tak leh nak vroom vroommmm =) "



Wednesday, December 18, 2013

Party Mommy Gojes Blogger Say YES to PnD Protection

As Salam Readers,

Hi uolss =)
Alhamdulillah dan aku rasa happy sangat-sangat sebab di beri peluang untuk melibatkan diri lagi dalam event YES to Pneumococcal Vaccine ni. Terima kasih diucapkan kepada Puan Chan Li Jin (Pengasas Program Kempen YES Pneumococcal Vaccine) dan Mama Aqil Erina Asmawani kerana sudi menjemput kami-kami ke majlis parti blogger mummy gojes  pada sabtu lepas yang bertempat di KPJ Selangor, Shah Alam. Terima Kasih juga aku ucapkan kepada Datuk Dr. Zulkifli dan Dr. Yong Junina kerana sudi share maklumat dan meluangkan masa bersama-sama kami blogger mummy gojes. Korang memang BEST sangat-sangat..cayalah!!! =)

label yang buat aku teruja kejap!hihi


Seriously aku rasa beruntung sangat-sangat dapat join parti ni sebab ia bukan sekadar parti, malahan ia lebih kepada ilmu, maklumat dan mesej penting untuk kita semua. Semua informasi yang doktor dan nurse sampaikan memang sangat berguna untuk kita baik yang bujang mahupun dah berkeluarga.

melalui parti ni, aku dapat tahu lebih lanjut mengenai:
1) apa itu penyakit pneumococcal 
2) demonstrasi urutan bayi
3) demonstrasi bantuan kecemasan untuk kanak-kanak

1)  Apa itu penyakit pneumococcal - Presented by Datuk Dr. Zulkifli


Dalam slide powerpoint ni, beliau menerangkan dengan lebih lanjut mengenai penyakit pneumococcal di kalangan bayi dan kanak-kanak, beserta dengan gambar dan contoh kes. Apa yang aku suka mengenai Datuk Dr. Zulkifli ni adalah mesej yang beliau sampaikan sangat terang dan senang untuk kita fahami. Masa ni Alisha sangat aktif OK. penat aku dok kejar dia jek!huhu!nasib baik tak tertanggal kain ibu nak!

tengok betapa aktifnya anakku ini!!!

 2) Demonstrasi urutan bayi - Presented by Datuk Dr. Zulkifli

rania anak ciknaa

Seriously aku suka part ni, siap rekod video lagi. Selalunya aku urut Alisha biasa-biasa aja dan ikut suka hati aku je nak urut camne. Rupa-rupanya nak urut bayi pun ada teknik tertentu. Bertuah sungguh baby rania anak ciknaa dapat jadi model. Kemain suka lagi rania tersengih kena urut dengan Dr. Zul. Tetiba terasa eh tangan aku lagi kasar kot dari tangan Dr. Zul. haha! Suka tengok cara Dr. Zul urut rania. Penuh tertib dan sangat lembut sekali. Salah satu pesan Dr. Zul, 'buat urutan sebanyak 6 kali ye.'

3) Demonstrasi bantuan kecemasan untuk kanak-kanak - Presented by Nurses KPJ


Yang ni pun aku suka gak! Nurse ajar cara kaedah nak buat CPR untuk baby dan toddler, sekiranya bayi tercekik atau tersedak susu. Ilmu ni sangat penting dan wajib kita belajar OK. Bila tengok Puan Chan Li Jin upload gambar dalam FB, mak aiii!! kemahen lagi ctmah, siap tertonggeng2 lagi punyalah nak menimba ilmu..hihi! Ape ada hal. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Dan yang paling best tu ada peraduan foto 'baby say yes!' 
so mestilah Alisha wajib masuk..hihi!
nah ku taruhkan gambar ni. Harap-harap memenuhi syarat ye para juri sekalian =)

Alisha di sebalik Kotak dan Dinding Pameran YES
Alisha dan Dr. Yong Junina, doktor yang sangat peramah n sporting
Alisha dan Datuk Dr. Zulkifli =)

Walaupun aku ni pemalu, tapi aku tak rasa rugi pun kenal korang-korang semua.
Macam-macam aku dapat belajar, macam-macam aktiviti aku dapat join.
Even aku ni ibu mengandung yang penat dok kelek Alisha ke sana ke mari berdua aje, tapi aku rasa puas sangat-sangat. Terima Kasih Allah sebab bagi aku kudrat yang tak ternilai ini =)

Monday, December 16, 2013

Final BigBadWolf 2013

As Salam Readers,

hello!
seronok tak melayan cuti hujung minggu lepas?
aku seronok sangat2 sampaikan hari ni aku super duper lazy nak kijo. dok terbayang hari ni hari ahad..adehhh!seksa jiwa OK =(

rasanya semua dah habis cerita pasal bigbadwolf kot. aku je baru terhegeh2 nak update pasal bbw ni..haha!

stress sangat2 bila ajak laki, laki tak mau. tambah stress bila memember gojes dok la upload gambar kat bbw!huhu!
dalam hati pakallah, aku tak dok dekat ngan depa. kalo dekat, mau aje aku henyak waja aku berdua ngan alisha. tsktsktsk =(

kebetulan ahad tu, gi uniten sebab nak hantar anak buah aku ke adik bongsu aku. depa nak ikut pak ucu balik kuatan. lepas hantar tu terus cakap kat hubby
aku = bang, jom gi the mines
laki = buat apa lagi
aku = gi bigbadwolf la
laki = kan tahun lepas dah pergi. buat pe nak pergi lagi
aku = senyap tanda merajuk
laki = cepat bukak waze, ni dah dekatkan
aku = merajuk kematu lagi
laki = cepatlah!kang lepas jalan
aku = sengih n terus on waze..h0h0h0hahaha!

sampai je kat the mines, hubby terus parking tepi jalan. angkut je segala buku masuk dalam kotak,pastu baru la dok melepak sorting buku. tetiba bau busuk.. dan2 jugak Alisha berak!Alisha kalau berak mesti nak kena cebuk cepat, kalo x mau la minah ni melenting kepanasan macam ada bom kat punggung iye tu..huhuh!
paling aku BENGANG tu aku lupa bawak bekalan pampers!
ok laki mula dingdong ke aku..huhu!
cepat2 bayar n terus masuk the mines sat. nasib baik ada giant!huhu!

moh la layan gambar ni haaa =)

ibu tengok lain, alisha tengok lain..haha!
masa untuk memilih!!!
semua buku Alisha, except 1 buku resepi kek ibu =)

total damage = RM 115 untuk 20 buah buku
see..murah gila kan!!! aku paling suka coz finally dapat gak buku riwayat Nabi Muhammad tu. Thanks Micha sebab berhempas pulas cari buku2 yang aku nak..tengok buku ni aku ingat tapak kasut mu..mihmihmih! thanks to kak mimy and ika jugak sebab sudi beli buku tuk Alisha. time ni aku stress sampai tak tido malam. tu pasal r kirim kat kak mimy n ika..hahaha!

 

Thursday, December 12, 2013

santai dengan korang

As Salam Readers,




Sabtu lepas seronok sangat2 dapat lepak reramai kat umah kak my.
plan asal nak berdating ngan sha sebab nak bagi bra jin n pop2 pak tua dia. pastu sha ajak zura. dah tu ajak-ajak tak tau nak lepak mane pulakkan. tetiba kak my offer lepak umah dia sebab bang megat kerja..kami OK jek..h0h0!

bagitau laki, laki cakap Ok je sebab dia dah kenal kak my..hehu!
otw pi uma kak my tu, laki kol:
laki: syg katne. 
aku: ntahlah, kat celah jammed mana ntah ni.  
laki: siapa suruh pergi berjalan tempat lain. kata nak pergi rumah kak mimy
aku: loh..sayang otw nak pergi umah kak mimy la ni..tak tau ikut aje waze ni.. 
LOL..suwit tak laki aku. boleh pulak dia ingat aku merempan tempat lain..haha!
 

Location: Umah Kak Mimy (aku follow buta2 waze ooiiii)
Time: ikut suka hati la


ika+ammar, sha+safiyya, yumie+iman, zura+yaya, aku +alisha, kak my+fayel. time ni liza tak mai lagi naaa

meatball kak my!

etty cakap aku nampak gedik!haha

kejadian yang paling memalukan aku! bra korang semua bersepah atas jalan oii!
plastik rabak.. see, bila bergabung size sha yumie wawa anis ika kak my liza habis barai plastik! super gebus gebas power mantap semuanya..haha!
sekali barai belakang kereta kak my. 2 kali barai tepi kereta kak my. selamat la si zura keluar tolong menyelamatkan bra2 korang.haha!

sampai depan muka pintu, aku terus omg omg ada bang megat! terkedu kejap sbb aku penuh ngan bra korang.haha!terus aku longgok je bra tu kat depan pintu. 
mula-mula macam malu-malu kucing ngan bang megat, lelama tu OK dah. bang megat sangat friendly di samping perli-perli gojes..bahahahaha!kak my yang banyak kena perli...kekekek! perli sayang-sayang takpe kan kak my =)
 

Alhamdulillah aku dapat rasa meatball kak my!hiphip horay!!
benda tu aku ngidam masa depa gathering kat taman lelayang tu..huhu!
nasib baik la dapat merasa..thanks kak my =) lain kali buat lagi yek. nanti kita sponsor meat ball lagi..heheh! nak balik tu, kak my siap bekalkan bento nasi berlauk lagi kat aku tau..
sayang ko kak =) 

kol 4pm aku rushing balik sebab nak amek laki balik kerja kol 4.30pm. sumpah tak sempat. laki bebel-bebel, aku cakap jalan jammed. betul tak tipu. jalan jammed tau. pastu laki call cakap takpelah, kawan tolong hantar.huhu!kesian..sorry laki =)


Tuesday, December 10, 2013

Kempen We Say YES to Pneumococcal Protection

As Salam Readers,

Hi Readers..
Hari ni aku share mengenai kempes YES to pneumococcal protection yang sempat aku and mommy gojes mommy blogger lain join pada 16hb Nov 13 yang lepas dan bertempat di Tropicana City Mall.
 


Antara sebab utama kempen YES ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memohon rayuan kepada Kementerian Kesihatan agar vaksin ini diberi secara percuma dan dimasukkan ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP).
-----------------------------------------------------------------
Ok, sebelum tu biarlah aku explained secara general mengenai penyakit pneumokokal ni:

Apa itu pneumokokal:- 

Ia merupakan sekumpulan penyakit rumit yang disebabkan oleh bakteria streptococcus pneumoniae.
Bakteria ini sering ditemui di dalam saluran pernafasan kanak-kanak dan ianya disebarkan dalam bentuk titisan air, iaitu batuk dan bersin.
 

Siapakah yang berisiko mendapat penyakit ini:-
  • kanak-kanak di bawah lima tahun ke bawah. 
  • kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian.
  • kanak-kanak yang lemah sistem daya melawan penyakit (sistem imuniti yang rendah)
  • kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik seperti diabetis, kencing manis, jantung, paru-paru, buah pinggang atau hati.
  • kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok
  • kanak-kanak yang pernah mengalami jangkitan pada telinga tengah, sebelah dalam gegendang telinga

Apakah tanda-tanda jangkitan pneumokokal:- 

Bakteria merbahaya ini boleh mengakibatkan;
  1. pneumonia (jangkitan paru-paru) - Antara simptom-simptomnya adalah demam panas, batuk, sesak nafas, pernafasan cepat, nampak lesu dan pucat. 
  2. meningitis (jangkitan selaput otak dan saraf tunjang) - Antara simptom-simptomnya ialah demam dan menggigil, lesu, sensitif pada cahaya,hilang selera makan, sering mengantuk, loya dan muntah2.Dan kepada bayi kerap menangis dengan nyaring.
  3. opitis media (jangkitan bahagian telinga tengah) - Antara simptom-simptomnya ialah sakit telinga, selsema, hilang pendengaran seketika, selalu menarik2 telinga ( menunjukkan ketidakselesaan). Kepada bayi, selalu menangis dan menarik2 telinga.
  4. bakteremia (jangkitan dalam darah) - Antara simptom-simptomnya ialah demam panas, kulit pucat, tangan dan kaki sejuk, pernafasan cepat, tekanan darah rendah.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk membantu mencegah jangkitan?
Cara terbaik mencegah penyakit pneumokokal ialah melalui vaksinasi.
Vaksin pneumokokus boleh didapati dalam dua jenis, dikenali sebagai vaksin polisakarida dan vaksin konjugat.
Vaksin polisakarida digunakan di kalangan orang dewasa manakala vaksin konjugat di kalangan kanak-kanak. Vaksin konjugat datang dalam 10 valen dan 13 valen.

Dos suntikan:-

  • kanak-kanak di bawah 1 tahun, 3 doses. 
  • kanak-kanak atas 1 tahun, 2 doses
notes: untuk info lebih lanjut, sila rujuk doctor / paed klinik atau hospital yang anda kunjung

Kos suntikan:-
Suntikan ini hanya boleh di dapati di klinik atau hospital swasta sahaja dan harganya berbeza-beza antara RM200 - RM350.


----------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, Kempes YES To Pneumococcal Protection telah berlangsung sejak dari April sehingga September 2013. Selama kempen itu berlangsung sebanyak 18,853 akujanji (pledges) telah di pamerkan di ruang legar Tropicana City Mall bermula dari 15 - 22 November 13 untuk menunjukkan sokongan dan suara-suara di seluruh Malaysia yang telah menyokong kempen tersebut.

Bersempena Hari Pneumonia Sedunia, Kempen YES To Pneumococcal Protection telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk Consultant Paediatrician & Neonatologist, Dato' Dr. Musa Mohd Nordin, Consultant Paediatrician & Cardiologist Datuk Dr. Zulkifli Ismail di mana Datuk Dr. Zulkifli juga merupakan Chairman Asean Strategic Alliance for Pneumococcal Disease Prevention, Dr. Yong Junina dan tidak lupa juga sokongan dari group gojes mommy blogger sendiri.


Dato' Dr. Musa Mohd Nordin
Datuk Dr. Zulkifli Ismail
Dr. Yong Junina
group gojes mommy blogger


Menurut Puan Chan Li Jin, Pengarah Program untuk Kempen YES To Pneumococcal Protection, "Sokongan dan galakan dari para doktor di seluruh Malaysia untuk kempen ini adalah sangat hebat. Apa yang anda lihat hari ini adalah perpaduan atau gabungan antara pengamal perubatan profesional, ibu bapa dan masyarakat untuk merayu kepada Kementerian Kesihatan supaya memasukkan vaksin ini ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP)."

Puan Chan Li Jin, Pengarah Program untuk Kempen YES To Pneumococcal Protection

Menurut Dr. Yong Junina, penyakit pneumokokal ini semakin meningkat di Malaysia.
Sebagai contoh, kes tersebut pernah berlaku di Perlis, di mana bayi di dalam pantang dijangkiti penyakit ini. Bila diselidik, bayi itu berjangkit melalui abangnya.
Abgnya pula tidak menunjukan symptom-symptom penyakit pneumokokal kerana berumur 5 tahun ke atas (di mana daya tahan dan imuniti badan adalah tinggi). 

bagi aku benda ni simple jek.
pada yang support vaksin pneumokokal, segeralah dapatkan suntikan ini di mana-mana klinik swasta yang menyediakan vaksin ini.
pada yang anti vaksin, janganlah nak meng'kondem' pada kita-kita yang vaksin anak ni.
pendek kata tepuk dada tanyalah selera.
kita tahu apa yang terbaik untuk anak-anak kita kan.
selebihnya kita berserah pada yang Maha Kuasa.
Wallahualam
 

andai kata kita dah ambil dos yang pertama dan tak cukup duit untuk dos yang kedua dan ketiga. takpe, kita boleh kumpul duit dulu sebab menurut Dr. Yong Junina, antara dos pertama kedua dan ketiga takde tempoh limit. so jangan risau ye mommy-mommy sekalian. menabung sikit-sikit pun takpe, lama-lama jadi bukit jugak.
jangan pulak menabung sampai umur anak dah lebih 5 tahun yek. tu memang melampau sangat-sangat tu.. =)

sekian, thanks =)
peace no war 

Friday, December 06, 2013

mengandung kali ke 2, bersediakah aku?

As Salam Readers,

Alhamdulillah, kandungan dah masuk minggu ke 15.
dah melepasi trimester yg pertama. Alhamdulillah =)
kejap sungguh masa tu berlalu.
Kalau ikut kiraan kitar haid, EDD aku jatuh pada 14 May 2013.
Kalau ikut scan hari tu, EDD aku jatuh pada 20 May 2013.
19 May birthday aku, harap2lah adik baby keluar 19hb. Hadiah paling besar buat ibu ni nak..hehehe

Actually, secara fizikal n mental aku dah ready pun nak mengandung kali ke 2 ni.
Kiteorg memang plan genap Alisha setahun kitaorg akan start berusaha.
Masa aku buat kira-kira tu, kalau conceive bulan 8, baby keluar dalam bulan 5. sama birthday ngan aku!
terus ON niat tu!hihi!
Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaan kami =)

Niat aku waktu ada 3 jek.
1 sebab aku dah tua. tahun depan dah 31 tahun.
1 sebab nak bagi Alisha kawan, kiranya jarak rapat.
1 lagi sebab anak tu pinjaman semata-mata dari Dia. so aku tak nak rugi dari segi situ.
tu aje niat aku. lain2 aku tak fikir dah.

tapi cuma aku sedikit kecewa, bila ada yang dpt tahu aku mengandung, depa2 cakap tak kesian kat Alisha ke.
dia kecik lagi. kurang kasih sayang lagi. n macam2lah.
kalau aku nak kira faktor kurang kasih sayang ke kurang kewangan ke ape ke, sampai bila kot aku nak delay?
Tuhan bagi kita akal utk menilai mana yang baik mana yang buruk.
Tuhan bagi kita kudrat utk mencari rezeki yang lebih.
Tuhan bagi kita perasaan utk create kasih sayang yg tiada nilai tu.
bagi aku, itu semua terserah pada diri kita. kita yang tentukan nasib kita. so paham2 la kan   

Aku dapat tahu aku mengandung bila period aku lewat seminggu.
Badan aku takde rasa pape pun. Cuma yang aku perasan, laki aku pening, mabuk2 n suka beli asam. sama symptom masa mula2 pregnant Alisha. Laki aku kena morning sickness dalam seminggu dua.
Pastu terus aku beli upt test. Aku test kat opis, nampak 2 line tp samar2. aku post kat kedok, depa cakap pregnant.
Aku bagitau hubby. hubby macam dah suka tapi aku cakap jgn berharap sebab x clear.
hubby soh beli lagi 1 upt test. keesokkan masa mandi pagi tu, aku test and memang clear 2 line. terus rasa syukur sgt2 n cepat2 gitau kedok. laki sendiri pun tak sempat gitau lagi sbb dia tgh tido..haha!

Pastu aku kira2 sendiri. mungkin dalam 5weeks camtulah.
Kiteorg jadi excited and ajak hubby pi scan kat klinik. excited macam anak pertama tau..hihi
bila sampai kat klinik tu, doc tak nak scan. alasan yg diberikan, bukan nampak apa2 pun. kalau nak scan tunggu 3 bulan baru datang semula.
laki aku memang pantang sikit kalo org cakap sombong ni, terus dia ajak keluar. banned terus klinik tu..huhu!
Doctor, kami cuma nak tengok betul ke x aku ni ngandung. aku cuma nak tengok betul ke ada kantung yg tergantung dlm ni. tu pun susah ke doctor!!huhu!

esoknya terus aku gi klinik panel kat opis aku ni. panel je tapi tak cover pun utk hal2 yang berkaitan ngan mengandung ni.watever!
bila doc scan, Alhamdulillah nampak kantung baby tu =)
terus terfikir, Alisha dah jadi kakak. patutla sejak dua menjak ni manja dia makin menjadi2.
rupa2nya dia tahu, adik baby dah ada dalam ni. naluri hati budak2 pun kuatkan =)

so aku cepat2 pasang niat supaya aku dapat jaga dua2 anak pinjaman ini sedaya upaya aku...
aku sentiasa berdoa agar anak2 aku diberi tubuh badan yang sihat, akal yang sempurna dan mendengar kata-kata orang tua...
aku sentiasa berdoa agar susu aku banyak untuk anak-anak ku ini. Aku berharap agar Alisha dapat rasa semula susu aku ni n of coz adik baby yg memang memerlukan zat dari susuku ini...

Aku sentiasa berdoa agar aku kuat sekuat2 ibu di luar sana...
amin

notes: pray for mangsa banjir tak kira di pahang, terengganu mahupun kelantan. semoga doa-doa kita diterima oleh Dia. amin

Thursday, December 05, 2013

steaming anak ikut cara aku

As Salam Readers,

2 minggu lepaskan Alisha batuk n selsema kuat. aku memang tak leh dengar dia batuk cam orang tua n soksek2 bunyi hingus. sakit hati aku dengar bunyi2 tu semua. orang tua pun tak selesa, lagikan budak2 kecik. tidur pun kejap2 jek. kesian sangat2 tau.

weekend hubby kerja n aku pun mulakan proses steaming kat Alisha. 
cara yang aku guna adalah rebus air dalam rice cooker. kalo korang nak guna baldi pun boleh jugak. ko rebus air panas. pastu ko curah dalam baldi. pastu ko talakan wap tu ke muka anak ko. bagi aku yang malas ni, aku angkut rice cooker je settle kerja..haha!

  • isi suku air dalam rice cooker and pasang plug.  
  • tunggu sampai ko tengok air nak mendidih. time tu ko akan nampak wap naik sikit2. 
  • bedung anak ko ngan lampin yer. takut pulak kalo tangan depa terkena rice cooker tu kan. kalo baby lagi, takpe la. ni kalau baya2 alisha mau tercampak rice cooker tu dia tepis or tendang.huhu!
  • pangku anak and condongkan kepala anak ke arah wap tu.
  • masa ni ko tepuk tepi badan (5 minit kiri, 5 minit kanan) dengan cara yang betul. jangan main tepuk aje k!tepuk pun ada teknik jugak tau. ko bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah). apa tujuan tepuk ni? tepuk ni bertujuan utk melonggarkan kahak di dalam paru-paru. selalunya lepas selesai tepuk, anak akan batuk or bersin and sekaligus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah n hingus menjejeh2.
  • kalau ko berani, ko boleh jolok sedikit mulut anak supaya anak muntah and keluarkan kahak degil tu.
  • kalau anak ko tertelan semula kahak tu, dont worry. selalunya kahak tersebut akan keluar melalui najis mereka.
  • benda ni ko kena buat selalu supaya kahak tak membeku dalam paru-paru. Doctor pernah cakap kat aku, bahaya kalau kahak membeku ni. Ia boleh menyebabkan penyakit asthma or radang paru-paru...seriously, mintak dijauhkan semua penyakit tu dari anak2 kita...amin
  • lepas tu ko boleh la nak sapu vicks baby kat depan n belakang anak ko. 
  • PALING PENTING, sebelum ko buat steaming ni, pastikan anak tak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan anak muntah susu.
  • itu saja. senangkan =) selamat mencuba ye pada mak mommy ibu umi sekalian


air baru nak mendidih
tepuk cara cupped hand OK! gambar ehsan en google

hari pertama. muka pasrah Alisha..huhu


hari kedua. nampak je aku angkut rice cooker, mencecet2 Alisha lari menyorok kat belakang langsir..h0h0

hari pertama lepas buat steaming tu. Alisha tidur lena sampai 3 1/2 jam OK =)

hari ketiga aku buat malam sebab isnin dah kerjakan. buat ngan hubby. ko tau2 jelah kalo buat ngan laki. sayang anak sangat sampai tanya itu ini. stress mak tau!haha!
aku suakan muka Alisha ke wap, hubby dok kipas2 wap tu ke tepi..muahahaha! pastu cakap dah dah..sabar jelah!!! T________________x

kalo korang-korang rasa malas nak buat cara ni, korang yang duduk area kl selangor ni bolehlah visit klinik Doctor Nadir Khan.. most wanted yo! klinik ni memang famous amos and aku dah pernah pergi beberapa kali (boleh klik SINI), servis depa memang tip top la =)


Klinik Wangsa Sdn Bhd
No 46 Jalan 24/27A
Seksyen 1, Bandar Wangsa Maju,
KualaLumpur
Tel : 03-41421614
!


NOTES: mungkin korang dah tengok gambar ni kat ig aku, jadi jangan muaklah yek. tak tempek gambar rasa macam tak best pulak nak cerita =)
sharing is sexy kan =)


Wednesday, December 04, 2013

selamat pengantin baru pada kamu-kamu

As Salam Readers,


entry lapuk tak lekang dek zaman..hihi!

anyway just nak wish selamat pengantin baru kepada mereka2 di bawah ni. 
bff aku, anak buah aku n bff hubby.

bff and ank buah aku kahwin sebulan yang lepas OK. baru sekarang aku nak up entry..haha!
alahai..time tu aku mabuk ke laut...so paham2 la kan =)


 huda n kucai - 02/11/2013
lokasi: jenjang
bff aku sejak zaman utem lagi

 
 fatin n amin - 03/11/2013
lokasi: kahang bt 28 (umah parents aku)
anak buah aku yang sulung


 al hafiz n ajeerah - 01/12/03
lokasi: dewan intec uitm sec 17
bff laki aku

To all of u,
Selamat pengantin baru
Selamat menempuh fasa hidup yang baru
Semoga hubungan yang di bina kekal till jannah
Semoga cepat2 dikurniakan anak yang comel
Gaduh sikit2 tu biasalah, dah namanya rencah kehidupan.so nak tak nak kena hadap jugak. Org cakap utk tempoh 5 tahun yang pertama, macam2 halangan dugaan rintangan akan dtg. so korang kena kuat k =)