Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, December 31, 2014

Penghujung 2014

As Salam and Sejahtera Readers,

hai korang
lama giler tak update pape entry kot..hukhuk
nak tengok blog sendiri pun tak sempat apatah lagi blog korang-korang.adududu

boleh dikatakan hujung tahun ni banyak benda terjadi kat family kecik aku.
Asyraf hampir 2 minggu berkampung kat hospital gara-gara viral fever. 
memang tak terluah dan tak tertanggung la perasaan tu. nasib baikla ada suami yang 200% bertanggungjawab, family n kawan-kawan yg tak putus-putus berdoa untuk asyraf n bagi semangat kat aku. kalau takde depa, mau meroyan kot aku nak hadap sesorang. hihu!
bebenornya aku nak cite pasal asyraf warded aritu tapi rasa macam hurmmmm esok lusa jela cerita. mood menaip tak mai lagi ni! otak dah karat sikit nak karang ayat.haha!
lagi pun dah hujung tahun kan. mood mestilah kena ceria-ceria sokmokan T______T

anyway aku nak ucapkan
selamat jalan 2014 and selamat datang 2015!!!

hai 2015!
semoga ko memberi sebanyak mungkin kegembiraan pada aku n orang-orang yang aku sayang. 
semoga anak-anak aku terus terus dan terus sihat membesar dengan bijak.
semoga kasih sayang antara kami tidak terhenti separuh jalan.
semoga bisnes aku semakin sukses dan di redhai Allah.
semoga kita kawan hingga ke akhir hayat. tanpa korang siapalah aku kan =)

 
 

Monday, December 01, 2014

#ctmahcorner1stgiveaway

As Salam n Sejahtera Readers,

I ada buat giveaway kat my facebook page n ig. moh la join yek =)

fb page: ctmah corner
instagram: ctmahcorner

 
















pemenang akan menerima 9 cube wardrobe samada kartun or plain.
tarikh tutup dah di tunda sehingga hari ahad ni, 7hb Dec 14 pukul 11.59pm.

jom la pakat reramai join yek. uolss boleh repost sebanyak n sesuka hati uolss k.
tapi make sure follow the rules ya!

tata =) =) =)


Thursday, November 06, 2014

penantian suatu penyiksaan!

As Salam and Sejahtera Readers,

tajuk sesuatu betul..haha!
just nak share aku dah dapat kunci rumah!
weh0ooo Alhamdulillah =)


Masya Allah, macam tak percaya dah ada rumah sendiri. walaupun rumah kecik size 756 square feet aje, tapi siyes rasa syukur sangat-sangat sebab ada rezeki aku nak beli rumah sendiri. buat masa ni aku mampu beli apartment aja =)

kontraktor dah cari n aku soh en harriz ni buat lamsum terus. malas aku nak pening-pening kepala cari lain-lain kontraktor. aku decided buat lamsum terus sebab harganya murah sikit. eh murah banyak kot. eh entahla labu. kalau buat satu-satu ni mesti mahal jugakkan (sebelum tu dah tanya ngan kontraktor lain, buat 1-1 memang tekan harga nowk!prftttttt!

renovation belum start lagi sebab rumah tu ada defect sikit. alah sikit je kot defectnya, pemulas pili mandi takde, getah tingkap bilik tengah takde n ada kesan crack sikit kat bilik tengah. 3 tu aje tapi report makan masa sebulan!lol betol!!!tapi takpe, nanti selang 2 hari aku follow up dengan property.hahaha

ahad lepas dah beli 4 kipas. 2 rubini, 1 kdk n 1 khind. dehhh kenapa lain-lain brand?
ehhh suka hati akulah nak lain2 brand.haha! ruang tamu ngan masterbed room nak boh rubini, bilik nom 2 boh kdk n bilik nom 3 boh khind. saja nak tengok mana 1 laju mana satu slow. ikutkan bilik nom 2 and bilik nom 3 takde besi penyangkut kipas tu, so aku dah habaq awal-awal kat kontraktor nak boh kipas =)

tiles aku nak survey weekend ni. maybe area jalan reko kajang. ni pun hasil google sana sini. ada yang kata jalan ipoh pun murah jugak. ahhh takpelah. bek aku usha kat jalan reko dulu.hihi! lampu memang aku nak beli kat house of lighting puchong. ni pun hasil google sana sini :D aritu dah pi and dah usha lampu mana yang berkenan. beli je dak lagi. aku tengok setiap orang yang masuk kedai tu mesti keluar bawak beg plastik berkotak-kotak. kami??? yilekk kosong hahaha!

tak sabarnya nak deko teko meko!!! T_______________T

 


Monday, November 03, 2014

bulan ni bulan penat!

As Salam and Sejahtera Readers

malasnya aku nak hadap bulan ni!seriously sangat malas ok =( =(
ku kena kerja setiap sabtu ahad sehingga 6 n 7 bulan 12!!!
seriously tak suka tak suka penat penat geram sakit hati!!!hahaha

kalau masih single takpelah jugak. ni dah beranak pinak kot. huh
nursery budak-budak ni memang off sabtu ahad. nak tak nak memang la aku kena angkut anak-anak sekali. dalam meeting awal2 lagi aku dah mention aku kena bawak anak. 
depa habaq bawaklah. choilaa!watever!!!

weekend lepas start dengan PTD Sepang. seawal pukul 7am aku gerak pi hantar Alisha kat rumah kak su. kak su tak leh jaga Asyraf sebab dia pun ada 4 org anak. tambah Alisha dah 5. kalau campur Asyraf mau Kak Su pitam kot.huhu!

pastu terus pecut pi sepang. anyonyonyo boleh pulak sesat sampai balai ketibaan pelepasan klia..hahahhaa!ko wat lawak ye tmah sobsobsss =( 
patutlah waze aku kematu senyap aje, rupa-rupanya tak on GPS. dasar enon btol kakakaka!

kat situ aku buat kerja pun acuh tak acuh aje. Asyraf sikit-sikit nangis, sikit-sikit susu. hihu! tidur pun tak sampai 1 jam. 20 minit dah terbangun. maybe tak selesa tidur atas tikar beralas kain batik aje.adudududu kesian kau nak =(

team member semuanya lelaki. so bila depa dukung je Asyraf, tak lama lepas tu mesti nangis.kekeke! bila staff ptd tu dukung Asyraf elok je senyap gelak-gelak. Sis tu ajak main keyboard la, tengok video la, main bendera la. bila Asyraf betul-betul nangis baru dia pass kat aku.hihi! tengok tengok! dasar memilih ye kau nak.haha! tapi memang sesuailah Asyraf pilih sebab kalau yang lelakinya dukung, sekadar dukung keras aja. lalalala T______T 

dah la..aku malas nak type. layan jela gambar kat bawah ni.hehehe

kena albumkan ni.kecik2 lagi dah kerjakan Asyraf!
tempat tidur Asyraf hukhuk
BIRD lukisan pertama utk Asyraf by Abdul. tp tetap nangis.haha
hari kedua sobsobs
tengok senyuman awak hilang penat lelah ibu tau =)

Thursday, October 23, 2014

2 budak comel!

As Salam n Sejahtera Readers,


tada!!!
Alhamdulillah dua dua dah makin besar and bijak pandai =)

Alisha 2 tahun 2 bulan, berat 12kg
Asyraf 5 bulan, berat 7.8kg


malam tadi alisha suruh aku buat lawak!
dia suruh aku jerkah depa sambil lompat T__________T sobsobs!
ibu mana yang sanggup tolak permintaan anak
maka aku pun jadilah badut terlompat lompat sambil terkekek-kekek. haha!
time ni laki aku tengah tidur sambil tengok tv (eh tv tengok dia tidur)
dengar kitaorg gelak berdekah-dekah terus dia hempas bantal n masuk bilik
lalalalallaa hahaha!
marah letuwwww! b0oooooooo!
Alisha "ibu, ayah napa?" dok tanya berulang2
Aku "ayah nak tidur la sayang"
Alisha "ibu cepatlaa lagi lagi"
Aku T_____________T sobsobs
 haha!
 



Thursday, October 16, 2014

KT 08 dah selamat sampai Malaysia

As Salam and Sejahtera Readers,

Alhamdulillah abah selamat balik Malaysia!!!
Masya Allah.. Subhanallah rindu sangat-sangat kat abah kita yang comel tu.
Kami adik beradik memang excited nak sambut abah kat KLIA. adik dari kuantan abang akak dari johor sanggup turun semata-mata nak jemput abah. mak tak yah cakaplah, dah turun awal seminggu lagi tau. lepak rumah kakak aku kat shah alam. hihi!so suwitt mak yam ni tau =) bak kata adik aku, bila lagi nak sambut abah kat KLIA kan. lalalalalala

flight abah delay 45 minit. sepatutnya sampai 12.50am. so kitaorg bajet abah sampai dalam 1.30am camtulah. tengah otw pi KLIA zass dapat whatsapp group abah dah sampai pukul 1.11am. akak abang aku yang dari johor tu habaq dia dengar announcement kapal terbang yang abah naik tu dah selamat mendarat. waaaaaa debar gile nak jumpe abah :D :D

sampai-sampai je terus zass terjah pintu 3. depa dah tunggu kat situ. hobi kakak aku memang bawak tikar. wajib bawak OK. senang nak duduk lunjurkan kaki ke ape ke. hihi

orang dah ramai tunggu kat pintu keluar tu. laki aku, abang, abang ipar, kakak, adik ipar n mak semua dah standby tunggu kat tepi tu. aku, humaira n alisha je dok rileks atas tikar sambil krup krap makan. asyraf still lg zzz dalam stroller. bila nampak pak haji mak aji keluar, aku rasa waaaa nak tengok abah la! terus zass cari yang lain. 

kepala dah tak reti dok diam ni. kejap pandang sana kejap jalan ke situ sambil cakap dalam hati, mana abah ni. haha! tetiba aku nampak kakak aku dah senyum n berlari ke pintu tu. aku tengok abang aku yang tolak troli tu!eh bila masa pulak mamat ni masuk dalam tu.haha! pastu baru la aku nampak abah! yay!!!! semua dok pakat peluk cium abah bertalu-talu. aaaa terubat rindu kami kat abah. Alisha dari tadi la dok panggil atok atok. mesti licha rindu atokkan =) bila dah berkumpul tu tetiba abah ajak makan tosei. haha! aku dah boleh agak mesti abah ajak makan tosei punya! abah aku penggemar tosei nom 1 tau :D :D

lepak kat kedai makan sambil dengar abah bercerita. time ni asyraf dah segar biji mata. haaa memang aku tak leh lepak lama la. lepas makan meggi goreng terus aku lepak dalam kereta aje sebab si kecik ni dah ek ek ek. sedar tak sedar dah pukul 4.00am. so kitaorg bersurai. abang kakak balik johor terus, adik n wife dia balik kuantan terus. kakak yg sulung balik kepong terus sbb after subuh nak bertolak ke bentong pulak. aku n kak su terus balik shah alam. owh abah nak lepak shah alam 1 malam. yay boleh dgr abah bercerita lagi =)

happy family!


welcome home abah!
semoga abah mendapat haji yang maqbul dan mabrur... Amin

Monday, October 13, 2014

2 bulan!!!

As Salam and Sejahtera Readers,

ewah..tajuk 2 bulan tu macam mengandung 2 bulan aje kau timah ni kan. haha!
eh ada lagi ke reader blog aku ni..kikiki

lama gile weh tak update blog! 2 bulan OK. kalahkan orang dalam pantang pulak aku ni..anyonyo!!!

sekarang ni symptom malas nak type malas nak fikir aje yang menguasai diri aku ni ha..tapi kalau bisnes laju pulak aktif. haha! apa2 jela tmah. janji kau bahagia sobs sobs

konon nak cerita pasal raya lah, pasal birthday Alisha la.
nahhhh semuanya tinggal debu tau. birthday hubby pun dah lepas. raya haji pun dah lepas. haha!

maybe next time aku nak buat trobek trobek ajela.haha!

malam ni abah balik. flight sampai pukul 12.50am. doakan perjalanan abah aku dipermudahkan dan diredhaiNya. Amin
seriously rasa rindu sangat-sangat kat abah. tengok orang update gambar kat mekah kat madinah aku rasa rindu sangat-sangat kat abah. abah tak pandai ambil-ambil gambar ni. nak telefon anak-anak pun tak pandai. selalunya anak-anaklah yang akan call abah. dengar cerita abah macam seronok aje. tak sabar nak dengar and tengok telatah abah bercerita.
kita jumpa pagi nanti ye abah!

my abah!



Monday, August 11, 2014

preparation for cik Alisha kita =)

As Salam and Sejahtera Readers,

gambar raya tunda di lain hari lagi!haha
stress tahap dewa sebab lupe bawak HP!
ape pun tak leh nak buat. nak fokus kerja pun tak leh fokus jadinya. lol!haha
asyik dok teringat gambar anak2 aku, bisnes aku, whatsapp aku, telegram aku, instagram aku n mcm2 lagila..uuu! xsuke perasaan ni tau!haha!

tapi rasa aman jugak la tak bawak HP ni. kalo tak asyiklah berkepit aja ngan enset.huhu!
yang paling bestnya aku boleh fokus deco-deco untuk birthday Alisha yang akan datang ni.
birthday Ahad ni, tapi satu hapak pun aku tak buat lagi. owh kelam kelibutnya duniaku. LOL!poyo x?haha

aku laki bini sepakat pilih tema frozen sebab Alisha tersangatlah suka cartoon frozen n asyik la nyanyi lagu let it go let it go. lagipun tu jela perkataan yang dia tau..kiki
kalau pegang hp aku mesti nak bukak you tube n search video klip let it go. pandai OK!
aku tak ajar dia pun. dia tengok aku klik situ, klik sini n tak lama pastu dia buat sendiri. otak budak-budak ni cepat tangkapkan.hihi
 
macam biasa, card / labeling / guest frame semua aku guna kaedah cut and paste. sonang kerja i. edit-edit n pastu print out..siap!lalalala

 kad birthday Alisha. sila refer sini k!

 let it go let it go!

TQ!

haaa... dikesempatan yg ada ni, aku nak jemput korang-korang yang free tu datang ke party birthday Alisha ni k. tarikh, hari, masa n tempat korang boleh tengok kat gambar kad atas ni ye. kalau sesat tu, pandai-pandailah call aku k. Insya Allah aku akan guide korang sampailah ke depan khemah.hihi!

jemput datang tau!
 

Friday, August 08, 2014

header baru!

As Salam and Sejahtera Readers,

Entry raya masih dalam draft lagi..lol!
tahap kemalasan beribu kali ganda.
tapi rajin pulak nak update header baru.lalalaa
of coz la kena tuka header baru. atenya asyraf dah keluarkan. 
haruslah tempek gambar sesama.hihi

maaflah aku ni tak reti nak buat header bagai ni.
aku cut crop and paste aje.
lantakler..janji cantik n simple kat mata aku.lalalaa

header baru mak!!!
 
happy weekend uolss!
esok mau raya raya raya :D

Friday, July 25, 2014

Jumaat Terakhir di Bulan Ramadhan 1435H

As Salam and Sejahtera Readers,

Kejap je dah 27 Ramadhan kan.
Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk puasa penuh lagi walaupun kadang2 tu memang terasa nak buka aja. lagi2 waktu hujung minggu.
sabtu ahad DF asyraf, so mmg terasa lemah tahap gigil n tekak sentiasa haus kot. kalu tak kuat iman, memang nakk aje aku tegok air bergelen-gelen.hihu
hubby cakap buka jelah, sayang susukan Asyraf kan. tp aku tak nak. still lg kuat nak tunggu sampai azan Maghrib. Rasa macam sayangnya...bukannye senang dapat puasa penuh tau. nak tunggu ngandung anak no 3, tak tau bila lg kan.haha

mood raya kali ni agak kelaut sikit sebab tahun ni beraya kat shah alam dulu.
alolololo...pasti mak yam sedih pilu anak-anak tak balik raya pertama. dipendekkan cerita, semua pulak tu beraya rumah mertua kecuali kak ni.
mesti mak lg sadiskan. hati kuat kata mesti malam n pagi raya aku soksek-soksek masa tepon mak..owh tak nak fikirlah!sebak dada i tau :(
sedangkan dengar lagu raya pun aku dah bergenang air mata, lagikan nanti dengar suara mak. si laki pulak asyik ejek-ejek aku jek..cehhh!

bila cite pasal menangis ni, terus teringat kisah 2 tahun yang lepas, masa aku lahirkan Alisha.ish tak mau cite ah..memori memori.huhu!
kalau ikut bulan islam, Alisha lahir pada 29 Ramadhan 1433H. bermakna lagi 2 hari je birthday Alisha yg ke 2 tahun.
eh tetiba ibu rasa nak beli kek birhtday utk awk =) kejap je awk nak masuk 2 tahun kan sayang. besar dah anak ibu ni tau :D

oklah!malas nak type panjang-panjang dah!!!hehe

last but not least
selamat hari raya Aidilfitri kawan-kawan!
maaf zahir n batin dari kami sekeluarga. 

maafkan kami..maafkan kami..maafkan kami..ewahh
kira halal n 0-0 la yek!
selamat pulang ke kampung halaman masing-masing. pandu cermat jiwa selamat k =)



Thursday, July 17, 2014

asyraf yang kini =)

As Salam and Sejahtera Readers,

Wahhhh..gila lama timah menyepikan..h0h0! 
setiap hari nak update blog tapi setiap hari tu jugaklah tak menang tangan. still lagi terkapai-kapai nak handle 2 anak ni..haha!saya budak masih belajar ya ibuk-ibuk :D

terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat berpuasa pada korang-korang semua. Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 19 kan, bermakna dah 19 hari aku dapat berpuasa. harap-harap Ramadhan kali ni dapat ler puasa penuh. Amin =)

alahaiii macam banyak je benda nak share ngan korang. nak cerita ke tak nak ek. larat ke aku nak menaip n ingat cerita-cerita lepas.h0h0!ahhh abaikan dulu. yang penting aku nak update cerita terbaru Asyraf. korang rindu tak ngan anak bujang aku ni?lalalalalaa

Khamis (10hb) lepas Asyraf dah genap 2 bulan tau. Alhamdulillah, kejap je masa berlalu.
kejap je anak bujang aku tu dah besau dibum-dibum. tak larat nak dukung dah kot..h0h0
Semalam pun dah selamat bawak Asyraf gi checkup 2 bulan. Alhamdulillah, Asyraf sihat dan semuanya nampak normal. 

berat: dah 6 kg!
panjang: 57cm
bmi: 18.5 
lilitan kepala: 41

ok aku dah malas nak type banyka-banyak dah.
moh le layan gambar dibum-dibum ni =)

2months old!!!


k babai!!!
sambung cerita esok pulak la ek!

Sunday, June 15, 2014

5 hari berkampung di wad

As Salam n Sejahtera readers

alamak..lupa nak cita ape dah. atenya mak anak 2 busy sesangat. baru ku tahu camne rasanya mak beranak 2. haha!

entry lepas aku ada habaq yang laki nangiskan.huhu! citenya begini, laki aku tunjuk 1 risalah ni n terus cakap sayang tak tau ke? aku cakap depa takde cakap pape pun n terus terus aku pulak yg melalak. rupa2nya Asyraf ada g6pd deficiency. depa detect dari darah kat tali pusat. seriously aku rasa down sesangat time tu n berkali2 aku cium baby.

memanglah aku pernah dengar pasal penyakit ni tapi aku memang tak sangka yang asyraf akan dapat g6pd. masa tu aku memang tak leh fikir pape dah lagi2 bila hubby cakap aku n baby kena tahan wad 5 hari sebab doctor nak pantau jaundis baby. what? 5 days?maknenya dari hari ahad sampailah hari khamis. seriously aku memang dah melalak2 time otw ke wad 5e tu. gile kau!aku rasa n memang tak cukup kuat kot nak hadap 5 hari kat wad. the 1st thing aku fikir is Alisha. sedihnya nak berjauhan ngan dia =(

5 hari dok kat wad memang rasa sgt membosankan plus menyakitkan. sakit sesangat kat area perut ni. lagi baby menyusu lagi sakit. aku rasa macam sakit constraction tu. doctor cakap normal sebab rahim tgh nak mengecut. sampai menangis kot tahan sakit tu.huhu!

selama 5 hari tu, setiap pagi depa akan amek darah kat tangan asyraf n sekali je asyraf duk bawah lampu biru. bila dok bawah lampu tu, semalaman aku tak tidur k sebab takut hidung dia tertutup dengan penutup mata tu. pastu lampu tu panas!dia x selesa kot dok bawah lampu tu.kejap2 merengek kejap2 mengempeng nak tek.

paling aku tak suka bila share toilet. bukannya aku ni memilih ke hape tp memang siyes aku tak suka geli semua2lah. dalam toilet, dalam bilik air ada je darah kat lantai. pastu cuci tak bersih. pastu bau darah palinglah aku tak tahan. bila nak buang pad dalam tong sampah lagilah aku nak muntah. awatla depa ni tak cuci pad tu. kotor kot darah. setan suka la tengok darah2 ni.huhu!

paling best time waktu melawat aje. mujurlah hubby amek cuti seminggu. setiap hari dia datang n teman aku. bila public holiday mesti dia angkut mak n Alisha. mak pulak mesti masak lauk pantang. ahhh sadislah bila kenang semula.sobs sobs
kalau hari biasa budak2 tak leh masuk. ada 1 hari tu hubby dtg ngn mak n alisha. so bergilir2lah mak n hubby naik. sebak dada macam nak pecah ok bila xdapat jumpe alisha, just usha dr tingkap,call n kiteorg main lambai2. huarghhhh meleleh2 ayaq mataa!!!

n tima kasih to wawa micha kak my zura sha nurul eli n yati coz sudi memeriahkan wad 5e =) thanks korang. terubat sket rindu aku kat korang. liza yumie zara shima thanks tau coz sudi terjah rumah aku yg serupa kapal karemmsss tu.kikiki

haaaishhh tu jela cite 5 hari aku. tonggang langgang pun lantak lerr..hihi

to Muhammad Asyraf Haikal
ibu doakan awk sihat cergas n sentiasa dirahmati yang Esa. amin

Sunday, June 01, 2014

Pengalaman bersalin Muhammad Asyraf Haikal - part 2 =)

As Salam and Sejahtera Readers

hehehehe T__________T
janganlah dimarahi hamba yek.lalalala
siyes penat nak type tau.hihi
OK ok meh la ku sambung part 2 yek. panjang ni.
suka hati kome la nak bace ke idok.hihi

Doc india tu tolak aku sampai depan pintu labor room aje. pastu nurse n bidan sambung tolak ke dalam. depa soh pindah dok atas katil labor room tu. bidan tu tanya aku "hang boleh turun dak" aku macam dah malas nak turun so aku cakap ajelah "tak boleh la nurse" makanya depa selaraskan ikut katil labor room tu and aku pun merangkak aje pindah ke katil sebelah.wakakaka! dasar pemalas kau timah!haha

tak lama lepas tu nampak hubby masuk sengih-sengih. pastu bidan soh kangkang. aku pun kangkang ah. kangkang luas lagi. makanya aku kangkang sekangkang kangkangnya =)
kali ni aku rasa macam bersemangat waja tau. setiap kali kepala baby menekan ke bawah aku siap cakap kat bidan "OK dia datang. Bismillahirrahmanirrahim.argh argh argghhhh" sambil tu bidan cakap "1 2 3 pandai, sikit lagi" yang kelakarnya tetiba aje aku rasa domok sebab bila bidan soh tolak dagu ke leher, aku rasa macam tak sampai. sudahnya hubby tunjal kepala aku ke bawah sambil bagi semangat.haha! kali ke 3 teran bidan cakap nak potong sikit sebab kepala baby macam ternaik ke atas. bila dia gunting tu, aku push sehabis push n dengarlah suara hamba Allah menangis. Masya Allah... Alhamdulillah aku cakap banyak kali sambil hubby cium kepala aku bertalu-talu (touching bila ingat semula). terasa lega sangat-sangat bila rasa ada benda panas berdesup keluar laju. sobs sobs
pastu terus tanya hubby "mana cepat?masa Alisha ke masa baby?" hubby laju jawab "yg ni kot. tapi sayang tu tak cukup power. kan dah kena gunting" aku prfttttttttttttttttttt

bidan angkat n tanya "anak apa puan?" aku "lelaki" n terus dia letak kat badan aku. skin to skin gitu. tetiba bidan cakap "hang awat?hang nangis ka hang suka?aku tengok muka hang macam nak nangis ada, macam suka pun ada" oooo rupa-rupanya bidan tu cakap kat hubby. bila aku tengok muka hubby, aku pun macam conpiuss..hehe! ayaq mata meleleh tapi mulut senyum. acaner tu bang? hubby tak kata apapun, just bunyi ketawa macam menangis tu..eh paham dok?hihi

pastu bidan soh teran sikit lagi, nak keluarkan uri pulak. aku berdehem sikit aje, uri pun keluar. boleh pulak bidan tu angkat n tunjuk kat aku "puan, ni uri baby ye" aku macam erks erks erks nak pitam pun ada.h0h0h! masa Alisha dulu depa tak tunjuk pun..merah hitam. cuak tengok seketul panjang camtu huhu

pastu nurse lain bagi anak kat hubby n hubby azan kat situ gak.lepas azan, hubby bagi semula kat nurse sebab depa nak bersihkan baby. time tu jugak bidan soh hubby keluar sebab nak jahit yang depa gunting tadi tuu.ngeee

ayat bidan ni lebih kurang gini la "saya nak jahit dalam ngan luar na. yg dalam tak rasa sangat, tapi yang luar ni sakit sikit na" aku angguk aje
Masya Allah! aku menjerit-jerit tak cover dah OK!!depa tak bius langsung. sedut gas tu pun tak dak. aku rasa bidan kuis isi kanan kuis isi kiri. aku rasa benang tu kena tarik kiri kanan.homaiiii!aku kena jahit hidup-hidup siot!sumpah aku jerit kuat gila sampaikan bidan tu pun tegur lebih kurang gini la "awat hang jerit kuat sangat. beranak tadi takde pun hang jerit macam ni. malulah kat orang lua. aku jahit 4 aje ni. luka hang sikit ja ni. tahan sikit na" aku? kemam bibir tapi tetap jerit kecik gak.siyes sakit oiii..time tu aku dah memang fikir nombor 3 memang lambat lagi la gamaknya. sumpah tak tahan gileeeer hukhuk

bila dah settle semuanya bidan soh lepak dalam labor room dulu sebab wad penuh.berkemungkinan besar aku kena tidur dalam labor room. hoh? dalam hati cakap macam ok jek sebab laki leh teman sepanjang malam.hihu!pastu hubby terus turun pi kaunter nak cek ada bilik kosong ke tak. time hubby keluar tu masuk Doc girl melayu. dia nak check jahitan n buat VE nak tengok ada darah beku ke tak. tangan comel je kecik tapi sekali dia godek-godek terangkat la pungkok aku.haha!sakit oiii!pas dia check tu dan dan aje aku nak terkencing. jadinya dia la tolong bangun n papah aku.lalalala!pastu bila aku balik ke katil, dia pulaklah yang tolong pakaikan pad.lalala ma kasih Doc.kikiki

penat aku tunggu anak aku, tapi depa tak anta pun. tengok-tengok hubby tolak troli baby sambil cakap "siot je. depa letak anak kita kat depan pintu sayang" lol!kenapalah korang tak tolak masukkan..huhu!takpe, dimaafkan =)

alahai..sempurnanya mu nak. terima kasih Allah atas kurnianMu ini. 
tak terzahir rasanya perasaan tu =)
tetiba je baby nangis n pelan-pelan angkat n bagi baby isap SI. 
pandai sangat-sangat baby isap n Alhamdulillah sangat-sangat susu aku terus ada. 
masa  Alisha dulu, 3 hari jugak baru susu keluar. 
Alhamdulillah, terima kasih Allah

kitaorang lepak-lepak, gelak-gelak, sedih-sedih ingat kat Alisha n selfie-selfie kejap =)
tak sia-sia aku beli power bank ngan yumie.takdela risau bateri fon kong.hihi
monopod je aku lupe bawak :p

selfie berdua. adik baby depa x anto lagi :D

dalam pukul 9 lebih camtu hubby cakap nak balik jap simpan uri tu sebab nurse cakap if tak bawak malam ni, uri tu depa akan simpan dalam peti ais. hubby takut tertukar, tu pasal dia nak balik gak. cian hubby penat.huhu

dalam pukul 11 lebih camtu nurse datang n cakap ada katil kosong kat bilik transit. h0h0!bilik Alisha dulu. so depa kemas-kemas barang aku n terus tolak kami. otw gi transit aku call hubby cakap tak yah datang ah, aku dah dapat wad. sampai je kat transit, depa bagi katil paling hujung kat aku. ok la. xde la macam Alisha dulu, dok tepi pintu. stress bila orang terlanggar pintu.huhu! eh korang tau dok bilik transit tu apa? hihi
transit tu bilik sementara waktu aje sebab wad semuanya dah penuh.hihi
malam tu tak leh nak tidur sangat sebab sana sini bunyi suara baby nangis. anak aku aje yang senyap ek ek segan silu sampaikan akak katil sebelah tegor baiknya baby awk.hihi

esoknya dalam pukul 10 camtu Doc guy cina datang melawat n suruh buat VE sebelum balik.yeh00ooo..tak sabar nak balik tp kecut perut nak buat VE!tangan Doc ni besau sebab Doc ni badan besau. tapi smooth aje dia masukkan tangan tu..ouchhh hihi
tak lama lepas tu hubby datang dengan muka n hati yang happy.borak-borak sambil tunggu surat keluar hospital. pastu adik n wife datang melawat kami. haishhh adik aku paling banyak tanya sampaikan garisan kat perut tu pun dia sibuk tanya gak. tengok perut gendut akula..haha!adik oo adik. ko memang suwitkan nua =)

tunggu punya tunggu nurse tak datang pun bagi surat. hubby dah panas punggung n cakap nak pi tanya nurse. aku pulak nak terkencing. so aku gi toilet, hubby gi tanya nurse. balik balik aje aku tengok muka laki tengah meleleh air mata.h0h?? 

eh dah penat laa...esok-esok aku sambung next entry pulak ek...
hihihihi

  

Friday, May 30, 2014

Pengalaman bersalin Muhammad Asyraf Haikal

As Salam n Sejahtera Readers,

Happy Jumaat uolss =)
Arini aku nak share ngan korang pengalaman bersalin anak ke 2 ni k.
orang cakap, lain anak lain ragamnya. ye dok?hihi

Aku rasa sakit pagi sabtu tu around 5.30am camtulah. masa tu hubby baru je gi kolam pancing kat seri kembangan nun di sana. dia kua umah kol 4.30am. Aku malas nak call dia, just whatsapp aje bagitau aku rasa sakit. pastu hubby call n cakap nak balik. aku cakap baliklah n terus letak fon.

pastu aku rasa nak terkencing n masa kat toilet tu nampak ada lendir darah kat panties n bowl tandas. so instinct aku kuat mengatakan mungkin kembar darah macam Alisha dulu.
pastu terus baring jek. malas nak bagitau mak. bila sakit tu datang, aku just urut-urut belakang pinggang aje. hubby sampai umah dalam pukul 6.30am n terus bagitau mak. macam-macamla depa tanya sampai aku malas nak jawab sebab dok menahan sakit tu.haha!seriously rasa macam malas gile nak jawab!!! T____________T

dok rileks-rileks, kemas apa yang patut, basuh botol susu Alisha dulu n dalam kol 9 kitaorg keluar umah. hospital pilihan hati of coz la Hospital Serdang =)

maintain tahan sakit =)

sampai hospital dalam pukul 9.30am. register itu ini and terus masuk bilik pac. 
baring kat katil n nurse pasang mesin ctg tuh. dalam kol 10 camtu doctor datang nak buat 1st ve. doctor lelaki Melayu. OK fine. aku relakan aje..hihuuu! Doc cakap baru 3cm!hekkkkk! kenapa aku rasa contraction selang 5 minit tapi bukaan masih sikit lagi.huhu! Doc cakap akan check semula pukul 3pm. sudahnya bertapalah aku kat situ. kejap2 aku duduk kat dalam, kejap2 aku lepak ngan hubby, mak n Alisha. kesian kat mak n Alisha, sampai tertidur-tidur kat ruang menunggu tu. aku soh hubby anto mak n Alisha tidur dalam kereta, kesian sangat kot.huhu!

tengok waiting list 'belum bersalin' tuuuu x__x
kesian nenek+Alisha! tengok muka suci aku ketap bibir tahan sakit!haha

Alisha yg tak pernah bosan menunggu =)
makin lama makin sakit oiii..aku jalan sambil menggigil-gigil pegang dinding. ada sorang akak ni perasan n terus tanya OK ke?Aku just cakap sakit n senyum aje. pastu akak tu cakap kat Doc "takde katil ke doctor?saya tengok dia ni tak tahan sangat ni"
then cepat2 Doc suruh baring kat katil. Datang pulak Doc perempuan India buat ve. seriously muka Doc ni sangat naughty n mulut sangat kepoh. Doc cakap "yuhuuu!dah 7cm!i korek2 bagi bukak jalan lagi ye" hohoh! tanjat mak tau..sambil korek sambil menyengih. pastu cakap lagi "hurmmm sedap, i like it!"homaiiiii ko doc!aku tengah sakit pun boleh terkekek2 gelak tengok Doc ni. pastu dia amek alat nak pecahkan ketuban tu n sambil buat muka naughty cakap "i nak jolok ni. mesti rasa dia best" errkksss!speechless aku k..hahaha T__________T

kali ke 3 baru dapat pecahkan air ketuban sebab contraction aku selang 1 minit. setiap kali Doc masukkan alat tu, aku sakit. bila contraction datang, Doc xleh nak pecahkan sebab kepala baby menolak ke bawah. lepas aje ketuban pecah, terus aku rasa sakit macam nak pitam, patah pinggang, semua la rasa. Doc sengih aje sambil suruh nurse tolak ke labor room. 

otw nak ke labor room sempat aku jerit ke Doc "Doc!panggil suami saya. nama saya siti fatimah!" pastu cecepat Doc n nurse panggil "siapa suami siti fatimah? siapa suami siti fatimah?boleh masuk ke dalam sekarang ye" haha!rasa cam kelakar pulak :D


part labor room next entry la yek!penat nak menaip n fikir ayat.haha!



  

Tuesday, May 27, 2014

10 May 2014

As Salam n Sejahtera readers

hai..lamanya den x menaip kat sini. mcm krik krik krik nak fikir ayat.h0h0
btw just nak share berita gembira dengan uollss =)

Alhamdulillah, saya dah selamat bersalin baby boy pd 10 May 2014 yang lepas.
kat fb, ig semua saya dah share. dlm blog aje belum share lagi.hihi
 
cam biasalah, hospital pilihan saya of coz la hospital serdang.
walau jauh, rela ku redah gitu..ewahhh =)

next entry saya akan share pengalaman bersalin anak ke 2 ni ek. 
takde mood nak type panjang-panjang lagi =)

meh nak tempek gambar pb satu :D

Muhammad Asyraf Haikal bin Muhammad Hamzah
10 May 2014
4.10pm
Hospital Serdang


Friday, May 02, 2014

Kisah Cube Wardrobe yang comel lote plus murah ni

As Salam Readers,

Alhamdulillah sangat2 =)
Pre-order cube wardrobe ni dah pun masuk 4th batch
I is tak menang tangan uolss nak handle menda yang comel ni..
sumpah tak tipu tau =)
sebab apa tak menang tangan?
sebab aku bagi harga yang serious jauh lebih murah dari harga luar. 
betul tak? betul tak? hihi
aku jual murah-murah pun sebab saja suka share benda ni ngan korang.hihi
 
ni, belum pun bukak 5th batch, dah ada yang bayar jugak.
terima kasih sesangat sebab korang-korang percaya kat aku =)
Alhamdulillah..ni yang dinamakan rezeki baby. ye dok =)

3rd and 4th batch dah sampai hari ni. so dari kelmarin aku dok pulun customer / ds bayar balance amount. kalau dok, aku tak leh submit kat supplier n of coz la cube-cube korang tu lambat di pos. lambat pos jangan salahkan aku tau, salahkan diri korang-korang ek.lalala :p

cube ni dah ada penambahan sikit tau.
start dari 2nd batch dah ada hanging rail. so korang-korang tak yah risau nak cari hanging rail celah ikea ke, jusco ke or memanalah =)
cube ni ada 3: cartoon, pattern n flowery.
untuk 4th batch ni pun ada penambahan gak, ada cube untuk kasut..owh so comel OK!
semuanya korang boleh cekidot kat blog bisnes aku http://ctmahcorner.blogspot.com or fb page ctmah corner

oklah! aku nak share cube-cube dari korang-korang yang best ni..hihi
siyes comel if korang pandai DIY ok =)

 Alisha is super excited masa OK! =)








  pape korang cekidot kat sini na
blog : ctmahcorner
fb page: ctmah corner

tata =)


Thursday, April 24, 2014

Alhamdulillah dah pusing =)

As Salam Readers,

37 weeks
nak inform kat korang ni =)
Alhamdulillah...
rasa syukur sangat-sangat tau 
even though semalam rasa pancit semput penat sangat sebab 2 kali ulang alik pi klinik, tapi semua tu berbaloi-baloi untuk aku and adik baby =)

Alhamdulillah, kepala adik baby dah ke bawah!!! Alhamdulillah =)
mula-mula scan aje doktor terus tuju bahagian bawah n terus senyum sambil cakap see kepala baby =) Aku rasa macam nak melompat katak, melompat bintang pun ada.

Malam sebelum tu atas nasihat laila, aku gigih baring n angkat kaki tinggi-tinggi. time ni buat sesorang aje sebab hubby dah tido =( aku baring n sandarkan kaki kat sofa. sambil tu naikkan kaki pelan-pelan =( pastu etty soh buat solat hajat, solat taubat. OK kol 3.40am camtu aku bangun buat solat hajat, solat taubat n tido dalam posisi sujud..adeh..sakit kepala den terpeleot. memang seribu daya la aku cuba buat sehabis baik =)

Alhamdulillah!!! 
tak tau nak gambarkan perasaan tu camne. pastu doktor scan sana scan sini sambil senyum-senyum. punggung baby kat atas perut, patutlah ibu rasa senak semacam nak. pastu kaki kat belah kanan. memang rasa la adik baby dok kuis-kuis gitu. doktor pusing-pusing scan kat belah kanan n panggil kawan dia. dingdong dingdong n cakap owh really pretty, really nice sambil senyum. rupa-rupanya depa tengah usha bebird adik baby x______________x
comel aje doktor ni tau. hai la adik baby ni, awk tak keluar lagi tp org dah puji bebird awk.hihih!kelakar betul =)

selesai part scan. cita pulak kat doktor yang keputihan aku ni makin worst.
sangat banyak n tak tahan gatal sampai tetiap malam aku main korek-korek depan cermin.huhu! doktor pun ngeri bila dengar aku cite korek guna jari n cotton buds.haha!
 
doktor offer nak check and soh baring kat katil, sambil soh staff dia prepare speculum etc..homaiiiii!!!!!terus rasa ketaq-ketaq bila ingat mulut itik tu.ngeeeeeeeee
redha jelah. nasib baikla doktor buat slow slow, just rasa perit-perit sikit aje..huhu!
doktor amek sample and staff dia informed result boleh dapat dalam tempoh sebulan.haha!
doktor tergelak kejap sebab time tu aku dah beranak kot.huhu!takpelah..halal ajooo 

adik baby,
ibu berdoa and harap sesangat awak duduk elok-elok kat bawah tu ye sayang
ibu tau, anak ibu ni baik n mendengar kata =)
ibu, ayah n kak licha sayang awk sangat-sangat tau
tak sabar nak cium, bau n peluk awak
semoga kita berdua dilindungi Allah selalu
amin

terima kasih pada yang mendoakan aku n adik baby.
sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa korang-korang =)

Tuesday, April 22, 2014

apa yang aku cuba buat bila tau adik baby songsang....

As Salam Reader,

Bila aku tau kedudukan adik baby songsang, perkara pertama yang aku fikir is belah perut. time tu memang seharian aku dok menangis aja. bila member-member wassap bagi semangat lagila aku menangis menangis..huhu! aku ni kira cengeng aka gembeng tau. huhu

bila habaq hubby, respon dia macam OK KO aje. cakap takde papelah, cakap mesti pusing semulalah, soh pi berurut la itu la ini lah..huhu!macam arghhhh la semuanya

seharian aku dok google sana google sini, baca sana baca sini. part berurut bidan tu buat aku ngeri seriau weh! ada yg cakap baby lebam2, terbelit tali pusat, mati dalam perut..semua tu buat aku terfikir xnak ah balik kampung semata-mata pi berurut. ikutkan weekend haritu hubby soh balik naik bas. fikir punya fikir xpelah..aku redha dengan ketentuan Dia. 

pastu aku google sebab songsang pulak. ada yang cakap sebab baby istimewa la, tak sihat la etc. uiiiiiii! lagilaa den cuak tahap gaban! padahal time tu dah fikir, eh dulu aku pun songsang apa. sihat walafiat aje. bak kata aini, sihat aje siti fatimah tu =)

wawa n aini suggested aku buat ECV. 
korang tau x ECV tu ape? meh aku explain sikit ek =)
ECV tu singkatan kepada external cephalic version. dalam kaedah ni, doktor yang terlatih akan memusingkan kedudukan baby secara manual dari kedudukan songsang kepada kedudukan kepala di bawah and turut diawasi oleh pengawasan ultrasound,CTG dan dewan pembedahan. 

ECV ini dilakukan pada usia kandungan 36 hingga 37 minggu kerana awal dari itu bayi akan pusing balik menjadi songsang dan kalau lewat pula,sukar dilakukan kerana air ketuban telah berkurangan.



So if let say adik baby still lagi songsang (aku berharap adik baby pusing pusing pusing), maybe aku pilih cara ni n the best thing is kat Hospital Serdang ada, tu pun Wawa yang habaq kat aku. even though aku redha, tapi at the same time aku rasa risau yang amat..hukhuk =(

dalam seminggu ni, macam-macam jugak cara aku buat.
1) pujuk baby! ye hari-hari aku dok sembang ngan adik baby. hari-hari pulak adik baby asyik mengeras kat atas aje. hopefully tu montot iye..huhu
 
2) letak ais atas perut, supaya baby rasa tak selesa and dengan harapan baby pusing ke bawah.

3) suluh dengan lampu picit kat bawah pusat tu. setiap kali nak main suluh-suluh setiap kali tu la aku stress. mana tak nya, time aku nak suluh, time tu la Alisha sibuk jugak nak main torch light. berebut aje ngan dia..ngeee

4) paling senang nak buat, sujud lama-lama. aku sujud lama tapi aku rasa tak sampai 5 minit kot. ada tu suruh buat sampai 20 minit.huhu

5) merangkak. ni kadang-kadang je aku buat sebab aku rasa macam tak selesa pulak nak merangkak dalam rumah =)

6) ambil segelas air kosong dan bacakan surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali, dan hembuskan ke dalam air tersebut. Ambil air dah usap kat perut sebanyak 3 atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam beserta selawat ke atas Nabi S.A.W. Lebihan air boleh diminum. nak lagi mustajab, suruh husband buatkan ye =)

7) Amalkan juga membaca surah Al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, semoga Allah permudahkan proses kelahiran baby yang kita kandungkan ni.

All the best ctmah!
esok repeat scan.
hopefully ada keajaiban.
adik baby, awk dengar cakap ibu tau. awak pusing ye sayang.
ayah tu nak tengok awak lahir sayang, ayah tu nak teman ibu dalam labour room sayang.
awk pusing ye sayang
muahhhhhhhhhh sangat-sangat kat awak

terima kasih pada kawan-kawan yang support dan mendoakan aku. jasa kalian amat ku hargai =)

Friday, April 18, 2014

result scan

As Salam Readers,

Entry lepas daku ada bagitau nak kena gi KK semula untuk scan adik baby kan. 
so pagi tadi, kol 7.30am aku dah vroom vrooom ke KK Kelana Jaya,

perasaan of coz la excited nak tengok adik baby.
tetiba doctor cakap ur baby breech la. kepala di atas, kaki di bawah
what??? =( =(
terus meleleh kat situ gak..huhu
seriously aku tak pernah pun terfikir baby akan breech ke apa ke sebab checkup selasa lepas kepala baby cun kat bawah. huhu!
terus rasa down n down kejap.huhu

doctor cakap next week rabu datang semula scan. masa tu dah masuk 37 minggu.
if still breech, depa akan buat surat refer hospital. 
Ya Allah, perasaan ni tak tau nak habaq camna.
rasa macam bernapas dalam lumpur gituw..huhu =(

Alhamdulillah baby sihat.
berat 2.8kg
air ketuban masih cukup lagi

 
To adik baby,
ibu harap sangat-sangat awk pusing semula ye nak =)
kawan-kawan, tolong doakan saya n adik baby yek 
thanks =)
 
 

Thursday, April 17, 2014

36 weeks! im ready u!!!

As Salam Readers,

Alhamdulillah, dah masuk 9 bulan pun minggu ni. Esok kena gi KK lagi utk scan adik baby. Isnin pun kena datang lagi untuk weekly checkup. la ni dah seminggu sekali..huhu!cuti coti cuti abes laaa cuti daku =(

Pakaian adik baby pun baru je siap laundry. tetiba rasa eh macam sikit aje. time Alisha dulu penuh bergantung 2 3 ampai.hahah! ku rasa baju baby boy macam limited sikit compare than girl. kalau girl, pink banyak pun takpe..hihi

adik baby punya! =)

Lepas dah basuh, terus packing dalam beg. as usual kitaorg share 1 beg yang chomel sangat. beg ni aku beli masa anakku warehouse sales yang lepas. RM 5 aje yooo! memang la berbaloi-baloikan. kalau korang tanye aku ada jual ke x, confirm-confirm la takde yek =)

beg cap ibu dan anak =)

OK meh aku listkan apa yang ada dalam beg chomel ni =)
1) baju adik baby 3 helai 
2) barut 3 helai
3) napkin 1 helai
4) hooded blanket 1 helai
5) mitten booties 3 pasang
6) pampers 9 helai
7) wipes tissue pack yang besar 1pc
8) blouse ibu (berbutang) + kain batik 1 helai
9) towel 1 helai
10) spetot pakai buang  cap pureen 1 pack (ada 5pcs)
11) maternity pad 4pcs
12) bra 2 helai
13) padding bra 4 pasang
14) plastik sampah 1pc
15) minyak+ubat-ubatan

rasanya tu aje yang ada dalam beg tu.. kembong beg!haha!
bengkung kena bawak ke ek? tak ingat pulak masa Alisha dulu aku pakai bengkung ke idok..lalalalalalaaa

feeling happy
feeling nervous
feeling everything

kawan-kawan, doakan aku ek. terima kasih
hopefully semuanya dipermudahkan oleh DIA. amin =)