Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, January 29, 2014

bila balik kampung

As Salam Readers,

Hi..isnin aku MC. ada la sebab-sebab tertentu ku mc.huhu
ni cerita minggu-minggu yang lepas yek. ntahla..malas berbenor gamaknye nak update blog. mesti aku jangkit ngan leenda ni..haha! sori leenda yek :p

cuti thaipusam aritu we all balik kampung. Alhamdulillah, jalan clear tu pun ikot LEKAS. nasib baikla yumie gitau kat plus ado accident. eh accident ke jammed ek.. hapo pun tak ingat dah.haha!
 
aku kalo balik kampung, aktiviti wajib mesti ajak family mengeteh kat warung. korang tau x mengeteh tu apa? mesti tau kan..hihi! habis semua anak buah aku angkut. ramai-ramai baru best. mulut pun potpet-potpet marah budak-budak tak reti dok diam.haha!
Alisha dari dok atas kerusi, sampai atas meja kot. siap buat tarian atas meja lagi.hadoiii la anak. suka hati ko laa anak. janji bahagia. gambar aje ku lupa nak snap sebab dah caca marba.haha!

bila balik kampung ni semua rasa best-best belaka. stress langsung takde. apa pun tak yah fikir. makan minum tido pun sesuka hati jek. Alisha pun aku lepas sesuka hati jek sebab seronok tengok dia main ngan cousins dia. dah gaya budak besar kot..huhu!

macam-macam aksi budak kecik ni =)
balik kali ni, ku request nasi impit+kuah lodeh+ayam rendang kat mak. mengidam la sangat kan..haha! pastu macam biasalah, mak mesti buat kuih favourite kami anak beranak, UNTOK-UNTOK. untok-untok ni orang banjar je yang tau. eh aku tak tau la banjar lain tahu ke idok.huhu!

ni namanya untok-untok. siapa yang follow ig aku tu, confirm la dah nampak 2 minggu lepas.haha
nasi impit+masak lodeh+rendang ayam aka lontong

pagi ahad tu je aku rase stress sampai bawak ke isnin. tu sebab owner rumah yang ngong talingong!!! nanti aku cite lain kat entry k. terus rasa nak marah semula ni.k bai!! =(

jom follow 1st Giveaway Ctmah Rahim. semua dialu-alukan tau. Khalisa Johari, ko tak nak join ke beb!hihi

 

 

13 comments:

Nurul Aziz said...

banjar gak, tapi untok-untok? tak pernah dengar.. hihi.

Asz Miza said...

haha..lisa namamu diseruuu..sedap aih tgk lontong tuu..

♥ ROS ♥ said...

Blk kg rasa nyaman je kan :-)mkanan pun sodapp :-P

as ♥ Leenda said...

uhukk uhukkk..nameku disebut2..huwaaaaa..
ku dah update blog tau hari ni..hahaha

ayahmamilisa said...

wah dah macam raya plak ada lontong..hihi..bestnye dapat makan air tangan mak kan :)

Aeen said...

org banjar ke?hehe...MIL ain org banjar...xpenah lagi dengar untok2 nie..tp tgk mcm lebih kurang cakoi je kan...hehe

achiek anis said...

balik kmpg best...sbb dpt makan masakan mak gitu...

umie shahidah said...

xpnh dgr untok untok tu.....

Sura Mohd said...

lontong!!.sedapnya...untok-untok..1st time dengar..:)

asyifa mustaffa said...

Ait..! Sy banjar gak...x penah dgr lg untok2 ni...kuih cmne tu?

ieza ashaari said...

tetiba jadi lapar r ctmah oiiii.. leenda gak kau nak kenakan ye.. sian dia..

yUmiE AzuRa said...

ni banjar keluarga Hj Rahim je yg tau UNTOK2 ni.hahaha

mrs kayrul said...

first time dengar nama kuih untok2..nampak macam sedap la