Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Thursday, February 20, 2014

Klinik Pediatrik Adek (Pakar Kanak-Kanak) Seksyen 9 Shah Alam

As Salam Readers,

Hari tu aku dah janji nak cerita pasal klinik yang aku gi masa Alisha allergic tukan.
ni memang aku google ajo. So meh nak story sikit =) 
maybe boleh dijadikan references untuk mommy-mommy yang duk area shah alam n kawasan yang sewaktu dengannya :D

Nama klinik: Klinik Pediatrik Adek
Alamat: 20, Jalan Tengku Ampuan Zabedah G-9/G, Seksyen 9, Shah Alam, 40000, Shah Alam, Selangor. 
No phone: 03-5880 7964



Bila masuk je dalam klinik ni, terus dalam kepala otak aku cakap hurmm not bad. Totally melayu and ada unsur islamik sikit. ada jual hand sock mesir, stoking n buku-buku agama. 

masa datang tu, ramai jugak parents yang tengah tunggu queue. after register kiteorang pusing-pusing 1 klinik tu. terasa macam BEST jek. ada sudut ala-ala kindergarten untuk anak-anak. Alisha nampak mainan, terus laju berdesup main. hilang segala gatal-gatal kat 1 badan dia tu.hihi! pastu aku usha lagi. ada sudut untuk ibu menyusu, sudut tukar lampin baby and bilik untuk solat. tandas pun sangat bersih. 100% aku satisfied =)



turn menunggu memang take time sangat. 2 jam ada kot sebab doktor yang merawat memang sorang tu jek. Bila nama Alisha dipanggil, kami cepat-cepat masuk. bila masuk bilik doktor, aku rasa sesuatu, macam rasa tenang sangat-sangat. Doktor pasang ayat-ayat Al-Quran. Nama doktor ni Doktor Amdan Ahmad. 1st time aku tengok doktor Amdan, aku terus rasa jatuh cinta.hikhik! sorry terover abang!haha! 

Dr. Amdan tersangat peramah and pandai amek hati Alisha. Pembantu yang bertugas pun pandai amek hati Alisha. cara layanan bukan macam cara kita jumpe doktor tau, tapi lebih kepada macam jumpa kawan-kawan. dalam bilik tu ada set sofa and mainan. we all duduk atas sofa sambil borak-borak ngan Dr. Amdan while Alisha main mainan picit-picit tu ngan pembantu Dr.. sambil Alisha main, sambil tu la Dr. Amdan cek badan Alisha n etc.

Dr. Amdan cakap Alisha alah pada sesuatu. ni bukan virus or bakteria sebab Alisha aktif and tak demam. maybe kami ada pergi mana-mana and terus teringat, aku dah 2 minggu berniaga kat ampang tu. kat situ Alisha memang super aktif tau. bergolek-golek atas karpet kat stall tu. maybe kat situ kot kena. hurmm Wallahualam. tak dapat nak pastikan huhu =(

Setiap pertanyaan kami, Dr. Amdan jawab dengan lembut, baik and perfect. Lepas tu Dr. explain pasal ubat yang dia nak bagi tu, ubat makan, ubat antibiotik and lotion. dalam 30 minit jugaklah borak-borak ngan doktor. Dr. Amdan cakap dalam masa 4 hari kena datang semula, tengok ubat ni serasa or tak.

Pastu keluar, ingatkan terus bayar bill. tengok-tengok pembantu Dr. panggil and masuk bilik lagi satu. rupa-rupanya depa nak bagi makan ubat and sapu lotion sesiap.Alisha memang senang makan ubat. soh nganga laju je dia nganga.hihi! dalam bilik ni, aku perasan adan mesin sedut kahak tu. then bila aku tanye nurse, depa cakap memang ada buat untuk sedut kahak tu. aku tanya costing berapa, RM30 only OK.h0h!tanjat mak tau. lepas ni kalau nak sedut kahak anak, boleh pi sini jelah. selama ni aku memang tau kat ampang Dr. Nadir Khan aje. lain-lain aku tak amek port sangat sebab bg aku Dr. Nadir punya servis memang tip top. dah jumpe yang baru ni, why not kita cubakan, Insya Allah =)


lepas dah siap bagi ubat, barulah gi bayar bill. total bill still lagi murah dengan apa yang kami dapat. RM134 only n tu pun dah termasuk kos pendaftaran RM 60 untuk patient baru. so kalau dah selalu datang, tak sampai RM100 pun kan =) Alhamdulillah murah dan berbaloi sangat.

Alhamdulillah, allergic Alisha dah kurang. tinggal sikit je kat permukaan tangan dia. hopefully benda tu cepat hilang la yek. cian Alisha ibu ni kan. checkup 1 1/2 tahun kat KK pun terpaksa hold dulu sebab Alisha de makan antibiotik. so next monday kita gi cucuk setahun setengah ye Alisha =)

So apa yang aku boleh summaries kan, servis Dr. mahupun nurse sangat tiptop baik dari segi pengetahun, layanan or communication. Klinik ni more pada penyakit ekzema tau. ada banner besar pasal ekzema n rata-rata yang datang hari tu anak ada ekzema and selsema. 
so pada mommies yang ada anak ekzema, aku suggest korang try pi sini ek. 

tak silap aku, waktu operasi klinik ni sekejap jek. 
buka pukul 9.00 am. pastu 12.30 pm rehat and continue semula 2.30 / 3.00pm sampai 4.30pm. dalam pukul 10.00 am / 10.30 am camtu staff akan tutup main door sebab nombor giliran dah habis. hihi! nampak sangat klinik ni famouskan

sekian =)


entry agak panjang. malas baca silang X ok :D
eh sila singgah ctmah corner yek. aku ada post entry baru untuk rompers, carters pant, sleepsuit n shakentake. comel2 belaka deh

15 comments:

yUmiE AzuRa said...

klu mommy yg ade ekzema cmne awak??bleh gi sini tak??bahaha

n0ruL said...

bahaha..yumie wat lawak pulak ea..
alhamdulillah alisha dah kurang gatalnya..
bagus alisha suka mam ubat..gud gurl..

YaNg AyEsHa said...

owh..kiranya alisha baru kena lah gatal2 tu..Alhamdulillah makin pulih

nida-razak said...

bagusnya ada klinik macam tu..xda la budak rasa takut nak gi klinik kan..sebab nida kecik-kecik dulu, takut nak gi klinik, haha..

~ NANA ~ said...

untungla org KL...hahaha

eh betul la, bagus kn tempat islamic camni...servis pon bgus, why not try kn? :)

MimahAjil said...

Bes tu klinik ni...tp mcm jauh la pulak dari kteorg...mybe klu ade kes yg tk terkawal blh bwk ank2 kt sni...hasif pn masih alergik dan ekzema

Nadhira Zainal said...

salam..still beroperasi lg ke klinik ni?try call no phone tu tp xde dlm perkhidmatan..

Anonymous said...

Sy staf klinik...msh beroperasi...cm no.phone salah...03-5880 7694/95

Anonymous said...

salam..klinik ni gne cream/lotion pe ek utk rawat ekzema alisha..

turtlegal said...

Saya call number baru, dua2 x berjawab

Azham Kamarulzaman said...

klinik msh beroperasi ke,sya call ke2 no tu tiada dlm perkhidmatan

shafura mohamad zahid said...

Nie no baru klinik adek....03-58807695

Fiza Majid said...

Salam bole x bg no klinik adek? Sbb saya try cal no fon 03 58807695 xbole hubungi

Anonymous said...

sabtu buka x klinik adek ni

Anonymous said...

waktu operasi klinik ini bila? still ade lg kan..