Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, April 22, 2014

apa yang aku cuba buat bila tau adik baby songsang....

As Salam Reader,

Bila aku tau kedudukan adik baby songsang, perkara pertama yang aku fikir is belah perut. time tu memang seharian aku dok menangis aja. bila member-member wassap bagi semangat lagila aku menangis menangis..huhu! aku ni kira cengeng aka gembeng tau. huhu

bila habaq hubby, respon dia macam OK KO aje. cakap takde papelah, cakap mesti pusing semulalah, soh pi berurut la itu la ini lah..huhu!macam arghhhh la semuanya

seharian aku dok google sana google sini, baca sana baca sini. part berurut bidan tu buat aku ngeri seriau weh! ada yg cakap baby lebam2, terbelit tali pusat, mati dalam perut..semua tu buat aku terfikir xnak ah balik kampung semata-mata pi berurut. ikutkan weekend haritu hubby soh balik naik bas. fikir punya fikir xpelah..aku redha dengan ketentuan Dia. 

pastu aku google sebab songsang pulak. ada yang cakap sebab baby istimewa la, tak sihat la etc. uiiiiiii! lagilaa den cuak tahap gaban! padahal time tu dah fikir, eh dulu aku pun songsang apa. sihat walafiat aje. bak kata aini, sihat aje siti fatimah tu =)

wawa n aini suggested aku buat ECV. 
korang tau x ECV tu ape? meh aku explain sikit ek =)
ECV tu singkatan kepada external cephalic version. dalam kaedah ni, doktor yang terlatih akan memusingkan kedudukan baby secara manual dari kedudukan songsang kepada kedudukan kepala di bawah and turut diawasi oleh pengawasan ultrasound,CTG dan dewan pembedahan. 

ECV ini dilakukan pada usia kandungan 36 hingga 37 minggu kerana awal dari itu bayi akan pusing balik menjadi songsang dan kalau lewat pula,sukar dilakukan kerana air ketuban telah berkurangan.



So if let say adik baby still lagi songsang (aku berharap adik baby pusing pusing pusing), maybe aku pilih cara ni n the best thing is kat Hospital Serdang ada, tu pun Wawa yang habaq kat aku. even though aku redha, tapi at the same time aku rasa risau yang amat..hukhuk =(

dalam seminggu ni, macam-macam jugak cara aku buat.
1) pujuk baby! ye hari-hari aku dok sembang ngan adik baby. hari-hari pulak adik baby asyik mengeras kat atas aje. hopefully tu montot iye..huhu
 
2) letak ais atas perut, supaya baby rasa tak selesa and dengan harapan baby pusing ke bawah.

3) suluh dengan lampu picit kat bawah pusat tu. setiap kali nak main suluh-suluh setiap kali tu la aku stress. mana tak nya, time aku nak suluh, time tu la Alisha sibuk jugak nak main torch light. berebut aje ngan dia..ngeee

4) paling senang nak buat, sujud lama-lama. aku sujud lama tapi aku rasa tak sampai 5 minit kot. ada tu suruh buat sampai 20 minit.huhu

5) merangkak. ni kadang-kadang je aku buat sebab aku rasa macam tak selesa pulak nak merangkak dalam rumah =)

6) ambil segelas air kosong dan bacakan surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali, dan hembuskan ke dalam air tersebut. Ambil air dah usap kat perut sebanyak 3 atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam beserta selawat ke atas Nabi S.A.W. Lebihan air boleh diminum. nak lagi mustajab, suruh husband buatkan ye =)

7) Amalkan juga membaca surah Al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, semoga Allah permudahkan proses kelahiran baby yang kita kandungkan ni.

All the best ctmah!
esok repeat scan.
hopefully ada keajaiban.
adik baby, awk dengar cakap ibu tau. awak pusing ye sayang.
ayah tu nak tengok awak lahir sayang, ayah tu nak teman ibu dalam labour room sayang.
awk pusing ye sayang
muahhhhhhhhhh sangat-sangat kat awak

terima kasih pada kawan-kawan yang support dan mendoakan aku. jasa kalian amat ku hargai =)

12 comments:

aznor ibrahim said...

pusing ye adik baby..ibu dah wat macam2 tu :)

adnil linda said...

InsyaAllah adik beby pusing blik...sje nk gurau2 tu...

e k i n ♥ y u s r i said...

semoga semuanye berjalan lancar ye ctmah
amin

Chekgu Azrine said...

Pusing tau adik bb..
semoga ada berita gumbira utk adik bb esk erk..

DYatie said...

Adik baby, pusing ye sayang.
Ibu Alisha, semoga Allah perkenan doa dan usaha mu. Semoga dipermudahkan.

MimahAjil said...

InsyaAllah adik bby pusing tu nnt...dia saje nk gurau2 ngan ibu....

missayu said...

insyaallah...semoga semuanya lancar...

LisaLisut said...

inshaallah ctmah. semoga ur baby pusinggggg semulaa. aminnnnnnnnnnnnnnn

Mommy_Cha said...

eh nape aku sebak baca entry ni?
-.-'

SyimaSyaz said...

ctmah,
cuba banyakkan naik tangga tp turun tak suggest sb takut u tak nampak...

lurve said...

sy dulu baby sonsang jugak. dr xkasi suruh bidan urut and sy ade buat ecv. cerita tentang pengalaman sy mase ecv. mmg sakit (bkn niat nk menakutkan) sbb dr awal sy da set minda sy yg ecv tue saket after sy bace dekat google. kebetulan mase sy nk buat ecv tue ade ibu yg nk buat ecv jugak. tp die xtaw ape pn tntg ecv. and baby die berjaya pusing. tp sy setelah cuba 2x baby xpusing and sy merasa saket ecv tue. jd bkn sbb mindset. anggap jerk ecv tue sangat senang and x sakit langsung. ^___^

ummu said...

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Betulkan Bayi Songsang