Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Friday, May 30, 2014

Pengalaman bersalin Muhammad Asyraf Haikal

As Salam n Sejahtera Readers,

Happy Jumaat uolss =)
Arini aku nak share ngan korang pengalaman bersalin anak ke 2 ni k.
orang cakap, lain anak lain ragamnya. ye dok?hihi

Aku rasa sakit pagi sabtu tu around 5.30am camtulah. masa tu hubby baru je gi kolam pancing kat seri kembangan nun di sana. dia kua umah kol 4.30am. Aku malas nak call dia, just whatsapp aje bagitau aku rasa sakit. pastu hubby call n cakap nak balik. aku cakap baliklah n terus letak fon.

pastu aku rasa nak terkencing n masa kat toilet tu nampak ada lendir darah kat panties n bowl tandas. so instinct aku kuat mengatakan mungkin kembar darah macam Alisha dulu.
pastu terus baring jek. malas nak bagitau mak. bila sakit tu datang, aku just urut-urut belakang pinggang aje. hubby sampai umah dalam pukul 6.30am n terus bagitau mak. macam-macamla depa tanya sampai aku malas nak jawab sebab dok menahan sakit tu.haha!seriously rasa macam malas gile nak jawab!!! T____________T

dok rileks-rileks, kemas apa yang patut, basuh botol susu Alisha dulu n dalam kol 9 kitaorg keluar umah. hospital pilihan hati of coz la Hospital Serdang =)

maintain tahan sakit =)

sampai hospital dalam pukul 9.30am. register itu ini and terus masuk bilik pac. 
baring kat katil n nurse pasang mesin ctg tuh. dalam kol 10 camtu doctor datang nak buat 1st ve. doctor lelaki Melayu. OK fine. aku relakan aje..hihuuu! Doc cakap baru 3cm!hekkkkk! kenapa aku rasa contraction selang 5 minit tapi bukaan masih sikit lagi.huhu! Doc cakap akan check semula pukul 3pm. sudahnya bertapalah aku kat situ. kejap2 aku duduk kat dalam, kejap2 aku lepak ngan hubby, mak n Alisha. kesian kat mak n Alisha, sampai tertidur-tidur kat ruang menunggu tu. aku soh hubby anto mak n Alisha tidur dalam kereta, kesian sangat kot.huhu!

tengok waiting list 'belum bersalin' tuuuu x__x
kesian nenek+Alisha! tengok muka suci aku ketap bibir tahan sakit!haha

Alisha yg tak pernah bosan menunggu =)
makin lama makin sakit oiii..aku jalan sambil menggigil-gigil pegang dinding. ada sorang akak ni perasan n terus tanya OK ke?Aku just cakap sakit n senyum aje. pastu akak tu cakap kat Doc "takde katil ke doctor?saya tengok dia ni tak tahan sangat ni"
then cepat2 Doc suruh baring kat katil. Datang pulak Doc perempuan India buat ve. seriously muka Doc ni sangat naughty n mulut sangat kepoh. Doc cakap "yuhuuu!dah 7cm!i korek2 bagi bukak jalan lagi ye" hohoh! tanjat mak tau..sambil korek sambil menyengih. pastu cakap lagi "hurmmm sedap, i like it!"homaiiiii ko doc!aku tengah sakit pun boleh terkekek2 gelak tengok Doc ni. pastu dia amek alat nak pecahkan ketuban tu n sambil buat muka naughty cakap "i nak jolok ni. mesti rasa dia best" errkksss!speechless aku k..hahaha T__________T

kali ke 3 baru dapat pecahkan air ketuban sebab contraction aku selang 1 minit. setiap kali Doc masukkan alat tu, aku sakit. bila contraction datang, Doc xleh nak pecahkan sebab kepala baby menolak ke bawah. lepas aje ketuban pecah, terus aku rasa sakit macam nak pitam, patah pinggang, semua la rasa. Doc sengih aje sambil suruh nurse tolak ke labor room. 

otw nak ke labor room sempat aku jerit ke Doc "Doc!panggil suami saya. nama saya siti fatimah!" pastu cecepat Doc n nurse panggil "siapa suami siti fatimah? siapa suami siti fatimah?boleh masuk ke dalam sekarang ye" haha!rasa cam kelakar pulak :D


part labor room next entry la yek!penat nak menaip n fikir ayat.haha!



  

14 comments:

e k i n ♥ y u s r i said...

fuhh...
rindu saat2 nak bersalin nie

Syima Syaz said...

masa kena korek tu tak sakit ke ctmah? aritu kena korek masa nak bersalin aisya... mak aiiii rasa macam kena sula... menjerit 1 wad boleh dengar...

amal said...

good girl alisha teman mama.. kalau shaheem dah lari sana sini tu hehe.. aiyoo naughty betul doc tu. nasib perempuan haha. kalau laki rs mcm sexual harassment plak erkk

mOoN IzzaN said...

haaaaaa... bila baca pengalaman org lain bersalin terus rasa mcm nak peknen lagi... huuuuu

LisaLisut said...

weiii tgh klimaks baca ko bole stop n continued pulakk.hahaha. smbung lahhh

alaa cutenye alishaaaaaa..kesian dia tdo menunggu. tbyg if hannah tgu i nk beranakkan adik dia cmtu.huhuhu

Allene said...

amaiiii...

timah, awatnya doctor lagu tu????
klu aku dah takut giler da...
tapi, ok la dia buat kita lupa sakit... kikikkiki
sambung cepat ye...

.ieLah. said...

Ko bole jangan naknberenti tengah2 cite sangat tak timah? Haha stress mak!

~Lieza~ said...

Oiit...aku rasa nk ngandung lak bc citer ko nie tmah...wakakaka..

mrs kayrul said...

gaya doktor india tue cakap macam scary gilers...hehehe

ieza ashaari said...

Mcm cerita kelakar seram je tmah bersalin ni.hahaha.

Chekgu Azrine said...

Kelako terkekeh2 akk baca ctmah..hehe..
Rindu betul saat nk bersalin..

Shasha Azmar said...

Ctmah...ctmah... Ko saja bikin saspen kan...sabo je hakak..

aThidEaN said...

nak kena ni...punya la berdebar nak tau,.
kena tunggu sambungan plak...cheeetttt

n0ruL said...

oh my doc india india buat i nerbes la..

:P