Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Sunday, June 01, 2014

Pengalaman bersalin Muhammad Asyraf Haikal - part 2 =)

As Salam and Sejahtera Readers

hehehehe T__________T
janganlah dimarahi hamba yek.lalalala
siyes penat nak type tau.hihi
OK ok meh la ku sambung part 2 yek. panjang ni.
suka hati kome la nak bace ke idok.hihi

Doc india tu tolak aku sampai depan pintu labor room aje. pastu nurse n bidan sambung tolak ke dalam. depa soh pindah dok atas katil labor room tu. bidan tu tanya aku "hang boleh turun dak" aku macam dah malas nak turun so aku cakap ajelah "tak boleh la nurse" makanya depa selaraskan ikut katil labor room tu and aku pun merangkak aje pindah ke katil sebelah.wakakaka! dasar pemalas kau timah!haha

tak lama lepas tu nampak hubby masuk sengih-sengih. pastu bidan soh kangkang. aku pun kangkang ah. kangkang luas lagi. makanya aku kangkang sekangkang kangkangnya =)
kali ni aku rasa macam bersemangat waja tau. setiap kali kepala baby menekan ke bawah aku siap cakap kat bidan "OK dia datang. Bismillahirrahmanirrahim.argh argh argghhhh" sambil tu bidan cakap "1 2 3 pandai, sikit lagi" yang kelakarnya tetiba aje aku rasa domok sebab bila bidan soh tolak dagu ke leher, aku rasa macam tak sampai. sudahnya hubby tunjal kepala aku ke bawah sambil bagi semangat.haha! kali ke 3 teran bidan cakap nak potong sikit sebab kepala baby macam ternaik ke atas. bila dia gunting tu, aku push sehabis push n dengarlah suara hamba Allah menangis. Masya Allah... Alhamdulillah aku cakap banyak kali sambil hubby cium kepala aku bertalu-talu (touching bila ingat semula). terasa lega sangat-sangat bila rasa ada benda panas berdesup keluar laju. sobs sobs
pastu terus tanya hubby "mana cepat?masa Alisha ke masa baby?" hubby laju jawab "yg ni kot. tapi sayang tu tak cukup power. kan dah kena gunting" aku prfttttttttttttttttttt

bidan angkat n tanya "anak apa puan?" aku "lelaki" n terus dia letak kat badan aku. skin to skin gitu. tetiba bidan cakap "hang awat?hang nangis ka hang suka?aku tengok muka hang macam nak nangis ada, macam suka pun ada" oooo rupa-rupanya bidan tu cakap kat hubby. bila aku tengok muka hubby, aku pun macam conpiuss..hehe! ayaq mata meleleh tapi mulut senyum. acaner tu bang? hubby tak kata apapun, just bunyi ketawa macam menangis tu..eh paham dok?hihi

pastu bidan soh teran sikit lagi, nak keluarkan uri pulak. aku berdehem sikit aje, uri pun keluar. boleh pulak bidan tu angkat n tunjuk kat aku "puan, ni uri baby ye" aku macam erks erks erks nak pitam pun ada.h0h0h! masa Alisha dulu depa tak tunjuk pun..merah hitam. cuak tengok seketul panjang camtu huhu

pastu nurse lain bagi anak kat hubby n hubby azan kat situ gak.lepas azan, hubby bagi semula kat nurse sebab depa nak bersihkan baby. time tu jugak bidan soh hubby keluar sebab nak jahit yang depa gunting tadi tuu.ngeee

ayat bidan ni lebih kurang gini la "saya nak jahit dalam ngan luar na. yg dalam tak rasa sangat, tapi yang luar ni sakit sikit na" aku angguk aje
Masya Allah! aku menjerit-jerit tak cover dah OK!!depa tak bius langsung. sedut gas tu pun tak dak. aku rasa bidan kuis isi kanan kuis isi kiri. aku rasa benang tu kena tarik kiri kanan.homaiiii!aku kena jahit hidup-hidup siot!sumpah aku jerit kuat gila sampaikan bidan tu pun tegur lebih kurang gini la "awat hang jerit kuat sangat. beranak tadi takde pun hang jerit macam ni. malulah kat orang lua. aku jahit 4 aje ni. luka hang sikit ja ni. tahan sikit na" aku? kemam bibir tapi tetap jerit kecik gak.siyes sakit oiii..time tu aku dah memang fikir nombor 3 memang lambat lagi la gamaknya. sumpah tak tahan gileeeer hukhuk

bila dah settle semuanya bidan soh lepak dalam labor room dulu sebab wad penuh.berkemungkinan besar aku kena tidur dalam labor room. hoh? dalam hati cakap macam ok jek sebab laki leh teman sepanjang malam.hihu!pastu hubby terus turun pi kaunter nak cek ada bilik kosong ke tak. time hubby keluar tu masuk Doc girl melayu. dia nak check jahitan n buat VE nak tengok ada darah beku ke tak. tangan comel je kecik tapi sekali dia godek-godek terangkat la pungkok aku.haha!sakit oiii!pas dia check tu dan dan aje aku nak terkencing. jadinya dia la tolong bangun n papah aku.lalalala!pastu bila aku balik ke katil, dia pulaklah yang tolong pakaikan pad.lalala ma kasih Doc.kikiki

penat aku tunggu anak aku, tapi depa tak anta pun. tengok-tengok hubby tolak troli baby sambil cakap "siot je. depa letak anak kita kat depan pintu sayang" lol!kenapalah korang tak tolak masukkan..huhu!takpe, dimaafkan =)

alahai..sempurnanya mu nak. terima kasih Allah atas kurnianMu ini. 
tak terzahir rasanya perasaan tu =)
tetiba je baby nangis n pelan-pelan angkat n bagi baby isap SI. 
pandai sangat-sangat baby isap n Alhamdulillah sangat-sangat susu aku terus ada. 
masa  Alisha dulu, 3 hari jugak baru susu keluar. 
Alhamdulillah, terima kasih Allah

kitaorang lepak-lepak, gelak-gelak, sedih-sedih ingat kat Alisha n selfie-selfie kejap =)
tak sia-sia aku beli power bank ngan yumie.takdela risau bateri fon kong.hihi
monopod je aku lupe bawak :p

selfie berdua. adik baby depa x anto lagi :D

dalam pukul 9 lebih camtu hubby cakap nak balik jap simpan uri tu sebab nurse cakap if tak bawak malam ni, uri tu depa akan simpan dalam peti ais. hubby takut tertukar, tu pasal dia nak balik gak. cian hubby penat.huhu

dalam pukul 11 lebih camtu nurse datang n cakap ada katil kosong kat bilik transit. h0h0!bilik Alisha dulu. so depa kemas-kemas barang aku n terus tolak kami. otw gi transit aku call hubby cakap tak yah datang ah, aku dah dapat wad. sampai je kat transit, depa bagi katil paling hujung kat aku. ok la. xde la macam Alisha dulu, dok tepi pintu. stress bila orang terlanggar pintu.huhu! eh korang tau dok bilik transit tu apa? hihi
transit tu bilik sementara waktu aje sebab wad semuanya dah penuh.hihi
malam tu tak leh nak tidur sangat sebab sana sini bunyi suara baby nangis. anak aku aje yang senyap ek ek segan silu sampaikan akak katil sebelah tegor baiknya baby awk.hihi

esoknya dalam pukul 10 camtu Doc guy cina datang melawat n suruh buat VE sebelum balik.yeh00ooo..tak sabar nak balik tp kecut perut nak buat VE!tangan Doc ni besau sebab Doc ni badan besau. tapi smooth aje dia masukkan tangan tu..ouchhh hihi
tak lama lepas tu hubby datang dengan muka n hati yang happy.borak-borak sambil tunggu surat keluar hospital. pastu adik n wife datang melawat kami. haishhh adik aku paling banyak tanya sampaikan garisan kat perut tu pun dia sibuk tanya gak. tengok perut gendut akula..haha!adik oo adik. ko memang suwitkan nua =)

tunggu punya tunggu nurse tak datang pun bagi surat. hubby dah panas punggung n cakap nak pi tanya nurse. aku pulak nak terkencing. so aku gi toilet, hubby gi tanya nurse. balik balik aje aku tengok muka laki tengah meleleh air mata.h0h?? 

eh dah penat laa...esok-esok aku sambung next entry pulak ek...
hihihihi

  

12 comments:

.ieLah. said...

Timah ko tau x aku dulu sakit yg laen sume aku x ingat. Aku ingat sakit kene jait ngan yg die korek2 nak tgk jahit tu ok ke x je. Huwaaa. Ni ko cite balik aku da seram semulaaaaa

umie shahidah said...

auucchh.. tkemut2 aku bce...

aThidEaN said...

Aaaaaawwww seriyau nyaaaa taktau plak lepas beranak depa buat vE lagi beberapa kali...i czer kn dua2 anak mmg xde la depa seluk lagi bawah tu nk check ada darah beku ke eh????


Timah, awat laki hang nangis part last tu?

Mama Safiy Arfan said...

Dorg x bius msa jahit sb nak bg jhitan cntk..tp sy aritu dorg bius sb sy xrsa pape lgsg...tgh lalok je rsa msa jahit tu..msa ve pon xrsa ape...alhamdulillah...

ttbe terpikir, tkt anak pertama dorg biua..nt anak ke dua dan strsnya xbius da..alamakkkk..takuttt huhuhu

sarah shamsyul said...

Sempoi je u citer ni ctmah.tp ngerinya part jahit.aduhaiiiii.

Erna Nordiana Zamri said...

mengapakah tidak di bius? oouuchhhh seram daku! apapun...terima kasih. entry yang memberi inspirasi. LIKE!

hehehe...debo debo dup dap dup dap

as ♥ Leenda said...

Part laki bini teringat kt anak sulung tu mmg sedih..aku masa kt wad teringat kt asyraf tido sorang mlm tu pun berjurai air mate aku..huhu...

Dah selamat dh kite kan..bile lagi ko nak tambah?mhahahha

n0ruL said...

huhu..
ngilu2 baca entri awk nie..
soon sye plak..nerbes2..

amal said...

amal dlu pun x bius masa jahit. perghhh mmg sakit. dahla dia tarik benang tu kuat2. jahit dlm mmg x rs sgt. jahit kulit luar tu yang pedihh.. kejap je serik. ni dah ngandong no dua dah ni haha

LisaLisut said...

eeeeiiii dhla kene jahit hidup2 lps tu kene buat VE?? dlu i xkene pun wpn dh kene jahit. eeeuwww sakit laahhh demnnn haha.kental gila kau ctmah haha

Syima Syaz said...

apesal rasa ngilu seriau kemat kemut baca ni... dulu tak macam ni eh ctmah?
VE lepas dah beranak tu lagi ngilu.. dulu takde plak kena gitu... *pengsan!*

Chekgu Azrine said...

Akk ank no.4 bru rsa sikit bila jahit..msa time yg lain2 rilex je..uhuk..
Tp akk ms besalin dulu2 cool mcm ctmah jgk..bila dah umur 33 bersalin aish nk teran pun dah xlarat..huhuhu