Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, January 29, 2014

bila balik kampung

As Salam Readers,

Hi..isnin aku MC. ada la sebab-sebab tertentu ku mc.huhu
ni cerita minggu-minggu yang lepas yek. ntahla..malas berbenor gamaknye nak update blog. mesti aku jangkit ngan leenda ni..haha! sori leenda yek :p

cuti thaipusam aritu we all balik kampung. Alhamdulillah, jalan clear tu pun ikot LEKAS. nasib baikla yumie gitau kat plus ado accident. eh accident ke jammed ek.. hapo pun tak ingat dah.haha!
 
aku kalo balik kampung, aktiviti wajib mesti ajak family mengeteh kat warung. korang tau x mengeteh tu apa? mesti tau kan..hihi! habis semua anak buah aku angkut. ramai-ramai baru best. mulut pun potpet-potpet marah budak-budak tak reti dok diam.haha!
Alisha dari dok atas kerusi, sampai atas meja kot. siap buat tarian atas meja lagi.hadoiii la anak. suka hati ko laa anak. janji bahagia. gambar aje ku lupa nak snap sebab dah caca marba.haha!

bila balik kampung ni semua rasa best-best belaka. stress langsung takde. apa pun tak yah fikir. makan minum tido pun sesuka hati jek. Alisha pun aku lepas sesuka hati jek sebab seronok tengok dia main ngan cousins dia. dah gaya budak besar kot..huhu!

macam-macam aksi budak kecik ni =)
balik kali ni, ku request nasi impit+kuah lodeh+ayam rendang kat mak. mengidam la sangat kan..haha! pastu macam biasalah, mak mesti buat kuih favourite kami anak beranak, UNTOK-UNTOK. untok-untok ni orang banjar je yang tau. eh aku tak tau la banjar lain tahu ke idok.huhu!

ni namanya untok-untok. siapa yang follow ig aku tu, confirm la dah nampak 2 minggu lepas.haha
nasi impit+masak lodeh+rendang ayam aka lontong

pagi ahad tu je aku rase stress sampai bawak ke isnin. tu sebab owner rumah yang ngong talingong!!! nanti aku cite lain kat entry k. terus rasa nak marah semula ni.k bai!! =(

jom follow 1st Giveaway Ctmah Rahim. semua dialu-alukan tau. Khalisa Johari, ko tak nak join ke beb!hihi

 

 

Friday, January 24, 2014

ayaq gula!!!

As Salam Readers,

Hari ni ku dah selamat telan ayaq gula cawan plastik besar tu!!!
terus brupppt rasa nak muntah sambil menahan sambil mata pun dah berair ni haa..
keluaq bilik akak-akak yang lain senyum aje tengok aku..huhu!
obvious sgt ke muka aku ni ek?haha! wutever la.

pas minum aku hantaq buku kat nurse n cakap nak balik opis dulu. lepas 2 jam (11.30) nanti mai semula. nurse cuma kata jangan muntah, kalau muntah kena minum semula.

minum semula??? hoh! tak kuasa mak OK! serious taubat aku xnak minum dah!
dah la air gula x sedap. pastu secawan pulak tu. yang paling tak best tu kena inject kat lengan kanan ngan kiri. sakit tau! aku ni dah la penakut hamat kat jarum tuuu =( =(
owh tobat tobat xmau dah..huhu!

sapa kata ayaq gula tu sedap? kalau ayaq gula kat swasta mungkin la sedap kot. tapi kat klinik kesihatan ni jangan haraplaaa sedap!euwwwwwwwwww pheuwwwwwwwwwww

dah ler lengan 2-2 bengkak n sakit (nurse xreti inject ke hape ntah!)..nak rempit pun lenguh tau =( =(
 
gambar ehsan google: ni le rupa cawannya yang ada kaler kuning biru hijau tu!huh!

pas amek darah kali kedua, ku ingatkan dapat result time tu gak. rupa-rupanya kena tunggu depa call pulak..alahai omak..memang merugikan masa n tenaga aku je dok patah balik dari tadi klinik-opis-klinik-opis-klinik-opis.. selamba sedut je aku ngulor banyak kali..h0h0!


psttt...jangan lupa join 1st Giveaway aku naaaa
 

Thursday, January 23, 2014

1st Giveaway Ctmah Rahim

As Salam Readers,

1st Giveaway Ctmah Rahim


Ingat lagi tak aritu aku ada cakap nak buat GA kan.. ingat dok ingat dok??? hehe
oklah..hari ni adik baby dah genap 6 bulan (Alhamdulillah) dan aku rasa berbesar hati nak buat 1st GA.. hadiah semua sponsored by aku yek.tapi jgnla mengharapkan yang gah-gah yek..hihi! apa yang aku jual, aku jadikan as hadiah GA. boleh dok?

meh nak list syarat-syarat yang aku kenakan k:

  1. korang kena follow blog aku imaginasictmah 
  2. korang kena follow jugak blog business ikan bilis aku ctmahcorner 
  3. tajuk entry korang ialah 1st Giveaway Ctmah Rahim
  4. korang just copy gambar tema, gambar hadiah dan tarikh tutup dan pastu paste dalam entry GA korang tu (tak yah rajin sangat copy seluruh entry aku k)
  5. lepas tu baru korang letak gambar aksi anak-anak korang dalam kereta. INGAT, gambar anak je aku terima k. anak jiran ke anak buah ke aku tak terima tau! =)
  6. bawah gambar anak, korang boleh cerita sikit pasal gambar tu. tak kisah la anak tu tengah nangis ke, tengah ketawa terbahak-bahak ke, tengah mengelamun ke. just a few words, tak mau panjang sangat na
  7. last sekali, sila paste link entry GA korang ni kat ruang komen entry aku ni  tau. senang sikit aku trace 1-1
## 4 orang pemenang akan dipilih berdasarkan pada gambar yang aku rasa comel kelakar or buat juri aku tersenyum

untuk design beg dan thermos bia aku pilih yek, based on yang menang tu anak lelaki or anak perempuan

## 1st Giveaway aku bermula dari 23 Jan 2014 dan tamat pada 17 Feb 2014 (genap Alisha 1y 6m)

ok apa tunggu lagi.. jom la meriahkan 1st Giveaway aku ni ek =)
paling penting, baca betul-betul syarat aku tu k =)

 

Tuesday, January 21, 2014

Erin (..life after "i do") First Giveaway

As Salam Readers,

TEMA GIVEAWAY

 Daddy and Baby Cool

SYARAT PENYERTAAN

Mode garang is on! keskes

1)  Follow blog ..life after "i do"

2)  Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway

3)  Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.

4)  Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)

5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.

6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha

7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.

8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu

9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini

Boleh gantung di playroom anak :)

Ok, tu je, join ramai-ramai ye, bye!
 
meh click sini meh:
 
 Daddy and baby Cool dimataku selaku si ibu Alisha ni haaa
Setiap malam memang rutin si ayah tukar pampers Alisha
Lepas tu Ayah memang suka urut badan Alisha sampai tetido dibuatnya =)
tengok gaya kepak Alisha pun, dah boleh agakkan betapa nikmatnya bila kena urut
Alisha cakap "cool bebeh" =)
 

Thursday, January 16, 2014

adik dan kakak

As Salam Readers,

Adik Alisha
Hi uolss! hari ni adik baby dah genap 23 minggu =)
Kan aritu ada habaq nak check jantina baby ngan bidan kan..eh hubby pulak kemahen eksaited soh scan dulu. kite ikutkan je lah..dalam hati memang nervous habis kot nak tau jantina baby..hehe!

so malam tadi we all decided gi klinik mediviron kat seksyen 18. mediviron ni klinik panel tapi bab-bab yang melibatkan mengandung ka scan ka company tak cover OK..choiiiicaaaaiii!!!wutever laaaa

Dr. perempuan (nama x tengok pulak) tu tersangat laa baik n friendly. 
rasa macam ibuku pulak =)
mula2 dia tanya soalan sikit-sikit n pastu dia suruh baring untuk scan.
masa ni Alisha behave lagi. tengok jaa aku baring sambil sengih-sengih.

Dr. ni banyak explained kat hubby coz dia nak fokus satu-satu katanya..aku iyakan ajelah.
seriously hubby tersangatlah excited coz adik baby sangat active. kejap-kejap genggam penumbuk, kejap-kejap bengkokkan tangan lah, luruskan tangan lah, kejap-kejap pandang atas, kejap-kejap pandang tepi. sangat suwit tau coz hubby n Dr. dapat tengok movement baby and at the same time aku memang rasa la perut bergelodak..hihi!

Pastu bila part nak scan jantina tuuu yang semacam jek. si kecik ni kepit kaki oiii!
alahai anak.. ekau malu ye nak tunjuk kat kami..hihi!
takpelah... kami tak kisah. nanti dah cecah 7 months, kita gi scan 3d 4d pulak ye sayang =)

23 minggu =)

Kakak Alisha
Hubby tak suka betul aku panggil kak Alisha..haha! Hubby cakap tunggulah adik baby keluar dulu. then, barulah panggil kakak...kekekeke!suke hati kau laa bang T______T

Esok Alisha genap 17 bulan (1tahun 5bulan). cepatnya masa berlalu!!!anak dara ku ini dah semakin besar n comel n aktif.. Amin =)

Alisha nye hobi la ni makan! tapi bukan makan sangat pun. napsu makan je lebih.. makannye ciput aje..h0h0! 
memang pantang nampak makanan / minumam k. 

Aritu pernah la teman hubby masuk butik levis. masa ni Alisha sibuk ke sana sini pegang seluar itu ini. tak lama pastu, masuk 1 family cina. si nenek tengah nak bagi roti kat cucunya. tetiba je Alisha menonong gi kat nenek tu sambil hulur tangan n cakap nak nak!
ohhhoiiiiii!!!malu gile ku rasa..hahah! aunty tu dok gelak-gelak je sambil cakap itu pasal saya suka bawak makanan. budak suka makan. tetttttttttt! lepas-lepas tu je, setiap kali keluar memang aku standby roti ka chocolate ka or any kudapan. h0h0!
tak mau peramah sangat Alisha oiiii. kemaluan ibu tau..hihihi

n lagi satu Alisha memang pantang tau nampak yogurt.. panjang je tangan mintak sambil mulut cokcet cokcet nak nak nak.. 1 botol kecik tu pun dia boleh perabihkan tau. mungkin dia suka sebab ada rasa masam-masam tu kan. Aku suka beli perisa strawberry sebab aku boleh tumpang makan sekali..hihi

epal ganti ngan yogurt =)

esok cuti thaipusam. malam ni kami nak balik johor!!yay!
selamat bercuti kawan-kawan
doakan perjalanan kami selamat sampai yek. Amin

jom follow n terjah Ctmah Corner

Monday, January 13, 2014

checkup 22 minggu

As Salam Readers,

Eh eh..sedar tak sedar dah 22 minggu adik baby ni kan..
Alhamdulillah adik baby membesar dengan jayanya. macam ibu dia jugak..
kali ni, kemahen benjol naa perut ni haa...h0h0!
terasa cekci pulak..haha!

tadi gi checkup kat KK KJ.
semuanya normal, HB pun ok 12.6. cuma berat je tak cun!!!
berat dari 45kg ke 47kg. OK dah 2 bulan berturut-turut naik 2kg!
matik aku! masuk je dalam bilik, terus kena ceramah kejap ngan nurse.
ni berat lebih dari 1.5kg, awk kena minum air gula ye. minggu depan hari jumaat datang semula bla bla bla kurangkan nasi bla bla bla lebihkan protein bla bla bla
goshhh!! aku tak pernah minum air gula OK!
mulalah gelabi tak tentu hala. terus berdesup wassap hubby.
aku = abg, syg kena minum air gula! tak nak checkup kat KK dah. kalau syg checkup kat private, abg nak ke belanja bayo bil?
hubby = OK, boleh je syg
aku = OK thanks (dah laki reply pendek, aku pun balas pendek gak..h0h0)

pastu nurse soh baring, nak dgr degupan jantung baby.
nervous pulak. rasanya dah 1y 4m kot tak dengar degupan jantung baby.
cari punya cari jumpe..yay Alhamdulillah happy tak terkata rasa =)

FYI, aku tak scan pun lagi jantina baby. nak scan, tapi rasa takut-takut. hubby dah kepochi soh scan scan scan..haha! aku cakap nantilah. aku nak check ngan bidan dulu. khamis malam jumaat ni nak balik johor..weh0ooo! dah 2 bulan tak balik kot :[

aku ada soalan sket ni. korang tolong jawab yek =)
kalau aku nak checkup kat klinik swasta, apa yang perlu aku bawak ek? buku pink ni ke?
pastu nanti-nanti nurse KK kol kita ke tak ek?
pastu kalau aku nak beranak kat hospital kerajaan, takpe ke kalau buku pink ni rompong-rompong. eh paham dok rompong-rompong tu ape?h0h0! 

jangan lupe terjah dan follow Ctmah Corner =)

Friday, January 10, 2014

Umie Sue 2nd Giveaway

As Salam Readers

Salam Jumaat semua =)
bersempena hari Jumaat yang indah ni, aku nak menjoinkan diri join 2nd GA dari Umie Sue. 1st GA aritu tak bernasib baik,so mari kita cuba 2nd ga ni.hihi!tak menang pun takpe, yang penting ikatan ukhwah sesama tu dapat diteruskan..ye dok =)

Tema:
Anak soleh solehah (bertudung, berkopiah, bersongkok sahaja diterima) 



syarat yang dikenakan memang simple sesangat.
korang boleh click kat SINI ye

hadiah misteri ditaja oleh intanhafiz
bertuah sungguh Umie Sue ni ada orang sudi taja hadiahkan =)
 

 
 

lastly, meh tempek gambar Alisha ibu ni =)

"Ya Allah Ya Tuhanku
Kau ampunilah dosa anak-anakku ini
Kau berikanlah tubuh badan yang sihat kepada anak-anakku ini
Kau berikanlah akal yang sempurna kepada anak-anakku ini
Kau basahkan lidah mereka dengan bacaan Al-Quran dan hadismu
Kau perbanyakkanlah susuku demi anak-anakku ini
Kau berikanlah peluang untuk anak-anakku merasai susuku ini
dan
Kau tempatkanlah dan lindungilah anak-anakku ini dari segala mala petaka dunia
Amin"

(doa ni memang aku baca setiap kali aku selesai sembahyang. memang dah sebati dalam jiwa dan ingatanku =) )


jom korang meriahkan GA dari Umie Sue ni. tarikh tutup pada 20 Jan 14. So ada masa lagi ni.mai mai =)

Thursday, January 09, 2014

My Eyesight Images

As Salam Readers,

meh nak cita pasal menda free ni.
aku kalau menda2 free ni laju je mengoffer diri.
free uolss..siapa yang tak nak kan =)
walau jauh, rela ku redah ok..hihi

dapat tau mengenai promosi My Eyesight Images ni dari mommy gojes eira zainal.
so esok lusa terus aku pm pihak My Eyesight Images. 
tak lama lepas tu depa reply email aku. bunyinye camni
"wassalam. promo kami masih berjalan. sila hubungi Azhar 0123656980 untuk keterangan lanjut. terima kasih"

so aku pun ringankan tangan and mulut call en Azhar. senang sangat berurusan dengan en Azhar. dia cakap dia akan check schedule and keesokkannya en Azhar call aku untuk set appointment. appointment hari sabtu pukul 2.00pm. fuhhhhh...teruja kau..1st time nak ber photoshoot 1 family kecikku ni. nervous pun ada ok. puas aku roger geng ex kedok mintak pendapat.hihi!kelam kabut btol!

hari yang dijanjikan tiba. kitaorang lambat sikit coz singgah GM sat amek barang. 
pastu terus rushing pi selayang. otw gi, sempat text en Azhar cakap sorry lambat. En Azhar replied takpe. jangan rushing. fuhhhhh lega rasa =)

tempat ni memang kitaorang tak pernah pergi n memang berpandukan waze n liza semata2..hehe!nasib baik la selamat sampai.

mula2 en azhar tanya macamana kita tau pasal promosi dari pihak depa. lepas tu fill up form and dia tanya nak capture gambar macamana. kami decided gambar candid je sebab kami tak pandai sangat nak posing2 ni T____________T

dalam pukul 3 lebih en Azman start shoot gambar Alisha dulu. mula2 tu risau jugak if Alisha cranky or tak nak bg kerjasama sebab Alisha memang penakut ngan lelaki..huhu!
tapi Alhamdulillah, Alisha happy sangat2. en Azhar n en Azman memang pandai gile amek hati budak2. seriously Alisha sgt selesa ngan depa berdua ni. 

 masa ni Alisha kejung lagi. duduk statik, orang panggil pun tak nak gerak

 mood baru nak datang. we all main baling2 bola tu ke dia

 Alisha suka gila lighting camera. 
kejap2 toleh kanan, kejap2 toleh kiri sambil buat mulut camtu

 Alisha mana gigi?? so dia akan tayang gigi dia yang cantik tu..hihi

 ni dia tengah teruja tengok lampu sebelah kiri dia =)

lori tunggangan Alisha mesti wajib bawak!hehe!
micha, nanti ko bawak lori bang mikha tau!!!

 gambar family yang kekok. seriously kami tak pandai nak posing..uhuks

 masa ni kedai bawah buat renovation. so Alisha dah takut bunyi kelentang kelenting mesin drill tu..grrrrrr

 ciuman sayang dari ibu dan ayah (Alisha nak lari, tu pasal r tangan dia tepis ayah!adehhh)

 Alisha memang suka cat. so bila tunjuk buku ni, dia teruja kejap

kesimpulannya kami puas hati sangat2 dengan kerjasama team my eyesight images (abg azhar n abg man).. thumbs up bro! terima kasih banyak2 na coz sudi layan kami bertiga beranak T___________T


korang boleh cari my eyesight images kat sini:

contact:
Azhar 012-3656980 - bahagian editing, marketing dll
Azman 012-6587151- cameraman dll

email: myeyesight.images@gmail.com

alamat: no 22, jalan bukit idaman 8/1, bukit idaman, 68100 batu caves selangor

facebook: facebook.com/myeyesightimages

my eyesight images ni depa fokus pada barangan or produk online. so pada sesiapa yang jual produk online boleh la hire my eyesight images =)

Friday, January 03, 2014

Jumaat pertama 2014

As Salam Readers,

hello kawan-kawan
happy new year 2014! 
rasanya masih tak terlambat lagi kan wish kat korang-korang semua =) 
ceria-ceria dan happy-happy selalu disamping family tercinta =)

hopefully tahun 2014 ni tahun yang baik untukku, familyku, family hubby and uolss semua. 

azam tahun ni takde fikir lagi..haha!boleh tak?
ala..tak sempat pulak nak fikir.
sekarang ni target nak focus pada bisnes. harap-harapla tahun ni bisnesku bertambah maju maju dan maju. amin
korang boleh follow and visit sini eh CTMAH CORNER

thanks korang sebab sudi support n beli dariku. 
Insya Allah soon aku buat GA ye, Insya Allah.
masih belum fikir lagi nak buat GA pasal pe..hihi =)

last not least, meh tgk gambar anak daraku ni.. 
semakin pandai berposing tau..macam2 mimik muka dia tunjuk.
makin besar makin bijak makin comel makin manja n makinnnnn becok k.
tersangatlah becok, mcm2 benda dia nak borak. adehhhhh

1st day of Jan 2014..hantar ayah gi kijooo
3rd Jan 2014.. ni otw nak gi keje tadi =)
happy weekends uolss 
memuahhhh