Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, February 26, 2014

Visit Mek Shasha

As Salam Readers,

Alhamdulillah..berpeluang gak visit ko ye sha..
plannye nak gi ngan ika, micha and wawa. sudahnya wawa sorang je yang berjaya redah segala traffic light kat kajang nun. ika dah sesat entah kemana, micha pulak kayla tetiba aje demam. kesian betul kawan-kawan aku ni kan. takpelah, misi melawat tetap jugak diteruskan =) 

sampai rumah sha lebih kurang pukul 5 lebih camtu. penat aku bagi salam, dok keluar2 si sha ni. aku kol pun dok berangkat. entah kali keberapa call baru la mek ni angkat. haha!
sambil minah ni keluar, sambil bebel-bebel ke aku. aku pun 1 gak. lupe nak inform sha datang kol bape..miahahahahaha!layan jela sha oiii

alolololo Ayra Sumayyah sangat comel, halus and panjang.
geramnya aku kat si comel ni..sedap dapat cium bau baby. bau baby tu harum wangikan =)
Alisha pun dok geram-geram je kat Ayra. habis segala stokin Ayra ditarik-tarik. asyikla dok nak terkam Ayra jek.. seriau mak tau. dalam kepala otak dah terfikir, camnolah rupa gaya Alisha tengok adik baby ni nanti..h0h0ii

Alisha Alisha!!!
hurm hurm hurm
semput jantung aku tau. minum kuat, makan kuat n buli kawan pun kuat.
si sofiyya dah kena tolak, berebut mainan la.
yang best tu, nai kena tumbuk sedebik kat dahi..anyonyonyo!!!
tanjat mak tau! siapa ajar kau nak!!!
tak pasal2 kena selepek ngan ayah.huhuh!
debor-debor tau kalau tetiba nai nangis. mau wa pandang sebelah mata je ke Alisha..bahaha! ko marah Alisha tak wa??? :p
tapi nasib baiklah nai tak nangis. cool aje si comel tu tau. dok melepek aje kat mama dia tu..fuhhhhh =)


anak dara aku ni sejak 2 menjak ni tersangatlah garang. tak tau la pasal pa. kalau kat nursery tu, memang la dia je gegirl. yang lain semua boboy..takkanlah sebab tu kot..huhu! pening kepala aku kalo tengok dia ngamuk. ngamuk tahap baling barang ok.hukhuk
hormon nak dapat adik ke ape ntah.. =(

nak dekat maghrib barulah kitaorg balik. kejap je rasa lelepak ngan depa. 
Anyway thanks sha sebab sudi melayan kami, sudi melayan kerenah anak dara aku yang sorang tu.. nanti-nanti kita jumpe lagi k! memuahhhh 14x kat ko safiyyah n ayra
jaga diri k! jaga pantang k!
anything hallo2 tau :D


mak dan anak-anak

Tuesday, February 25, 2014

3rd trimester

As Salam Readers,

Owh hari ni mood memang betul-betul ke laut..huhu!
ngantok oiii!!! tangan kanan still lagi berdenyut-denyut.
malam tadi memang tak lena laa tidur ku gara-gara injection kancing gigi ni.hukhuk!
sakit sangat tau..entah mommy kat luar tu dapat tahan ke tidak sakit ni..huhu 

checkup semalam nurse bebel-bebel sebab delayed 2weeks.
aku dah cakap anak aku tak sihat. ish!! dok paham-paham lagi.
tanya kenapa tak gi wat checkup kat mana-mana KK. ehhh!
boleh ke gi check kat memana KK?aku tak pernah dengar pulak..watever la!dush2!

pastu check hb. hb low 10.3 =(
before ni tak pernah pun serendah tu. selalunya 11 ke atas.
mungkinlah sebab aku malas makan ubat 1 or mungkin aku stress kot.
entah mana satu mungkin pun aku tak tau.

bab berat badan tu yang rasa cam tak best jek. cam tak caya jek!
berat 50kg oiii dalam masa 28weeks aje. bila aku check berat masa Alisha dulu, 38weeks baru 50.3kg! watdehek! kemain besau lagi selera aku kali ni..adushhh!
ke sebab baby lelaki ek? korang yang baby boy memang perut besau-besau ke?
etty!!!berat ko memang mencanak naik ke masa ngandong umar dulu??? T______________T

result ayaq gula Alhamdulillah cun 5.0
tapi nurse cakap pasni kalau berat still naik lagi, kena minum kali kedua..
omg omg omg! siyes aku tak suka n tak mau minum dah
terasa macam nak puasa je setiap hari. hukhuk!
ape yang perlu aku kurangkan ek?
nasi?manisan?chocolate?
hurm hurm hurrmmmmmmmm

gambar perut??erkss!
malas nak amek..memang besau laa adik baby ni..
berapalah berat awak tu kan sayang

Monday, February 24, 2014

Pemenang 1st Giveaway Ctmah Rahim

As Salam Readers

Dengan rasa rendah dirinya ecewahhhhh ku nak umumkan pemenang 1st Giveaway Ctmah Rahim ni

Alhamdulillah and terima kasih bebanyak pada 48 peserta yang sudi join 1st GA aku ni. korang jangan risau, aku dah check 1 by 1 tau. juri aku pun terdiri daripada 5 orang, 4 budak opis aku and final dipilih oleh best friend aku. yang tak sempat join tu takpe jangan risau. ada rezeki lebih aku buat GA lagi naa, Insya Allah =)

xmau buang masa la, meh usha gambar mana yang bertuah dan comel yang buat juri-juri aku tersenyum tergelak kejap =)

1st prize - Beg Skiphop Besar
http://fiedaeryda.blogspot.com/2014/01/1st-giveaway-ctmah-rahim.html

2nd prize - Thermos
http://wifewillbe.blogspot.com/2014/01/1st-giveaway-ctmah-rahim.html

3rd prize - Beg Skiphop Kecil
http://aeenfadzilah.blogspot.com/2014/01/1st-giveaway-ctmah-rahim.html

4th prize - 36 Bath Letters and Numbers
http://wawazdonut.blogspot.com/2014/02/1st-giveaway-ctmah-rahim.html

kepada semua pemenang, sila pm / wassap / email aku yek:
010 - 2217745
ctfatimah.rahim@gmail.com

silalah sabar menanti hadiah yang bakal ku pos itu yek..

last but not least, congratulations pada yang menang. 
pada yang kurang bernasib baik, sila cuba lagi di lain hari waktu dan bulan yek..hihi

Thursday, February 20, 2014

Klinik Pediatrik Adek (Pakar Kanak-Kanak) Seksyen 9 Shah Alam

As Salam Readers,

Hari tu aku dah janji nak cerita pasal klinik yang aku gi masa Alisha allergic tukan.
ni memang aku google ajo. So meh nak story sikit =) 
maybe boleh dijadikan references untuk mommy-mommy yang duk area shah alam n kawasan yang sewaktu dengannya :D

Nama klinik: Klinik Pediatrik Adek
Alamat: 20, Jalan Tengku Ampuan Zabedah G-9/G, Seksyen 9, Shah Alam, 40000, Shah Alam, Selangor. 
No phone: 03-5880 7964



Bila masuk je dalam klinik ni, terus dalam kepala otak aku cakap hurmm not bad. Totally melayu and ada unsur islamik sikit. ada jual hand sock mesir, stoking n buku-buku agama. 

masa datang tu, ramai jugak parents yang tengah tunggu queue. after register kiteorang pusing-pusing 1 klinik tu. terasa macam BEST jek. ada sudut ala-ala kindergarten untuk anak-anak. Alisha nampak mainan, terus laju berdesup main. hilang segala gatal-gatal kat 1 badan dia tu.hihi! pastu aku usha lagi. ada sudut untuk ibu menyusu, sudut tukar lampin baby and bilik untuk solat. tandas pun sangat bersih. 100% aku satisfied =)



turn menunggu memang take time sangat. 2 jam ada kot sebab doktor yang merawat memang sorang tu jek. Bila nama Alisha dipanggil, kami cepat-cepat masuk. bila masuk bilik doktor, aku rasa sesuatu, macam rasa tenang sangat-sangat. Doktor pasang ayat-ayat Al-Quran. Nama doktor ni Doktor Amdan Ahmad. 1st time aku tengok doktor Amdan, aku terus rasa jatuh cinta.hikhik! sorry terover abang!haha! 

Dr. Amdan tersangat peramah and pandai amek hati Alisha. Pembantu yang bertugas pun pandai amek hati Alisha. cara layanan bukan macam cara kita jumpe doktor tau, tapi lebih kepada macam jumpa kawan-kawan. dalam bilik tu ada set sofa and mainan. we all duduk atas sofa sambil borak-borak ngan Dr. Amdan while Alisha main mainan picit-picit tu ngan pembantu Dr.. sambil Alisha main, sambil tu la Dr. Amdan cek badan Alisha n etc.

Dr. Amdan cakap Alisha alah pada sesuatu. ni bukan virus or bakteria sebab Alisha aktif and tak demam. maybe kami ada pergi mana-mana and terus teringat, aku dah 2 minggu berniaga kat ampang tu. kat situ Alisha memang super aktif tau. bergolek-golek atas karpet kat stall tu. maybe kat situ kot kena. hurmm Wallahualam. tak dapat nak pastikan huhu =(

Setiap pertanyaan kami, Dr. Amdan jawab dengan lembut, baik and perfect. Lepas tu Dr. explain pasal ubat yang dia nak bagi tu, ubat makan, ubat antibiotik and lotion. dalam 30 minit jugaklah borak-borak ngan doktor. Dr. Amdan cakap dalam masa 4 hari kena datang semula, tengok ubat ni serasa or tak.

Pastu keluar, ingatkan terus bayar bill. tengok-tengok pembantu Dr. panggil and masuk bilik lagi satu. rupa-rupanya depa nak bagi makan ubat and sapu lotion sesiap.Alisha memang senang makan ubat. soh nganga laju je dia nganga.hihi! dalam bilik ni, aku perasan adan mesin sedut kahak tu. then bila aku tanye nurse, depa cakap memang ada buat untuk sedut kahak tu. aku tanya costing berapa, RM30 only OK.h0h!tanjat mak tau. lepas ni kalau nak sedut kahak anak, boleh pi sini jelah. selama ni aku memang tau kat ampang Dr. Nadir Khan aje. lain-lain aku tak amek port sangat sebab bg aku Dr. Nadir punya servis memang tip top. dah jumpe yang baru ni, why not kita cubakan, Insya Allah =)


lepas dah siap bagi ubat, barulah gi bayar bill. total bill still lagi murah dengan apa yang kami dapat. RM134 only n tu pun dah termasuk kos pendaftaran RM 60 untuk patient baru. so kalau dah selalu datang, tak sampai RM100 pun kan =) Alhamdulillah murah dan berbaloi sangat.

Alhamdulillah, allergic Alisha dah kurang. tinggal sikit je kat permukaan tangan dia. hopefully benda tu cepat hilang la yek. cian Alisha ibu ni kan. checkup 1 1/2 tahun kat KK pun terpaksa hold dulu sebab Alisha de makan antibiotik. so next monday kita gi cucuk setahun setengah ye Alisha =)

So apa yang aku boleh summaries kan, servis Dr. mahupun nurse sangat tiptop baik dari segi pengetahun, layanan or communication. Klinik ni more pada penyakit ekzema tau. ada banner besar pasal ekzema n rata-rata yang datang hari tu anak ada ekzema and selsema. 
so pada mommies yang ada anak ekzema, aku suggest korang try pi sini ek. 

tak silap aku, waktu operasi klinik ni sekejap jek. 
buka pukul 9.00 am. pastu 12.30 pm rehat and continue semula 2.30 / 3.00pm sampai 4.30pm. dalam pukul 10.00 am / 10.30 am camtu staff akan tutup main door sebab nombor giliran dah habis. hihi! nampak sangat klinik ni famouskan

sekian =)


entry agak panjang. malas baca silang X ok :D
eh sila singgah ctmah corner yek. aku ada post entry baru untuk rompers, carters pant, sleepsuit n shakentake. comel2 belaka deh

Monday, February 17, 2014

Alisha 1tahun 6bulan

As Salam Readers,

Alhamdulillah... arini Alisha dah masuk 1tahun 6bulan.
Alhamdulillah... allergic Alisha dah semakin kurang. rasanya Alisha serasi dengan ubat dari klinik pakar tu. lepas ni nak terus continue kat situ jelah. tak mau pi klinik lain dah =)
nanti aku citer pasal klinik tu ek, Insya Allah =)

Dikesempatan ini aku nak ucapkan bebanyak terima kasih pada korang-korang yang sudi pm or doakan Alisha cepat sembuh. thanks beb. semoga korang dipanjangkan dan dimurahkan rezeki selalu =)

melepek kat punggung ibu!

semoga anak ibu ni panjang umur, sihat dan semakin bijak aktif cergas macam kanak-kanak lain. ibu sayang awak sangat-sangat tau. 

dengan ini aku nak umumkan, 1st Giveaway Ctmah Rahim dah ditutup.
Anyway terima kasih banyak-banyak pada yang sudi join =)
bagi masa 2 3 hari utk aku update result tu, Insya Allah..hihi
fuh...aku pulak yang nervous tau..siapa yang menang hadiah 1 - 4 tu 
X_____________X 



Friday, February 14, 2014

minggu mengantuk ala-ala kak limah @____@

As Salam Readers,

rekod kerja aku tuk minggu ni memang tersangat teruk.huhu!
isnin aku EL sebab aku ngantok tak cukup tidur. selasa rabu aku gi kerja dalam keadaan zombi kampung pisang. semalam aku MC sebab aku stress tak cukup tidur..huhu!
n hari ni pun aku tersangat mengantuk niii! dah bape kali kepala ni tersembam depan pc..huhu

Untuk pengetahuan korang, Alisha kena alahan n hampir nak masuk 2minggu. aku tak tau alahan tu datang dari mana, sebab apa, punca apa. mula-mula naik kat tangan aje. gi klinik private, Dr. cakap Alisha allergic something. Dr. suggest tukar segala mandian, bedak n lotion Alisha kepada Johnson Milk. Dr. bagi cream yg ada steroid n cream vitamin E. Keluar dr klinik terus singgah giant cari semua-semua yg Dr. suggested tu.

hari demi hari tengok makin teruk. naik kat lengan n badan pulak. kesian dia dok la tergaru-garu sambil cakap gatal atal atal.huhu! kiteorang terus gi KK sec 7 pulak. Dr. cakap should be takde problem dengan mandian tu semua sebab since baby lagi Alisha pakai mandian yang sama. Susu pun tak mungkin sebab aku memang jenis stay pada 1 susu jek.
Pastu Dr. bagi ubat sama cam klinik private tu bagi. aku memang tak sapulah ubat yang ada steroid tu sebab tau kan apa effect menda tu. dah la kulit baby nipis.huhu! bertekak jugaklah kami laki bini bila dok discuss pasal ubat tu. bukannya ubat tu tak OK, cumanya aku tak suka bila ubat yg ada unsur-unsur steroid ni..huhu!

tengok still sama, xde perubahan pun. kitaorang sapu plak calamine lotion. tak sampai 10 minit camtu Alisha dah menggaru 1 badan..huargh!! pity my baby! garu sambil menangis..huargh! garu sampai berbekas tau. lagi-lagi kat pelipat tangan n punggong.. seksanya aku tengok Alisha..huhu! nak tidur langsung tak boleh tau. aku terpaksa garu badan dia, leher dia. dah garu pun still lagi dia cakap atal atal atal sambil nangis..huhu! pastu kitaorang gi beli sabun sebamed, rooibos tea ngan minyak habbatussauda. bila jelah selagi aku rasa nak beli..huhu!

paling sakit hati bila kami gi hospital klang, depa cakap kena cek cam biasa dulu. depa cakap sepatutnya kami kena pergi KK semula mintak surat untuk di refer. WTF la! siap mention lagi, encik puan tak tau ke KK dah buka sampai 11pm. then laki aku terus bengang n cakap OK OK OK. keluar je dari bilik tu, terus dia ajak balik. menyesal datang katenya..huhu!

dah la ekon rumah rosak. malam semalam seharian aku dok dalam kereta berdua ngan Alisha. kol 3 am aku masih bawak dia pusing-pusing atas highway kesas tu sampai kol 4 lebih. pastu aku benti lepak kat petronas sampai kol 6 am. masa lepak kat petronas tu la Alisha dah mamai-mamai ngantok nak tido. aku dodoi kejap jek tengok-tengok dia dah tidur. cepat-cepat letak kat seat belakang n terus berdesup balik rumah. laki aku?hurm hurm hurm laaa..huhu! watever la! masa ni aku rasa gila stress tahap nak bunuh diri..huhu! serious tak tahan sangat =( 

semalam aku decided memang nak amek MC while bawak Alisha pi jumpa pakar. serious rasa stress tak cukup tidur. mula-mula nak pi DEMC, tapi laki aku takut mahal or kena tahan. manalah cukup duit kalau kena tahan. then aku suggested aje gi klinik pakar kulit. aku google klinik pakar area shah alam n jumpe 1 klinik ni klinik pakar pediatrik kanak-kanak kat sec 9. terus berdesup pi sana. nanti aku cerita next entry eh. penat dah menaip..mesti korang malas nak baca cerita panjang aku ni.. T___________T


belakang badan Alisha..korang nampak tak? kesian dia tau..huhu!

To anak ibu Nur Alisha Kaisara,
doa ibu 1 jek
ibu harap sangat awak cepat sembuh n kulit awak kembali seperti normal
ibu tak sanggup dengar awak menangis setiap masa sambil cakap atal atal atal
even though ibu suka dengar perkataaan atal atal dari mulut awak tu, tapi realitinya ibu tak sanggup tengok awak suffer macam tu sekali..huhu!
cepat baik ye nak. ibu mana yang tak senang duduk kalau anak sakit..kan kan
korang doakan my Alisha cepat baik yek..thanks

Friday, February 07, 2014

review tepung hairan

As Salam Readers,

Seperti yang aku janjikan dalam ig aritu, arini aku nak review pasal tepung hairan ni..
nama pun pelikkan..sahih-sahih bila yang tengok or baca pun pelik hairankan..heheh!

Actually, member aku yang promote benda ni kat group wassap kitaorang. aku tengok macam murah jek. bila dia paste gambar kek, lagi laaa meleleh menjejeh air liur ni.huhu!
terus aku order 1 ngan syik. aku order yang paling murah sekali, choc moist RM 18.

nang putinang nang putining barang yang ditunggu dah tiba

memang hairan betul!haha
aku buat kek ni subuh semalam.
kol 5.30 bangun, basuh muka gosok gigi pastu terus sambar kotak tepung hairan.
untuk choc moist ni, depa sediakan 3 pek. 1 tepung kek, 1 baking powder n lagi 1 topping.
cara-cara penyediaan kek pun depa dah attach sekali. memang senang baitunang la. sapa yang keras tangan pun jadi lembut tangan ok.haha!

cara penyediaan choc moist cake:
  • tepung kek + baking powder dicampur sekali 
  • tambah air 250ml dan minyak sayuran / minyak masak 175ml
  • kacau bagi rata - 3 4 minit camtula
  • lepastu aku panaskan oven 10 minit dan pastu bakar kek selama 40 minit. ada 2 cara k. kalau bakar dalam 40minit. kalau kukus dalam 1jam 10minit. (aku malas nak tunggu lelama!haha)
tepung kek+baking powder+air+minyak

sementara tunggu kek masak, aku gi mandi n solat dulu..hehe!

dah siap bakar!
  • bila kek dah masak, amik topping dan tambah sikit air dalam 150ml dan 3 sudu besar minyak sayuran / minyak masak
  • panaskan guna kaedah double boiler. tapi aku malas n nak cepat. bukak api paling kecik and ku gaul-gaul aje sampai cair. hehe! jangan tiru aku yang malas ni k!
  • bila dah cair, curahla atas kek tu

topping pun disediakan tau!
tadaaaa..
dah siap kek aku. korang boleh la tambah serba sedikit aksesori yang korang nak macam strawberi ni. sedap ok! semua yang aku bagi rasa semua cakap sedap. sebab apa? sebab kek ni tak manis langsung. memang sesuai ngan tekak aku. hubby siap cakap "sedap ada masam manis strawberi" h0h0! hubby bukan main terkejut lagi tengok aku siap buat kek. dari dalam bilik lagi dia tanya "sayang buat kek ke? abang bau kek la". aku senyum aje sambil juihkan mulut tunjuk ke dapur. masa ni tengah busy kemas beg baju Alisha...lalalalallaa


choc moist cake versi ctmah rahim =)
korang semua boleh cuba try test OK.
tak mahal pun!! 
pape ko boleh wassap or pm kawan aku, syik 012 - 3928492

ada macam-macam jenis kek lagi k
Choc Moist – RM18
Choc Moist with Cheese – RM26
Choc Moist with Tiramisu – RM27
Oreo Lemon Cheese – RM23
Red Velvet –RM16
Marble – RM12


ni antara kek yang member aku buat
cheesecake
cheesecake lagiii
tiramisu
ok cekidot!
selamat berhujung minggu..jangan lupa mai singgah booth aku kat sebelah ampang point k!

Wednesday, February 05, 2014

air papan mersing

As Salam Readers,

Masa cuti balik kampung tu sempatlah kitaorang bawak Alisha n cousins dia ke air papan mersing. Motif utama nak mandi laut. Sampai2 je situ tengok ombak tinggi, air kotor dan depa pacak bendera merah. ouwhhh terus sedih kejap sebab hajat tak kesampaian. Huhu!

Udahnye ajak hubby bawak budak-budak main pasir je kat tepi-tepi ni. jadilah dari terus rasa kecewakan. before gi sini kitaorang singgah kedai RM 2 dulu kat bandar mersing. semua barang masih berharga RM 2 ok. tak kira besar or kecik. kalau kat sini, mana nak dapat oiii RM 2 lagi. kalau ada pun, jenuh nak cari kot huhu!

aku ingatkan Alisha geli pasir. rupa-rupanya tak punnnnnn! lagi suka yang amat adelah..h0h0
angin kuat naa, pasir siap masuk dalam mulut lagi..hihi! halal jelah ye nak...kukukuku

teruja tengok Alisha suka pasir!!!

with yayah - pelat alisha tuu!hihi

istana apa pun aku tak tau laa dema-dema ni

pastu ajak Alisha jalan-jalan tepi pantai. ok tak takut air. tengok ombak lagi nak ke depan adelah..hoii bahaya sungguh anak dara aku ni! aku yang kecut perut tau

anak ibu dah besar!!!
tak takut pun!

pastu nampak kucing. terkedek-kedek kejar kucing. kucing tu macam kotor sikit. aku soh anak buah bawak kucing tu jejauh, Alisha pulak menjerit-jerit sambil terkedek-kedek kejar kucing tu..h0h0! suka hati kau la nak oiii



nak dekat maghrib ajak hubby balik. risau dok situ lelama.
seronok tau sebab Alisha suka pasir. aku siap berjanji lagi ngan hubby, setiap kali balik kampung MESTI n WAJIB bawak Alisha main pasir pantai..haha!
laki aku tak kata ape pun!!prfttttttttttt 
nah kau layanlah saki baki gambar ni..heheh!

laki bini!
Alisha masih sibuk dengan kucing dia tu!!
we are here!
my jantung hati! cool tak gambar ni erin?haha
eh korang-korang semua, aku ada bukak booth kat tapak sebelah ampang point tau, setiap weekend. moh la datang beli barang kat kedai aku. aku ajak liza tolong aku selama sebulan. so sesapa nak jimat postage tu, moh la serbu kedai kami yek!!! next entry aku cite pasal booth kami ni =)

Tuesday, February 04, 2014

Ms Jezzlyn 3D 4D Scan in Malaysia

As Salam Readers,

hatiku meronta-ronta nak tau jantina baby dari dulu lagi. tapi ku tahan tahan tahan semata-mata nak tunggu 3d 4d scan ni. Masa Alisha dulu, aku buat ngan vision college, tapi vision college kena datang waktu bekerja. so adik baby ni aku pilih 3d 4d Scan in Malaysia. Scan 3d 4d ni boleh dibuat seawal 24 weeks sampai 30 weeks. lebih dari 30 weeks depa tak sarankan sangat sebab masa tu baby dah membesar dengan jayanya =). yang bestnya if masa scan tu tak nampak muka adik baby, depa tetap akan charge tau. tapi depa charge sebagai 2d scan. so takdelah korang rasa membazir or rasa menyampah ke ape kan. hihi!

Appointment hari Ahad pukul 3.20pm kat Hospital Umra Seksyen 13 Shah Alam. masa aku sampai tu memang la ramai orang tapi aku tak rasa pape pulak sebab fikir dah buat appointmentkan. sekaliiii amek kau!!!! 6.04pm baru dpt jumpe Ms Jezz tau! stress dok tunggu lelama kat situ. rasa macam kat KK pulak dah..huhu! dalam email memang depa ada habaq FIRST COME FIRST SERVE BASIS tapi siyes aku tak sangka seramai itu..huhu! or mungkin sebab kat shah alam, tu je satu-satunya klinik yang join by 3d 4d Scan Malaysia. ontahlaaa labu labi

before scan, nurse cek berat, air kencing and tekanan darah. pastulah melangok tunggu nak scan.huhu! scan tak lama pun. if baby bagi kerjasama, dalam 20 minit dah settle. Alhamdulillah adik baby memang 100% bagi kerjasama, macam Alisha dulu. posisi adik baby pun sama jek ngan kak dia. yang paling best tu, mula-mula je dah nampak kemaluan dik baby! siyes terang jelas dan nyata tau sampaikan hubby aku melompat tepi Jezz. haha! bila fikir-fikir semula rasa macam lawak pulak tengok dia melompat. eh...aku type melompat ni, mesti korang dah boleh agakkan jantina adik baby ni =) 

sama jekan posisi 2 beradik ni =)
adik baby tengah garu hidung tuuu
nampak tak nampak tak? =)
Alhamdulillah adik baby sihat. 
air ketuban cukup. 
EDD lari sehari jek, 15 Mei 2014. 
Berat adik baby 791gm. 
owh...patutlaa aku rasa perut membesar dengan jayanya T__________T
lepas ni nak cari nama adik baby pulak! yehaaa....
harap2 la laki tak mimpi lagi. kali ni biar aku pulak yang mimpi nama adik baby..hikhik

kesimpulannya aku rasa puas hati dengan servis Ms Jezzlyn. even lambat, tapi servis dia tiptop ok. Charges untuk 3d 4d scan ialah RM 120 termasuk 3D picture and 4D video in CD and 1 4R Colour Print Out. RM 120 ni kalau korang buat online appointment la yek. kalau terus pi hospital, charges jadi mahal sikit. 

or else korang leh check kat sini https://www.appointmentquest.com/scheduler/2160064131 semua maklumat ada OK