Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Thursday, April 24, 2014

Alhamdulillah dah pusing =)

As Salam Readers,

37 weeks
nak inform kat korang ni =)
Alhamdulillah...
rasa syukur sangat-sangat tau 
even though semalam rasa pancit semput penat sangat sebab 2 kali ulang alik pi klinik, tapi semua tu berbaloi-baloi untuk aku and adik baby =)

Alhamdulillah, kepala adik baby dah ke bawah!!! Alhamdulillah =)
mula-mula scan aje doktor terus tuju bahagian bawah n terus senyum sambil cakap see kepala baby =) Aku rasa macam nak melompat katak, melompat bintang pun ada.

Malam sebelum tu atas nasihat laila, aku gigih baring n angkat kaki tinggi-tinggi. time ni buat sesorang aje sebab hubby dah tido =( aku baring n sandarkan kaki kat sofa. sambil tu naikkan kaki pelan-pelan =( pastu etty soh buat solat hajat, solat taubat. OK kol 3.40am camtu aku bangun buat solat hajat, solat taubat n tido dalam posisi sujud..adeh..sakit kepala den terpeleot. memang seribu daya la aku cuba buat sehabis baik =)

Alhamdulillah!!! 
tak tau nak gambarkan perasaan tu camne. pastu doktor scan sana scan sini sambil senyum-senyum. punggung baby kat atas perut, patutlah ibu rasa senak semacam nak. pastu kaki kat belah kanan. memang rasa la adik baby dok kuis-kuis gitu. doktor pusing-pusing scan kat belah kanan n panggil kawan dia. dingdong dingdong n cakap owh really pretty, really nice sambil senyum. rupa-rupanya depa tengah usha bebird adik baby x______________x
comel aje doktor ni tau. hai la adik baby ni, awk tak keluar lagi tp org dah puji bebird awk.hihih!kelakar betul =)

selesai part scan. cita pulak kat doktor yang keputihan aku ni makin worst.
sangat banyak n tak tahan gatal sampai tetiap malam aku main korek-korek depan cermin.huhu! doktor pun ngeri bila dengar aku cite korek guna jari n cotton buds.haha!
 
doktor offer nak check and soh baring kat katil, sambil soh staff dia prepare speculum etc..homaiiiii!!!!!terus rasa ketaq-ketaq bila ingat mulut itik tu.ngeeeeeeeee
redha jelah. nasib baikla doktor buat slow slow, just rasa perit-perit sikit aje..huhu!
doktor amek sample and staff dia informed result boleh dapat dalam tempoh sebulan.haha!
doktor tergelak kejap sebab time tu aku dah beranak kot.huhu!takpelah..halal ajooo 

adik baby,
ibu berdoa and harap sesangat awak duduk elok-elok kat bawah tu ye sayang
ibu tau, anak ibu ni baik n mendengar kata =)
ibu, ayah n kak licha sayang awk sangat-sangat tau
tak sabar nak cium, bau n peluk awak
semoga kita berdua dilindungi Allah selalu
amin

terima kasih pada yang mendoakan aku n adik baby.
sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa korang-korang =)

Tuesday, April 22, 2014

apa yang aku cuba buat bila tau adik baby songsang....

As Salam Reader,

Bila aku tau kedudukan adik baby songsang, perkara pertama yang aku fikir is belah perut. time tu memang seharian aku dok menangis aja. bila member-member wassap bagi semangat lagila aku menangis menangis..huhu! aku ni kira cengeng aka gembeng tau. huhu

bila habaq hubby, respon dia macam OK KO aje. cakap takde papelah, cakap mesti pusing semulalah, soh pi berurut la itu la ini lah..huhu!macam arghhhh la semuanya

seharian aku dok google sana google sini, baca sana baca sini. part berurut bidan tu buat aku ngeri seriau weh! ada yg cakap baby lebam2, terbelit tali pusat, mati dalam perut..semua tu buat aku terfikir xnak ah balik kampung semata-mata pi berurut. ikutkan weekend haritu hubby soh balik naik bas. fikir punya fikir xpelah..aku redha dengan ketentuan Dia. 

pastu aku google sebab songsang pulak. ada yang cakap sebab baby istimewa la, tak sihat la etc. uiiiiiii! lagilaa den cuak tahap gaban! padahal time tu dah fikir, eh dulu aku pun songsang apa. sihat walafiat aje. bak kata aini, sihat aje siti fatimah tu =)

wawa n aini suggested aku buat ECV. 
korang tau x ECV tu ape? meh aku explain sikit ek =)
ECV tu singkatan kepada external cephalic version. dalam kaedah ni, doktor yang terlatih akan memusingkan kedudukan baby secara manual dari kedudukan songsang kepada kedudukan kepala di bawah and turut diawasi oleh pengawasan ultrasound,CTG dan dewan pembedahan. 

ECV ini dilakukan pada usia kandungan 36 hingga 37 minggu kerana awal dari itu bayi akan pusing balik menjadi songsang dan kalau lewat pula,sukar dilakukan kerana air ketuban telah berkurangan.



So if let say adik baby still lagi songsang (aku berharap adik baby pusing pusing pusing), maybe aku pilih cara ni n the best thing is kat Hospital Serdang ada, tu pun Wawa yang habaq kat aku. even though aku redha, tapi at the same time aku rasa risau yang amat..hukhuk =(

dalam seminggu ni, macam-macam jugak cara aku buat.
1) pujuk baby! ye hari-hari aku dok sembang ngan adik baby. hari-hari pulak adik baby asyik mengeras kat atas aje. hopefully tu montot iye..huhu
 
2) letak ais atas perut, supaya baby rasa tak selesa and dengan harapan baby pusing ke bawah.

3) suluh dengan lampu picit kat bawah pusat tu. setiap kali nak main suluh-suluh setiap kali tu la aku stress. mana tak nya, time aku nak suluh, time tu la Alisha sibuk jugak nak main torch light. berebut aje ngan dia..ngeee

4) paling senang nak buat, sujud lama-lama. aku sujud lama tapi aku rasa tak sampai 5 minit kot. ada tu suruh buat sampai 20 minit.huhu

5) merangkak. ni kadang-kadang je aku buat sebab aku rasa macam tak selesa pulak nak merangkak dalam rumah =)

6) ambil segelas air kosong dan bacakan surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali, dan hembuskan ke dalam air tersebut. Ambil air dah usap kat perut sebanyak 3 atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam beserta selawat ke atas Nabi S.A.W. Lebihan air boleh diminum. nak lagi mustajab, suruh husband buatkan ye =)

7) Amalkan juga membaca surah Al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, semoga Allah permudahkan proses kelahiran baby yang kita kandungkan ni.

All the best ctmah!
esok repeat scan.
hopefully ada keajaiban.
adik baby, awk dengar cakap ibu tau. awak pusing ye sayang.
ayah tu nak tengok awak lahir sayang, ayah tu nak teman ibu dalam labour room sayang.
awk pusing ye sayang
muahhhhhhhhhh sangat-sangat kat awak

terima kasih pada kawan-kawan yang support dan mendoakan aku. jasa kalian amat ku hargai =)

Friday, April 18, 2014

result scan

As Salam Readers,

Entry lepas daku ada bagitau nak kena gi KK semula untuk scan adik baby kan. 
so pagi tadi, kol 7.30am aku dah vroom vrooom ke KK Kelana Jaya,

perasaan of coz la excited nak tengok adik baby.
tetiba doctor cakap ur baby breech la. kepala di atas, kaki di bawah
what??? =( =(
terus meleleh kat situ gak..huhu
seriously aku tak pernah pun terfikir baby akan breech ke apa ke sebab checkup selasa lepas kepala baby cun kat bawah. huhu!
terus rasa down n down kejap.huhu

doctor cakap next week rabu datang semula scan. masa tu dah masuk 37 minggu.
if still breech, depa akan buat surat refer hospital. 
Ya Allah, perasaan ni tak tau nak habaq camna.
rasa macam bernapas dalam lumpur gituw..huhu =(

Alhamdulillah baby sihat.
berat 2.8kg
air ketuban masih cukup lagi

 
To adik baby,
ibu harap sangat-sangat awk pusing semula ye nak =)
kawan-kawan, tolong doakan saya n adik baby yek 
thanks =)
 
 

Thursday, April 17, 2014

36 weeks! im ready u!!!

As Salam Readers,

Alhamdulillah, dah masuk 9 bulan pun minggu ni. Esok kena gi KK lagi utk scan adik baby. Isnin pun kena datang lagi untuk weekly checkup. la ni dah seminggu sekali..huhu!cuti coti cuti abes laaa cuti daku =(

Pakaian adik baby pun baru je siap laundry. tetiba rasa eh macam sikit aje. time Alisha dulu penuh bergantung 2 3 ampai.hahah! ku rasa baju baby boy macam limited sikit compare than girl. kalau girl, pink banyak pun takpe..hihi

adik baby punya! =)

Lepas dah basuh, terus packing dalam beg. as usual kitaorg share 1 beg yang chomel sangat. beg ni aku beli masa anakku warehouse sales yang lepas. RM 5 aje yooo! memang la berbaloi-baloikan. kalau korang tanye aku ada jual ke x, confirm-confirm la takde yek =)

beg cap ibu dan anak =)

OK meh aku listkan apa yang ada dalam beg chomel ni =)
1) baju adik baby 3 helai 
2) barut 3 helai
3) napkin 1 helai
4) hooded blanket 1 helai
5) mitten booties 3 pasang
6) pampers 9 helai
7) wipes tissue pack yang besar 1pc
8) blouse ibu (berbutang) + kain batik 1 helai
9) towel 1 helai
10) spetot pakai buang  cap pureen 1 pack (ada 5pcs)
11) maternity pad 4pcs
12) bra 2 helai
13) padding bra 4 pasang
14) plastik sampah 1pc
15) minyak+ubat-ubatan

rasanya tu aje yang ada dalam beg tu.. kembong beg!haha!
bengkung kena bawak ke ek? tak ingat pulak masa Alisha dulu aku pakai bengkung ke idok..lalalalalalaaa

feeling happy
feeling nervous
feeling everything

kawan-kawan, doakan aku ek. terima kasih
hopefully semuanya dipermudahkan oleh DIA. amin =)

Monday, April 14, 2014

Cameron Highlands ala-ala budget

As Salam Readers,

makin lama makin malas nak update blog.
huhu!perut pulak makin beso ke depan..ahaai..
pi kedah pi perlis pun tak update lagi. ni tetiba nak update dulu pasal pi cameron.T______T

aku memang plan nak gi CH ni lama dah tau. atenya tak pernah pergi kot..kire agak batak la jugakkan.hihi! tengok shashaxora asyik up gambor CH aje, lagila aku meluap2 nak pi =)
memula tu aku cari geng dulu. kebetulan pulak liza nak join!yay dah ada kawan n at the same time groupon ada offer voucher country lodge hotel, which is RM 88 2day 1night (weekdays). So berdikusi kejap ngan liza n kitaorang decided amek package weekdays. pergi weekdays takde la crowded manakan =)

tiktoktiktok hari yang ditunggu dah sampai!!! kitaorg pergi hari Ahad (060414) n balik Isnin (070414). Liza n kawan hubby suggested ikut simpang pulai sebab kalau ikut tapah jalan lagi zigzap katanya. OK menurut perintah. hihi!

Ahad (060414)
Gerak dari Port Klang dalam pukul 8 lebih n jumpa liza kat hentian tapah. Mandikan Alisha, breakfast jap n terus challoooo ke exit simpang pulai. 

Otw naik ke CH tu aku pening kaw2 tahap pegang plastik nak muntah!!! 
Mana tak nya, Alisha ajak main baring kanan, baring kiri ikut laluan jalanraya tu... fuhhh! hazab oiii nak layan. budak kecik memanglah takde perasaan pening lagi, orang tua ni haaa macam separuh pitam melayan =( nasib baiklah separuh jalan dia dah ZZZzzzzZZZ
so aku pun buat-buat tidur jela sebab takut muntah..huhu!

sampai county lodge hotel around 1.45 camtulah. hotel ni betul-betul kat brinchang n dekat ngan night market. lepas check in, lepak-lepak n solat sat. pastu pi cari kedai makan sebab dah lapaq! kitaorang pilih n makan kat kedai ikan bakar n tomyam. lepas makan terus ke bharat tea plantation. amek-amek gambar sat n pastu duk lepas makan cake n minum teh tarik. before balik, shopping uncang teh valley. pastu singgah sat kat healthy strawberry farm. usha jem mayumie kejap n liza order strawberry+cream+chocolate. sedap OK!
pas makan, posing-posing sat n terus balik hotel semula.
ni la country lodge hotel tu..not bad tau =)
2 keluarga =)
rehat mandi sembahyang n dalam pukul 9 pm keluar cari dinner. tak tau nak makan mana, last-last kitaorg pilih marrybrown aje..fuh...10 tahun tak masuk marrybrown kot!haha!
pas dinner ingatkan nak pi night market tapi erks erks erks!!!
dah tutup nowk!!!ahaaaiii macam kecewa jap n terus aje balik hotel n zzzZZZZzz. 
sejuk yang hamat! hotel pun xyah nak berekon-ekon bagai. pakai kipas dinding pun dah cukup sebab memang sejuk kot. tu pun kami x on pun kipas tu. xkose mak nak bagi tambah sejuk lagi..huhu

Isnin (070414)
Packing barang sesiap n dalam kol 9 lebih kitaorang keluar jalan-jalan cari breakfast. 
breakfast kat kedai mamak area terminal bas. pastu terus gi Abang strawberry sebab nak petik stroberi!yippi! 2 orang petik RM 20 utk 500gm. aku n liza tukang petik tp at the end liza dah surrender sebab sofiyya mengamuk. hihi! liza beria soh beli eskrim kat sini tapi aku tak nak sebab aku dok teringat eskrim kat healthy stroberi farm.huhu!

pastu singgah agro farm kejap, amek-amek gambo n terus straight ke healthy strawberry farm. kali kedua singgah OK! nak beli jem mayumie, kak mimy, sha n zara n dried strobery ika, micha n wawa!lalalalalaaa! sambil tu aku beli terus buah stroberi kat situ, RM 30 dapat 2 pek besar n percuma 3 pek kecik. OK lumayan beb! pas shopping, baru la sedap melantak eskrim kat sini.. auwwwww sedap sangat tau mayumie :p :p

dalam pukul 12.30 cepat-cepat balik hotel utk checkout. dah lambat kot! nasib baiklah depa tak charge lebih..pheuwwwwww =)

dalam perjalanan balik tu, singgah sat kat pasar-pasar tepi jalan tu. just beli baju n souvenirs. pastu terus gerak balik shah alam. Alhamdulillah, pukul 6.30pm selamat sampai umah PIL =)

overall aku rasa happy sangat sebab dapat bercuti dgn hubby n Alisha n the same time ada member join sekali. even sekejap aje, tapi aku rase tu dah cukup bermakna buat kami =)
next time kite repeat tempat lain pulak ye liza!!hihi =)

kalo korang-korang yang nak bercuti tapi low budget, aku suggestkan korang pi CH. puas hati jugak tau!

meh aku listkan overall bugdet gi CH ni =)
port klang - CH, CH - port klang
minyak pergi balik = RM 100
tol pergi balik n tol kecik-kecik = RM 54.10
hotel under groupon = RM 88
Day 1: breakfast kat tapah = RM 9.50
Day 1: makan tenghari = RM 22
Day 1: minum petang = RM 11.50
Day 1: dinner = RM 33.75
Day 2: breakfast = RM 8.00
Day 2: makan tengahari = RM 15
Souviner = RM 27
T-shirt = RM 55
Stroberi = RM 50
Jem = RM 20
Dried stroberi = RM 10
yang kecik-kecik = RM 17
Total = RM 520.85

kat sini, terang-terang korang boleh cut cost kat makan-makan or stroberi or t-shirt.
pendek kata, tengok pada budget and tekak korang la yek!T________________T
 
ni kat abang stroberi
aahh licha ni buat ku rasa nak gigit2 aje :D
ni kat country lodge after cekidot =)
minum petang kat bharat tea, mam stroberi coklat n aiskrim kat healthy farm =)


Wednesday, April 02, 2014

kucar kacir kejap

As Salam Readers,

hooooo lamanya tak update blog!!
seriously aku rasa busy giler kentang la...
junior nak resign oii..boleh pulak kau resign before aku gi maternity leave kan. 
pandai betul ko punya plan kan.huhu @#$!%#$%^$
terus datang stress mress semua-semua la..
nak hand over kat orang baru lah, nak interview orang lah, nak buat knowledge transfer kat boss la, dengan manual guide itu inilah..ahaaai macam-macamlah pulak nak kena buat.
punyalah busy sampai aku rasa nak terberanak awal pun takpe.. at least aku boleh lari dari semua stress mress ni!

minggu ni kandungan dah masuk 34 weeks.
fuhh....kejap je rasakan.
soon adik baby akan keluar. 
omg! rasa seriau labour room tu dah terngiang-ngiang kat kepala otak ni haa..
hopefully kali ni Allah permudahkan urusan aku macam masa aku beranakkan Alisha dulu.
biarlah bukaan tu bukak sampai 6cm baru aku rasa sakit. Amin

tapi baju baby langsung laa xbasuh lagi..siyes rasa tak sempat tak menang tangan semua ada. masa Alisha dulu, rajin naaa basuh guna tangan. yang ni aku rasa macam nak sumbat aje dalam washing machine..ngeeee! sabtu ni mesti wajib basuh! aku takut sangat terberanak awal..ecewah..hihih

oklaa.. nak pi minum susu kambing sat..
dadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa