Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Friday, May 30, 2014

Pengalaman bersalin Muhammad Asyraf Haikal

As Salam n Sejahtera Readers,

Happy Jumaat uolss =)
Arini aku nak share ngan korang pengalaman bersalin anak ke 2 ni k.
orang cakap, lain anak lain ragamnya. ye dok?hihi

Aku rasa sakit pagi sabtu tu around 5.30am camtulah. masa tu hubby baru je gi kolam pancing kat seri kembangan nun di sana. dia kua umah kol 4.30am. Aku malas nak call dia, just whatsapp aje bagitau aku rasa sakit. pastu hubby call n cakap nak balik. aku cakap baliklah n terus letak fon.

pastu aku rasa nak terkencing n masa kat toilet tu nampak ada lendir darah kat panties n bowl tandas. so instinct aku kuat mengatakan mungkin kembar darah macam Alisha dulu.
pastu terus baring jek. malas nak bagitau mak. bila sakit tu datang, aku just urut-urut belakang pinggang aje. hubby sampai umah dalam pukul 6.30am n terus bagitau mak. macam-macamla depa tanya sampai aku malas nak jawab sebab dok menahan sakit tu.haha!seriously rasa macam malas gile nak jawab!!! T____________T

dok rileks-rileks, kemas apa yang patut, basuh botol susu Alisha dulu n dalam kol 9 kitaorg keluar umah. hospital pilihan hati of coz la Hospital Serdang =)

maintain tahan sakit =)

sampai hospital dalam pukul 9.30am. register itu ini and terus masuk bilik pac. 
baring kat katil n nurse pasang mesin ctg tuh. dalam kol 10 camtu doctor datang nak buat 1st ve. doctor lelaki Melayu. OK fine. aku relakan aje..hihuuu! Doc cakap baru 3cm!hekkkkk! kenapa aku rasa contraction selang 5 minit tapi bukaan masih sikit lagi.huhu! Doc cakap akan check semula pukul 3pm. sudahnya bertapalah aku kat situ. kejap2 aku duduk kat dalam, kejap2 aku lepak ngan hubby, mak n Alisha. kesian kat mak n Alisha, sampai tertidur-tidur kat ruang menunggu tu. aku soh hubby anto mak n Alisha tidur dalam kereta, kesian sangat kot.huhu!

tengok waiting list 'belum bersalin' tuuuu x__x
kesian nenek+Alisha! tengok muka suci aku ketap bibir tahan sakit!haha

Alisha yg tak pernah bosan menunggu =)
makin lama makin sakit oiii..aku jalan sambil menggigil-gigil pegang dinding. ada sorang akak ni perasan n terus tanya OK ke?Aku just cakap sakit n senyum aje. pastu akak tu cakap kat Doc "takde katil ke doctor?saya tengok dia ni tak tahan sangat ni"
then cepat2 Doc suruh baring kat katil. Datang pulak Doc perempuan India buat ve. seriously muka Doc ni sangat naughty n mulut sangat kepoh. Doc cakap "yuhuuu!dah 7cm!i korek2 bagi bukak jalan lagi ye" hohoh! tanjat mak tau..sambil korek sambil menyengih. pastu cakap lagi "hurmmm sedap, i like it!"homaiiiii ko doc!aku tengah sakit pun boleh terkekek2 gelak tengok Doc ni. pastu dia amek alat nak pecahkan ketuban tu n sambil buat muka naughty cakap "i nak jolok ni. mesti rasa dia best" errkksss!speechless aku k..hahaha T__________T

kali ke 3 baru dapat pecahkan air ketuban sebab contraction aku selang 1 minit. setiap kali Doc masukkan alat tu, aku sakit. bila contraction datang, Doc xleh nak pecahkan sebab kepala baby menolak ke bawah. lepas aje ketuban pecah, terus aku rasa sakit macam nak pitam, patah pinggang, semua la rasa. Doc sengih aje sambil suruh nurse tolak ke labor room. 

otw nak ke labor room sempat aku jerit ke Doc "Doc!panggil suami saya. nama saya siti fatimah!" pastu cecepat Doc n nurse panggil "siapa suami siti fatimah? siapa suami siti fatimah?boleh masuk ke dalam sekarang ye" haha!rasa cam kelakar pulak :D


part labor room next entry la yek!penat nak menaip n fikir ayat.haha!



  

Tuesday, May 27, 2014

10 May 2014

As Salam n Sejahtera readers

hai..lamanya den x menaip kat sini. mcm krik krik krik nak fikir ayat.h0h0
btw just nak share berita gembira dengan uollss =)

Alhamdulillah, saya dah selamat bersalin baby boy pd 10 May 2014 yang lepas.
kat fb, ig semua saya dah share. dlm blog aje belum share lagi.hihi
 
cam biasalah, hospital pilihan saya of coz la hospital serdang.
walau jauh, rela ku redah gitu..ewahhh =)

next entry saya akan share pengalaman bersalin anak ke 2 ni ek. 
takde mood nak type panjang-panjang lagi =)

meh nak tempek gambar pb satu :D

Muhammad Asyraf Haikal bin Muhammad Hamzah
10 May 2014
4.10pm
Hospital Serdang


Friday, May 02, 2014

Kisah Cube Wardrobe yang comel lote plus murah ni

As Salam Readers,

Alhamdulillah sangat2 =)
Pre-order cube wardrobe ni dah pun masuk 4th batch
I is tak menang tangan uolss nak handle menda yang comel ni..
sumpah tak tipu tau =)
sebab apa tak menang tangan?
sebab aku bagi harga yang serious jauh lebih murah dari harga luar. 
betul tak? betul tak? hihi
aku jual murah-murah pun sebab saja suka share benda ni ngan korang.hihi
 
ni, belum pun bukak 5th batch, dah ada yang bayar jugak.
terima kasih sesangat sebab korang-korang percaya kat aku =)
Alhamdulillah..ni yang dinamakan rezeki baby. ye dok =)

3rd and 4th batch dah sampai hari ni. so dari kelmarin aku dok pulun customer / ds bayar balance amount. kalau dok, aku tak leh submit kat supplier n of coz la cube-cube korang tu lambat di pos. lambat pos jangan salahkan aku tau, salahkan diri korang-korang ek.lalala :p

cube ni dah ada penambahan sikit tau.
start dari 2nd batch dah ada hanging rail. so korang-korang tak yah risau nak cari hanging rail celah ikea ke, jusco ke or memanalah =)
cube ni ada 3: cartoon, pattern n flowery.
untuk 4th batch ni pun ada penambahan gak, ada cube untuk kasut..owh so comel OK!
semuanya korang boleh cekidot kat blog bisnes aku http://ctmahcorner.blogspot.com or fb page ctmah corner

oklah! aku nak share cube-cube dari korang-korang yang best ni..hihi
siyes comel if korang pandai DIY ok =)

 Alisha is super excited masa OK! =)








  pape korang cekidot kat sini na
blog : ctmahcorner
fb page: ctmah corner

tata =)