Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Sunday, June 15, 2014

5 hari berkampung di wad

As Salam n Sejahtera readers

alamak..lupa nak cita ape dah. atenya mak anak 2 busy sesangat. baru ku tahu camne rasanya mak beranak 2. haha!

entry lepas aku ada habaq yang laki nangiskan.huhu! citenya begini, laki aku tunjuk 1 risalah ni n terus cakap sayang tak tau ke? aku cakap depa takde cakap pape pun n terus terus aku pulak yg melalak. rupa2nya Asyraf ada g6pd deficiency. depa detect dari darah kat tali pusat. seriously aku rasa down sesangat time tu n berkali2 aku cium baby.

memanglah aku pernah dengar pasal penyakit ni tapi aku memang tak sangka yang asyraf akan dapat g6pd. masa tu aku memang tak leh fikir pape dah lagi2 bila hubby cakap aku n baby kena tahan wad 5 hari sebab doctor nak pantau jaundis baby. what? 5 days?maknenya dari hari ahad sampailah hari khamis. seriously aku memang dah melalak2 time otw ke wad 5e tu. gile kau!aku rasa n memang tak cukup kuat kot nak hadap 5 hari kat wad. the 1st thing aku fikir is Alisha. sedihnya nak berjauhan ngan dia =(

5 hari dok kat wad memang rasa sgt membosankan plus menyakitkan. sakit sesangat kat area perut ni. lagi baby menyusu lagi sakit. aku rasa macam sakit constraction tu. doctor cakap normal sebab rahim tgh nak mengecut. sampai menangis kot tahan sakit tu.huhu!

selama 5 hari tu, setiap pagi depa akan amek darah kat tangan asyraf n sekali je asyraf duk bawah lampu biru. bila dok bawah lampu tu, semalaman aku tak tidur k sebab takut hidung dia tertutup dengan penutup mata tu. pastu lampu tu panas!dia x selesa kot dok bawah lampu tu.kejap2 merengek kejap2 mengempeng nak tek.

paling aku tak suka bila share toilet. bukannya aku ni memilih ke hape tp memang siyes aku tak suka geli semua2lah. dalam toilet, dalam bilik air ada je darah kat lantai. pastu cuci tak bersih. pastu bau darah palinglah aku tak tahan. bila nak buang pad dalam tong sampah lagilah aku nak muntah. awatla depa ni tak cuci pad tu. kotor kot darah. setan suka la tengok darah2 ni.huhu!

paling best time waktu melawat aje. mujurlah hubby amek cuti seminggu. setiap hari dia datang n teman aku. bila public holiday mesti dia angkut mak n Alisha. mak pulak mesti masak lauk pantang. ahhh sadislah bila kenang semula.sobs sobs
kalau hari biasa budak2 tak leh masuk. ada 1 hari tu hubby dtg ngn mak n alisha. so bergilir2lah mak n hubby naik. sebak dada macam nak pecah ok bila xdapat jumpe alisha, just usha dr tingkap,call n kiteorg main lambai2. huarghhhh meleleh2 ayaq mataa!!!

n tima kasih to wawa micha kak my zura sha nurul eli n yati coz sudi memeriahkan wad 5e =) thanks korang. terubat sket rindu aku kat korang. liza yumie zara shima thanks tau coz sudi terjah rumah aku yg serupa kapal karemmsss tu.kikiki

haaaishhh tu jela cite 5 hari aku. tonggang langgang pun lantak lerr..hihi

to Muhammad Asyraf Haikal
ibu doakan awk sihat cergas n sentiasa dirahmati yang Esa. amin

Sunday, June 01, 2014

Pengalaman bersalin Muhammad Asyraf Haikal - part 2 =)

As Salam and Sejahtera Readers

hehehehe T__________T
janganlah dimarahi hamba yek.lalalala
siyes penat nak type tau.hihi
OK ok meh la ku sambung part 2 yek. panjang ni.
suka hati kome la nak bace ke idok.hihi

Doc india tu tolak aku sampai depan pintu labor room aje. pastu nurse n bidan sambung tolak ke dalam. depa soh pindah dok atas katil labor room tu. bidan tu tanya aku "hang boleh turun dak" aku macam dah malas nak turun so aku cakap ajelah "tak boleh la nurse" makanya depa selaraskan ikut katil labor room tu and aku pun merangkak aje pindah ke katil sebelah.wakakaka! dasar pemalas kau timah!haha

tak lama lepas tu nampak hubby masuk sengih-sengih. pastu bidan soh kangkang. aku pun kangkang ah. kangkang luas lagi. makanya aku kangkang sekangkang kangkangnya =)
kali ni aku rasa macam bersemangat waja tau. setiap kali kepala baby menekan ke bawah aku siap cakap kat bidan "OK dia datang. Bismillahirrahmanirrahim.argh argh argghhhh" sambil tu bidan cakap "1 2 3 pandai, sikit lagi" yang kelakarnya tetiba aje aku rasa domok sebab bila bidan soh tolak dagu ke leher, aku rasa macam tak sampai. sudahnya hubby tunjal kepala aku ke bawah sambil bagi semangat.haha! kali ke 3 teran bidan cakap nak potong sikit sebab kepala baby macam ternaik ke atas. bila dia gunting tu, aku push sehabis push n dengarlah suara hamba Allah menangis. Masya Allah... Alhamdulillah aku cakap banyak kali sambil hubby cium kepala aku bertalu-talu (touching bila ingat semula). terasa lega sangat-sangat bila rasa ada benda panas berdesup keluar laju. sobs sobs
pastu terus tanya hubby "mana cepat?masa Alisha ke masa baby?" hubby laju jawab "yg ni kot. tapi sayang tu tak cukup power. kan dah kena gunting" aku prfttttttttttttttttttt

bidan angkat n tanya "anak apa puan?" aku "lelaki" n terus dia letak kat badan aku. skin to skin gitu. tetiba bidan cakap "hang awat?hang nangis ka hang suka?aku tengok muka hang macam nak nangis ada, macam suka pun ada" oooo rupa-rupanya bidan tu cakap kat hubby. bila aku tengok muka hubby, aku pun macam conpiuss..hehe! ayaq mata meleleh tapi mulut senyum. acaner tu bang? hubby tak kata apapun, just bunyi ketawa macam menangis tu..eh paham dok?hihi

pastu bidan soh teran sikit lagi, nak keluarkan uri pulak. aku berdehem sikit aje, uri pun keluar. boleh pulak bidan tu angkat n tunjuk kat aku "puan, ni uri baby ye" aku macam erks erks erks nak pitam pun ada.h0h0h! masa Alisha dulu depa tak tunjuk pun..merah hitam. cuak tengok seketul panjang camtu huhu

pastu nurse lain bagi anak kat hubby n hubby azan kat situ gak.lepas azan, hubby bagi semula kat nurse sebab depa nak bersihkan baby. time tu jugak bidan soh hubby keluar sebab nak jahit yang depa gunting tadi tuu.ngeee

ayat bidan ni lebih kurang gini la "saya nak jahit dalam ngan luar na. yg dalam tak rasa sangat, tapi yang luar ni sakit sikit na" aku angguk aje
Masya Allah! aku menjerit-jerit tak cover dah OK!!depa tak bius langsung. sedut gas tu pun tak dak. aku rasa bidan kuis isi kanan kuis isi kiri. aku rasa benang tu kena tarik kiri kanan.homaiiii!aku kena jahit hidup-hidup siot!sumpah aku jerit kuat gila sampaikan bidan tu pun tegur lebih kurang gini la "awat hang jerit kuat sangat. beranak tadi takde pun hang jerit macam ni. malulah kat orang lua. aku jahit 4 aje ni. luka hang sikit ja ni. tahan sikit na" aku? kemam bibir tapi tetap jerit kecik gak.siyes sakit oiii..time tu aku dah memang fikir nombor 3 memang lambat lagi la gamaknya. sumpah tak tahan gileeeer hukhuk

bila dah settle semuanya bidan soh lepak dalam labor room dulu sebab wad penuh.berkemungkinan besar aku kena tidur dalam labor room. hoh? dalam hati cakap macam ok jek sebab laki leh teman sepanjang malam.hihu!pastu hubby terus turun pi kaunter nak cek ada bilik kosong ke tak. time hubby keluar tu masuk Doc girl melayu. dia nak check jahitan n buat VE nak tengok ada darah beku ke tak. tangan comel je kecik tapi sekali dia godek-godek terangkat la pungkok aku.haha!sakit oiii!pas dia check tu dan dan aje aku nak terkencing. jadinya dia la tolong bangun n papah aku.lalalala!pastu bila aku balik ke katil, dia pulaklah yang tolong pakaikan pad.lalala ma kasih Doc.kikiki

penat aku tunggu anak aku, tapi depa tak anta pun. tengok-tengok hubby tolak troli baby sambil cakap "siot je. depa letak anak kita kat depan pintu sayang" lol!kenapalah korang tak tolak masukkan..huhu!takpe, dimaafkan =)

alahai..sempurnanya mu nak. terima kasih Allah atas kurnianMu ini. 
tak terzahir rasanya perasaan tu =)
tetiba je baby nangis n pelan-pelan angkat n bagi baby isap SI. 
pandai sangat-sangat baby isap n Alhamdulillah sangat-sangat susu aku terus ada. 
masa  Alisha dulu, 3 hari jugak baru susu keluar. 
Alhamdulillah, terima kasih Allah

kitaorang lepak-lepak, gelak-gelak, sedih-sedih ingat kat Alisha n selfie-selfie kejap =)
tak sia-sia aku beli power bank ngan yumie.takdela risau bateri fon kong.hihi
monopod je aku lupe bawak :p

selfie berdua. adik baby depa x anto lagi :D

dalam pukul 9 lebih camtu hubby cakap nak balik jap simpan uri tu sebab nurse cakap if tak bawak malam ni, uri tu depa akan simpan dalam peti ais. hubby takut tertukar, tu pasal dia nak balik gak. cian hubby penat.huhu

dalam pukul 11 lebih camtu nurse datang n cakap ada katil kosong kat bilik transit. h0h0!bilik Alisha dulu. so depa kemas-kemas barang aku n terus tolak kami. otw gi transit aku call hubby cakap tak yah datang ah, aku dah dapat wad. sampai je kat transit, depa bagi katil paling hujung kat aku. ok la. xde la macam Alisha dulu, dok tepi pintu. stress bila orang terlanggar pintu.huhu! eh korang tau dok bilik transit tu apa? hihi
transit tu bilik sementara waktu aje sebab wad semuanya dah penuh.hihi
malam tu tak leh nak tidur sangat sebab sana sini bunyi suara baby nangis. anak aku aje yang senyap ek ek segan silu sampaikan akak katil sebelah tegor baiknya baby awk.hihi

esoknya dalam pukul 10 camtu Doc guy cina datang melawat n suruh buat VE sebelum balik.yeh00ooo..tak sabar nak balik tp kecut perut nak buat VE!tangan Doc ni besau sebab Doc ni badan besau. tapi smooth aje dia masukkan tangan tu..ouchhh hihi
tak lama lepas tu hubby datang dengan muka n hati yang happy.borak-borak sambil tunggu surat keluar hospital. pastu adik n wife datang melawat kami. haishhh adik aku paling banyak tanya sampaikan garisan kat perut tu pun dia sibuk tanya gak. tengok perut gendut akula..haha!adik oo adik. ko memang suwitkan nua =)

tunggu punya tunggu nurse tak datang pun bagi surat. hubby dah panas punggung n cakap nak pi tanya nurse. aku pulak nak terkencing. so aku gi toilet, hubby gi tanya nurse. balik balik aje aku tengok muka laki tengah meleleh air mata.h0h?? 

eh dah penat laa...esok-esok aku sambung next entry pulak ek...
hihihihi