Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Thursday, October 23, 2014

2 budak comel!

As Salam n Sejahtera Readers,


tada!!!
Alhamdulillah dua dua dah makin besar and bijak pandai =)

Alisha 2 tahun 2 bulan, berat 12kg
Asyraf 5 bulan, berat 7.8kg


malam tadi alisha suruh aku buat lawak!
dia suruh aku jerkah depa sambil lompat T__________T sobsobs!
ibu mana yang sanggup tolak permintaan anak
maka aku pun jadilah badut terlompat lompat sambil terkekek-kekek. haha!
time ni laki aku tengah tidur sambil tengok tv (eh tv tengok dia tidur)
dengar kitaorg gelak berdekah-dekah terus dia hempas bantal n masuk bilik
lalalalallaa hahaha!
marah letuwwww! b0oooooooo!
Alisha "ibu, ayah napa?" dok tanya berulang2
Aku "ayah nak tidur la sayang"
Alisha "ibu cepatlaa lagi lagi"
Aku T_____________T sobsobs
 haha!
 



Thursday, October 16, 2014

KT 08 dah selamat sampai Malaysia

As Salam and Sejahtera Readers,

Alhamdulillah abah selamat balik Malaysia!!!
Masya Allah.. Subhanallah rindu sangat-sangat kat abah kita yang comel tu.
Kami adik beradik memang excited nak sambut abah kat KLIA. adik dari kuantan abang akak dari johor sanggup turun semata-mata nak jemput abah. mak tak yah cakaplah, dah turun awal seminggu lagi tau. lepak rumah kakak aku kat shah alam. hihi!so suwitt mak yam ni tau =) bak kata adik aku, bila lagi nak sambut abah kat KLIA kan. lalalalalala

flight abah delay 45 minit. sepatutnya sampai 12.50am. so kitaorg bajet abah sampai dalam 1.30am camtulah. tengah otw pi KLIA zass dapat whatsapp group abah dah sampai pukul 1.11am. akak abang aku yang dari johor tu habaq dia dengar announcement kapal terbang yang abah naik tu dah selamat mendarat. waaaaaa debar gile nak jumpe abah :D :D

sampai-sampai je terus zass terjah pintu 3. depa dah tunggu kat situ. hobi kakak aku memang bawak tikar. wajib bawak OK. senang nak duduk lunjurkan kaki ke ape ke. hihi

orang dah ramai tunggu kat pintu keluar tu. laki aku, abang, abang ipar, kakak, adik ipar n mak semua dah standby tunggu kat tepi tu. aku, humaira n alisha je dok rileks atas tikar sambil krup krap makan. asyraf still lg zzz dalam stroller. bila nampak pak haji mak aji keluar, aku rasa waaaa nak tengok abah la! terus zass cari yang lain. 

kepala dah tak reti dok diam ni. kejap pandang sana kejap jalan ke situ sambil cakap dalam hati, mana abah ni. haha! tetiba aku nampak kakak aku dah senyum n berlari ke pintu tu. aku tengok abang aku yang tolak troli tu!eh bila masa pulak mamat ni masuk dalam tu.haha! pastu baru la aku nampak abah! yay!!!! semua dok pakat peluk cium abah bertalu-talu. aaaa terubat rindu kami kat abah. Alisha dari tadi la dok panggil atok atok. mesti licha rindu atokkan =) bila dah berkumpul tu tetiba abah ajak makan tosei. haha! aku dah boleh agak mesti abah ajak makan tosei punya! abah aku penggemar tosei nom 1 tau :D :D

lepak kat kedai makan sambil dengar abah bercerita. time ni asyraf dah segar biji mata. haaa memang aku tak leh lepak lama la. lepas makan meggi goreng terus aku lepak dalam kereta aje sebab si kecik ni dah ek ek ek. sedar tak sedar dah pukul 4.00am. so kitaorg bersurai. abang kakak balik johor terus, adik n wife dia balik kuantan terus. kakak yg sulung balik kepong terus sbb after subuh nak bertolak ke bentong pulak. aku n kak su terus balik shah alam. owh abah nak lepak shah alam 1 malam. yay boleh dgr abah bercerita lagi =)

happy family!


welcome home abah!
semoga abah mendapat haji yang maqbul dan mabrur... Amin

Monday, October 13, 2014

2 bulan!!!

As Salam and Sejahtera Readers,

ewah..tajuk 2 bulan tu macam mengandung 2 bulan aje kau timah ni kan. haha!
eh ada lagi ke reader blog aku ni..kikiki

lama gile weh tak update blog! 2 bulan OK. kalahkan orang dalam pantang pulak aku ni..anyonyo!!!

sekarang ni symptom malas nak type malas nak fikir aje yang menguasai diri aku ni ha..tapi kalau bisnes laju pulak aktif. haha! apa2 jela tmah. janji kau bahagia sobs sobs

konon nak cerita pasal raya lah, pasal birthday Alisha la.
nahhhh semuanya tinggal debu tau. birthday hubby pun dah lepas. raya haji pun dah lepas. haha!

maybe next time aku nak buat trobek trobek ajela.haha!

malam ni abah balik. flight sampai pukul 12.50am. doakan perjalanan abah aku dipermudahkan dan diredhaiNya. Amin
seriously rasa rindu sangat-sangat kat abah. tengok orang update gambar kat mekah kat madinah aku rasa rindu sangat-sangat kat abah. abah tak pandai ambil-ambil gambar ni. nak telefon anak-anak pun tak pandai. selalunya anak-anaklah yang akan call abah. dengar cerita abah macam seronok aje. tak sabar nak dengar and tengok telatah abah bercerita.
kita jumpa pagi nanti ye abah!

my abah!