Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, October 28, 2015

Birthday Surprise untuk En Suami

As Salam and Sejahtera Readers,

Sempena birthday hubby hari tu, aku dah planned baik punya nak buat itu ini.
Puas google gambar tu, gambar ni semata-mata nak puaskan hati mak. haha!
Bukan puaskan hati suami OK ngeeeee

Kononnya aku plan nak buat belon terapung. pastu tempek gambar kat tali belon tu.
Lepastu aku plan nak buat kek birthday and masak makanan favorite hubby, which is paprik ayam dan kangkung udang kering. 
 
Hah! Ginilah yang aku maksudkan tu. Penat mak google tau haha!

hi Google!

Dalam kepala otak memang tak terfikir pun belon boleh naik ke tak naik ke ape ke OK.
Pagi kejadian tu cepat-cepat gi kedai Mr Diy beli belon bulat, belon hati and lilin bentuk love. Lepas tu cepat-cepat gi Mydin pulak beli kitkat nak tempek kat kek, beli segala bahan nak masak lauk pauk yang kat atas tu. 

Dingdong dingdong sampai rumah pukul 1 lebih. Cepat-cepat solat Zuhur and terus zass baking kek dulu. Resepi jangan tanya aku kay. Aku cilok aje resepi FB Kek Coklat Kukus.
Settled part kek terus tungtang tungtang masak lauk-pauk tu. Menu simple aje pun, so kejap je dah settled. Haha! 

kangkung udang kering dan paprik ayam

Lepas kek dah masak, aku biarkan kek sejuk sekejap and lepas tu buat topping coklat untuk curah atas kek. Settled curah topping, terus deko-deko kek itu. Kalau korang nak tau, costing nak tempek kitkat keliling kek and curah M&M atas kek agak mahal tau!No wonder la kalau tempah kek camtu depa cas mahal. haha! Kitkat aje dalam RM30 lebih and M&M dalam RM belas-belas. huhu! Mujurlah setahun sekali je bang haha!

Tengah syok mendeko tetiba zapppp alamak takde reben! Terus rasa lintang pukang fikir nak pakai apa ni. Tak boh reben kang kitkat tu jatuh pulak kang. Cepat-cepat punggah beg doraemon and ada la jumpa 1 reben ni. Tapi tu reben keras. Sobs Sobs! Hentam jela labu haha! Bukan nak makan reben pun kan ^_______^

kek coklat kukus penuh kasih sayang namanya!

Settled part makanan. Terus berkobar-kobar tiup belon. What the fishkek belon tak naik!!!! wakakakak pengsan mak stress sorang-sorang. Tele Micha habaq kat dia. Dia cakap kena pakai belon gas tu. Yadei yadei timah. Apelah yang ko fikir ni mak hahahaha! Padan muka nak murah sangatkan sobs sobs sobs. Nak sedapkan hati, aku tiup gak la belon bulat belon hati tu banyak-banyak pastu tempek kat langsir haha! Gambar pun aku kelip aje kat langsir huarghhhhh! sadis mak planned hancur berkecai. Baru nak fefeeling diamor h0h0!

Disebabkan mood dah bertukar kaler, terus chow gi amek bebudak. 5.45pm hubby balik kerja and terus gi pickup dia. Otw balik rumah, hubby ajak makan kat luar. Aku cakap OK jek, tapi nak balik rumah dulu. Sampai je kat parking kereta, hubby pulak cakap malas. So aku cakap kat dia jangan naik dulu. Bagi aku naik dulu. Alisha pun sibuk nak ikut naik gak. Hishh kacau jela budak kecik sorang ni. Aku pesan siap-siap kat Alisha jaga pintu, jangan bagi Ayah masuk. Masuk je rumah terus mulut budak ni tak reti diam. Ibu ape ni buat apa tu, belon untuk siapa kek ape ni. eeeee macam-macam soalan dia tanya. Aku cakap diam diam jaga pintu, jangan bagi ayah masuk. Mujurlah dengar kata. Dok kat pintu sambil cakap ayah jangan masuk, ibu ada happy birthday. hahaha! takleh simpan rahsia la awk ni Alisha oiii!

Bila hubby masuk rumah terus aku tutup pintu and terus ajak licha nyanyi lagu happy birthday. Wah dia yang kemain seronok macam birthday dia pulak. Sibuk nak tiup lilin la nak potong kek la T_______T suka hati awaklah Alisha hihi!

tutup lampu!!!
nampak tak belon stress gambar stess! X_____X
Muka dalam hati ada taman :D
Birthday cake dia kononnya


Sambil makan sambil hubby tanya itu ini. Dia macam tak percaya aku buat itu ini sebabnya pagi tadi aku elok je sihat walafiat pergi kerja sesaing ngan dia. Bebenornya isteri dia ni tak kerja pun. hahaha! Menjadi di situ kan :D

Nasi loplop 2 ketoi :D

Owh hadiah birthday ni complicated sikit. Kejap nak kasut futsal kejap nak vape. Kasut futsal dah rabak tang tapak. Vape pulak katanya nak benti merokok. Aku biar aje dia pilih nak mana satu. nak belanja sekali dua I is kopak OK. Last-last dia pilih vape. Aku iyakan ajelah :D

OK tamat cerita birthday hubby tahun ni. Tahun depan tunggu tahun depan la baru fikirkan :D Btw, I love U so much B to the moon and back. Hopefully our married bahagia till jannah. Walaupun I tau U memang tak pernah baca blog I tapi I always sayang U k. Hopefully one day bila I takde, U boleh kenang memori kita melalui blog ni. Sobs sobs tetiba touching plak :( :(



Monday, October 26, 2015

Beli Tiket Legoland Serendah RM 7

As Salam and Sejahtera Readers,

Aku tau tajuk ni dah basi tapi ape ada hal kan.. 
Ini blog aku, so terpulanglah pada tuan punya badan nak update bebila pun hihi!

Ceritanya begini. aku pendekkan jela ek :D
Aku kan duduk kat Shah Alam. So setiap kali pergi dan balik kerja memang lalu area Karangkraf tu. Tepi jalan je dah boleh nampak banner beso-beso pasal benda alah ni.

Tapi aku pandang sepi dan buat tak nampak jek sampailah one day member aku yang kerja kat karangkraf bagitau pasal benda ni. Dia ceritalah dia dah pergi since last year and blablabla. Dari tak amek port terus rasa teruja oii bila dengar cerita dia. hahaha!

Dia habaq, nak senang beli surat khabar sinar tu terus kat Karangkraf Mall. Korang nak booking untuk berapa pcs untuk berapa orang pun boleh. Janji ko bayar full and depa akan simpan untuk ko.

Aku dapat semua surat khabar ni sehari sebelum tebus tiket. Gila tak gila la ko potong, tulis ruangan yang kena isi tu sebanyak 224 pages. haha! 
Mana taknya, yang nak perginya 32 orang. 1 tiket untuk 7 set. So 32 x 7 set = 224 T__________T . Subuh baru siap OK! Rabak tak rabak la mata ni sebab lepas tu terus sesiap pergi kerja. huhu! 

ni haa nak kena isi 224 helai X___X
Pinar-pinar stress tengok haaa

Masa sampai Karangkraf tu, mak aiii tanjat gegirl tau. Mana tak nya, ramai gila kot dok tepi dinding dok koyak-koyak surat khabar. Bertimbun-timbun atas meja tau. Memang rajin betul hangpa-hangpa ni kan hihi! Mesti ada yang nak jual semula ni sebab aku tengok kat facebook dah ramai yang jual tiket dengan harga murah. Tarikh semua sama je tau haha!

bertimbun-timbun surat khabar sinar dik oiii
kaunter redeem tiket


Tengah beratur, adik ipar text habaq adik dia nak lagi 15 keping. Lepas je beratur redeem tiket, terus beratur kat tempat orang jual surat khabar sinar. Banyak oiiii, bertimbun-timbun surat khabar sinar tu. Lepas dah settle itu ini, terus aku chow pi kerja. Untung la hari ni ada jamuan raya. So boleh la masuk lewat sikit.kakakakaka

32 keping!!!
add on 15 keping!!!

OK settled cerita pasal tiket ni. Btw, rasanya setiap tahun surat khabar sinar akan buat promosi ni. So mana yang tak dapat tu, jangan sedih na.. Tahun depan cuba lagi na. Kalau betul ada, nanti aku war-warkan dalam blog awal-awal. Siapa yang tak nak benda murah tapi berbaloi-baloi kan :D :D




Friday, October 02, 2015

LAZADA lastday #MyCyberSale

As Salam Readers,

Minggu ni kegilaan aku terfokus kejap pada website LAZADA sempena hari #mycybersale ni.
Event ni berlangsung dari 28 Sept till 2 Oct 2015. Pendek kata tepat je pukul 11.59 malam ni, jualan murah2 tu habis ok.

Tapi korang kena pandai cari, try and errror satu persatu k.
Ada yang free postage, ada yang kena postage, ada yang deduct voucher RM30, RM20 dan tak sampai RM10 pun ada. Tu semua bergantung pada barang yang korang pilih =)

Aku suka gila shopping kat Lazada sebab depa bagi voucher yang best!
Contoh code yang aku guna adalah seperti ROCK30, CYBER50 and TV3.
Code ROCK30 dan CYBER50 sah untuk new user and boleh guna SEKALI SAHAJA ok. (tips daku guna email yang tak pernah guna or just create a new email.. haha!)
Code TV3 ni special sikit and orang tak kan perasan kalau tak tengok berita utama 8.00pm pada 29 Sept hari tu. Limited only for 1.5k users sahaja. Aku sempat grab sekali and lepas tu code tu tak valid dah ngeeee  

Apa yang aku beli ek? Meh aku habaq sini na :D
 
Pampers drypers!! haaa ni memang gile tau
1st time aku beli untuk aku n pastu yumie
drypers M80 untuk 3 packs RM 89.90
tolak voucher CYBER50 RM 20
total kena bayar RM 69.90 (free postage)
So 1 pack jatuh RM 23.30

hahahaha! MURAH gile gile gile kan!!!

2nd, beli drypers lagi. Kali ni harga mahal RM 10 pulak. Tapi takpe, kita guna pulak code ROCK30
drypers M80 untuk 3 packs RM 99.90
tolak voucher ROCK30 RM 30
total kena bayar tetap RM 69.90 (also free postage)
1 pack jatuh jugak pada harga RM 23.30

Murah x murah x?haha! 
Ni namanya rezeki. Pokok pangkal kita kena rajin usha usha n usha :D

3rd, beli Kitchen play set Alisha.
Kitchen play set RM 54.50
tolak vouhcer CYBER50 RM 20
total kena bayar RM 34.50 (free postage)

Bagi aku still lagi murah sebab kat luar rata-rata harga kitchen play set ni RM 50 dan ke atas. Petang semalam barang tu sampai and malam tadi dah selamat dipasang. Syiok gila tengok Alisha main masak-masak sebab dia memang suka dapur masak-masak tu. Actually dia nak dapur ikea, tapi ibu tak cukup duit nak beli h0h0! So alang-alang ada yang murah, ibu grab aje la untuk awak ye :D

4th, beli MANGO sling bag.
Sling bag RM 44.00
tolak voucher TV3 RM 30
total kena bayar RM 14.00 (free postage)

Yang ni tak yah cakaplah heeee! Memang murah and berbaloi gila guna code TV3 ni sebab takde limit RM pembelian :D

5th, beli Tupperware 14 pcs SUPER SAVING Red Freezermate set NUMIT
14 pcs red freezermate RM 145
tolak voucher ROCK30 RM 30
total kena bayar RM 115 + postage 6.40 (RM 121.40)

Freezermate ni aku beli sebab MURAH and lagi best share ngan member. Sangat fair and sorang dapat 7 pcs. So aku dapat harga RM 60.70 untuk 7 pcs red freezermate. Happy gile MURAH naw naw

Harini aku still usha gak. ehh usha gitu-gitu jelah. Ongkos sudah ngak cukup kata ko! hihi

Apa pun, Alhamdulillah atas rezeki ni. Aku dah puas share dengan group member, group family and group geng kerja. Ni aku share ngan readers aku plak. Ade or takde readers tu belakang hal la..kikiki! Pandai-pandailah korang survey, usha and compare :D

Yang mana rasa ringan tangan gatal tangan nak shopping tu, silalah yek. Banyak lagi masa nak sampai 11.59pm
Internet di hujung jari kata kooo!
T_________________T

Wednesday, September 23, 2015

Rekaan Terkini Tudung Nur Kasih

As Salam Readers,

Shopping online tu dah macam terapi buat diriku. Walaupun duit tinggal hujung-hujung nyawa, tapi tetap gak klik sana klik sini. Asal ada internet depan mata, mesti nak usha itu ini hihi! Alah... Mesti korang pun sama macam aku kan :D

Haaa kali ni aku nak share ngan korang benda baru lagi 'hijau' ni k. Korang pernah dengar tak tudung Nur Kasih? Kalau yang masih tak pernah dengar tu boleh dimaafkan ye sebab Tudung Nur Kasih ni masih lagi fresh aka 'hijau' diantara tudung online =)




Untuk makluman korang, jenama tudung Nur Kasih mungkin masih baru di dalam pasaran fesyen Muslimah dan dikalangan wanita berhijab. Namun, jenama yang dianggap masih ‘hijau’ ini merupakan diantara jenama tudung online yang terbaik dan mempunyai ramai penggemar yang tersendiri. Bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan, jenama tudung Nur Kasih kini melangkah setapak maju ke hadapan dengan menawarkan lebih banyak rekaan tudung yang terkini dan berkualiti.

Sama seperti jenama-jenama tudung yang lain, Nur Kasih sentiasa menitikberatkan keselesaan si pemakai dan pada masa yang sama ingin memenuhi citarasa terkini para pelanggan. Bukan itu sahaja, koleksi tudung Nur Kasih ini juga boleh anda temui dalam tawaran harga yang cukup berpatutan berbanding koleksi tudung keluaran jenama terkemuka yang lain. 

Antara koleksi Tudung Nur Kasih. Comel dan 'sweet' kan warna yang dipakai oleh model ni.
 
 

Lebih menarik, kesemua koleksi tudung terkini Nur Kasih ini boleh anda temui juga di portal online ZALORA Malaysia dan boleh dibeli secara online. Jadi, jika anda ingin membeli koleksi ekspress hijab yang berkualiti keluaran jenama Nur Kasih, hanya layari laman web ZALORA dan dengan hanya beberapa klik, segalanya akan menjadi milik anda. 


Di ZALORA, mereka menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda dan juga perkhidmatan pemulangan secara percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian. Anda juga akan disediakan dengan pelbagai kaedah pembayaran yang mudah termasuk bayar waktu terima. Miliki koleksi tudung Nur Kasih anda sekarang!

So..
Apa tunggu lagi! Moh ler usha Zalora Tudung Nur Kasih now now now T_______T 
Rugi tak usha tau :D