Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Thursday, August 06, 2015

22 Syawal 1436H Selamat Hari Raya You!

As Salam Readers...Eh haii korang

Aku baru nak update cerita raya tau hihi. Macam biasalah virus Malas dah menular kat kepala kat jari X______x Seronok je baca blog memasing. Semua dok up cerita raya. Aku jugak yang tertinggal perahu :D

Tahun ni beraya sebelah aku. Makna kata sebelah Johor la yek.
Since raya tahun lepas lagi kitaorang dah decided nak buat tema oren untuk 2015.
Bila tiba berkumpul haaa macam2 kaler oren kooo. Yang terkeluar dari tema oren pun ade k, family kakak sulung daku hahah! tahun lepas kemain beriya lagi Kak Ni habaq tema oren. Tengok2 dia sefamily yang terkeluar dari landasan ketapi ngeeee takpolah, abaikan. Yang penting dapat berkumpul reramai,gelak sesama, bukak cerita dulu-dulu. kan best gitu :D
ehhh dalam ni family Kak Su je yg takde sebab kakak aku ni mmg setiap tahun beraya belah mertua dulu. Alasan dia sebab cuti raya lama. Belah mertua raya pertama je, belah sendiri raya kedua sampai ke enam tujuh lapan. hahah! Alasan tu aku tak leh terima sangat sebab bagi aku raya pertama tu yang penting. lalalallaa

Oren ada pink ada biru pun ada :D
Raya kat kampung ni memang la tersangat best. Dari pagi sampai ke malam asyik la beraya. Gi rumah sedara sini, gi rumah sedara sana. Perut pun gedang gedang buncit OK. Bulan puasa berat turun 46.4kg. Raya pertama je berat dah jadi 49kg. sobs sobs sobs! daku gumukk tau!
 
mak buah with anak buah :D

Paling besttt dapat jahit baju raya sendiri n Alisha.haha! walaupun tak pandai tapi ku redah jugak lautan pacific gituu. Lagi 2 hari nak raya baru terhegeh-hegeh jahit baju oren ni. Memang super ayam la kaki tangan ni haa. Yang hubby dok la tanya sempat ke siap banyak lagi ke nak jahit tu. Sumpah mak stress bila di tanya itu ini! ngeeeee

My happy family :D

Baju raya hubby and Asyraf tempah sajoo. Mak tak reti nak jahit baju melayu lelaki. Baju bapak RM90, baju anak pun RM90. Bapaklah mahal baju Asyraf ni. Padahal jahit cam baju kurung budak-budak aje kot h0h0. Tang sampin dua beranak tu je ku jahit sendiri. Beli kain songket kat Jakel, pastu pandai-pandai ko la nak jahit camne. Sampin orang tua senang aje, buat tulang pastu jahit tegak aje. Sampin budak ni leceh sket sebab nak kena lipat siap macam sampin, nak kena attach getah la. haha! Ehhh ape la aku merapu membebel pasal sampin ni haha!

moh la layan gambar raya pertama kami. Esok lusa aku update baju lain pulak na :D
 
with anak teruna kededek!
Alisha amek gambo versi grayscale ngeee!
yang kecik pun dok sibuk huluq tangan
si kakak malu-malu meow time salam. time bagi duit raya laju jeee amek
baju oren, sampin hitam ijo :D
my bantal peluk! dah pandai bergaya OK
 

1 comment:

erin said...

omei..omeiii..mahainya baju asyraf, xpo taun depan ko beli siap je kat jakel, 60++ sekali sampin.