Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Monday, August 17, 2015

Alisha Turn 3

As Salam and Sejahtera Readers,

Alhamdulillah, hari ni 17 Aug 2015 genap 3 tahun usia Nur Alisha Kaisara. 
Pagi tadi masa nak hantar ke nursery sibuk nak pakai baju sekolah. Sekolah awak hari sabtu jelah sayang. Pastu dah x dapat pakai baju sekolah, kemain lagi mulut potpet2 nak pakai baju elsa sambil kumbah almari baju ngeeee X________X mujurlah hari ni hari awak tau. Ibu bagi pelepasan 1 hari OK h0h0!

Pastu masa otw pi nursery tu sibuk la dok soh pasang lagu happy birthday to you sambil bagi arahan suruh pasang2 kuat. Amboi amboi! tak padan kecik tau awak ni. Tapi suara bapaklah nyaring! sakit telinga ibu haaaa dok asyik menjerit kuat lagi kuat kuat lagi!huhu! Bila kita nak nyanyi, sibuk tak bagi nyanyi. Dia sorang je boleh nyanyi lagu happy birthday to you. haha! Macam-macamlah peel awak ni tau Alisha. Dalam kereta kalau tak bergaduh tak sah. Kalau tak menjerti tak sah. Mesti ada je yang tak kena kat mata awak ngeee!

tapi Ibu tak amik hati pun semua tu. Ibu sayang awak sangat2 tau. Awaklah nyawa ibu awaklah cinta ibu awaklah jiwa ibu. Sehari tak bergaduh dengan awak, ibu rasa macam lain macam tau. Setiap kali bangun pagi, awak mesti hug ibu sambil cakap "licha sayang ibu banyak2. Nanti ibu pun jawab semula "ibu sayang icha banyak2 tau. icha jangan nakal2 ye". Malam nak tidur pun camtu gak. Sebelum tidur, mesti kami berpelukan cium sesama sambil cakap ayat yang sama. Owh tetiba mata masuk habuk plak. Sambil taip sambil touching hahah! 

Alisha, awak dah besar sangat-sangat sayang. Ibu sayang awak sangat2 tau. Kalau boleh, hari2 ibu nak tengok awak senyum and gelak ketawa sesama. Biarlah pitching awak nyaring macamana pun, ibu tak kesah semua tu. takde apa yang penting selain melihat awak membesar dengan sihat dan bijak sayang. 

Ibu doakan awak panjang umur, murah rezeki dan dirahmati Allah selalu.
Ibu doakan agar awak menjadi anak yang solehah dan membanggakan ibu n ayah.
Ibu doakan agar awak menjadi muslimah yang sejadi sayang.
Selagi hayat dikandung badan, ibu akan menjaga dan mendoakan yang terbaik untuk awak.

Sorry tak sempat nak prepare ape2 untuk awak. Pagi ahad tu la ibu dok sibuk pi beli kek, beli belon etc. baju awak pun ibu main taram aje mix and match haha! Insya Allah nanti kita buat majlis yg proper sikit ye sayang :D

Happy girl with her cake!
tiup n potong kek!
Happy family
Last minute decoration. tak planning pun OK
Cucu kesayangan nenek
with nenek comel
Copy paste IG: Today is a very special day for us. Not just because it is your birthday, but because it is the day when I first saw my angel. Nothing brings us more happiness than the smile on your face. Ibu Ayah want to see that smile on your lips forever. We love you my sweet princess. Happy Birthday to the best daughter in the whole wide world!
 

3 comments:

Shakina Farhan said...

Happy birthday alisha comel! bab menjerit tu mmg la sakit telinga ni berdesing dgn kembar die tu..

Fariza said...

happy birthday alisha. comelnya awak. #muahciked.

rindu timah :)

mama ila said...

Happy belated birthday Alisha comel =)