Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, August 26, 2015

Legoland RM 7!

As Salam and Sejahtera Readers,

Weii korang dah sampai legoland tak?
Aku ni walaupun ber IC kan kod Johor, tapi bandar Johor tu pun aku jarang jejak tau. Sepanjang 32 tahun hidup, baru la 2 x kot aku turun JB. Sekali masa praktikal, sekali masa kursus usahawan. haha! batak tak batak jela kot kalau sampai sana kakakaka

15hb Aug lepas aku n family berpeluang jugak menjejakkan kaki ke legoland. Dapat tiket murah wajiblah pergikan. lalalala! Nanti aku share camne aku dapat tiket murah tu k. Beli tiket combo dengan harga RM 7 saja tau :D
 
Yang perginya aku 4 beranak, anak2 kak su 4 orang, Abilah sorang (Kak ni n uyie cancel), anak abg 4 orang, kak no 1 family 6 orang n nuar 3 beranak. So total around 22 orang.

Kiteorang gerak dari Shah Alam dalam pukul 7.00 am and sampai Legoland sharp pukul 10.00am. Family adik n Kak No memang dah ada kat sana sebab depa bermalam 1 malam kat hotel berdekatan dengan Legoland. Aku tak tau plak hotel apa tapi yang penting bukan hotel Legoland la yek. Hotel Legoland bapak bapak laa mahal. Dok mampu ehhh nak bermalam kat situ X__________X

cepatan jalan!
 
Sampai2 je terus beratur untuk redeem tiket Legoland. Kanak-kanak 3 tahun dan ke bawah masuk theme park adalah FREE ye, water park kena bayar RM 11 seorang. Masa tengah redeem tiket tu, staff kaunter cadangkan agar kitaorang pi water park dulu sebab katanya kat situ setiap petang hujan. Kalau hujan sikit je depa akan tutup water park 100%. So lepas dah redeem tiket terus kitaorang pi serbu water park dulu. Sebelum masuk water park tu kitaorang dah discuss mandi dari kol 11.30 am till 2.00 pm only. Lepas tu nak pi main kat theme park pulak.

see bos kat belakang bz cek tiket haha!
Water park dia best tapi ada gak sebahagian permainan kitaorang tak leh main. Tak leh main bukan sebab tutup ke apa tapi sebab tak pakai swimsuit..ciskek betol! Kalau yang lelaki boleh la tanggal baju, ni kalau pompuan cam aku nak tanggal apa? hahaha ngeng! tapi aku takde la kecewa bebenor pun sebab yang paling penting Lego Slide Races tu boleh naik tanpa pakai swimsuit. haha! Yang ni je aku main 4 kali tau. Best giler sebab ada selekoh-selekoh. 1st time main kat water park Gambang dulu, so keterujaan tu masih ada. haha! Lepas tu kitaorang main Red Rush, Build-A-Boat, Wave Pool, Joker Soaker, Build-A-Raft River dan Brick Blaster. So yang mana aku tak mention tu, yang tu la kena pakai swimsuit. Pokoknya, ingat ye abang-abang kakak-kakak adik-adik sekalian. Kalau nak masuk water park, silalah PAKAI SWIMSUIT or BAJU JERSEY pun boleh. Jangan kata akak tak habaq ye dik non uiii T________T

wave pool
wave pool yang buat Asyraf tak senang duduk hihi!
Slide Races yang best giler
mak buah wif anak buah :D
build-a-boat
Kak No with Afia
Tepat pukul 2.00 pm semua salin baju n terus pi area theme park. Theme park legoland besar giler tau. Aku rasa macam tak cukup je nak main semua ni. At the end memang tak cukup masa pun hihi. Yang betul-betul sempat aku main Dragon's apprentice area Lego Kingdoms. Yang ni aku main 3 x ok. 1st time naik tutup mata, 2nd and 3rd time naik kitaorang main bet angkat tangan sepanjang main tu. Sapa turun tangan kena belanja sosej. haha! Semua la dok angkat tangan ok. heheh! Lepas tu masuk lego movie angkasa lepas ke ape ntah name. Otw nak keluar korang akan lalu macam2 karakter lego angkasa lepas. Kalau budak2 ni mesti teruja sebab aku yang tua ni pun teruja. haha! Dok la tekan button hijau tengok sana gerak sini gerak. Tak lama tu hujan. Bila hujan semua bertempiaran lari and masing-masing dah berpecah.h0h0! Nasib baiklah hujan tak sampai 15 minit. Pastu disebabkan dah berpecah, hubby ajak bawak Alisha main permainan dia. So kitaorang start semula dari pintu depan, tapi menghala ke kanan. Area Lego City kitaorang sempat bawak Alisha main kat Junior Driving School, Boating School dan Legoland Express. Tengok jam dah pukul 6.30 pm and at the same time Kak No call cakap depa semua dah keluar lepak kat KFC. So aku ajak hubby tawaf area Miniland. Kat sini korang leh tengok himpunan million lego bricks dari 17 Asian countries termasuk Petronas Twin Towers dll. Setiap countries ada button untuk korang tekan tau. Bila hangpa tekan, nampak la orang tu bergerak, kapal bergerak etc. Macam sedih sangat-sangat sebab banyaknya tak pi lagi sobs sobs :(

ni kat entrance lego Kingdoms
otw nak ke dragon's apprentice
jantung macam kena rentap weiii!
time ni memasing angkat tangan xmau kalah!haha!nak cuci gambar RM 60 free 1 glups!
hobi Alisha amik gambar denga semua character lego yang dia jumpa :D
kat Junior driving school. sebelum tu amik gambar lesen dulu :D

kat lego movie angkasa lepas
abang lego berlegar-legar
ni naik legoland express
Lego city airport
bebudak ni sempat la main kat rescue academy. aku dok dang pung :(
my buah2an :D
2-2 muka rentung OK hihi!
rentung setaman :D
timang tinggi tinggi!
pak buah with anak buah :D

Pastu terus pi lepak kat KFC. Foods and drinks dalam legoland memang super mahal ok. bayangkan 6 ketol hotdog ketot RM 10. h0h! air botol mineral kecik tu RM 3. Belum yang lain2 lagi huhu! So kalau lapar, better before masuk theme park korang lepak makan kat KFC ke Secret Recipe ke Burger King ke dll. Betul2 depan pintu masuk Legoland.

Kesimpulannya, aku boleh habaq LEGOLAND tu tempat yang best gila OK. Korang wajib pergi and bawak anak-anak. Depa mesti suka gila tengok lego tu lego ni. Tapi mesti kena pandai setting masa. Kalau tak memang tak sempat la nak pi sana pi sini. Kalau korang amek tiket single, Insya Allah sempat. Atau pun korang leh masuk theme park dulu, main puas-puas sampai bacin. Lepas tu barulah syiok mandi kat water park. Takdelah bau masam badan tu lalalalala

Nah aku nak share tips sebelum pi n semasa kat legoland. Hopefully dapat membantu korang serba sedikit. Ecewahhh :D

Sebelum pergi:
1) Wajib bawak topi and payung sebab cuaca amat panas OK. terik matahari tu memang terasa sangat-sangat tau. kesian la kat yang bawak anak kecil. Topi payung ada je jual kat situ, tapi harga memang mencanak-canak la yek ngeee
2) Bawaklah botol air sebesar-besarnya sebab kat theme park korang memang akan haus gila. Air refill ada jual, tapi korang kena beli bekas air tu dulu. RM 35 sekali ngan air. Lepas tu utk refill RM 5
3) Pandai setting masa. Kalau korang beli tiket combo, ku nasihatkan korang masuk theme park dulu, and last baru water park.
4) Kalau yang ada anak kecil tu, bawak stroller sesiap sebab Theme Park tu memang tersangat besar. Kalau korang banyak duit, boleh je nak sewa stroller kat situ tapi aku tak tau la harga sewa stroller tu berapa
5) Nak masuk theme park tu aku tak tau la boleh bawak makanan ke tak. Tapi aku memang selamba je bawak roti n coklat dalam beg sandang. Depa takde check pulak. Tapi kalau kat water park memang depa cek beg sandang and stroller kita. Makanan luar memang tak leh bawak masuk. So best of luck la kot kan :D

Semasa:
1) Lepas je pintu masuk theme park, terus pi amek peta legoland kat sebelah kanan.
2) Korang leh mulakan dari sebelah kanan Lego City. Lepas tu Land of Adventure, next Imagination, pastu Lego Kingdoms, Lego Technic and last sekali Miniland.
3) Dah puas explore theme park barulah sesuai pergi water park mandi manda bagi hilang bacin :D

 Eh ada lagi entry part 2 and part tiket tau..sabaq na :D



5 comments:

Lensa Luvmiera said...

xsabar nak thu tiket RM 7 nie..huhuhu

SweetLikeWhat said...

weh bestnye...comel sangat lah licha tu bergambar dengan lego2 tu

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

mama ila said...

best Nye..hihihi..ila nie byk kali jugak lah sampai JB sebab kak ipar duk JB..tapi LEGOLAND belum pernah sampai lagi..next plan kot =)

Chekgu Azrine said...

Cptla update psl tiket rm7..xsaba nak tau ni.hahahha