Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, September 23, 2015

Rekaan Terkini Tudung Nur Kasih

As Salam Readers,

Shopping online tu dah macam terapi buat diriku. Walaupun duit tinggal hujung-hujung nyawa, tapi tetap gak klik sana klik sini. Asal ada internet depan mata, mesti nak usha itu ini hihi! Alah... Mesti korang pun sama macam aku kan :D

Haaa kali ni aku nak share ngan korang benda baru lagi 'hijau' ni k. Korang pernah dengar tak tudung Nur Kasih? Kalau yang masih tak pernah dengar tu boleh dimaafkan ye sebab Tudung Nur Kasih ni masih lagi fresh aka 'hijau' diantara tudung online =)




Untuk makluman korang, jenama tudung Nur Kasih mungkin masih baru di dalam pasaran fesyen Muslimah dan dikalangan wanita berhijab. Namun, jenama yang dianggap masih ‘hijau’ ini merupakan diantara jenama tudung online yang terbaik dan mempunyai ramai penggemar yang tersendiri. Bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan, jenama tudung Nur Kasih kini melangkah setapak maju ke hadapan dengan menawarkan lebih banyak rekaan tudung yang terkini dan berkualiti.

Sama seperti jenama-jenama tudung yang lain, Nur Kasih sentiasa menitikberatkan keselesaan si pemakai dan pada masa yang sama ingin memenuhi citarasa terkini para pelanggan. Bukan itu sahaja, koleksi tudung Nur Kasih ini juga boleh anda temui dalam tawaran harga yang cukup berpatutan berbanding koleksi tudung keluaran jenama terkemuka yang lain. 

Antara koleksi Tudung Nur Kasih. Comel dan 'sweet' kan warna yang dipakai oleh model ni.