Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Monday, October 26, 2015

Beli Tiket Legoland Serendah RM 7

As Salam and Sejahtera Readers,

Aku tau tajuk ni dah basi tapi ape ada hal kan.. 
Ini blog aku, so terpulanglah pada tuan punya badan nak update bebila pun hihi!

Ceritanya begini. aku pendekkan jela ek :D
Aku kan duduk kat Shah Alam. So setiap kali pergi dan balik kerja memang lalu area Karangkraf tu. Tepi jalan je dah boleh nampak banner beso-beso pasal benda alah ni.

Tapi aku pandang sepi dan buat tak nampak jek sampailah one day member aku yang kerja kat karangkraf bagitau pasal benda ni. Dia ceritalah dia dah pergi since last year and blablabla. Dari tak amek port terus rasa teruja oii bila dengar cerita dia. hahaha!

Dia habaq, nak senang beli surat khabar sinar tu terus kat Karangkraf Mall. Korang nak booking untuk berapa pcs untuk berapa orang pun boleh. Janji ko bayar full and depa akan simpan untuk ko.

Aku dapat semua surat khabar ni sehari sebelum tebus tiket. Gila tak gila la ko potong, tulis ruangan yang kena isi tu sebanyak 224 pages. haha! 
Mana taknya, yang nak perginya 32 orang. 1 tiket untuk 7 set. So 32 x 7 set = 224 T__________T . Subuh baru siap OK! Rabak tak rabak la mata ni sebab lepas tu terus sesiap pergi kerja. huhu! 

ni haa nak kena isi 224 helai X___X
Pinar-pinar stress tengok haaa

Masa sampai Karangkraf tu, mak aiii tanjat gegirl tau. Mana tak nya, ramai gila kot dok tepi dinding dok koyak-koyak surat khabar. Bertimbun-timbun atas meja tau. Memang rajin betul hangpa-hangpa ni kan hihi! Mesti ada yang nak jual semula ni sebab aku tengok kat facebook dah ramai yang jual tiket dengan harga murah. Tarikh semua sama je tau haha!

bertimbun-timbun surat khabar sinar dik oiii
kaunter redeem tiket


Tengah beratur, adik ipar text habaq adik dia nak lagi 15 keping. Lepas je beratur redeem tiket, terus beratur kat tempat orang jual surat khabar sinar. Banyak oiiii, bertimbun-timbun surat khabar sinar tu. Lepas dah settle itu ini, terus aku chow pi kerja. Untung la hari ni ada jamuan raya. So boleh la masuk lewat sikit.kakakakaka

32 keping!!!
add on 15 keping!!!

OK settled cerita pasal tiket ni. Btw, rasanya setiap tahun surat khabar sinar akan buat promosi ni. So mana yang tak dapat tu, jangan sedih na.. Tahun depan cuba lagi na. Kalau betul ada, nanti aku war-warkan dalam blog awal-awal. Siapa yang tak nak benda murah tapi berbaloi-baloi kan :D :D




1 comment:

anez zamri said...

jangan lupa war war kan tau mahhh..nak pergi jugeeeee