Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Friday, January 09, 2015

free from diapers

As Salam and Sejahtera Readers,

happy Friday uols!!
baru terhegeh-hegeh nak fikir nak cita ape ni ek.hihi
umur makin tua, memory pun makin tua. 
oh my oh my!dah-dah! stop fikir pasal umur X____X 

17hb nanti Alisha genap 2y5m and Alhamdulillah si mek becok tu dah free dari pampers. yeh0ooo. Rupa-rupanya takdelah susah mana pun PT ni. Pulak Alisha dah pandai cakap, lagilah senang kerja aku. OK meh aku share cara aku PT licha yek =)

Aku gigih PT licha masa haikal kurang sihat aritu. Dec tahun lepas aku amek unpaid leave selama 13 hari OK. Asyraf warded genap seminggu and balance tu aku just dok pantau kesihatan dia dari rumah. 

Aku ingat lagi time tu aku tengah wassap-wassap ngan liza. liza cita pasal mak dia PT adam. terus aku tanam dalam kepala otak ni makcik jadi mentor aku and aku nak PT alisha start esok jugak.haha! 

pagi 15hb tu aku borak-borak ngan Alisha. lebih kurang gini lah dialognya =)
Ibu: Alisha jom mandi. lepas ni licha tak yah pakai pampers ek. ibu pakaikan pende je boleh?
Alisha: nape icha pakai pende ibu? nape ibu (si Alisha ni memang banyak tanya tau x_x)
Ibu: Alisha kan dah besar. pakai pampers malu je tau. kalau nak kencing licha bagitau ibu tau
Alisha: nape ibu nape ibu
Ibu: malas nak layan ingat bagitau ibu ye kalau licha nak kencing. jom mandi!

dalam bilik air tu aku siap demo lagi kat Alisha kencing tu camne. tapi idokler aku tunjuk bunga aku tu kat dia. haha! aku just tunjuk air kencing tu camne (dari sisi tepi) and duduk cangkung sambil kencing tu camne. dia pun dok oo oo oo aje sambil praktis. h0h0!

kua dari bilik air tu aku pakaikan dia pende and lepas tu setiap 4 5 minit aku repeat tanya nak kencing ke tidak, nak kencing ke tidak. Alhamdulillah Alisha cepat faham and terbabas sekali jek hari tu. Malam tu aku macam tak berani takut dia terkencing atas toto, so aku pakaikan dia pampers =)

16hb ada appointment kat DEMC and 1 hari tu Alisha berpampers. wajib la pakai pampers sebab kami bertiga jek. dapat Alisha nak terkencing, mau caca aku nak angkut budak 2 orang ni. haha! camnelah perasaan kak diya tu usung 4 orang hero dia tu. aku yang 2 ni pun dah jadi kak limah, lagikan 4. idokler keluar bertiga dah lepas ni. owhh lupa! ni 2nd time keluar bertiga. 1st time keluar bertiga masa dating ngan liza kat SACC. fuhhh time tu Alisha memang menguji kesabaran aku selaku ibu dia! liza je yang tau macamana kecik beso kecik beso aku tengok licha.haha! kan liza!!! T_____________T

17hb last day aku unpaid,which is esok kerja semula. owhhh rasa malas giler OK!
tapi aku teruskan PT licha lagi.tak kisah la sehari dua hari je pun. janji licha faham and tau rasa nak kencing tu camna. kali ni aku gap tanya selang sejam sebab licha dah bosan ibu asyik tanya jek. hahah!tau tau je dah hilang pergi tandas. tau tau je dengar dia jerit ibu licha cencing la ibu! kakakaka! bila aku amek gambar n wassap kat hubby, hubby terus reply mesej berbaur sedih "anak manja ayah dah besarkan, rindu waktu dia kecik" sobs sobs! touching aku tau! cepat betul masa berlalu kan! hukhuk

kencing dah pass, lepas tu aku cakap pulak kalau Alisha nak yak licha bagitau ibu ye. nanti ibu letak kat sini (sambil tunjuk potty seat dia). tak sampai setengah jam aku explained terus habaq nak yak. OK berlari aku bawak pi toilet. sambil duduk atas potty seat tu sambil sengih-sengih tengok aku.
Ibu: licha nak berak ke tak nak
Alisha: nak ibu (sambil sengih-sengih)
tunggu nak dekat 5 minit jugak
Alisha: ibu tak nak lah. licha taknak berak
Aku terus dukung bawak keluar.

selang 10 minit, ibu licha nak berak la ibu. aku bawak lagi, tapi nan hadoo berak jugak.
4 kali OK aku berlari ke toilet bila dia cakap nak berak tu. tahi malu nak keluar ke ape ni. haha! lepas tu aku cakap kat dia, licha nak berak licha berak je atas lantai toilet ye. nanti ibu buang tahi licha. tak lama lepas tuu ibu!! licha berak!! bila aku berlari pi toilet. hah memang betul dia berak atas lantai toilet!hahah! pandai betul awak ni yek. maybe dia tak suka dok kat potty seat tu kot. haha! entahlah malas aku nak fikir. aku angkat tahi tu n terus flush aje sambil habaq kat dia "licha duduk sini lagi best, nanti bila licha dah berak licha boleh tarik menda ni" sambil tunjuk penarik flush tu. lepas dari tu memang setiap kali nak berak je nak duduk atas potty seat tu. dia lebih suka nak tarik flush tu aje!ngeee 
Aku pulak suka n teruja bila dengar tahi dia pelepus pelepus. macam tahi orang dewasa!haha selekeh ko ni tmah!! :p

ni la dia potty seat licha cap my dear hihi!

malam tu aku cakap kat hubby tak mau pakaikan dia pampers time tidur. so sebelum tidur memang aku tanya dia berkali-kali nak kencing ke tak nak kencing ke x. time aku bangun susukan Asyraf, aku mesti kejut licha nak nak kencing ke x. memang dia jawab tak nak jela sambil merengek-rengek haha!

18hb aku start kerja and masa kat nursery tu aku habaq depa aku tengah PT Alisha. depa OK OK aje. kat opis, tengahari camtulah aku kol nursery. tanya perkembangan Asyraf and Alisha. sedih sikit bila depa habaq Alisha tidur n depa pakaikan pampers. yelah, mungkin depa takut Alisha kencing kat toto kot. nanti banyak pulak kerja depa. huhu!xpolah.

esok-esoknya depa habaq Alisha dah pandai habaq nak kencing and of coz la aku orang yang paling rasa happy nak melompat bintang.
walaupun dia sibuk main, tapi bila nak kencing ke berak ke dia akan bagitau sendiri.
Alhamdulillah =)

oh my Alisha!
kesimpulannya, nak PT anak ni memang senang sangat tau!
  • pokok pangkalnya kena sabar sabar n sabar 
  • rajin and ringan mulut tanya kat anak sampailah dia tahu rasa kencing tu camne rasa berak tu camne 
  • jangan marah-marah anak, cakap elok-elok aje tau even uols rasa dah macam kak limah! 
  • pandai amek hati anak, contoh yang aku buat: kalau licha pandai kencing berak kat toilet, nanti ibu belikan pende banyak-banyak utk licha tau. bawak dia pilih sendiri pende yang dia minat.  
OK tu aja nak share. sharing is caring. caring is loving.
Selamat mencuba uolss!!