Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, February 10, 2015

Muhammad Asyraf Haikal 9 Bulan

As Salam and Sejahtera Readers,

Lamanya tak update blog! =(
Sumpah malas gila plus busy ber wassap and telegram. hahaha
Blog pun aku pandang sepi aje..ewahhh sangat ni T_______T
xpolah,harap-harap hari ni ekau sedar la yek tmah. esok lusa silalah berimaginasi semula :D

Anyway hari ni 10hb Feb, Asyraf genap 9 bulan. Alhamdulillah =)
banyaknya ibu skip cerita pasal kamu kan sayang..sorry ye sayang. 
Insya Allah, lepas ni ibu cuba bercerita sebanyak yang mungkin mengenai kamu.
Nanti bila kamu dah besar sikit, kamu boleh la usha blog ibu ni.
Sedikit sebanyak kamu boleh tau perangai kamu camne, apa yang kamu suka n macam-macam lagi. Inysa Allah =)

Alhamdulillah, awak masih lagi menyusu susu ibu. walaupun susu ibu sekejap meriah sekejap susut, tapi ibu tetap berusaha semampu mungkin ye sayang. hopefully misi nak susukan awak selama 2 tahun terlaksana, Amin
 
berat awak ibu kurang pasti. last timbang berat, waktu awak warded hujung tahun lepas. time tu berat awak 8.4kg. La ni ibu rasa, macam susut sikit. pipi pun kurang gebu dah hihi!
ibu tau awak nak seimbangkan berat awak dengan aktiviti awakkan sayang :D

awak ni suka sangat golek ke kiri ke kanan and menyusur ke depan ke belakang. buat masa ni, tanda-tanda merangkak tu belum ada lagi. tanda-tanda mengkuda tu ada dah.hihi! berat membatasi pergerakan ke ape ni. haha! ibu tak kisah la sayang awak cepat ke awak lambat ke. janji ada progress kan. lain anak lain ragamnya =)

are u ready ibu!!!
hurmmm... awak ni sangat-sangat manja OK. asyikla nak berdakap ngan ibu jek. if orang lain pegang, tak sampai 5 minit dah melalak-lalak. haha! even ngan ayah pun awak melalak tau. anyonyonyo! kadang tu, ibu pi toilet kejap pun awak dah bantai menangis. mencicit ibu lari keluar toilet sambil naikkan spetot. haha! ni lagi 1, kalau awak tengah main dengan kakak and bila nampak bayang-bayang ibu lalu, dan-dan tu jugak buat muka mencebek sambil bunyi mamamama hikhik! comel gila kan awak ni. kadang tu ibu rasa eeee geram semacam ngan awak ni tau. dok fikir kenapalah anak nombor 2 ni manja semacam. orang cakap anak nombor 2 ni pandai berdikari, tapi kenapa tak sama pun. haha! lepas-lepas tu dah malas nak fikir pape. janji kamu bijak n sihat selalu sudah la kan =)

kamu paling suka berebut handphone / barang ngan kak licha and bila tak dapat tu, menjerit mak aiii..kalah pitching ibu tau. haha! setiap hari camtu tau. ada je sesi rebut merebut depan mata. tapi macam biasalah, kesudahannya kakak awak yang menang. tu pun sebab awak tak pandai nak rampas semulakan. yang awak tau, bila tak dapat, jerit jerit and jerit hikhik!

suka tarik rambut kak licha!
sehati sejiwa sepattern
kalau bab makan ni awak memang champion, Alhamdulilah. masa mula-mula je reject. lepas tu haaa bila nampak makanan asyik nganga jela. senang kerja ibu kan. masak la apa saja, laju je awak makan. awak paling SUKA sayur brocoli, cauli flower, prune, kurma dan betik. hah bila sebut pasal betik ni, awak ada satu tabiat susah nak yak aka sembelit. if awak sembelit, ibulah yang paling susah hati menangis sambil picit-picit perut and buat kayuhan basikal kat awak. if tahi awak keluar ketul-ketul sikit, ibu akan picit kiri kanan lubang awak tu supaya tahi tu keluar semuanya. siyes tak sanggup tengok awak nangis melalak-lalak OK. pulak nampak darah kat hujung najis awak, lagila ibu meleleh ayor mata. h0h0! ibu awak ni memang dasar gembeng sikit :p so untuk elakkan awak sembelit lagi, setiap pagi ibu buat puree betik+prune. memang betik tu ibu tak kan lupakanlah pendek kata =)  

melting macam bubur ni!
disebabkan badan awak sado, kebanyakkan baju awak size 12m ke atas. size 9m still muat, tapi muat-muat sado jela.hihi! baju awak and kak licha banyak gila kot. naik pening kepala ibu nak susun baju korang haha!

hurmmm ibu rasa cukuplah cerita hari ni kan. esok lusa kita sambung lagi yek. orang lain pun muak nak baca kalau panjang lebar haa.. hihi 

abam sado manja ibu!

daaaaaaaa