Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Friday, March 13, 2015

Trobek Colmar Tropicale Bukit Tinggi

As Salam and Sejahtera Readers

hari tu family kecik aku termasuk mak n family kecik liza bercuti di Colmar Tropicale. Kitaorang pergi 3 hari 2 malam (31 Jan - 2 Feb 15).
Ada yang tanya kenapa lama sangat, kat situ bukan ada pun. Eh eh lama ke? Ok ape 3h2m tu. at least tak terkejar-kejar macam gi cameroon dulu tu. ngeeee
Aku booking hotel direct melalui Agoda. 3h2m untuk family aku n Liza RM 948.50. So 1 family around RM 474.25 lor

Sabtu
Perjalanan dari Shah Alam ke Colmar lebih kurang 1 1/2 jam. Jumpa liza kat BHP Petrol Karak. Kesian Liza.haha! 2 x tunggu aku kat tepi highway and 2 x tu jugak la kena halau ngan polis. haha! Sorry sayam :p

OTW naik atas tu kena bayar ticket. Adult RM 12, budak-budak below 3y free, atas 3y aku tak tau kena bayar berapa. If korang memang bermalam kat colmar, korang boleh claim semula ticket tu. Nanti masa check in hotel, kita akan dapat ticket masuk tu and termasuk package breakfast. SO JANGAN LUPA CLAIM SEMULA TICKET TU OK. 2 orang dapat RM 24 tau.

Kitaorang sampai around pukul 2 lebih. masa nak check in tu, bilik belum ready lagi. so kitaorang pusing-pusing jalan-jalan ambil gambar kejap. Lepas dah dapat bilik, terus zass ke bilik and berehat sekejap. dalam pukul 6 lebih turun ke bawah semula sebab masing-masing dah lapar. Almaklumlah tak sempat nak lunch huhu! Haaaa untuk pengetahuan yang tak tau tu, makanan kat sini MAHAL GILA ok. Mahal mengalahkan makanan kat airport! Kitaorang pilih kedai L Orient, menu steamboat. 1 kepala RM 19.50, minimum 4 person. Pastu ada la add on itu ini sikit. Brupptttt Alhamdulillah, kenyang gila OK. Total dinner RM 184.80 kofkofkofff

Lepas dinner terus naik bilik. Hubby kepochi nak tengok bola sepak.
Konon cakap kat liza, lepas tengok bola nak turun jalan-jalan kat bawah. Sekali haaa nan hado. budak kecik 2 2 ni dah selamat tidur OK. aku and mak pun dah malas jugak. hubby cakap dia usha kejap la. lepas 10 minit camtu dia naik and habaq takde pape pun kat bawah tu. just ada orang nyanyi-nyanyi jek. OK takpelah, tidur lagi baguskan..ZZZzzzzZzzz

ok jom layan gambar Sabtu :p

Anak-anak
ayah-ayah

ibu-ibu
ada swan
view waktu senja. cantikkan
Ahad
Bangun pagi-pagi pi gosok segala baju and tudung dulu. Lepas tu pi breakfast. Disebabkan bawak mak last minit, so untuk mak kena bayar RM 40.++
Mak cakap kat aku, nak makan apa banyak-banyak ni sampai 40 lebih. haha! comel mak yam ni. nak ambil itu ini pun malu-malu hihi. Aku cakap kat mak, kita makan kenyang-kenyang mak. nanti nak jalan sana sini.hihi! paling suka puding roti bakar tu.2 x tambah kot.nomnomnom sedapnya!!!

Lepas dah siap itu ini, aku ngan liza sepakat naik shuttle bus pi japanese village tu. Bus berhenti separuh jalan je. eh separuh jalan ke? macam suku jalan je kot.huhu!
lagi separuh suku jalan kitaorang kena walk in sendiri. anyonyonyo! tetiba rasa kesian gila kat mak. mak dah la kurang kuat. lagi nak panjat tangga yang tinggi tu.h0h0
sikit-sikit tanya mak ok x mak ok x. aduhaiii risau betul haa :/
nak sampai ke japanese village tu kena lalu jalan bertar and jalan bukit. gigih la mak yam panjat sana sini @_@ nasib baiklah mak yam kuat T_______T
kat sini aku ngan liza dah kepochi nak sewa kimono. 1 kimono RM 20. kanak-kanak pun RM 20 jugak. Pastu aku ajak mak pakai kimono gak. mak yam cam biasalah, malu-malu tak nak. aku ajak jugak hihi! sekali sekala kot. lepas ni tak tau mai lagi ke x kan =)
macam tak puas nak bergambar sebab ramai orang! tula padahnya pergi hari cuti..sobs sobs
dengan nak layan perangai Alisha tu lagi..fuhh urut dada mak. haha! baru nak posing sikit, mulut bising nak kencing nak kencing T_______T

pastu kitaorang melepak kat kedai tepi sign board japanese village tu. sambil makan roti sambil makan aiskrim. tak lama lepas tu liza napi sofiyya turun bawah, napi cakap ada taman botani. aku malas ahh nak turun. ponat nak carry Asyraf hihi!
lepas depa balik semula, kitaorang beli fridge magnet kat kedai ni. haaa ni lagi satu nak habaq. kalau nak beli fridge magnet, better beli kat kedai ni k. fridge magnet kat hotel mahal gila kot. kat kedai ni boleh dapat 3pcs dengan harga RM 9.90. kat hotel, nan hado. Semua RM10 ke atas!

lepas tu terus turun bawah. hazab tunggu bas. orang yang menunggu ramai gila kot. bila bas sampai, semua dok serbu bas. Aku, haikal, mak n liza berjaya meloloskan diri ke dalam bas. hubby, alisha, napi and sofiyya tak dan naik dah penuh. huhu! so janji jumpa kat bawah jela. Sebab malas nak berebut naik bus, hubby offer amik kereta. sonang and cepat la sikitkan. nak masuk kena beli tiket OK. RM 4 per adult. comel kiut miut je arnab-arnab and rusa-rusa tu. geram rasa nak picit-picit aja tau. aku pun sibuk main kejar-kejar arnab. Makanan arnab and rusa pun ada jual gak. sepeket RM 3. Arnab macam x nak makan sangat, tapi cuba ko sua ke rusa. laju je ngap ngap ngap hihi!

Pastu budak-budak 2 orang ni naik donkey, tiket RM 3 seorang. sekejap jek, tapi kira OK la kan. at least merasa jugak naik (^_^)
dalam pukul 4 lebih kitaorang balik hotel semula. Mandi, solat and janji ngan liza nak dinner kat bawah. gila lapar kot sebab kitaorang skip makan tengahari (makan roti aje). Aku soh Liza pilih tempat sebab aku turun lambat. kikiki! Liza pilih kedai La Famme, kedai pizza. Total dinner RM 105.45 koffkoffkofff

OK Jom layan gambar Ahad =)

wajib bergambar depan ni
dalam shuttle bus
view otw pi japanese village
ada ikan cantiks
geng monopod!haha
budak jepun celup yang comel!
Alisha!
my sweet family
mesti bergambar kat sini!haha
taman rabbit
ada rusa jugak tau
keldai pun ada tau
Alisha takut badut!
En Garfield pemalas pun ada
2 budak berebut nenek
Isnin
Lepas breakfast Liza ajak bawak budak-budak ni pi mandi kolam. OK set.
Hubby bawak Alisha pi mandi, aku dok berkemas dalam bilik. malas ah nak turun. haha!
dalam pukul 12 camtu kitaorang check out and pusing sekali round buat kali terakhir.
mesti rindu gile suasana kat sini!aman damai and no more stress OK!
bila balik shah alam je, terus rasa stress berganda-ganda haha!

OK layan gambar Isnin :p

after breakfast!ada 2 org budak kecik tak mandi lagi haha!
nice view!
sekepala!
 
OK byeeee Liza. Jangan lupa isi minyak tau kikikiki

tamat sudah kisah Colmar kami!
gila panjang cerita aku ni. seminggu kot aku dok taip tutup taip tutup. haha!

kalau korang tak tau nak pi bercuti kat mana, korang boleh ah mai bercuti kat sini. Siyes bangunan memang cantik gila. feeling kat oversea gitu :D

walaupun tak banyak tempat menarik tapi memang rasa puas hati gila k. jangan lupa bawak monopod hokay! aku time ni memang gila monopod! kejap-kejap bergambo kejap-kejap bergambo. Liza aje yang tau perangai giler aku camne. kan Liza?? hahaha!