Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, September 27, 2016

Tiket Murah Legoland!!!

As Salam Readers,

Hujung minggu aritu mak n family gi legoland! tapi hari ni baru nak update pasal tiket legoland yang murah murah ni! hihi! Maklumlah mak busy mengalahkan pak menteri hokay lolsss :D :D

Macam tahun lepas, sinar harian buat lagi tau tebus tiket free legoland ni. Caranya sama je macam yang sebelum ni. Ko just beli surat khabar sinar harian yang ada tokan 1 hingga 7. Keratan akhbar yang ada tokan ni start dijual pada 8 hingga 30 ogos 16. So kalau ko nak gi 4 orang, ko kenalah beli 4 x 7=28 surat khabar. Pastu dah beli tu korang kena fill up pulak borang token tu. Isi setiap borang token tau! Jangan kau malas pulak yek! Macam mak redeem banyak tiket so terpaksalah mak laki bini over time sampai kol 2 pagi. Pastu pass sikit kat anak-anak akak yang lain sebab kesemua family baik kat johor, bangi, shah alam semua pergi. Benda murahkan, haruslah grab untuk semuanya :D

banyak x banyak x!!!
ni contoh token 1
token 1 sampai 7 fuhhhhh

Nak dijadikan cerita, waktu tebus tiket legoland ni pada 1-3 Sept 2016. Disebabkan mak duduk kat Shah Alam, so mak tebus kat karangkraf. Ingatkan macam tahun lepas boleh gi lalalala, rupa-rupanya bila sampai aje karangkraf orang dah beratur panjang. Makkkk aiiiii hazab nak tunggu kaunter bukak pukul 10 pagi. Mujurlah gi ngan kakak and anak buah. Dapat jugaklah mak gi beli breakfast sambil akak n anak buah jaga barisan fuhhhhhhhhhhhh


patah kaki berdiri dari pukul 8.15pg sampai 11.30pg!
Pintu depan yang paling nervous!!haha!

Pastu banyaklah dengar cerita yang tak best-best. Kebanyakkan tempat tiket habis cepat. Kuantan depa boleh supply 200 tiket aje? Ateee gile ke ape namanya. Memamg makan makian je la kan ngan orang ramai huhu! Tempat lain pun sama huhu! So memang mencuakkan la sebab kat karangkraf ni orang beratur sampai luar pagar ok. Waktu nak tebus tiket ni dengar lah depa-depa ni habaq tiket tinggal lagi 500 pcs aje. Memang nervous tak hengat la sambil berdoa ada rezeki kami, ada rezeki kami. Alhamdulillah sampai jugak giliran mak, kakak, anak buah n kawan-kawan yang lain. Ate boleh ler lap peluh dengan aman hihi!

Anak buah yang tudung pink tu!
Ni la dia tiket kami :D

Sofiyya paling tak sabar nak gi legoland :D

So next year berharaplah ada lagi offer yang super best camni yek! Hopefully surat khabar sinar harian tak buat onar lagi macam tahun ni haha! tetttttttttttttttttt

 

Thursday, September 22, 2016

Checkup 21w 4d

As Salam Readers,

OK mak baru balik dari checkup adik baby. Berat naik 3kg!!! OMG macam tak leh hadam bila dengar 3kg. Dari 47kg ke 50kg. Patutla mak rasa  perut ni semacam besar je. huhu!

Pastu dah la berat naik melampau-lampau, HB mak pun drop jugak jadi 10.8. huhu! Nurse cakap mungkin sebab masa raya hari tu makan daging banyak. Hurmmm ada kaitan ke hahaha! Xpelah, janji nurse tak marah udahla yek. Lepas ni kenalah mencari gulsan dan kawan-kawan yang seangkatan dengannya. Dah lama tak makan buah naga. Macam susah nak jumpa kat pasar malam. Selalunya mak memang cari kat pasar malam je. Kat tempat lain tak pernah usha pun huhu

Pastu nurse tanya dah minum air gula x? Of coz la laju mak cakap dah sebab dalam buku pink tu depa takde rekod bila tarikh minum.  Hazab kot nak habiskan secawan besar air gula tu euwwww! Pastu dia pi check record sat and pastu mai semula habaq result awak pass. Takde call maknanya lepas la tu. Alhamdulillah terus la mak sengih lebar. Makna kata tak yah la nak control makan or pendek kata selamat menggemokkan diri lagi la ye tmah! T_______T

Alhamdulillah jantung baby OK and semuanya nampak normal. Next checkup on 20/10/2016, nurse habaq nak pantau HB mak. Hopefully time tu HB mak cantik and tak perlu lah checkup 2 minggu sekali ka 1 minggu sekali ka 

Adik baby, awak sihat-sihat aja ye dalam tummy ibu ni. Kejap je dah nak masuk 22w. Pregnant kali ni macam tak terasa sangat. Sedar-sedar dah masuk 5 bulan. Kang sedar-sedar nak meneran dah haha! Korang doakan yang terbaik untuk kami anak beranak na. Sayang korang :-*

Nah tempek gambar mak yang latest T______T

eye bag mak tu abaikan jela yek haha!
 

Wednesday, September 21, 2016

3D 4D Scan untuk Third Baby

As Salam Readers,

Jumaat lepas masa cuti hari Malaysia tu mak sempat gi skodeng adik baby :D
Macam biasa la kan, mak booked under 3D 4D Scan Malaysia and Alhamdulillah rezeki adik sangat-sangat tau. Mak terpilih dan dapat free price untuk buat 3d 4d scan ni.. Uii rezeki sangat wak!

Hubby kerja, so Alisha offer diri nak tengok adik baby. Mak on aje sebab si kakak tu terlampau excited sgt nak tengok adik dia. OK, kita tinggalkan Asyraf kat umah nenek kejap. Appointment pukul 3pm and pukul 2.56pm kami dah terpacak kat situ. Ikut waze sajo sebab 1st time gi yang area KJ ni.

SONOVISION Kelana Jaya

Paling teruja sekali si kakak la. Dari duduk atas kerusi terus melompat atas katil. Punyalah semangat nak tengok adik baby. Sampaikan asyik dok ulang tanya kenapa adik baby tak keluar lagi haha! Alisha Alisha. Nangis mak dengar tau. Dia ingatkan scan ni boleh terus keluarkan adik baby T_________T

Sebelum nak scan tu, siap-siap tanya Alisha, agak-agak adik baby boy ke girl. Alisha dengan confident teka baby boy sebab Alisha suka boy. Ehhh dari dulu lagi kalau suruh dia teka, memang dia teka boy. Hubby pun sama dok teka boy aje. Mak jela yang dok teka girl sebab mak dah ada nama baby girl yang sedap-sedap hahaha! over tau tmah ni huhu!

Mula-mula scan size baby. Kalau ikut scan ni, date EDD jadi lewat seminggu, 04-02-2017. Kalau ikut kitaran haid aku pulak, date EDD jatuh pada 28-01-2017. So kita follow jela date EDD ikut kitaran haid tu yek. Hopefully biarlah yang nombor 3 ni keluar sebelum tarikh EDD jugak. Adik baby, sila follow kak Alisha and abg Asyraf ye sayang :D

Lepas tu scan tangan, kaki, size perut, air ketuban n etc. Alhamdulillah, semuanya nampak normal. Lepas tu nak scan jantina baby. Haaa part ni haruslah dedua excited baik aku mahupun Alisha. Tiba-tiba cik sonotron terus cakap haaaa nampak shoot shoot baby. Aku buat muka pelik sambil tanya shoot shoot??? Cik sonotron terus cakap yay pistol puan! Tahniah puan dapat sepasang cehh!dia tak tau kat uma tu ada lg sorg pistol!haha Terus teringat waktu scan Asyraf, Miss Jezzlyn cakap pretty bird. Kali ni Miss Sonotron ni cakap shoot shoot plak kakaka! Apa-apa jelakan. Waktu ni la Alisha dok tepuk-tepuk tanya mak baby girl ke boy. Bila mak cakap boy aje, kemain lebar haaa sengih si kakak ni haha! Pasrah mak sambil tergelak-gelak tengok Alisha melompat-lompat :D So, In shaa Allah yang nombor 3 ni baby boy. Semoga awak baik-baik aje dalam perut ibu ni ye dik. Aminnn

Pastu cik sonotron cakap nak scan HD pulak kat bahagian muka. Nak tengok sama tak muka kakak. Bila scan tu, alahai adik baby malu-malu kucing. Asyik tutup muka dengan tangan aje. Sebijik pesen mak tidur tau, kedua-dua tangan mak angkat atas and tutup muka. h0h0h! Ayayaiii penat cik sonotron tolak tangan adik baby tapi still tak berganjak. Berganjak pun kejap je pastu letak semula tangan kat muka. Nak capture gambar pun kena cepat-cepat, nasib baiklah sempat amik 2 3 keping. Yang lain-lain semua tangan ke atas tutup muka. ngeeeeeeeeeeeee! Pastu nak capture pistol pun tak dapat sebab adik baby kepit kaki rapat-rapat. haha! Kemain ko malu ye dik!! Takpolah, janji nampak oklah. Takyah amik gambar pun takpela kan dik T________________T  Tak tau la adik baby ni ikut muka sapa, tapi tang hidung tu memang ketara sangat hidung kakak. Haha! Awatla anak-anak ibu ni takde mewarisi kemancungan hidung ibu lolsssss!

Hidung kakak sangat dik oii!!

Waktu ni Alisha tanya, kenapa kepala baby terbelah mama??krik krik nak jawab hahaa!

Anyway kalau korang nak book under 3D 4D Scan Malaysia ni, memang aku setuju sesangat k. Korang masuk website www.3d-4d-scan-malaysia.com and boleh book sesiap. Dalam website tu ada dinyatakan sekali harga untuk setiap package yang korang nak. Ehhhh yang bestnya tak yah bayar dulu, korang just book tarikh aja. So sempatlah mak-mak sekalian nak menabung ke apa kan. hihi! Nahhh aku copy sikit-sikit dari website tu ek:

WEBSITE
english : www.3d-4d-scan-malaysia.com
malay : www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia
FACEBOOK : https://www.facebook.com/pages/3D-4D-scan-Malaysia/120155484710450
Any comment, question, picture sharing before/after album please checkout at our FACEBOOK which will update almost everyday

FAQ , soalan yang sering ditanya :
english : http://3d-4d-scan-malaysia.com/frequently-asked-questions/
malay: http://bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia/faq-3d-4d-scan-malaysia/

3D 4D SCAN PACKAGE , harga package check :
english : http://3d-4d-scan-malaysia.com/3d-4d-scan-malaysia-pricing-plans/
malay: http://bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia/pakej-3d-4d-scan-malaysia/

SONOGRAPHER WEEKLY SCHEDULE :
https://www.facebook.com/pages/3D-4D-scan-Malaysia/120155484710450 ( PINNED POST)

=======================================================================================================

STEP FOR ONLINE BOOKING :
1) select the area that you wish to scan by scrolling to the bottom of this page
2) Select date or time that provided. Only certain day or time which sonographer available. If the date could not book or time could not be choosen is either the clinic is close on that day or fully book . Please choose the date and time slot that still available as we have limited slot per day.
3) Fill in your detail include your name, address, contact no, and other info before you click NEXT.
4) the system will show you the exact clinic name and address. Please read the information of that page before you press MAKE APPOINTMENT !
5) take note the price, name of clinic address, name of sonographer that will be scan on that day , contact no of clinic for location direction , charges before you come to our place.
6) After u had press MAKE APPOINTMENT, system will show you PENDING CONFIRMATION . system usually need the most 6 hour to confirm your appointment.
(a) if you book on same day : please sms 0176202933 for urgent confirmation.
(b) if you book few day before or 1 day before : please wait at least 6 hour to confirm your appointment.
7) How to know your status of confirmation
(a) please check your email for comfirmation , if you did not find in your email within 6 hour, please check your spam mail .
(b) you can login to the system with your username and password given later to check your status.
8) After you receive your confirmation status , you can come straight to the clinic that you had book. 

Friday, September 09, 2016

Prank Birthday untuk Hubby Part 2!

As Salam Readers

Ok kita sambung part 2 pulak ye :D
Dalam pukul 8.22pm camtu kitaorang sampai SACC. Terus terjah lift and tekan tingkat 3. Confident je tingkat 3 kan. Sekali tengok-tengok tingkat 2 daaa. So turunlah kami dengan muka malu-malu kucing ikut escalator. haha!

Sampai je kat 1 kedai ni kami stop kejap sebab nampak hubby kat kaunter tamiya tu. fuhhhh berjanggut tunggu. Kejap-kejap dia pi kat belakang kejap-kejap dia pi kaunter semula. Hangin pulak mak yong ni menunggu @____@

Amoi kedai depan ni dah senyum-senyum tengok kami. Yelahhhh macam-macam pattern kot. Kejap berdiri kejap mencangkung. Anak buah aku yang sorang dah terpacak tepi dinding yang sorang lagi dah macam spider menyorok yang sorang lagi sibuk dok selfie ngan belon kek. hahah!

sorang usha line, sorang dah macam spider, mak yong mencangkung!!
hahaha tak tahan tengok Aqilah's spider!!!!
Acah-acah suwittt la sangat
Budak yang paling sibuk soh amik gambar dia

Ade laa dalam 15 minit kot kami menyorok camni huhu! Sekali bila anak buah habaq Pak Itam dah pi belakang, cecepat kami jalan ayam. Ehhh tetiba kawan Pak Itam dah perasan dan cepat-cepat aku angkat tangan shutttt letak kat mulut.

Dia angguk and terus gi kat hubby. Bila sampai depan pintu kedai tu, aku tetiba tak berani nak nyalakan api kat lilin!!! Sebab apa??? Sebab aku takut mall ni terbakar! hahahah! memang tak boleh blah la tmah ni! Yelah dari tadi aku fikir tau kalau sistem hidu api ke ape ntah nama tu detect api lilin ni camno. Mau kami basah lukus kang. Walaupun api lilin ni beso mana je kan tapi den totap takut OK! hahahaha nangissss :p

Masuk-masuk je terus nyanyi lagu happy birthday to you kat hubby. Hubby dah malu-malu kucing pastu boleh pulak dia cakap kami serabut...cehhhhhh hampagas betol hahaha! Yang Alisha sibuk menjerit suruh diam sebab dia cakap nanti abg kedai marah bising. Lollsss tak layan! hahaha! Abis nyanyi nyalakan api and soh hubby tiup. Nampaklah air mata laki bergenang. Dia tak percaya aku buat camni pastu mulut bising camne boleh terfikir nak buat gini. Lohhhh dah nama pun bini kan. Apa saja sanggup buat lohhhh T________T

tak boleh nak bergambar sesama tauuuu!
Happy Birthday My Man!

Hubby cakap sepanjang 5 tahun kahwin, birthday dia kali ni paling best paling dia tak sangka. Dia membayangkan balik rumah nanti ada kek atas meja, rupa-rupanya bini bawak kek sampai ke SACC lagi X______X Yelah, birthday tahun lepas belon hancus, birthday sebelum-sebelum ni celebrate kat rumah mak dia aje kikikiki!

Ehh sekejap je lepak kat situ sebab tak lama lepas tu kakak call cakap kereta dia lagi 1 tak leh start. lohhhhh OK OK kami pulang haha! Balik 24 and akak ajak celebrate kat kedai makan pulak. So dia lah belanja dinner malam tu sekali ngan family hubby. Ok rezeki aku. Jimat duit mak kakakaka!

Pastu macam biasalah mesti bini bagi hadiah kat laki kan. Aku wrap cantik-cantik and bila tunjuk kat dia je terus dia cakap alahhh dari jauh dah tau frame. Hangin pulak mak dengar. Aku cakap amik jelah orang dah bagi!
 
Dia dok pegang-pegang sambil cakap buat apa bagi abg frame? nak soh letak apa? ehhhhh padayappa betul! bukak jela bang oiiii! Hah!!! Bila dia bukak baru ler terkejut tersengih-sengih cam kerang busuk.

Hubby Wow siapa lukis ni? Handsomenya abang! sambil sengih-sengih lagi
Aku cubalah teka
Hubby siapa ni?Al ape ni? mesti order kat facebookkan
Aku al-napi la. napi suami liza tu
Hubby napi lukis ni? macam tak caya je napi pandai lukis (melambung dia puji napi lukis gambar dia sebab tambah hensem! blekkkkk)
Aku yelah, napi yang lukis. napi pandai lukis tau
Hubby habis tu kenapa napi tak melukis amek job tepi-tepi jalan tu?
Aku buat muka sambil krik krik
 
Bila dapat frame tu sibuklah dok tunjuk kat mak ayah dia kat kak su sambil cakap hensem tak hensem tak. OK fine.. Layankan aje birthday boy ni hahaha! Anyway thank you beribu-ribu lemon tau Liza Napi! Tuhan je tau camne happynya aku bila ko bagi soft copy gambar ni Liza :-*

Smart gilerkan Napi lukis!
Print A4 and tempek dalam frame aje!

Ehhh lupa plak. Actually ada lagi 1 hadiah, tapi aku dah terbagi bulan 6 ari tu. Tu pun sebab kantoiii dia yang amik kat kedai. lolsssss! Ku tempah mug gambar kami kat printcious and kengkonon tak nak pos. Nak self pickup. Atenya mak ni asyik bz semedang so mak soh le dia amik. Bila sampai kat kedai tu, si pekerja kedai tu tunjuk kat hubby betul tak ni barang you. So memang sah-sahla kantoi di situ! Bila balik rumah dia tunjuk kat aku, terus dia cakap esok abg bawak gi tempat kerja la ek. OK bang, silalah bawak memandangkan dah kantoi awal-awalkan ngeeee. Hah ni mug yang terkantoi tu haha!

Mug yang dah terkantoi awal :D

Ok tu ajer cerita prank tahun ni. 1st time buat and rasa puas hati sesangat. Walaupun nampak cam biasa je, tapi mak puas sebab dapat buat sendiri kakaka! Birthday tahun depan tunggu tahun depan jela yek. Selalunya aku ni jenis malas fikir awal-awal. Aku suka fikir last minit and sebab tu jugak lah semuanya jadi caca marba haha!
OK byeeeee!!


Ehhh layan ler kejap video yang anak buah ni rekod yek. Video sedikit caca marba kakakaka!

video

 

Thursday, September 08, 2016

Prank birthday untuk hubby part 1!

As Salam Readers,

Semalam birthday hubby. As usual, setiap tahun sebelum mai birthday hubby aku dah bz kan kepala plan survey itu ini. Konon-konon nak buat yang best-best la kan. Tahun lepas plan hancuss sikittt sebab belon ku hancuss hahah!
 
Aku plan nak ajak hubby dinner kat any kedai makan and guna khidmat surprise planner bagi belon n kek. coklat n bunga-bunga ni memang mak tolak tepi awal-awal na.
So kemain la google usha ig fb surprise planner itu ini. Mak aiiii memang rata-rata semuanya above 100. Bila jumpa yang OK tp tang delivery tu pulak macam KO.
Bila jumpa yang free delivery, tapi package yang ditawarkan semua mahal-mahal belaka. Disebabkan aku ni jenis cheapskate (hahahah!!) so aku buat keputusan nak buat sendiri.
Yelah kau timah. Semua pun sendiri. Jgn mcm tahun lepas udah hahaha!  

Makanya aku pun bz kan diri meng google kedai belon helium area Shah Alam. Hah!!! Nampak tak aku dah pandai sikit pasal belon ni. Xde la nak merapu beli belon kat Mr. Diy lagi haha! Google punya google jumpa 1 kedai kat area Masalam, Seksyen 9. Nama kedai ni Balloon Buzz Party Centre. Bila masuk website depa aku jadi pening pulak tengok belon tu belon ni. Sumpah terus rasa tak pandai dah!haha! Habaq dalam hati, alahhhh seksyen 9 tu dekat aje kan. Nanti gi terus jela kedai tu. ngeeeeee!!!

So dipendekkan cerita petang 5hb tu aku berjaya jejak kedai ni.
Alahaiii selalu je lalu sini tapi tak pernah pun tau kewujudan kedai ni Lolsss Bila masuk kedai ni, aku tawaf sekali tengok itu ini. Harga agak murah fikir dalam hati.
Pastu dok ralit tengok belon tetiba pekerja kedai ni tegur cari belon macamana ye kak. Agaknya nampak kot muka aku blurr blurr tengok belon tu belon ni hahaha!
Aku akak nak cari belon helium tu. yang mana ek
Pekerja kedai yang depan akak ni la. Ada jenis biasa dan jenis metalic
Aku ooo. apa beza biasa dan metalic sambil usha harga sebiji belon. both biasa dan matelic harga RM 3.50
Pekerja kedai yang biasa ni selalunya untuk siang dan metalic ni selalunya untuk malam. bila malam yang matelic ni nampak bercahaya
Aku ooo ok faham-faham sambil pegang-pegang belon
Pekerja kedai akak nak beli untuk lelaki ke perempuan
Aku nak cari untuk lelaki
Pekerja kedai akak nak warna apa sambil tunjuk belon yg ada tulis boy, tulis girl, tulis happy birthday and plain
Aku akak nak yang colour purple happy birthday tu 1, plain colour light blue 2 dan hurmmmm colour apa lagi yang sesuai ek. Akak nak lagi 2
Pekerja kedai saya rasa akak amek colour ivory ni. boleh match dengan light blue tu
Aku aaa ok la. ikut adik je hahaha malas fikir


Seketol belon helium RM 3.50
Seketol belon helium ada tulisan RM 3.60
beza seposen je tapi pasai pe ntah aku tak amek semua yang bertulis. Ok dah ingat sebab ape. Sebab warna belon yang bertulis semuanya warna terang-terang tak menarik, purple, hijau, oren and hitam.
Mak nak campur-campur colour. haha!ape jelah kau timah! Aku habaq kat adik tu nak amek 7hb 9 pukul 6.45pm (kedai tutup pukul 7pm)
So total 5 pcs belon helium adalaha RM 17.60. OK part belon settled :D

Balloon Buzz Party Centre bersebelahan domino's
Sekarang part kek pulak. Aku tempah kek Red Velvet supreme sebab hubby suka kek red velvet. Aritu masa nak beli kek Alisha, dia ada ajak makan red velvet kat SR tapi bila masuk SR staff tak cukup dan depa tak amek order. haha kesian sadis terus muka si laki. So 5hb tu jugak aku gi order kat SR seksyen 18. Kenapa belon seksyen 9 kek seksyen 18?haha!
Sebab seksyen 18 tu berdepan dengan seksyen 24. Umah in laws aku kat seksyen 24. So mestilah aku pilih kedai yang paling dekat dengan aku kan hahaha!
Total red velvet supreme RM 65 ( 1 kg)

Red Velvet Supreme (xkenan tulisan gedabak beso kat kek tu ngee!)

5hb settled part belon dan kek. So ada masa sehari lagi 6hb tu untuk aku fikir kedai mana yang sesuai untuk dinner bla bla bla. Sebenarnya aku memang dah usha 1 kedai makan ni.
Nama kedai ni My cafe story kat kota kemuning. Kalau tengok review kat fb memang OK cantik comel je kedai ni. Malas nak peningkan kepala, so aku pilih kedai tu jela.
 
Plan aku pulak camni, 7hb petang tu lepas amek belon kek, terus gi amik Alisha kat sekolah and terus gi drop kek dan belon kat kedai tu. Tetiba pagi semalam hubby cakap balik kerja nanti nak bawak bebudak ni gi SACC main kereta. Fuhhhh hancur hati mak dengar dia cakap camtu. Rasa macam ehh nak plan camne ni camne ni huhuhu!
Camne nak amik belon n kek ni. tak kan nak naik motor kot. Boleh ke letak belon dalam guni? ehhhhh serabut kepala fikir tau hahahah! Ikutkan boleh je amek belon kek tu naik kereta lagi 1 tapi masalahnya kunci kereta iswara tu dalam kereta exora!!!! nampak tak betapa caca marbanya daku! Exora memang si laki bawak pi kerja hukhuk! Pastu nak bagi tambah caca lagi, kebetulan petang semalam kena pergi SUK. Ehhh aku suka je gi SUK sebab boleh balik awal. Masalahnya kalau balik awal pun, kunci kereta tak dop sobs sobs
Lepas settlekan kerja kat SUK aku call hubby cakap nak amik kereta. Dia takde tanya apa pun, soh mai kilang jela amik kereta. Waktu tu dah pukul 5 and kepala aku dah start pening nak fikir! eiiiiiiii tak suka betul!!!

Sambil merempit sambil fikir nak balik rumah jap amik frame, pastu amik Alisha n pastu pi tukar kereta. Ding dong ding dong kol 5.45 pm baru amik Alisha. Mana sempat kau nak tukar kereta!!! Hati dah rasa sedih sikit-sikit sebab macam tak sempat nak ambil belon tu. Macam nak let go je belon tu. So ajak jelah Alisha gi uma mertua. Sampai uma mertua tetiba nampak kereta kakak kat rumah dia. Terus rasa macam yes Tuhan tolong aku :D :D cecepat gi umah akak and tanya anak buah mama ada tinggalkan tak kunci kereta ni. Humaira cakap ada and yesssssssss! aku terus ajak depa pi amek belon dan kek.
 
Masa otw amek kek and belon tu hubby kol tanya ada kat mana sebab orang takde tapi motor ada. Aku cakap aku bawak anak buah gi mydin. Depa nak cari barang. hahaha! Bohong sunat ye bang. lalalalalaa!!! Alhamdulillah sempat jugak amek 2 barang tu and dapat gak nyorokkan dari hubby. Lepas parking kereta akak terus gi umah mertua. Hubby terus ajak gi SACC. Aku dah blurr kejap sambil fikir idea idea idea haha!
 
Tak lama lepas tu aku cakap sayang malas nak gi sbb kalau korang main kereta mesti sampai mall tutupkan. Sayang penat nak tidur. Hubby dah buat-buat muka sedih. haha! Dia tanya betul ke tak nak follow. Aku cakap tak nak!! Nak balik tidur!
Sambil salam aku dia cakap "ingatkan sayang nak belanja makan ke ape ke" and terus ajak anak-anak naik kereta. Aku mampu buat bodoh jela hahaha!

Bila depa pi tu, aku terus habaq kat anak buah pe kata kita gi sana n surprisekan pak itam? Anak buah aku laju je kata best-best. So lepas maghrib kitaorang siap-siap n terus gi sana.
Part prank ni memang kelako yang hamat!!! hahahah!

seketol kek dan belonsss

Ehhh mak yong pun dah penat nak menaip hahaha! Kita sambung esok jela ek lalallaa!

Anyway happy birthday Abg!



Wednesday, August 24, 2016

birthday surprise for me!

As Salam Readers,

OK ini entry thrawback berbulan-bulan yek. Moh la kita lontar belakang ke bulan May yang lepas hahaha!

19 May yang lepas birthday mak yang ke 33 tahun. 33 tahun tau bukan 12 bukan 23 ngeeee!
boleh bayangkan tak betapa tuanya mak ni. lagi 7 tahun nak cecah 40 tahun. glupsss! OK abaikan tak nak fikir lolssss T__________*

Tahun ni mak off birthday notification dari fb so memang takde lah teman-teman fb yang wish melainkan teman-teman rapat mak je hihi! saja nak bertukar selera bertukar angin :D

Malam tu hubby ajak dinner kat luar. Tanya nak makan apa, dia nak belanja. Ku cakap apa-apa jelah tak kesah. So dia ajak gi Pizzahut Bukit Kemuning. Kat situ kami order macam biasa jelah kan. Pastu aku order brownies. Husband dok beria cakap tak yah tak yah tapi aku tetap nak order gak. haha! So dia cakap order jela lohhhhhh ape daaaaa

Sementara nak tunggu makanan sampai, sempat ler mak berselfie dengan alisha. Tengah dok godek hp tetiba dengar org nyanyi lagu happy birthday. Mak is tanjat plus malu-malu meoww tau!!! rasa macam gugur jantung ni kejap sebab kemaluan kakakaka! Part tiup lilin tu comel je bebudak ni. si kakak n si adik sibuk nauu nak tiup lilin gak :D

layankan anak, mak pun jadi weng haha!

video
 meow meoww kucing haha!


Hubby cakap sebelum jemput kitaorang kat rumah, dia dah singgah siap-siap kat sini n dah pass kek sesiap kat bebudak pizzahut ni. Pandai ye bang! So we all enjoy tiup and makan the cake. Then pizza sampai ngap pizza pulak. Walaupun hubby just beli 2 slice SR cake, tapi mak tetap bangga dengan effort dia nak surprisekan mak. Ade la kan dari takde putih mata!haha! Part mintak hadiah ni memang mak tak pandai mintak. Yang mak tau ada kek, belanja makan pun dah cukup. Paling penting dia tak lupa birthday daku bila. Kalau lupa, mau aku moody sebulan kot haha!

btw bulan 9 ni birthday hubby. dah buntu kepala tak tau nak buat apa. lollsssss!! tak mau dah masak-masak macam tahun lepas. kali ni nak makan kat luar je. korang ada idea tak???

 
 

Wednesday, August 17, 2016

Happy Birthday yang ke 4 tahun Alisha!

Copy and paste dari IG mak :D

Selamat ulang tahun kelahiran yg ke 4 tahun Nur Alisha Kaisara binti Muhammad Hamzah.

17 Aug 2012- 17 Aug 2016:
4 tahun yang lalu, awak lahir ke dunia ini secara normal pada pukul 3.31am dengan berat 2.75kg. Ibu ingat lagi betapa senang dan mudahnya bersalinkan awak. Apa yg ibu minta pada Allah semuanya didengar dan dipermudahkan. Terima kasih Allah atas kurniaanMu yang tidak ternilai ini.

Ibu doakan awak menjadi anak yang solehah, panjang umur, sihat selalu, baik budi pekerti dan tingkah laku, bijak pandai, dan yang paling penting bila dah besar nanti pandai jaga solat, jaga agama, jaga maruah dan jaga adik2 yang lain.

Alisha 4 tahun :D

Dari semalam lagi mek licha request itu ini. So mak layan kan aje permintaan dia tu. Bukan kena redah hutan belukar ape pun haha! 

  • makan roti canai DONE
  • main kat playground DONE
  • nak berus gigi baru DONE
  • nak sandle baru kat pasar malam ➡ sat lagi kita cari kat pasar malam na. comel sangat mintak sandle selipar malam T______T
  • main kinetic sand DONE
  • nak kek bola ➡ balik pasar malam kena cari kek bola mek ni. harap-harap ler ada kek bola yang sesat ngeeee!
happy nauuu dapat apa yang dia nak
Bagi ibu, setiap senyuman yang kakak berikan itu adalah satu rahmat dan percayalah, sejak hari kakak dilahirkan, you've added something amazing to my life. Ibu sayang kakak dunia dan akhirat. Happy 4th birthday sayang Alisha
pagi-pagi suruh amikkan gambar tempek flower kat kepala haha! layan!
Hari ni hari touching setaman
Cepatnya masa berlalu sobs sobs sobssss
 
 

Friday, August 12, 2016

Nombor 3

As Salam Readers,

Mak is rajin update blog dari kelmarin ni =) Actually just nak update pasal diri mak je. Alhamdulillah, tahun depan mak naik pangkat pegang title mak anak 3. Wahhhhh naik pangkat gitu yek T___________T

Alhamdulillah, macam tak dijangka yang nombor tiga ni secepat ni. Amboiii cepat la sangat yek!hahhaa!. Niat kat hati ni nak tunggu bulan 10 nanti ler baru ngandung semula, tup-tup eh eh cik P tak mai mai. Ingatkan cik P mai lambat sebab dok makan transgluta tu ka, rupa-rupanya ada si comel dalam rahim mak ni. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas rezeki ini. 


Penangan yang ketiga ni memang lain maciamm wehh! Mabuk, muntah, pening, lesu, tak lalu makan sepanjang masa tak kira siang malam. Lagi-lagi bulan puasa lepas, macam tak sanggup nak laluinya dah. Siap cakap kat mayumie lagi, ok ni last pregnant. Lain macam pulak penangan dia! hahaha! Berat dari 46kg turun jadi 43kg. Doctor dah membebel-bebel soh makan vitamin lain. Hurmm tak kosa la mak nak makan itu ini dengan takde seleranya. telan folic asid pun kalau ingat jek. lolssss! teruk betul memori bila dah semakin kertu ni hishhhhh!!


Mak buka buku pink bila kandungan dah masuk 14weeks. hahah! Nasib baiklah tak kena bebel ngan nurse. Masa buka buku pink tu, bila timbang berat dah 46kg! wowww!!! Raya sebulan pun tak habis, ko dah naik 3kg kan tmah! Punyalah melantak makan macam hapee hahaha! Next appointment dah kena minum air gula. ayayyayaiii! part ni yang tak gemar ni :( tak sukanya air gula KK. cawan besar habaq hang! huarghhhhh!

Alhamdulillah hari ni genap 16w. Dalam erti kata lain dah masuk 4 bulan, dah masuk 2nd trimester. Tapi muntah setiap pagi tu memang ada je. Setiap pagi Alisha tengok ibu dia muntah-muntah. Bila muntah depan Alisha, dia senyum jek. Memang dia senyum je tak kata apa. hihi! 

Edd In Shaa Allah 28 Jan 2017. CNY ok!!! Mak tak bagitau boss lagi ni. Kalau bagitau boss, surely dia gelabah mak enon sebab junior mak dedua Cina. hahaha! Sapa nak backup kat department mak kalau mak pun cuti gak!lalalalala malas fikir malas fikir :D 

Yang penting mak nak enjoy-enjoy je pregnant kali ni. Semoga dipermudahkan dah disenangkan semua urusan kali ni. Hopefully adik baby duk sihat dalam perut ibu yek. Love u sayang :-*