Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Friday, March 11, 2016

LC Sports Carnival and Family Day 2016

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera semua,

Minggu lepas LC tempat Alisha buat sports carnival and family day kat Wet World Shah Alam. Of coz la ibu dia yang paling seronok dan berdebar-debar nak tengok respon anak. kakaka ibu memang selalu over

Overall program ni sangat best sebab budak-budak ni happy plus at the same time dapat berkenalan dengan kawan-kawan Alisha. Dengan parents je aku segan nak berkenalan sebab aku kan memang penyegan orangnya. Yang aku tau senyum senyum senyum jela sampai telinga. hahaha! Satu je yang ku tak tahan iaitu cuaca panas gile. Maklumlah sekarang ni kan musim elnino, pukul 9 pagi tu pun dah terasa bahang gile weiiii

Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa, lepas tu senam robik untuk parents. Lepas tu perbarisan anak-anak. hah! Part ni memang buat aku berbulu jek. Teacher Fa suruh Alisha masuk perbarisan, ehh boleh pulak dia ajak ibu beratur sekali. Dalam hati ni cakap sabar tmah sabar tmah. Makin kita suruh dia pi, makin dia galak merengek pakej main tolak-tolak. Segala ugutan itu ini semua dia tak layan OK ngeeee 

Pastu teacher dah start panggil nama ikut group. Ingatkan game untuk anak-anak je, rupa-rupanya game ni untuk both anak dan parents. hahaha! Dalam hati ibu ni memang dah berdebar bergolak bagai ah. Alisha group 1 and dalam group tu ada 14 orang, 7 anak dan 7 wakil dari ibu atau ayah. Ada 7 check point kena siapkan. Macam comel je macam kelakar je bila apak-apak amak-amak main game ni. Makan epal gantung, panjat atas air, cari gula-gula dalam tepung, baling bola dalam dustbin, pecahkan belon dan last sekali DIY berdasarkan tag yang kita dapat tu. Best sebab semua bagi kerjasama 100% hikhik

Dalam pukul 12.30 tengahari camtu aktiviti habis dan semua buat aktiviti bebas. Alisha memang laju jela ajak mandi. Tapi bila dah start mandi tu, macam-macam drama lah muncul. Takut la, dalam la itu la ini la. Stress ibu nak mandi tau. Kena dok tempat cetek je ikut dia sobs sobs

Hah tak tau nak type ape dah. Layan jela gambar-gambar ni ek :D

Laki bini baju kaler pink :D
Asyraf peace Ibu peace Alisha suka hati ape2 jelah
kakak tak mau masuk perbarisan, tapi adik yang super mau
hobi saya menari atas pentas ala cinderella ngeee
tengah berdebar-debar sapelah nak makan epal tu X___X
tugasan kami buat aquarium
akuarium kami hahahah!
teachers alisha. yang depan tu la teacher fa. teacher fav alisha forever
adik sentiasa berani sentiasa buat aksi mengerikan grrr
tempat cetek yang paling alisha suka huuuuh

otak dah berkarat tak tau nak tulis apa. 5 bulan kot blog ni terabai aje.sobs sobs! teruknya kau ni tmah. itu pun malas ngeeee


1 comment:

~Lieza~ said...

Wahhh..seronoknya ada sports day... Kemain ibu licha beramah mesra..kihkihkih..