Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Thursday, March 17, 2016

TGV Cinemas Family Friendly - Boboiboy The Movie

As Salam dan Sejahtera Readers,

Semalam ku cuti and sempatlah bawak bebudak ni tengok boboiboy the movie. Walaupun movie ni dah lama keluar, tapi ni baru berkesempatan nak tengok. Tu pun sebab Alisha dok bising nak tengok nak tengok. Siap hafal lagi CINTA tu OK haha!

Hari isnin try usha tiket TGV online. Belek punya belek tilik punya telek ternampaklah tang Family Friendly ni. Rasa macam teruja kejap dengan benda ni



Sebelum ni tak pernah dengar pun pasal benda alah ni, plus daku bukan kaki tegar wayang. Macam baru pun ye jugak kot sebab tak semua tempat ada family friendly ni. Ni list yang ada family friendly buat masa ni. Next tempat katanya soon, stay tune. hahaha! Disebabkan aku dok area Shah Alam, maka wajiblah bagi daku tengok kat AEON Bukit Raja :D



Paling penting bagi aku of coz la MURAH weiii. Tengoklah harga kat gambo atas ni ye. Jangan kata akak tak payung. haha! Tapi ada limit time sekian sekian. Idok ler kome sesuka hati nak tengok pukul bla bla bla. Macam semalam, tiket kiteorg pukul 11.30 am. Pendek kata kome-kome usha la website TGV na nak tau hari apa pukul berapa bla bla bla.

And lagi satu yang paling penting, tak semua cerita ada OK! La ni yang ada boboiboy and zootopia. Soon, aku agak mesti Kungfu Panda 3 menyusul. hihi!

Apa yang bestnya pasal family friendly ni?

  • Memang friendly la sebab memang santai habis. Anak boleh jalan ke sana ke mari, main cak sana cak sini tu asyraf la tu haha!
  • Volume tak la kuat sangat. xde lah rasa berdebar-debar ke, berdegup kencang ke
  • Lampu dimalapkan, maksudnya takde gelap gelita hitam legam ireng ye. Kita still nampak anak-anak jalan sana sini, baring sana sini tu asyraf la tu haha!
  • Budak-budak termasuk mak pak boleh gelak sesuka hati ye. Macam comel je dengar bebudak ni gelak bila cikgu kebenaran or gopal buat lawak :D  
  • Toilet memang super dekat. Betul-betul bersebelahan pintu masuk cinema
  • Boleh beli secara walk-in, TGV Cinemas mobile app dan TGV Cinemas website
Macam kes aku yang nak super cepat dan jimat masa ni, aku beli secara online kat TGV website. Mujur lah den beli online tau sebab semalam ya ampun ramainya ibu bapa dengan anak-anak beratur. Beratur sampai luar dari TGV tu k ngeeeeeeee

Fee online just RM 1 je dari ko nak beratur bagaikan. Pejam mata jela RM 1 tu yek :D

Masa nak collect tiket, korang kena bagi booking number. Macam aku yang super nak senang ni, idak ler aku print email dari TGV tu. Aku just tunjuk bebulat email TGV dari handphone. Kan ke lagi mudah kerja kita haha! Tapi tu kalau korang nak collect tiket macam aku la yek. Kalau nak lagi sonang, korang tunjuk aje kertas yang dah di print out or email dr hp tu kat petugas tgv masa nak masuk cinema tu. Nanti depa akan scan booking number kamu. Kan ke lagi senang namanya T______________T

Overall cerita Boboiboy The Movie ni memang best sangat-sangat. Bangga la jugak kat anak-anak Malaysia yang terbitkan filem ni. Nora bagi 5 bingtang tau hihihi! Part last masa ochobot pecah berderai tu memang sedih sesangat la siap pakej bergenang-genang air mata ni T___________T 

Bak kata Papa Zola, kebenaran!!!! kikiki


Alisha cakap nak tengok lagi lagi dan lagi



Bergambar kat hero dia memang wajiblah kan hihi

No comments: