Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, August 10, 2016

Thrawback Raya Aidilfitri 2016

Salam Readers. Hurmmm rasanya topik raya tahun ni masih tak basi lagi kan. Ramai je kot blogger lain yang still lagi update pasal raya aidilfitri 2016 even open house pun still ada lagi minggu lepas haha! Raya tahun ni lain maciam sikit sambutannya. Sana sini penuh dengan open house sampai tak menyempat-nyempat la nak pergi T______T Tahun ni mak tak sempat nak buat open house sebab keadaan badan mak tak mengizinkan. ecewahhh badan la sangat yek :D

Aidilfitri 2016 sambut belah hubby dulu, bermakna belah Shah Alam dulu la kita yek. Mak cakap raya kali ni best sebab semua cucu-cucu dah besar. Mak ajak buat ketupat anyam la itu la ini la. Aku suka je sebab dah biasa ketupat anyam tu. Belah johor memang buat ketupat anyam ni hihi

Tema raya kami caca marba acah-acah warna pelangi gitu. Mak abah n adik beradik yg single color orange liplap, kak ipar color royal blue n kami color yellow. Ok le nampak meriah gitu kan :D Alkisahnya Asyraf tak sihat, pagi-pagi raya lagi dah muntah selambak. Habis baju raya ko dik. Pastu bila tak sihat tu, mood dia memang kelaut ler. Lagi pulak si bujang ni tak suka baju cekak musang! Bila pakai je mengamuk dok tarik-tarik kolar baju tu. haishhh mak is redha jela! ngeeee. Next raya kena ingat Asyraf tak suka baju cekak musang, Asyraf tak suka baju cekak musang!haha

ni sebelum bad mood sebelum muntah berlambak-lambak. hensem je kan kalau pakai lengkap sepasang!
ni dah muntah selambak! n mata mak kelaut yek!
mengamuk tak mau pakai baju dah! waktu nak ambil gambar ni, MIL cakap "takpe, kita letak je baju sebelah dia. Nanti dah besar boleh tunjuk kat dia" haha!

Raya kedua pagi-pagi dah cabut balik Melaka, kampung abah. Penat tak hengat beraya sana sini. Adik beradik n sedara mara abah banyak kat Melaka. Rumah paling last pergi kat Jasin n time tu mak memang flat habis la. Anak-anak pun dah melepek kepenatan n perut mak tak yah katalahkan. Boncit tak hengat! Mana tak nya, setiap rumah yang mak pi, semua mak makan. Sana sini asam pedas kot. Rare betol raya kat Melaka ni. Jamu tetamu ngan asam pedas is woww sangat! :D :D :D

Lepas tu kami terus pecut balik Kahang. Bila ingat kampung mak, hati memang berbunga-bunga la suka :D Rindu kat mak abah, tak sabar nak salam peluk cium mak abah, rasa makanan raya mak. ehhh macam-macamlah dah fikir hihi

Raya ketiga petang tu macam biasalah, sesi bermaaf-maafan n bergambar berselfie bagai. Asyraf macam biasalah, reject baju melayu dia. Seluar nak pakai, baju je tak mau. Terpaksalah mak pakaikan tshirt color kuning. Untung ada tshirt color kuning dik oii T__________T

see! pakai tshirt OK! mata kebawah semuanya!
family kahang kecuali akak sulung and abang je takde

with mak abah. tengok dak asyraf tu sengih! amboiii sangat haaa
Ok la dik non. Tamat cerita raya yang dah basi tak basi ni. daaaaa :D 
Harap-harap lepas ni mak rajin update blog :D :D


No comments: