Us

Daisypath Anniversary tickers

Alisha

Lilypie Kids Birthday tickers

Asyraf

Lilypie Third Birthday tickers

Next Generation

Lilypie Maternity tickers

Thursday, September 08, 2016

Prank birthday untuk hubby part 1!

As Salam Readers,

Semalam birthday hubby. As usual, setiap tahun sebelum mai birthday hubby aku dah bz kan kepala plan survey itu ini. Konon-konon nak buat yang best-best la kan. Tahun lepas plan hancuss sikittt sebab belon ku hancuss hahah!
 
Aku plan nak ajak hubby dinner kat any kedai makan and guna khidmat surprise planner bagi belon n kek. coklat n bunga-bunga ni memang mak tolak tepi awal-awal na.
So kemain la google usha ig fb surprise planner itu ini. Mak aiiii memang rata-rata semuanya above 100. Bila jumpa yang OK tp tang delivery tu pulak macam KO.
Bila jumpa yang free delivery, tapi package yang ditawarkan semua mahal-mahal belaka. Disebabkan aku ni jenis cheapskate (hahahah!!) so aku buat keputusan nak buat sendiri.
Yelah kau timah. Semua pun sendiri. Jgn mcm tahun lepas udah hahaha!  

Makanya aku pun bz kan diri meng google kedai belon helium area Shah Alam. Hah!!! Nampak tak aku dah pandai sikit pasal belon ni. Xde la nak merapu beli belon kat Mr. Diy lagi haha! Google punya google jumpa 1 kedai kat area Masalam, Seksyen 9. Nama kedai ni Balloon Buzz Party Centre. Bila masuk website depa aku jadi pening pulak tengok belon tu belon ni. Sumpah terus rasa tak pandai dah!haha! Habaq dalam hati, alahhhh seksyen 9 tu dekat aje kan. Nanti gi terus jela kedai tu. ngeeeeee!!!

So dipendekkan cerita petang 5hb tu aku berjaya jejak kedai ni.
Alahaiii selalu je lalu sini tapi tak pernah pun tau kewujudan kedai ni Lolsss Bila masuk kedai ni, aku tawaf sekali tengok itu ini. Harga agak murah fikir dalam hati.
Pastu dok ralit tengok belon tetiba pekerja kedai ni tegur cari belon macamana ye kak. Agaknya nampak kot muka aku blurr blurr tengok belon tu belon ni hahaha!
Aku akak nak cari belon helium tu. yang mana ek
Pekerja kedai yang depan akak ni la. Ada jenis biasa dan jenis metalic
Aku ooo. apa beza biasa dan metalic sambil usha harga sebiji belon. both biasa dan matelic harga RM 3.50
Pekerja kedai yang biasa ni selalunya untuk siang dan metalic ni selalunya untuk malam. bila malam yang matelic ni nampak bercahaya
Aku ooo ok faham-faham sambil pegang-pegang belon
Pekerja kedai akak nak beli untuk lelaki ke perempuan
Aku nak cari untuk lelaki
Pekerja kedai akak nak warna apa sambil tunjuk belon yg ada tulis boy, tulis girl, tulis happy birthday and plain
Aku akak nak yang colour purple happy birthday tu 1, plain colour light blue 2 dan hurmmmm colour apa lagi yang sesuai ek. Akak nak lagi 2
Pekerja kedai saya rasa akak amek colour ivory ni. boleh match dengan light blue tu
Aku aaa ok la. ikut adik je hahaha malas fikir


Seketol belon helium RM 3.50
Seketol belon helium ada tulisan RM 3.60
beza seposen je tapi pasai pe ntah aku tak amek semua yang bertulis. Ok dah ingat sebab ape. Sebab warna belon yang bertulis semuanya warna terang-terang tak menarik, purple, hijau, oren and hitam.
Mak nak campur-campur colour. haha!ape jelah kau timah! Aku habaq kat adik tu nak amek 7hb 9 pukul 6.45pm (kedai tutup pukul 7pm)
So total 5 pcs belon helium adalaha RM 17.60. OK part belon settled :D

Balloon Buzz Party Centre bersebelahan domino's
Sekarang part kek pulak. Aku tempah kek Red Velvet supreme sebab hubby suka kek red velvet. Aritu masa nak beli kek Alisha, dia ada ajak makan red velvet kat SR tapi bila masuk SR staff tak cukup dan depa tak amek order. haha kesian sadis terus muka si laki. So 5hb tu jugak aku gi order kat SR seksyen 18. Kenapa belon seksyen 9 kek seksyen 18?haha!
Sebab seksyen 18 tu berdepan dengan seksyen 24. Umah in laws aku kat seksyen 24. So mestilah aku pilih kedai yang paling dekat dengan aku kan hahaha!
Total red velvet supreme RM 65 ( 1 kg)

Red Velvet Supreme (xkenan tulisan gedabak beso kat kek tu ngee!)

5hb settled part belon dan kek. So ada masa sehari lagi 6hb tu untuk aku fikir kedai mana yang sesuai untuk dinner bla bla bla. Sebenarnya aku memang dah usha 1 kedai makan ni.
Nama kedai ni My cafe story kat kota kemuning. Kalau tengok review kat fb memang OK cantik comel je kedai ni. Malas nak peningkan kepala, so aku pilih kedai tu jela.
 
Plan aku pulak camni, 7hb petang tu lepas amek belon kek, terus gi amik Alisha kat sekolah and terus gi drop kek dan belon kat kedai tu. Tetiba pagi semalam hubby cakap balik kerja nanti nak bawak bebudak ni gi SACC main kereta. Fuhhhh hancur hati mak dengar dia cakap camtu. Rasa macam ehh nak plan camne ni camne ni huhuhu!
Camne nak amik belon n kek ni. tak kan nak naik motor kot. Boleh ke letak belon dalam guni? ehhhhh serabut kepala fikir tau hahahah! Ikutkan boleh je amek belon kek tu naik kereta lagi 1 tapi masalahnya kunci kereta iswara tu dalam kereta exora!!!! nampak tak betapa caca marbanya daku! Exora memang si laki bawak pi kerja hukhuk! Pastu nak bagi tambah caca lagi, kebetulan petang semalam kena pergi SUK. Ehhh aku suka je gi SUK sebab boleh balik awal. Masalahnya kalau balik awal pun, kunci kereta tak dop sobs sobs
Lepas settlekan kerja kat SUK aku call hubby cakap nak amik kereta. Dia takde tanya apa pun, soh mai kilang jela amik kereta. Waktu tu dah pukul 5 and kepala aku dah start pening nak fikir! eiiiiiiii tak suka betul!!!

Sambil merempit sambil fikir nak balik rumah jap amik frame, pastu amik Alisha n pastu pi tukar kereta. Ding dong ding dong kol 5.45 pm baru amik Alisha. Mana sempat kau nak tukar kereta!!! Hati dah rasa sedih sikit-sikit sebab macam tak sempat nak ambil belon tu. Macam nak let go je belon tu. So ajak jelah Alisha gi uma mertua. Sampai uma mertua tetiba nampak kereta kakak kat rumah dia. Terus rasa macam yes Tuhan tolong aku :D :D cecepat gi umah akak and tanya anak buah mama ada tinggalkan tak kunci kereta ni. Humaira cakap ada and yesssssssss! aku terus ajak depa pi amek belon dan kek.
 
Masa otw amek kek and belon tu hubby kol tanya ada kat mana sebab orang takde tapi motor ada. Aku cakap aku bawak anak buah gi mydin. Depa nak cari barang. hahaha! Bohong sunat ye bang. lalalalalaa!!! Alhamdulillah sempat jugak amek 2 barang tu and dapat gak nyorokkan dari hubby. Lepas parking kereta akak terus gi umah mertua. Hubby terus ajak gi SACC. Aku dah blurr kejap sambil fikir idea idea idea haha!
 
Tak lama lepas tu aku cakap sayang malas nak gi sbb kalau korang main kereta mesti sampai mall tutupkan. Sayang penat nak tidur. Hubby dah buat-buat muka sedih. haha! Dia tanya betul ke tak nak follow. Aku cakap tak nak!! Nak balik tidur!
Sambil salam aku dia cakap "ingatkan sayang nak belanja makan ke ape ke" and terus ajak anak-anak naik kereta. Aku mampu buat bodoh jela hahaha!

Bila depa pi tu, aku terus habaq kat anak buah pe kata kita gi sana n surprisekan pak itam? Anak buah aku laju je kata best-best. So lepas maghrib kitaorang siap-siap n terus gi sana.
Part prank ni memang kelako yang hamat!!! hahahah!

seketol kek dan belonsss

Ehhh mak yong pun dah penat nak menaip hahaha! Kita sambung esok jela ek lalallaa!

Anyway happy birthday Abg!



2 comments:

Mila Hilas said...

alahai, excited membaca ttbe bersambung.

Erna Nordiana Zamri said...

ala. tengah semangat ni. xpe tggu next entry. boleh jd idea utk next birthday suami. tapi kan kalau time kita plan tu memang mcm2 hal la jadi. hahahaha